CHAPTER 21 : SHOCKING NEW
Sebuah kapal hitam berceloreng terbang menyusur laju,merempuh awan-awan yang berada di hadapan mereka. Si pengemudi kapal bersiul selamba,jari-jemarinya mengetuk alat pengemudi mengikut rentak irama muzik yang kedengaran. Mirana mengetap gigi geram,melihat reaksi Qatariz yang bersahaja.
"Can you serious for this time?" soal Mirana.
"Chill la Mirana,don't be so mad.." Qatariz membalas.
"I don't mind if we NOT BEING CHASE BY THAT MONSTER!!" Jerit Mirana dan di belakang kapal mereka,ada beberapa makhluk liar mengejar.
"Don't worry,everything is under control.." jawab Qatariz.
"Apa yang awak merepek,huh?" soal Mirana dan menyedari seseorang sedang terapung di hadapan laluan mereka.
Ikhwan terapung sambil tangan disilang pada dada,Qatariz tersenyum sinis dan Ikhwan membalas senyumannya. Sebaik kapal pesawat itu melepasinya,Ikhwan menyalakan api biru dengan marak. Semakin lama semakin marak dan bertambah besar,Qatariz tersengih dan Mirana hanya terkebil-kebil.
Ikhwan menarik tangan yang api biru menyala dengan marak ke belakang,nafas diatur dengan tenang dan anak mata Ikhwan berubah warna biru laut. Makhluk liar itu semakin hampir,Ikhwan menghela nafas dan dihayunkan penumbuknya. Api biru yang marak menyembur keluar,menghancurkan makhluk liar itu sehingga tiada kesan. Ikhwan menarik nafas panjang,kemudian dia menghela pendek dan jubahnya tersarung kemas.
"See? Kan saya dah cakap,semua terkawal.." Qatariz berkata sambil tersengih.
"Yela tu...dia mintak tolong orang lain rupanya..." balas Mirana mencebik.
Pesawat milik Qatariz terapung di tengah lautan,di sebelahnya sebuah pesawat hitam besar sedikit dari kapalnya. Qatariz sekadar bersiul dan Mirana menjelingnya,Alisa turut bersama Ikhwan dan hanya tersenyum sahaja.
"So amacam? Budak tu ada bakat kan? Serap je la sebagai Kesatria Elit..." ujar Qatariz tersengih.
"Kalau dia nak..." balas Ikhwan mendesah.
"Boleh usaha tangga kejayaan..." Qatariz memujuk lagi.
"Lift ada tak mahu guna?" soal Ikhwan dengan air muka tidak bersalah.
"Oi...aku serius ni.." ujar Qatariz muka blur.
"Aku pun serius gak.." balas Ikhwan tersenyum sinis.
Mirana dan Alisa hanya menghela nafas pendek,melihat tingkah-laku mereka berdua itu. Ikhwan menyandar pada kerusi sofa,menghela nafas pendek dengan muka yang risau.
"Kenapa bro?" soal Qatariz.
"Aku tertanya-tanya..." kata Ikhwan sambil mengusap dagu,kaki disilangkan.
"Apa?" soal Qatariz ingin tahu.
"Kenapa Rafaela Great Mage,letakkan Golden Light dalam badan anaknya? Juga ke mana dia menghilang lepas tu?" soalan Ikhwan buatkan Qatariz menyandar dan mendongak ke atas.
"Jadi Great Mage yang kau katakan masih hidup?" soal Qatariz menurunkan kepala dan memandang Ikhwan.
"50-50...aku tak berani kata dia masih hidup,tapi kita kena cari orang dalam gambar ni..." ujar Ikhwan sambil meletakkan sekeping gambar.
Qatariz memerhatikan orang dalam gambar tersebut,berambut merah jambu cerah panjang dan juga anak mata kemerahan delima.
"Siapa dia ni?" soal Qatariz.
"Rachel Al'Aram,adik Rafaela senang kata mak cik Alif..." jelas Ikhwan dan Qatariz mengetap gigi tambah terkejut.
Alif mengusap belakang kepala,dia memerhatikan Aurora dari belakang. Seolah-olah dia teringatkan seseorang,seorang wanita berambut blonde dan Alif tersentak apabila bayangan wanita menjelma.
Alif hanya terkebil-kebil kemudian dia mengeluarkan sebentuk loket,di mana gambar dia semasa kecil bersama seorang wanita tersenyum memeluknya dari belakang. Wajahnya diraup dan menyandar,Aurora masih sibuk memasak ketika itu. Dia kehairanan biasanya Alif selalu cari pasal dengannya,tapi kali ini percakapan pemuda berambut crimson itu agak lembut dari biasa.
"Jarang kau layan dia dengan baik?..." Son Wukong mencelah,Alif hanya membuat muka blur.
"Kadang-kadang kita kena la hadkan gurauan wahai sahabatku..." jawab Alif selamba.
"Atau kau sebenarnya dah mula jatuh hati..." kata Son Wukong tersengih.
Alif mukanya merona merah,bagaikan meletup dan Aurora menoleh ke belakang terkejut. Sebaik mereka bertentangan mata,Alif semakin merah mukanya dan menekup muka menyembunyikan reaksinya.
"Kau memang nak makan penumbuk aku ke Son?.." soal Alif geram dan Aurora kehairanan,kemudian dia kembali menyambung masakannya.
"Relax la,bukan luak apa-apa kalau kau mengaku depan dia..." jelas Son Wukong senyum selamba.
"THAT'S ENOUGH YOU MONKEY!!..." Jerit Alif geram dan Aurora terkejut.
"Alif? Awak okay?" soal Aurora menoleh ke arah Alif.
Alif tersentak dan tanpa sedar dia sudah menjerit,Son Wukong yang sedar usikan dia agak melampau terus buat gaya zip pada mulut tanda diamkan diri.
"Maaf Aurora,saya bertekak mulut dengan Son..." jelas Alif dan Aurora sekadar mengangguk sambil menghampirinya dengan meletakkan sepinggan nasi goreng.
"Takpe,nah awak mintak bukan? Makanlah..." Aurora berkata lembut sambil tersenyum.
Alif terpana dan kepalanya diketuk oleh Son Wukong,membuatkan dia tersedar dari lamunan dan menghela nafas pendek. Pinggan berisi nasi goreng ditarik,sudu dicapai dan dijamah sedikit kemudian mata Alif terbeliak kagum.
"Its delicious!!" ujar Alif menyuap nasi goreng tanpa henti.
Aurora terkejut apabila dia mendengar reaksi Alif,gelagat Alif menjamah masakan daripadanya membuatkan dia tersenyum sendirian dan menongkat sebelah pipi serta berkata secara berbisik.
"Terima kasih Alif..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top