CHAPTER 24 : ITS TIME FOR ME TO LEAVE

Mari kita lakukan undian,adakah kamu mahu watak di media dimasukkan?

Sila kemukakan pandangan!

BOOM!!

PRANG!!

"Argh!!"

Alif tercampak ke dan mendarat pada dinding bangunan,dia bagaikan melekat pada dan mendongak ke atas. Aurora sedang berlawan dengan lelaki misteri,dia mendecih lalu melompat tinggi dan melibas lelaki misteri itu.

PAKK!!

BAKK!!

"Not bad kid,how about join team with me?" soal lelaki itu tersengih.

"In you dream.." ujar Alif berbalas libasan.

Alif melibas tongkatnya namun lelaki itu tetap mengelak dengan mudah,Aurora menujah lembingnya ke arahnya tetapi tetap gagal untuk mendaratkan serangan pada lelaki tersebut.

Lelaki misteri mengacukan pistolnya pada kepala Aurora,membuatkan Aurora terkedu dan Alif meletakkan batang tongkat pada ruang lengan Aurora serta menarik ke belakang. Tembakan dilepaskan tetapi Alif berjaya buatkan Aurora terselamat,Alif sambut sambil memaut pinggang Aurora.

"Aurora awak okay?" soal Alif.

"Err... Y-yeah..." Jawab Aurora mengemamkan mulutnya,air mukanya merah.

"Nice move kid.." puji lelaki misteri tersebut,Alif mengetapkan gigi dan melibaskan tongkat sekuat hatinya.

Namun lelaki itu menahan tetapi dia tetap terpelanting,Alif dan Aurora mendarat di atas bangunan.

Mereka memandang ke arah bangunan yang berlubang,akibat libasan tongkat yang Alif buat pada lelaki misteri itu. Lubang itu diperhatikan dan lelaki misteri kembali bangun,dia mengibaskan bajunya yang mula kotor akibat perlawanan ini.

"Damn it,how strong that guy?" ujar Alif mula menyampah.

"Looks like he's only playing around..." ujar Aurora pula dan Alif menoleh ke arahnya kemudian menoleh semula ke arah lelaki tersebut.

"Not bad,now its time you guys for give up?" soal lelaki itu lagi.

"Not a chances!!" Alif meluru ke arah lelaki misteri itu.

PAKK!!

KRAK!!

Alif melibas tongkat dengan lebih kuat,lelaki itu menangkis dengan pistolnya dan Alif mencacakkan tongkat dia pada lantai dengan kuat. Lelaki itu kehairanan dan Alif melompat,lalu melakukan sepakan ke atas lelaki tersebut.

"Apa?" lelaki itu terkejut dan menahan dengan lengannya.

Lelaki misteri menyedari Aurora muncul dari tepi,lalu melibas tangannya dan terputus.

"Dapat awak!" Aurora mula girang,lelaki misteri itu tersengih.

Alif kehairanan dan muka lelaki itu terbuka umpama robot,malah ada kiraan saat dan Alif tersentak. Aurora ditarik dan dipeluk lalu dibelakangkan tubuhnya,dia menjadi perisai bagi Aurora.

BOOOMM...!!

Letupan yang kuat berlaku dan di bangunan sebelah,lelaki misteri itu tersengih melihat keadaan itu. Asap terhasil dari letupan itu begitu tebal,lelaki itu pula mendarat dan memerhatikan keadaan itu dengan senyuman puas.

Namun kiraannya salah kerana sesuatu keluar dari asap tebal,memanjang dan mengenai perutnya sehingga membuatkan dia muntah air liur serta menolaknya merempuh dinding bangunan sebelah. Benda itu ialah tongkat Alif,dan kembali ke saiz asal selepas mengibaskan asap tebal.

"Ha.. Ha.. Nghh!?" Alif melutut kesakitan dan Aurora sempat memapahnya.

"Alif!" Aurora tampak risau.

"Awak okay Aurora?" soal Alif tersengih.

"Risaukan diri awak tu..." Aurora mula geram dengan soalan Alif.

Perbualan mereka terhenti apabila letupan kuat berlaku,lelaki misteri itu melompat dan mendarat di hadapan mereka. Alif dan Aurora terkejut,lelaki misteri itu menarik topinya lalu dicampakkan jauh.

"Kau memang buatkan aku HILANG SABAR!!" Lelaki misteri itu menjerit dan mengeluarkan aura kuasanya.

"Amboi,marah benar..." kata Alif berseloroh.

"Ambil serius okay,saya dah agak dia bukan jenis yang tenang...dia ada kuasa oni.." jelas Aurora.

"Oni? Demon?" soal Alif.

"Ya,dan ia bukan sembarangan oni.." jawab Aurora.

Aura kuasa mula jelas kelihatan dan bayangan seekor oni,bersayap dan hidung panjang di sebalik kegelapan. Alif pula menyentuh dadanya,jelas terasa dia telah menerima impak letupan dengan lebih teruk.

Mampukah dia meneruskan perlawanan?

"Aku dah ubah fikiran,kamu berdua akan aku bunuh dan makan daging kamu berdua!!..." percakapan lelaki itu bukan lagi normal.

"Ouh... Now we in deepshit..." Alif menarik nafas panjang,lalu dihelakan dan mengatur pernafasannya.

"Alif? Ah!.." Aurora terkejut dengan daya kuasa Alif.

"Tapi aku tidak mahu mengalah!" Alif melepaskan kuasanya,auranya bertiup kuat.

Lelaki itu menunjukkan taringnya yang panjang,aura gelap yang keluar dari tubuhnya kembali masuk ke dalam tubuhnya semula. Alif menarik nafas kemudian dihelakan,dia sudah bersedia dan mereka berdua meluru ke arah satu sama lain.

Sebaik mereka berlaga dan impak yang kuat terhasil,setiap pukulan mereka berlaga maka berlakulah letupan di sekeliling kawasan. Aurora hanya mampu tergamam,melihat perlawanan tersebut. Dia tidak sangka Alif mampu ke tahap seperti ini,namun Aurora tahu yang Alif tidak mampu bertahan lama kerana kecederaan yang diterima sebentar tadi.

PAK!!

KTANG!!

KLANG!!

"Ergh!" Alif menahan sakit namun dia tetap meneruskan perlawanan.

"Kau dah cedera,tapi mampu berikan saingan pada aku budak..." ujar lelaki misteri itu.

"Kau fikir aku akan menyerah kalah? Tidak sama sekali!" balas Alif melibas tongkatnya.

"Sebagai penghormatan,aku beritahu nama aku.." kata lelaki itu menangkis serangan Alif.

"Nama aku Silva,orang gelar aku Silent Killer.." lelaki misteri itu mengenalkan diri sebagai Silva,saat mata Alif tidak perasan Silva menarik pedang yang disembunyikan.

ZRAASHH!!

Semua berlaku dengan begitu pantas,Alif tubuhnya dilibas pedangnya. Aurora terkejut dengan keadaan itu,Alif terpana dan dia mula jatuh ke bawah menjunam laju. Aurora mengetap gigi dan terus melompat,meluru ke arah Alif dan menangkapnya. Alif tidak mampu lagi bersuara,mukanya pucat dan berpeluh.

"ALIF? ALIF!!" Aurora menjerit memanggil namanya,Alif tidak memberikan sebarang reaksi.

"Lupakan,dia akan mati..." ujar lelaki bernama Silva itu sebaik mendarat di hadapannya.

Suasana menjadi tegang dan Alif tidak bergerak,nafasnya lemah dan Aurora memerhatikannya. Air mata Aurora mula mengalir,Silva menghampiri mereka berdua.

"Ikut aku perempuan dan aku tidak akan bertolak ansur..." ujar Silva.

"Aku tak akan maafkan kau..."

"Apa?" Silva terhenti langkahnya,apabila satu aura yang kuat terasa.

Silva memerhatikan sekitar kawasan,dan Aurora bangun perlahan-lahan. Silva menoleh ke arahnya,dia tersentak apabila mata Aurora berubah merah. Sayap keluar di belakang badan Aurora,Silva terkejut kerana sayap tersebut berlainan warna.

"Au... Ro... Ra..." Alif jelas nampak keadaan Aurora sebelum dia tidak sedarkan diri.

Angin bertiup kencang dan aura kuat keluar daripada Aurora,Silva tergamam dan mula tersenyum sinis. Aurora merenungnya tajam dan bergerak pantas di belakang Silva,tanpa sempat lelaki bersut serba putih menoleh dia sudah terpelanting jauh.

Silva terseret dan merempuh beberapa bangunan,Aurora mendarat di bangunan terakhir Silva berhenti. Kerosakan pada bangunan yang terlibat amat teruk,di ruang udara ada sebuah helikopter dan ternyata ia milik negara Sakura.

"Itu Aurora?" Soal Azryan yang berada di dalam helikopter itu.

"Mana Alif?" soal Raisyah dan Agnez terus melompat keluar dari helikopter.

Raisyah terkejut dengan tindakan Agnez dan Azryan bahunya disentuh oleh seseorang,dia toleh ke arah orang itu dengan air muka yang penuh dengan kerisauan.

Agnez terbang berhampiran kawasan pertarungan,dia memeriksa sekitar kawasan dan perasan Alif terbaring dalam keadaan berdarah. Agnez terus mendarat di sebelah Alif,Agnez hanya mampu tergamam melihat keadaan luka pada Alif.

"Ya tuhanku,Azryan.. Saya dah jumpa Alif.. Tolong cepat dia parah!"

KRAANGG!!

Silva digasak teruk oleh Aurora,kepalanya dicengkam dan diseret di sepanjang jalan kota tersebut. Aurora bagaikan menjadi orang lain,Silva tidak mampu melawan lagi dan dihumban ke runtuhan.

"Aku kena larikan diri,tidak mungkin aku dapat kalahkan raksasa itu!!" katanya sendirian dan terus mengaktifkan bulatan teleportasi.

Aurora hanya memerhatikan Silva hilang daripada pandangannya,Aurora melenyapkan bentuknya itu dan melutut kemudian keadaan Alif yang cedera parah menerjah. Air matanya mengalir dan menundukkan muka,lalu ditekup dan menangis sepuas-puasnya. Raisyah mendarat di belakangnya,dia menghampiri Aurora dan menyentuh bahu gadis tersebut.

"Raisyah?" Aurora masih menangis.

"Cepat,Alif dah dihantar ke hospital.." kata Raisyah sebaik Aurora mengesat air matanya.

"Tidak..." ujar Aurora dan Raisyah kehairanan.

"Aurora?" Raisyah tidak faham dengan maksud Aurora.

"Mulai sekarang saya tidak akan menyusahkan Alif dan kamu semua..." kata Aurora.

"Aurora,awak tak maksudkan..." Raisyah cuba meneka maksud Aurora.

"Saya tidak akan menyertai kamu semua selepas ini,saya tidak mahu kamu semua terlibat dalam bahaya lagi..." jelas Aurora dan Raisyah tergamam.

"Jadi,ini adalah selamat tinggal..." kata Aurora lagi beredar meninggalkan Raisyah.

"Hey Raisyah..." Azryan muncul tidak lama lepas itu.

"Azryan,ini teruk..." ujar Raisyah.

"Huh?" Azryan terkejut apabila Raisyah menjelaskan apa yang berlaku.



















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top