CHAPTER 29 : HE'S GOT PLAN?
Sebuah kafe yang agak lengang...
"I see...kau berjaya bawa balik..." ujar Azryan.
"Yeah,caranya rahsia.." kata Alif tersenyum hanya menampakkan bahagian mulut.
"Macam tu... Tapi kenapa kau lebam-lebam ni?" soal Azryan menuding ke arah wajah Alif yang penuh dengan lebam.
"Ahaha,aku tersadung..." jawab Alif berdalih.
Azryan mengangkat sebelah kening,dia dapat rasa yang Alif menipu. Azryan memandang ke arah Aurora,gadis blonde itu duduk bersendirian dan air mukanya jelas tengah geram.
"Apa yang sebenarnya berlaku?" soal Azryan ingin tahu.
"Satu hari nanti aku beritahu,sekarang memang tak leh la..." jawab Alif dan bangun dari kerusi.
"Ha?" Azryan bingung dengan jawapan sahabatnya itu.
"Aku nak jumpa Sixth,kau tolong temankan kesayangan aku ya?" Alif berkata sambil mengusik Aurora yang mendiamkan diri sahaja dari tadi.
Alif dan Aurora berbalas tenungan mata,Aurora merah mukanya dan tidak berani memandang Alif dengan lama. Alif tersengih dengan reaksi Aurora,kemudian dia beredar sebaik membayar bil di kaunter juruwang.
"Kesayangan?" Azryan pula bingung kali ini,tak boleh masuk kepala langsung apa yang Alif katakan.
Sebuah bangunan kedutaan Mentari di negara Sakura,Alif mendongak dan memerhatikan keadaan bangunan tersebut. Alif mengangguk dan melangkah menuju ke pintu utama,namun seseorang menghalangnya.
"Eh?" Alif kehairanan.
"Maaf ada urusan apa kau datang ke mari?" soal seorang pengawal,air mukanya begitu angkuh.
"err..saya ingin bertemu dengan Sixth,Ikhwan Syah Al'Solleh..." jawab Alif.
"Ada bukti menyatakan kau kena berjumpa dengannya hari ini?!" soal pengawal itu dan Alif terasa nak tumbuk pengawal ini.
"Sejak bila masuk ke bangunan ni kena ada bukti bagai ni ha?" soal Alif kehairanan sambil mukanya jelas mengejek pengawal itu.
"Kurang ajar!" pengawal itu mula mengangkat tangan.
Alif menghela nafas dan tangan pengawal itu dikilas,Alif buatkan pengawal yang biadab cium dinding. Pengawal itu cuba melepaskan diri,namun kuncian tangan Alif lebih kuat.
"Aku bagi kau dua pilihan,beri aku masuk atau tangan patah...?" soal Alif dengan nada yang sedingin air batu.
"Oi Lif,apa kau buat tu.." Aminudden muncul sambil menegur dengan selamba.
Alif melepaskan kuncian tangan,pengawal itu mengurut tangan sakit dengan kuncian Alif yang kuat. Sedar dengan kehadiran Aminudden,pengawal itu menundukkan kepala tanda hormat.
"Apahal ni?" soal Aminudden ingin tahu.
"Takde apa sangat la.. Cuma sesi suai-kenal je.." jawab Alif selamba.
"Ye ke? Yang aku nampak dia cuba nak serang kau?" soalan Aminudden membuatkan pengawal itu berpeluh.
"Dah la,putera bongsu ada? Aku nak jumpa dia..." ujar Alif dan Aminudden hanya mengangguk sahaja.
"Okay kau ikut aku,rasanya dia ada kat dalam bilik kerja dia..." jawab Aminudden melangkah masuk,Alif hanya mengekori dari belakang.
Pintu bilik dibuka dan Alif terkejut,kerana dua muka seiras sedang berbicara. Cuma beza pada rambut sahaja,seorang rambut hitam dan seorang berambut putih. Reaksi mereka serupa dan sebaik kehadiran Alif disedari,mereka berhenti dari terus berbual.
"Ha..sampai pun kau.." Ikhwan berkata dengan tersengih.
"Yo budak,nampaknya kau dah berjaya bawak balik blondie..." Qatariz pula menegur tersengih juga.
"Ya...di mana puan Alisa dan miss Mirana? Tidak bersama kamu berdua?" soal Alif memandang sekeliling kawasan dalam bilik.
"Diorang pergi shopping la apa lagi.." jelas Ikhwan.
"Berdua sahaja?" soal Aminudden.
"Ada pengiring,aku raging dia jadi bodyguard..." ujar Ikhwan lagi tersengih licik.
Pada masa yang sama di bangunan membeli-belah,Alisa dan Mirana teruja memerhatikan barang jualan. Mereka agak gembira dan Akira pula bersama adiknya,mengeluh kerana dipaksa menjadi pengiring mereka berdua.
"Aaa.. Shishou,you meanie..." keluh Akira.
"Sebab akak larikan diri dengan dia,tu la akibatnya..." kata Himiko tersenyum kelat,Akira menangis menyesal.
"Ya,Sixth pasal misi kedua..." kata Alif.
"Ah..misi kedua adalah melindungi Aurora Mikaela.." jelas Ikhwan dan Alif kehairanan.
"Eh?" Alif menyengetkan kepala ke kiri.
"Ya betullah,sebab sekarang dia diburu oleh kumpulan Alter Archangel...aku nak kau pastikan mereka tak akan dapat jumpa dia..." jelas Ikhwan lagi.
Alif hanya mendiamkan diri,dia menoleh ke arah Aminudden dan pemuda di sebelahnya hanya mengangkat bahu tidak tahu mengenai hal ini.
"Sesuatu tidak kena?" soal Alif dan Ikhwan serta Qatariz berpandangan kemudian mengangguk.
"Kau nak tahu mengenai Aurora?" soal Qatariz dan Alif mengangguk sahaja.
"Aku harap kau dengar dengan teliti..." jelas Ikhwan dan Alif mengangguk sekali lagi.
"Sebelum tu duduk la..penat dengar cerita berdiri tu..." Qatariz pula mencelah sambil tersengih.
Alif mengambil tempat duduk,Ikhwan dan Qatariz serta Aminudden menyusul duduk di kerusi sofa yang sudah disediakan. Alif menunggu Ikhwan untuk bercerita,nafas ditarik oleh Ikhwan sebelum dia menghela nafas pendek.
"Ia mengenai siapa?..."
"Aurora Mikaela..." jawab Qatariz dan Alif sedikit terkejut.
"Ada sebab Aurora berubah dan tidak mahu menjadi mesin pembunuh...." kata Ikhwan.
"Ada sesuatu yang berlaku kah?" soal Alif lagi.
"Alter Archangel bukan semua pembunuh hati batu,ada juga yang membunuh ikut tugasan.. Iaitu membunuh orang yang dijadikan sasaran..." jelas Qatariz.
"Ya... Assassin ini bernama Moorad Daruz.." jelas Ikhwan pula.
"Jadi di mana dia sekarang?" soal Alif.
"Mati..." jawab Ikhwan pendek,Alif terkejut begitu juga Aminudden.
"Apa yang berlaku? Kenapa dia dibunuh?" soal Aminudden pula.
"Ini kerana Moorad dikatakan,broke the family oath.. Yang mengatakan melepaskan mangsanya..." jelas Ikhwan tersenyum kelat.
"Tapi apa kena-mengena dengan Aurora?" soal Alif.
"Jika kamu nak tahu,mangsa yang menjadi sasaran Alter Archangel adalah kawan kepada Aurora.. Yang mengubahkan Aurora menjadi manusia,kawannya dibunuh oleh ketua kumpulan tersebut selepas dia bunuh Moorad..." jelas Ikhwan dengan panjang lebar.
"Itu terlalu kejam..." Alif berkata dengan nada simpati.
"Sebab itu Aurora lari...kawan dia pada masa pertama kali berkenalan,Aurora dingin umpama ais..dia hampir nak bunuh gadis tu tapi...entah kenapa Aurora boleh tertarik untuk berkawan dengan gadis tersebut..." jelas Ikhwan dan Alif membuatkan dia terfikir sesuatu.
"Sixth,saya ada sesuatu ingin minta pertolongan kamu..." Alif bersuara dan Ikhwan tersenyum,Qatariz pula kehairanan.
"Sure...apa dia?" soal Ikhwan.
"Saya nak pinjam putera Aminudden sekali.." kata Alif menoleh ke arah Aminudden.
"Alif?" Aminudden kehairanan.
"Saya nak lawat kubur gadis tu...boleh?"
Soalan Alif membuatkan semua terkejut,Aminudden tersengih dan Ikhwan tersenyum manakala Qatariz sekadar menghela nafas pendek.
"Kau memang licik ya?" soal Ikhwan dan Alif hanya tersengih.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top