CHAPTER 160 : WE WILL FIGHT,TOGETHER


Fuiyooo first time buat chapter panjang macam ni,ini memang mengujakan


Ikhwan berdiri di atas balkoni biliknya,dia memandang ke arah laut. Angin meniup dingin dan mengalunkan rambut berkibas,Alisa yang baru masuk ke dalam bilik menyedari perkara itu. Apa yang suaminya fikirkan ketika itu,dia hanya berjalan dan memegang bahu Ikhwan.

"Hey.. Bagaimana Harriq dan Qalesya?" soal Ikhwan.

"Mereka temankan bonda.." ujar Alisa tersenyum.

Ikhwan hanya mengangguk faham kemudian kembali termenung,Alisa menghela nafas pendek melihat sikap suaminya ketika itu. Dia teringatkan semula ketika mereka 'disapa' oleh seseorang,malah Z mengenali individu tersebut.

"Hello pewaris Iskandar..." sapa orang itu dengan tenang.

Ikhwan merenungnya dan merasai kuasa yang amat kuat,Z menghampiri mereka dan Alisa hanya mendiamkan diri.

"Siapa kau?" soal Ikhwan.

"Aku bukan sesiapa.. Cuma banduan dalam penjara abadi.." jelas orang itu dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Apa yang kau nak?" soal Ikhwan.

"Cuma ucap tahniah kerana selamatkan dunia dari hancur..." ujar orang itu dan Ikhwan tahu ia adalah sarcasm.

"Ouh.. Patut aku ucap terima kasih..." balas Ikhwan.

"Hehehe... Kau angkuh Ikhwan Syah.. Kau bukan tandingan aku..." orang misteri itu berkata yakin.

"Menarik.. Rasanya yang angkuh adalah kau,Maybus Apocalypse..." ujar Ikhwan dan semua terkejut,Z hanya mendiamkan diri.

"Kau kenal aku?" soal orang itu dikenali Maybus.

"Sudah tentu,kau adalah orang yang menyibuk semasa kekalahan Marvus.." jelas Ikhwan lagi.

"Aku kagum..." ujar Maybus.

"Tiada apa yang hebat... Nama kau ada tercatit dalam sejarah sebagai pemusnah alam semesta.." jawab Z dan Maybus tergelak.

"Hahaha.. Z.. Kau semakin kuat.. Nampaknya kau masih menjalani latihan yang aku beri?" soal suara itu.

"Diam pengkhianat... Duduk diam - diam dalam penjara tu..sahaja.." ujar Z dengan muka serius.

"Kau masih menyebelahi manusia Zane,aku kecewa dengan kau.." ujar Maybus.

"Kau benci manusia,tiada kena-mengena dengan aku.." Z mempertahankan idealism dia.

"Hehe.. Bergembiralah.. Lambat laun aku pasti akan bebas..." ujar Maybus.

"Jangan mimpi Maybus..." kata Z pula.

"Kau fikir penjara ini mampu menghalang aku selamanya?" soal Maybus.

"Selagi aku bernafas..." jelas Z dan Ikhwan hanya mendiamkan diri.

Sebaik sahaja Z berkata sedemikian,bayang hitam itu terus lenyap dan tidak dapat dikesan.

**************************

"Abang masih fikirkan hal seminggu lepas? Mengenai orang dipanggil Maybus..?" soal Alisa.

"Lebih-lebih lagi Z... Cara perbualan dia dan Maybus,macam mengatakan dia bukan manusia..." ujar Ikhwan.

"Kenapa abang tak tanya sahaja dia sendiri?" soal Alisa.

"Kalau semudah itu,tiada timbul persoalan macam ni..." ujar Ikhwan dan Alisa menghela nafas pendek.

"Abang dah lupa yang kita akan pergi ke Festival?" soal Alisa dan Ikhwan tersenyum.

"Sudah tentu tidak.. Lagipun abang dah janji dengan Harriq dan Qalesya bukan.." ujar Ikhwan tersengih.

"Kalau begitu,marilah pergi sekarang.." kata Alisa dan Ikhwan mengangguk.

============================

Alif duduk di atas bumbung kapal miliknya,sambil menunggu Azryan bersiap-siap. Mereka berehat dari pergi merantau,sempena peperangan kecil yang berlaku seminggu lalu.

Aurora pula sudah pergi terlebih dahulu ditemani Altera dan Raisyah,Alif menguap panjang dan meregangkan ototnya. Tidak lama kelihatan Azryan yang baru keluar dari dalam kapal,Alif terus melompat dan mendarat di sebelah sahabatnya.

"What took you so long..? The girls already gone.. It's your fault.." ujar Alif mengherotkan mulutnya.

"Chill bebeh,I'm late cause find my glasses.." jelas Azryan tersengih.

"So much lame excuse..." Raisyah muncul tidak lama,disusuli Aurora dan Altera.

"Eh Aurora? Bukan kamu bertiga dah gerak dulu?" soal Alif.

"Yeah.. Tapi kitorang tak nak Azryan kena k.o dengan awak...sebab marah tunggu lama.. Mari sini.." ujar Aurora menarik lengan Alif beredar bersama Altera.

Alif ditarik pergi oleh Aurora dan Altera,Azryan hanya mengangkat bahu dan ingin melangkah pergi. Tapi dihalang oleh Raisyah,Azryan kehairanan dengan tindakan gadis itu.

"Raisyah? What's wrong?" soal Azryan.

"It's about... Our fight with Skull Wing.. About what you said to me.." ujar Raisyah dan Azryan kehairanan,kemudian cuba mengingati apa yang dia katakan dan mukanya merah.

"It's about my confession?" soal Azryan dan Raisyah mengangguk.

"And you wanna answer right now?" soal Azryan lagi dan Raisyah mengangguk lagi sekali.

Raisyah memerah mukanya menahan malu,dia tidak pernah ada pengalaman diluahkan oleh sesiapa. Dia mula membuka mulut,namun dipeluk oleh Azryan dan dia terdiam.

"Kita akan teruskan tempat lebih privasi okay..." ujar Azryan dan Raisyah kehairanan kemudian Azryan menunjukkan ke satu arah.

Alif dan Aurora kelihatan bersama Altera,mereka tidak pergi tetapi cuma bersembunyi sahaja. Raisyah merah padma mukanya,lalu menundukkan muka tidak mahu berkata apa-apa.

==========================

Luqman dan Aminudden menunggu seseorang,di hadapan pintu utama istana. Sambil berbual dengan askar yang mengawal,Luqman menghisap rokok dan menyedari kehadiran yang ditunggu. Rokok dibuang ke tanah dan dipijak,dia tersengih melihat kehadiran orang itu.

"Ta-da... Okay tak?" soal Aila mengenakan kimono,Alia dan Hikari juga turut bersama dia.

"Cantik.. Sangat cantik.." puji Luqman.

"My beautiful wifes..." kata Aminudden kegirangan,Alia hanya memicit hidung Aminudden dan Hikari memeluk lengan kirinya.

"Waa... Kamu dah ada kat sini rupanya.." ujar Ikhwan sebaik muncul sambil mendukung Harriq dan Qalesya.

"Woo.. Auntie sungguh anggun sekali!!" Aminudden memuji Alisa dalam keadaan berpakaian kimono.

"Oh my... Terima kasih casanova.." kata Alisa tersenyum.

"Erkk.. Casanova huh?" soal Aminudden sedih.

"Cukup tu...mari pergi.." ujar Ikhwan sebaik kenderaan SUV muncul di hadapan mereka.

Festival Mentari berlangsung dengan meriah,Harriq dan Qalesya menikmati bersama abang sepupunya. Luqman dan Aminudden serta isteri mereka,Ikhwan dan Alisa hanya memerhatikan sahaja. Ikhwan menyedari seseorang melanggarnya,apabila ditoleh orang itu adalah Sakuya.

"Maafkan saya.. Maafkan saya!" Sakuya memohon maaf berulang-kali.

"Eh.. Kamu bukan kawan Hafez?" soal Ikhwan.

"Huh? Eh?! Tuanku?!" Sakuya ingin melutut hormat,Ikhwan segera menahan.

"Chop.. Chop.. Nanti jangan,saya belum jadi raja lagi... Bertenang Sakuya.." ujar Ikhwan tersenyum dan Alisa menahan gelak.

Akhirnya Ikhwan berjaya menenangkan Sakuya,rupanya dia datang bersama Hafez dan Erica serta Jeanne. Namun dia terpisah kerana kesesakan jalan,nasib baik dia bertembung dengan Ikhwan.

"Awak dah okay Sakuya-san?.." soal Alisa memberikan minuman air teh.

"Ya.. Maaf sebab kecohkan suasana..." ujar Sakuya.

"Jangan risau.. Saya dah hubungi Hafez,dia akan sampai kejap lagi..." ujar Ikhwan pula.

"Eh betul ke?" soal Sakuya girang.

"Ya.. Melalui GPS..." jelas Ikhwan.

"Eh bagaimana?" soal Sakuya.

"Saya pasangkan senyap-senyap.."

"Ia satu jenayah!!"

"Semua kesatria yang berkhidmat dengan Mentari memang diberi telefon visual yang ada sistem radar.. Bukan dia pasang senyap-senyap..." ujar Hafez muncul dari belakang.

"Jadi tuanku kenakan saya? Ia tidak elok tahu...?" Sakuya mengembungkan pipi merajuk.

"Sudahlah... Perangai Ikhwan memang begitu.." jelas Hafez menghela nafas.

"Untuk seorang royal berperangai seperti itu adalah jarang..." ujar Erica muncul dari belakang Hafez.

"Awak patut bertuah mempunyai kawan seperti putera Ikhwan..." tambah Jeanne muncul dari satu sudut kanan mereka.

"Nampaknya aku dapat sokongan moral.." ujar Ikhwan.

"Jangan suka sangat.." keluh Hafez.

Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi tapak kaki,berjalan menghampiri mereka dan Ikhwan tersenyum melihat siapa gerangan semua.

"Sorry lambat... Aku tolong tunjukkan Fara macam mana cara memakai kimono.." Farhan menyapa sebaik sahaja sampai.

"Waa.. Cantiknya aunt Fara..." puji Aila tersenyum.

"Sempurna...pandai Farhan pakaikan..?" soal Alisa menjeling.

"Aku ada dua orang adik perempuan,dulu masa mereka masih kanak-kanak.. Akulah yang tolong bantu mak ayah aku pakaikan kimono.. Sekarang aku automatic sudah hafal macam mana cara memakainya.." ujar Farhan memberi penerangan,Luqman dan Aminudden mengangguk beberapa kali.

"Okay semua.. Sementara festival masih berlangsung.. Apa kata kita nikmatinya?" soal Ikhwan.

"SETUJU!" Serentak mereka semua menjawab.

Ikhwan dan yang lain melangkah menuju ke jalan dipenuhi gerai-gerai,Luqman dan Aminudden bersama isteri masing-masing berseronok menikmati festival. Hafez pula ditemani tiga orang gadis,Farhan dan Fara berjalan sambil menyaksikan keindahan lampu-lampu yang tergantung kemas. Ikhwan dan Alisa bergurau senda,bersama anak mereka yang telatahnya begitu comel.

Azryan dan Raisyah berada di celah-celah bangunan,tersembunyi dari orang ramai dan menghadap antara satu sama lain. Muka masing-masing merah padma,Azryan menggelengkan kepalanya dan memegang tangan Raisyah. Gadis di hadapannya tidak melawan,wajah mereka mula rapat dan bibir bertaut.

Alif dan Aurora memerhatikan sahaja,Aurora terasa lega melihat Raisyah berlaku jujur mengenai perasaannya. Tangan Aurora disentuh oleh Alif,sebaik Aurora menoleh dengan pantas bibirnya dikucup oleh Alif. Altera hanya menyaksikan dari jauh,dia mengambil kesempatan untuk merasai semua makanan yang dijual di semua gerai.

Tidak lama lepas itu pertunjukkan bunga api mula berlangsung,semua terpaku melihat keindahan dari percikan bunga api di udara. Ikhwan tidak kurangnya dan apa salahnya,dia menarik nafas lega untuk seketika. Melepaskan bebanan dan berseronok,masalah tetap akan datang dan Ikhwan pasti akan dapat selesaikan. Cepat atau lambat itu bergantung pada keadaan,yang penting keteguhan untuk menghadapinya.

"You know Farhan..." ujar Ikhwan dan Farhan yang berada di sebelahnya menoleh ke arahnya.

"Evil can't be wipe out.. But we can prevent from getting worse..." tambah Ikhwan lagi dan Farhan terkejut,kemudian tersenyum.

"Can you help me?" soal Ikhwan lagi.

"Isn't obvious? Of course.." balas Farhan dan mereka kembali menyaksikan pertunjukkan bunga api yang masih berlangsung.



CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT

~FIN~












NEXT?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top