CHAPTER 23 : MYSTERIOUS MAN
Ikhwan dan Farhan duduk di meja,secara berhadapan dan masing-masing tidak mengeluarkan suara. Alisa dan Fara memerhatikan sahaja gelagat suami mereka,mungkin kerana terkejut dari penerangan Rachel.
"So... Ibu Alif masih hidup,tapi tidak diketahui lokasi dia?" soal Farhan.
"Entah la Han,aku masih berfikir lagi ni..." balas Ikhwan.
"Kau nak kurung dia sampai bila dalam bilik tetamu tu?" soal Farhan.
"Aku tak kunci pun bilik tu.. Bila masa aku kurung?" bidas Ikhwan mengerutkan dahinya.
Farhan sekadar tersengih dan hanya mampu mendiamkan diri,pada masa yang sama Rachel hanya baring di atas katil. Dia teringat apa yang Ikhwan katakan padanya sebentar tadi.
Sejam sebelumnya..
"Terima kasih pada maklumat awak Rachel.." ujar Solleh.
"Ia bukan apa-apa,ia satu penghormatan bagi saya..." jawab Rachel tersenyum.
Solleh tidak berkata apa-apa,kemudian dia memandang Ikhwan bagaikan memberi isyarat dan Ikhwan mengangguk faham akan sesuatu. Solleh menepuk bahu Ikhwan,sebelum dia beredar dan Rachel kehairanan.
"Apa yang ayah awak nak?.." soal Rachel.
"Bukan dia,tapi saya sendiri yang inginkannya..." jelas Ikhwan.
"Apa maksud awak tuan putera?" soal Rachel.
"Rachel Al'Aram saya mahu awak berkhidmat dengan negara Mentari.." Ikhwan berkata tanpa selindung.
Rachel terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Ikhwan,Alisa hanya memerhatikan dari jauh. Farhan dan Fara turut bersamanya,Rachel mula serba-salah.
"Awak boleh fikirkan tawaran saya,jika awak benar-benar pasti barulah berikan saya jawapannya okay?" kata Ikhwan lagi sambil menghela nafas pendek.
"Here.." Ikhwan berkata lagi sambil menyerahkan satu kad.
"Apa ni?" soal Rachel.
"Itu kunci bilik tetamu.." jawab Ikhwan beredar disusuli Alisa,Farhan dan Fara.
Dia hanya menghela nafas pendek mengingati hal tadi,kenapa pihak diraja Mentari melayan dia dengan baik?
"Berkhidmat dengan negara Mentari..." Omel Rachel sendirian dan menghela nafas pendek.
Rachel membuka bajunya dan hanya singlet putih dibiarkan,skirt dia tidak tanggalkan dan menoleh ke arah meja. Matanya yang separuh dibuka,dengan tiba-tiba terbeliak lalu bangun dan meluru ke arah meja berhampiran.
"Kau bagi dia guna bilik mana?" soal Farhan ingin tahu.
"Bilik 021..." jawab Ikhwan dan Farhan membesarkan matanya.
"You're really sneaky bastard..."
"Thanks,I take that as compliment..."
Alisa sekadar ketawa dan Fara menghela nafas pendek,Rachel terketar-ketar tangan apabila melihat satu bingkai gambar. Dia mencapai bingkai tersebut,gambar seorang perempuan berambut blonde bersama lelaki berambut merah.
"Kakak,abang..." ujar Rachel dan memeluk bingkai gambar tersebut.
Negara Sakura
Sebuah negara yang maju dan dikatakan nombor 1 di dunia teknologi mereka,dan bunga sakura penuh di seluruh negara itu jika di lihat dari atas udara. Negara yang menjadi tumpuan para pelancong,dan rakyat mereka yang mesra serta berhemah melayan para pelancong.
Pesawat milik Alif mendarat dengan selamat,Azryan menekan butang kawalan untuk menyahaktifkan enjin pesawat. Raisyah teruja melihat permandangan negara Sakura,matanya bersinar-sinar dan Alif hanya menggelengkan kepala.
"Ada apa kita datang sini?" soal Aurora dan Alif menoleh ke arahnya.
"Melancong..." balas Alif bersahaja.
"Eh?" Aurora kehairanan dan Agnez hanya tersenyum sahaja.
"Kami ada saudara di sini,senang cakap melawat la..." kata Azryan berjalan seiring bersebelahan Raisyah,Aurora mengangguk faham dan menjeling tajam ke arah Alif.
"Apa?" soal Alif buat-buat tidak tahu.
"Tak boleh ke jawab dengan betul?" soal Aurora geram.
"Ia bukan hal awak,jadi saya tak rasa patut beritahu..." balas Alif bersahaja.
"Alif,ia tak elok.. Kata sebegitu pada seorang gadis..." kata Agnez memberi nasihat.
"Betul tu,kau ni Lif.. Aurora kan jadi sebahagian dari kau...apa salahnya kan.." kata Azryan tersengih penuh dengan makna.
"Apa maksud kau huh?!" Alif mukanya merah,Aurora kehairanan dengan dua pemuda itu.
"Korang ni cuba la berlagak di usia korang...umur dah 20-an tapi perangai macam budak-budak..." Raisyah bersuara.
"Apa kau cakap? Nak kena bogelkan lagi ke?" Alif berkata menoleh ke arahnya,Raisyah terkejut dan mengemamkan mulut geram.
"Oi,Alif...tu bukan cara bercakap dengan gadis..." Azryan membelakangkan Raisyah.
"So kau jadi hero la hari ni?" soal Alif.
"Well,kau jadi hero Aurora.. Apa salahnya aku jadi hero Raisyah pulak?" balas Azryan.
Agnez terkejut dengan jawapan Azryan,dan muka Raisyah merah begitu juga Alif serta Aurora. Suasana menjadi tegang seketika dan Alif mengeluarkan tongkat,Aurora pula mengeluarkan lembingnya.
"Kau memang nak tempah kubur..." ujar Alif.
"Allow me to assist you..." tambah Aurora dan mereka berdua merenung tajam pada Azryan.
"Heh? Lif,relax bro..." wajah Azryan sudah berpeluh-peluh.
"Masa untuk mati..." ujar Alif dan Aurora serentak dengan mereka merah menyala.
"Eek!!"
"Meriahnya..." satu suara menegur.
Alif menoleh ke satu arah dan Aurora terkejut,Agnez dan Raisyah menoleh secara serentak. Seorang pemuda berpakaian serba putih,topi dipegang dan anak matanya berwarna ungu berkilau.
"Siapa kau?" soal Alif.
"Aku tak nak bercakap dengan kau..." kata lelaki misteri itu merenung tepat pada Aurora.
"Apa urusan kau dengan dia? Adakah kau bounty hunter?" soal Alif sambil bergerak ke hadapan Aurora.
"Boleh dikatakan begitu,boleh kau tepi?.." jelas lelaki misteri itu.
"Malangnya aku tak nak.." ujar Alif.
"Tolong faham kawan,aku tak nak kau disakiti...." jelas lelaki misteri tersebut.
"Malangnya,aku dah sakit terlalu lama..." kata Alif memegang tongkatnya.
"Orang muda zaman sekarang memang degil ya? Mereka lebih suka nyawa mereka pendek..." kata lelaki misteri itu.
"Nyawa aku,biar aku sendiri ukur.. Kau tidak payah nak sibuk..." Alif membidas dan lelaki itu sekadar tersenyum,lalu mengacukan pistol jenis revolver.
"Apa?" Alif terkejut.
Tembakan dilepaskan dan Alif menangkis lalu sebaik peluru mengenai bangunan berhampiran,letupan kuat berlaku dan orang awam menjerit ketakutan kemudian berlari menyelamatkan diri masing-masing.
"Ah... Ah...tidak.." Aurora tergamam dengan apa yang berlaku.
"Kita tambah lagi..." ujar lelaki itu menembak sebelah bangunan.
"HENTIKANNYA!!" Alif memberi amaran.
Azryan dan Raisyah terkedu,Agnez mula berang dan merenung ke arah lelaki misteri itu namun Alif menghalang.
"Kak Agnez,this man leave it to us...you help them..." ujar Alif dan Agnez hanya memandang lelaki misteri itu kemudian segera berpaling.
"Azryan,Raisyah..follow me.." ujar Agnez dan Azryan serta Raisyah hanya mengangguk sahaja.
Alif dan Aurora memandang lelaki misteri itu,tiada aura bunuh atau kuasa yang kuat dirasai. Alif mula tertanya-tanya siapa lelaki ini sebenarnya,Aurora pula terasa sesuatu dari dalam tubuh lelaki misteri tersebut. Manakala lelaki misteri itu mengacukan pistol ke arah mereka berdua.
"Now,shall we start the party?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top