CHAPTER 38 : YOUR THING IS BIG
TANG!!
KTANG!!
Pertarungan dua orang berwajah serupa disaksikan oleh Alif,Azryan,Agnez dan Raisyah. Setiap pergerakan mereka amat tangkas,Aurora mengelak hayunan pedang dan berpusing ke atas Altera sambil melibas.
TANG!!
Altera menahan dengan menyerang balas,Aurora berpusing 350° dan mendarat di belakang Altera. Serentak mereka melibaskan pedang masing-masing.
KTANG!!!
Satu tempat yang agak jauh dari tempat di mana Alif dan yang lain berada,seseorang berkurung dan kainnya berkibar koyak di hujungnya serta beralun ditiup angin lembut. Ikhwan yang sedang menyaksikan pertarungan dua orang gadis,hanya menoleh ke satu arah dengan pandangan yang dingin.
TANG!!
KTANG!!
Lagaan senjata mereka menghasilkan bunga api,libasan demi libasan dilakukan dengan begitu laju. Sehinggakan angin bertiup kuat,Aurora dan Altera sama kuat serta pantas.
"Mereka begitu hebat..." ujar Azryan kagum.
"Aurora seperti dapat dominasi perlawanan..mungkin dia akan menang.." kata Agnez.
"Gerakan mereka sama pantas dan sama laju,bagaikan cermin... Aurora bagaikan berlawan dengan bayang-bayang..." Alif mencelah.
TANG!!
"THAT'S ENOUGH..."
Satu suara garau menegur dan seseorang berkerudung,mendarat secara berdiri tegak tidak jauh daripada Alif serta yang lain. Semua menoleh dan Aurora tergamam,Altera hanya tersenyum sinis.
"Aa.. Ah..." Aurora tidak mampu bergerak,Altera pula ingin menikam dan pada masa yang sama dagger terbang menangkis serangan Altera.
Rachel mendarat di hadapan Altera,dan membelakangkan Aurora kemudian pisau kecil ditarik lantas dia menolak Altera jauh ke belakang. Altera mengesat bibirnya yang berdarah,Alif pula memandang Rachel. Orang yang berkerudung itu merenung Rachel dan Aurora,dia menghela nafas kemudian bergerak pantas ke belakang Altera.
Sekelip mata orang itu melakukan muslihat,Altera terus rebah dan orang itu memapahnya.
"Dia dapat Alter Aurora..."
"Nampaknya orang aku sendiri khianat aku..." ujar orang itu dan menunjukkan dia adalah lelaki.
"Kau silap Hank,aku tak pernah khianat.. Selama aku sertai kau hanyalah awasi tindak-tanduk Aurora,seperti mana abang ipar aku arahkan..." ujar Rachel melindungi Aurora.
"Kau memaksa aku..." ujar lelaki berkerudung itu,mengangkat tangannya ke atas.
Satu bebola kecil sebesar guli membesar sehingga menjadi begitu besar,Rachel segera memapah Aurora kemudian melompat dan mendarat di sebelah Alif serta yang lain.
"Kamu semua boleh mati...." ujar lelaki berkerudung dan membaling bola hitam itu ke arah mereka.
"Err... Kau boleh tahan bro?" soal Azryan menjeling Alif.
"Kau rasa?" jawab Alif pula.
"Tak boleh pakai la kau..." balas Azryan muka kecewa.
Qatariz muncul dan menahan bebola hitam gergasi itu,lelaki berkerudung itu terkejut. Qatariz menahan dengan selamba,penumbuk dikepal dengan kuat sehingga seperti menggigil.
"DRAGON WRATH!!!"
DUSSH!!!
KRAASSH!!
Tumbukan yang kuat itu melenyapkan terus bebola hitam tersebut,lelaki berkerudung itu cuba menghasilkan lagi bebola hitam namun terhenti. Semua terkejut kerana puluhan pedang yang dihasilkan dari api biru,dihunuskan secara terapung pada seluruh titik penting tubuh dia. Lelaki berkerudung itu merenung Aurora,gadis blonde itu membalas renungannya dengan mata yang membara.
"Aku rasa ada baiknya aku berundur..."
Sebaik sahaja lelaki berkerudung itu berkata-kata,dia terus lenyap seperti ditelan pusaran dimensi. Tidak lama kemudian dia telah hilang dari pandangan mata bersama Altera,Rachel pula hanya menghela nafas panjang.
"Nasib baik ada orang OP di sini..." ujar Rachel menoleh ke belakang,semua mengikut dan terkejut kerana Ikhwan serta Alisa juga Mirana berjalan ke arah mereka.
"Jangan nak mengampu,kau lambat apahal?" soal Ikhwan dan Rachel tersengih sambil menggaru belakang kepalanya.
"Apa yang berlaku sebenarnya?" soal Alif dan semua menoleh ke arahnya.
"Alif,we need to talk..." kata Rachel menyentuh bahunya.
"Sure..."
Alif dan Rachel duduk di satu tempat,tiada kata-kata di antara mereka. Azryan pula memerhatikan dari jauh,Aurora hanya diam dan merenung Alif dari jauh. Ikhwan dan Qatariz duduk bersama mereka,Alisa serta Mirana pula hanya berpandangan kemudian mengangkat bahu.
"Kenapa mereka diam je?" soal Agnez yang duduk bersebelahan Raisyah.
"Mereka berpisah dengan jangka masa yang lama,lagi-lagi mereka asalnya pertama kali berjumpa sebagai musuh..." jelas Aurora dan Raisyah hanya merenungnya tanpa disedari oleh Aurora.
Suasana agak tegang di antara Rachel dan Alif,Rachel memerhatikan Alif yang diam tidak berkata apa-apa. Melihat Alif sudah membesar dengan baik,membuatkan dia senyum sendiri.
"Auntie nak diam je ke?" soal Alif dan Rachel terkejut.
"Sudah bertahun kita tak jumpa,apa penjelasan auntie biarkan saya sendirian?" soal Alif dan Rachel tersenyum kelat kemudian bangun,Alif kehairan sebelum dipeluk oleh Rachel.
"Auntie?!" Alif terkedu dengan tindakan Rachel.
"Maafkan auntie,auntie bukan sengaja tinggalkan kamu sendirian..." ujar Rachel
Alif hanya diam dan menundukkan wajahnya,tangan dan lengan Rachel disentuh dengan lembut. Alif membalas pelukan ibu saudaranya,Azryan,Aurora dan Agnez serta Raisyah memerhatikan dengan senyuman.
"Your boobs is big auntie..." ujar Alif selamba masih memeluk.
"Pervert nephew..." Rachel pula terus menguatkan pelukannya,Alif dalam sesak nafas tersengih.
"Sesak!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top