CHAPTER 37 : AURORA VS ALTERA

AURORA VALKRYIE MODE


"Itu bentuk Aurora?" soal Azryan dan Raisyah memerhatikan Aurora dari belakang.

"Aurora..." ujar Alif sendirian dan Agnez hanya menoleh ke arah Alif dengan pandangan sayu.

Aurora dan Altera berbalas renungan,Alif hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur. Azryan pula menyentuh bahunya dan mereka berundur ke belakang,Qatariz dan Ikhwan berbalas pandangan.

"Apa plan kau?" soal Qatariz.

"Plan aku? Apasal tanya aku?" soal Ikhwan.

"Kau tak risaukan diorang?" soal Qatariz.

"Buat masa ni jangan masuk campur,aku nak perhatikan gadis nama Altera tu..." jelas Ikhwan.

Aurora menunjukkan kuasa sebenarnya,Alif pula risaukan Aurora dan merasakan Aurora menyembunyikan sesuatu daripadanya. Tapi apa yang dia boleh lakukan,adalah diam dan menyaksikan pertarungan yang bakal bermula.

"Kewujudan awak harus dipadam!" Aurora menghunuskan lembingnya.

"Mengambil keputusan untuk bertindak akhirnya..?" Altera berkata sinis.

"Untuk hapuskan kewujudan awak..saya perlu lakukan!" kata Aurora lagi.

"Kau tunjukkan bentuk itu juga huh? Selama ni kau takut pada kuasa kau...tapi jika kau lakukan lagi,menjadi pembunuh.." jelas Altera.

"Diam!"

"Nafikan selagi kau mampu,tapi kau suka menikmati perasaan membunuh bukan?" soal Altera.

Aurora terus meluru ke arah Altera,lembing ditujah dan Altera menarik pedang bentuk kepala tengkorak di tengah hulunya. Dua gadis berwajah serupa bertarung,cuma rambut sahaja berlainan warna.

TANG!!

TANG!!

KTANG!!

Hayunan demi hayunan yang berlaga terjadi dengan laju,sehinggakan menghasilkan angin kuat dan mereka melindungi mata masing-masing mengelakkan dimasuki habuk. Alif pula menyaksikan dengan penuh risau,Aurora emosinya bercampur-aduk.

KTANG!!

"Not bad...aren't you desperate to kill?" soal Altera sebaik mereka berlaga pedang.

"Shut up!!" Aurora menjerit geram.

KTASS!!

Mereka berpisah dan terseret ke belakang kemudian Altera hanya tersenyum,lalu lenyap dari pandangan mata kasar dan muncul di belakang Aurora. Libasan pedang dihayunkan namun sayap Aurora melindunginya,kemudian menolak Altera jauh semula ke belakang. Aurora menoleh dan memusingkan badan ke arah Altera,bulatan magis sebanyak enam bulatan terhasil di hadapan Altera.

"Set!" Aurora mengaktifkan kuasanya,enam bulatan itu muncul pedang dan terus meluru ke arah Altera.

Altera segera menangkis dengan libasan pedangnya,setiap tujahan pedang terbang daripada Aurora ditangkis oleh Altera. Aurora menghalakan tangannya ke hadapan,puluhan bulatan corak magis dihasilkan di udara.

"Ignite!"

Puluhan senjata tajam terbang laju meluru ke arah Altera,gadis blonde pudar itu mendecih dan sinaran cahaya menyisir pada pedangnya terhasil. Altera tubuhnya bersinar dan melibas satu persatu pedang yang terbang ke arahnya,Aurora menurunkan tangan dan terus meluru ke arah Altera.

Altera juga turut berbuat demikian,mereka bertembung sekali lagi dan berlaga senjata masing-masing. Tetakan dan tangkisan senjata kedengaran nyaring,air muka Aurora langsung tidak menunjukkan senyum. Alif sedar perkara itu dan dia mengepalkan penumbuknya,dilema apa yang patut dilakukan olehnya. Azryan hanya memerhatikan Alif tanpa berkata apa-apa,Aurora menujah deras lembing dan Altera tercampak ke belakang sebaik menahan tujahan deras lembing Aurora.

"Woaa....hebat.." kata Altera sebaik jaraknya jauh dari Aurora.

Aurora tidak memberi reaksi pada provokasi Altera,dia hanya menggenggam dan ditarik lembingnya ke belakang. Dia bersiap-sedia untuk merejam,aura kuasa berwarna putih sedikit kegelapan menyelubungi seluruh tubuhnya. Anak matanya kemerahan dibesarkan,seiring drejam lembingnya. Altera yang mulanya tersenyum,menyedari sesuatu dan dia menyengetkan tubuhnya ke kiri mengelakkan serangan maut Aurora.

ZRASSSHHH!!

TUUUUSSS!!

BRAAAMMM!!!

Serangan lembing itu menyebabkan letupan kuat di laut,mujur mereka berada berdekatan di kawasan pantai. Ikhwan pula awal-awal lagi sudah menghasilkan barrier,mengelakkan serangan dari terkena orang awam. Aurora termengah-mengah dan hampir terjatuh,dia menggunakan terlalu banyak tenaga dan tangannya dihalakan ke arah Altera.

Ribuan bulatan magis dan pedang keluar lalu mengepung Altera,gadis seiras Aurora terkejut dengan tindakan berani Aurora.

"Kau pasti nak lakukannya?" soal Altera.

"Diam,saya akan tamatkannya!!" kata Aurora ingin melancarkan serangan.

"Jika aku mati,kau pun akan mati..." kata-kata Altera didengari oleh Alif.

Sebabkan kata-kata Altera itu,Alif muncul dan menarik tangan Aurora. Serangannya terbatal dan lenyap,Azryan dan Agnez serta Raisyah terkejut dengan kepantasan Alif. Aurora bergelut cuba melepaskan pegangan tangan pemuda itu,Alif menahan Aurora dari terus meneruskan serangan.

"Lepaskan saya Alif!" ujar Aurora.

"Hentikannya Aurora..! Awak nak bunuh dia?!" soal Alif.

"Dia sebabkan saya mencabut nyawa orang tidak berdosa..!"

"Lalu gantikan dengan mengorbankan diri?"

Aurora tersentak dan berhenti dari terus bergelut,Altera terkejut melihat keadaan itu. Alif memerhatikan bentuk kuasa Aurora,dia teringatkan imej mainan yang dia lihat di perkampungan ditinggalkan. Aurora dipeluk oleh Alif dengan tiba-tiba,tanpa isyarat dan Altera terkejut. Azryan tersengih dan Agnez pula mengeluh,Raisyah memerhatikan tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

"Alif! Apa awak buat ni? Lepas-" belum sempat Aurora meneruskan kata-katanya,bibirnya dikucup oleh Alif dan semua terkejut termasuk Altera.

Aurora tergamam dan bentuk Valkryie terus lenyap,Alif mengemamkan mulut kemudian menjilat bibirnya. Aurora hilang kata-kata dan memandang Alif,dia tidak faham akan tindakan Alif itu.

"Apa yang awak fikirkan?!! Cium saya masa perlawanan!! Ia memalukan!!" Aurora geram.

"Untuk hentikan awak dan hukuman nak tinggalkan saya..." jawab Alif pula dan Aurora tidak faham.

"Saya dah cakap bukan,jika awak nak tinggalkan saya lagi...hukumannya adalah ciuman pada bibir..." kata Alif memberi jawapan dan Aurora teringatkan ketika dia dicium pipi oleh pemuda itu.

"Geez...awak memang sukar difahami.." ujar Aurora muka merah.

"Rasanya tidak sesukar awak..." kata Alif pula memeluk Aurora,kali ini Aurora membalas pelukannya.

"Jangan sesekali nak buat seperti itu.." pinta Alif memeluk erat.

Aurora hanya tersenyum dan ketika itu letusan kuasa berlaku,Alif dan Aurora tersentak kemudian menoleh ke arah Altera. Kuasa gadis seiras Aurora meningkat dengan laju dan Altera menunjukkan air muka yang geram.

"AKU AKAN BELASAH KAMU BERDUA!!"

"Saya rasa kita dah buat dia marah..." Alif menggaru kepalanya,Aurora mendepakan sebelah tangannya.

"Serahkan pada saya..." ujar Aurora.

"Tapi...?" belum sempat Alif nak berkata,sentuhan jari telunjuk pada bibir Alif.

"Jangan risau,saya akan kembali pada awak..." kata Aurora mengenyitkan matanya,Alif membesarkan matanya.

"Awak comel juga rupanya..." kata Alif dan Aurora merona merah.

"Apa yang awak cakap ni,saya sentiasa comel.." jawab Aurora dan memalingkan badannya,lalu menghadap Altera dan dua bilah pedang diseru.

"Dual-sword?" Qatariz menyoal dan Ikhwan tersenyum,Alisa dan Mirana hanya memerhatikan dengan senyap.

"Puas bermesra?" soal Altera menyindir.

"Kenapa? Cemburu?" Aurora pulangkan semula sindiran Altera,dia memasang kekuda gaya pemedang yang menggunakan dua pedang.

"Nampaknya kau masih nak berlawan tanpa menggunakan bentuk terkuat kau? Pasti mampu kalahkan aku?" soal Altera.

"Marilah kalau awak nak tahu..." ujar Aurora dan Altera mula mengetap gigi.

"Siap sedia...." Aurora menurunkan sedikit posisi badannya,Alif tersenyum memerhatikan dari belakang.

"Saya akan tunjukkan gaya berpedang Valkryie..."




























Alright aku update dua chapter terus,bagaimana untuk sambungan kali ini?

Puas hati atau tidak,kalau ada part jiwang tu okay tak?

Sorry la tak cheesy sangat muahahahaha...

Okay enough,that's it

Stay for the next chapter!

Vote for more chapter

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top