CHAPTER 159 : DRAGON KING JUDGEMENT
Satu battalion askar gelap musuh mara,Alisa mendepakan kedua-dua tangannya ke hadapan. Ribuan dibekukan kemudian Nao muncul terbang,hancurkan statue ais itu semua. Iris pula muncul seperti ski di atas ais,seiring bersama Luna dan membekukan musuh.
Zeo mengepalkan penumbuknya dan api emas yang marak,membara di tangannya dan membakar puluhan askar gelap musuh. Qatariz muncul dan merempuh musuh,api merah darah mencairkan zirah askar gelap. Mirana pula dengan sebelah matanya,berwarna emas bersinar dan mencakar membelah musuh.
Nabill dalam bentuk zirah dengan meriam yang besar,meleburkan musuh tanpa teragak-agak. Hisyam mengepalkan penumbuknya lalu dihayunkan,sehingga kepala askar gelap hancur zirahnya.
Niezam dengan alat yang lengkap diletakkan racun,menyerang pantas askar yang ada dan tidak lama. Tubuh askar gelap yang ada mengelembung,lalu meletup bagaikan belon.
"Oi tak ada cara lain ke? Jijik la!!" Hisyam menjerit.
Jane menarik laras senapang,kemudian menembak beberapa askar gelap musuh yang ingin menyerangnya. Jamel muncul mendarat kasar sehingga askar gelap itu semua melambung,Azlee pula muncul dan sekelip mata mendarat dengan membelah musuh.
Zharief menukarkan senapang menjadi senjata laser,lalu mengukir lubang pada askar gelap yang mara. Aizat pula berdiri tenang sambil tangan,diseluk ke dalam kocek seluar. Ratusan askar gelap menyerang ke arahnya,belakang askar bulatan seperti kocakan air terhasil di udara.
"Gate of Babylonia..."
Tusukan ribuan senjata terbang menikam ratusan musuh,Aizat tergelak jahat dan meneruskan serangan. Aila dan Alia membantu suami mereka,Luqman memetik jari dan panahan kilat dari langit merenjat puluhan askar. Aminudden pula mengangkat tangan ke udara,ribuan pedang terapung di udara.
"Ten Thousand Streamm!!!"
Pedang-pedang yang beribuan jumlahnya terbang menghancurkan musuh,Luqman menghayunkan tangan dengan kilat lalu musuh hangus begitu sahaja. Fasha menarik pedangnya yang sudah berubah menjadi cemeti,membelah musuh yang ingin menyerang ke arahnya.
Seseorang berjalan dengan tenang,sambil tangannya memegang pedang katana. Ratusan askar gelap yang menunggang meluru ke arah Farhan,tetapi Farhan hanya tenang dan memegang erat hulu pemegang pedang. Lantas sekelip mata juga ratusan askar gelap musuh,terbelah begitu sahaja dan Farhan kembali menyarung semula pedangnya.
Seluruh tempat bagaikan dipotong dimensi kemudian kembali normal,Farhan sedar Fara membantu Alisa. Tidak lama selepas itu,raksasa gergasi muncul dan menyerang kesatria Mentari. Khaizo pula muncul dan menghancurkan raksasa gergasi,Farhan tersenyum sahaja dan berlari meluru ke arah Khaizo.
"Khaizo!! Lend me a hand!" Farhan memekik sambil berlari laju,Khaizo memandang ke arah Farhan kemudian tersengih faham.
"Coming right up!!" Khaizo memegang tukulnya,lalu menghentak lutut gergasi itu lalu makhluk yang dua kali ganda besarnya dari gajah mula tumbang.
Farhan berlari lalu melompat meluru ke arah makhluk gergasi itu,lantas pedang ditarik dan sekilas mata memandang. Makhluk gergasi itu terbelah seribu,lalu hancur bagaikan debu. Farhan mendarat di sebelah Khaizo,mereka berdua berbalas sengihan dan menyeru meriam naga pada tangan kiri masing-masing.
"TWIN DRAG-CANNON!!"
BOOMM!!!
BOOMM..!!!!
Askar kegelapan yang mara musnah dek tembakan meriam naga,tembakan yang umpama meriam kereta kebal. Qatariz melayang ke arah mereka berada,Farhan dan Khaizo menyedari kehadiran dia.
Qatariz menjunam dengan pendaratan yang kasar,maka askar gelap yang ada di situ melambung tinggi. Api merah menyelubungi tubuhnya,kedua-dua tangan dikepalkan menjadi penumbuk dan meletuskan kuasa.
KA-booOOMMMM!!!
Farhan dan Khaizo hanya memerhatikan sahaja,Qatariz berdiri tegak di tengah-tengah medan tempur sambil tersenyum sinis. Dia memandang ke arah Farhan dan Khaizo,kemudian dia segera beredar.
"Ikhwan versi psycho.." ujar Khaizo.
"Ikhwan original sama psycho gak.." balas Farhan dan tiba-tiba serangan ais yang membekukan musuh hampir mengenai mereka.
"Hey hati-hati la.. Eh?" Khaizo yang ingin marah terbatal niatnya,apabila menyedari si pelaku adalah Alisa.
Alisa tersenyum sambil tangannya yang diselubungi aura dingin,Farhan dan Khaizo berpeluh-peluh kemudian tersenyum lalu beredar.
"Salah kau la.. Main lepas cakap je.." ujar Khaizo.
"Aku tak perasan la.." balas Farhan.
TANG!!!!
Ikhwan berbalas tangkisan pedang dengan Luiz,lagaan demi lagaan terus berlaku dengan impak yang kuat. Angin bertiup kuat dek pertembungan itu,Ikhwan dan Luiz berbalas renungan dingin.
KTANG!!!
Ikhwan memusingkan pedangnya lalu menghayunkan sekali lagi,Luiz tergerak ke belakang kemudian kembali meluru ke hadapan.
ZTANGG!!!
Ikhwan dan Luiz berbalas renungan semasa pedang mereka melekat,dengan bunyi pedang yang melekat begitu nyaring. Luiz menghayunkan pedangnya ke atas,lalu menyebabkan Ikhwan tertolak menyeret ke belakang.
Ikhwan mengangkat pedangnya lalu bersinar cahaya kebiruan,Luiz pula dengan muka yang dingin turut melakukan perkara yang sama. Farhan yang sedang bertarung sedar,lalu memekik memberi amaran supaya melindungi diri masing-masing.
ZRAASSH!!
ZWOSSH!!!
Dua hayunan dilakukan serentak dan akibatnya,pertembungan itu menghasilkan impak yang amat kuat bersama tiupan angin yang begitu kencang. Askar kegelapan yang berhampiran,turut hancur dek kuasa pertembungan itu.
Seluruh kawasan menjadi rata,askar kegelapan sendiri dihancurkan selamba oleh Luiz. Namun askar gelap mula bertambah,lalu mara dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek. Pedangnya dijulang ke langit dan auranya meletus,Luiz terkejut dan Ikhwan segera melibas ke hadapan.
Luiz menahan dengan segera dan gegaran bumi jelas terasa,Luiz menarik nafas dan serangan itu terus lenyap dihancurkan olehnya. Tetapi tidak lama lepas itu,muka Luiz dicengkam oleh Ikhwan sebelum dihempas ke tanah. Senjata tukul di dalam genggamannya,dihayunkan sehingga Luiz terbenam ke tanah. Pada masa yang sama,Khaizo menyedari tukulnya hilang dari tangan dia.
"Ouh..come on!" keluh Khaizo dan Ikhwan campakkan semula ke arahnya.
"Thanks!" Khaizo berubah reaksi dan membenamkan askar gelap musuh.
Letupan kuat hampir mengenai Ikhwan,namun raja naga sempat berundur pantas ke belakang. Luiz kembali berdiri tegak,kemudian menjejakkan kaki ke tanah. Ikhwan hanya memerhatikan sahaja,dia menunggu kemaraan musuhnya.
Ikhwan menarik nafas panjang,lalu meluru ke arah Luiz dan bertembung sekali lagi. Dentuman kuat berlaku dan mengakibatkan impak yang dahsyat,Luqman hanya terpempan menyaksikan pertarungan tersebut. Pedang mereka berdua simpan,lalu bertarung dengan tinju masing-masing.
Luiz mengilas tangan Ikhwan dan kakinya diangkat tegak,sebelum perkara itu berlaku dengan segera Ikhwan lenyap. Maka serangan Luiz tersasar,Ikhwan muncul pantas di sebelah kanan dan memberikan serangan siku.
"Elbow Thrust!!"
DUUUSSH..!!
Luiz menahan dengan lengan,tetapi dia tetap tercampak ke belakang. Ikhwan tidak membuang masa dan meredah laju ke arah Luiz,kepala Luiz dicengkam sebelum sempat Luiz sedar. Ikhwan menghempas Luiz ke tanah,maka rekahan meletus dengan teruk.
Luiz mendecih dan menembak kuasa,tetapi Ikhwan mengelak dengan mengundurkan badannya ke belakang segera. Ikhwan mengepalkan penumbuknya dan api biru menyelubungi tangan kanan Ikhwan,Luiz hanya kembali flip bangkit dan meredah ke arah Ikhwan.
Mereka meredah meluru ke arah antara satu sama lain,lantas mereka menghayunkan penumbuk dan bertembung serta menghasilkan gegaran yang dahsyat. Luiz menghasilkan aura hitam menjadi pedang,Ikhwan pula turut melakukan dengan hasilkan pedang dari api biru.
Mereka bertembung dengan lagaan kuasa yang kuat,tiada siapa mampu mendekati mahupun askar kegelapan. Walaupun tidak mempunyai pemikiran,tetapi menyaksikan pertarungan dua raksasa itu sesiapa pun tidak berani masuk campur.
Aura mengalir keluar apabila mereka bertembung lagaan kuasa,Ikhwan menujah dan Luiz menangkis kemudian dia melibas menegak. Namun Ikhwan sudah terlebih dahulu,menahan dengan api merahnya.
KRASSHH!!!!
Mereka terseret ke belakang dan jarak mereka turut menjauh,suasana sunyi sepi seketika dan Ikhwan hanya meregangkan badannya.
"You really strong... I admit that..." Luiz bersuara dan Ikhwan hanya mendiamkan diri.
"But you can't save this whole world.. You can't change people heart.. They'll doing as they like.. The seed of devil will grow..." ujar Luiz.
"That's doesn't mean you can destroy this world.." balas Ikhwan.
"This not going nowhere..." ujar Luiz dan mengubahkan bentuk penampilan miliknya.
"Yes.. Let settle this..." Ikhwan turut melakukan perkara yang sama.
Aura kuasa yang amat kuat terasa,Farhan dan Khaizo tergamam. Alisa pula hanya tersenyum,Luqman dan Aminudden tersengih.
Suasana menjadi sunyi seketika,hanya tiupan angin kedengaran dan Luiz pula menyeru makhluk kegelapan. Luqman dan Aminudden sudah menghapuskan sebilangan kecil,Ikhwan tersenyum sebelum riak mukanya serius semula.
Mereka lenyap dari pandangan mata kasar,tetapi sebenarnya Ikhwan dan Luiz bergerak pantas mengalahkan pergerakan masa itu sendiri. Mereka berlaga kuasa dengan deras,Ikhwan menghasilkan lima bulatan magis dan menembak seperti tembakan partikel laser.
Luiz pula turut membalas dan mereka terus rapat,lalu bertembung tinju yang pantas pergerakan hayunannya. Ikhwan dan Luiz bagaikan tidak bergerak,tetapi lagaan dahsyat dan pantas berlaku di hadapan mereka.
Luqman terbang ke udara dan makhluk kegelapan mengejar,dia mendepakan kedua-dua tangannya lalu kilat menyambar dari langit. Aminudden pula menundukkan badannya sedikit,saat makhluk kegelapan mengurumuninya dengan segera Aminudden bangun berpusing seiring api menyelubunginya.
Farhan dan Khaizo menyandar di belakang antara satu sama lain,kemudian pedang dipegang dan tukul digenggam erat. Saat makhluk kegelapan ingin menyerang,mereka segera menyerang balas dengan pantas.
"DUO ARTS!! GAIA STORM CYCLONE!!" Serentak mereka melancarkan serangan berkombo secara bekerjasama.
Alisa pula berdiri dengan tenang,Fara turut bersama dengannya. Aila dan Alia turut membantu,Alisa tersenyum dan merapatkan kedua tapak tangannya.
"Aila...!" Alisa memberi isyarat.
"Ya.. Thunderstorm!!!" Aila menghasilkan ribut taufan.
"Alia..!" giliran Alia diberikan arahan.
"Ya...! Fire Inferno!!" serangan daripada Alia bergabung dengan milik Aila,lalu menghasilkan taufan berapi membakar musuh.
"Fara berikan support!!" Alisa menjarakkan sedikit tapak tangannya,kemudian bebola cahaya kelihatan.
"Baik akak!" sahut Fara.
"ICE AGE...!!!" Alisa terus melancarkan serangannya,seluruh kawasan membeku dengan dahsyat.
Alif berlari pantas disusuli Aurora yang terbang dengan sayapnya,Azryan dan Raisyah turut menyusul bersama Altera. Alif menghayunkan pukulan pertama pada makhluk kegelapan bersayap,Aurora menusuk menikam disusuli Altera memancung seekor demi seekor. Azryan pula serentak menyerang dengan Raisyah,mereka menyembelih berpuluh makhluk bersama askar kegelapan.
Itu adalah teknik mereka berlima,walaupun hanya sebulan berlatih mereka mampu menguasai.
KNIGHT OF SUN PARADE!
Jamel melibaskan cakaran maut,berpuluh dihapuskan tanpa belas kasihan. Jane menembak seekor demi seekor,sambil Jamel melindungi di sisinya. Zeo menarik penumbuk dan dihayunkan pada tanah,lalu menghasilkan tiang api yang marak dan besar.
Luna pula muncul membekukan seluruh kawasan,Nabill menyusul menembak bersama Zharief dengan senjata laser yang besar serentak. Azlee pula bekerjasama dengan Niezam,Noh pula merempuh menghancurkan musuh bersama-sama Hisyam dan Zaren.
Aizat menyusul dan raksasa gergasi dia hancurkan,hanya dengan menggunakan pedang dia sahaja. Air mukanya begitu menakutkan,dia menjadi orang lain jika menjejakkan kakinya ke dalam medan pertempuran. Aminudden antaranya yang sama sepertinya,Aminudden pada masa itu mengepalkan penumbuknya dan api biru marak.
"BLAZING WAVE!!!"
ZWOSSH...
ZRAASSH!!!
Sekelip mata askar dan makhluk kegelapan hancur dimakan api biru,Luqman menyeru pedangnya berbilah ungu gelap lalu membelah makhluk gelap yang berterbangan.
ZRASH!!
ZRASSH!!
Luqman mendarat di sebelah Aminudden,dua beradik itu mengangguk dan menumpukan kuasa masing-masing. Luqman menyeru kilat ungu,Aminudden pula menyalakan api birunya dengan marak sekali. Sebaik sudah yakin dengan segera,mereka melancarkan serangan secara serentak.
Serangan kilat dan api bergabung lalu menghasilkan letupan yang kuat,askar kegelapan dan makhluk bersayap hangus dibakar api serta direnjat kilat. Arjuma pula muncul sekelip mata,dengan hayunan pantas pedangnya dan membelah makhluk bersayap.
Luiz mengetap gigi dan menghayunkan pedangnya,namun Ikhwan hanya tenang menahan dengan tangan kosong sahaja. Ikhwan menghayunkan penumbuk dan mengenai perut Luiz,kemudian Luiz berundur ke belakang sambil menahan kesenakan pada perutnya. Dia termengah-mengah menahan sakit,Ikhwan hanya berjalan ke arahnya.
"Cukuplah Luiz.." ujar Ikhwan.
"Apa yang kau kata?" soal Luiz geram.
"Menyerah sahaja.. Kau dah hilang arah.." kata Ikhwan lagi dan Luiz tersenyum sinis.
"Menyerah?! Kau hanya buang masa sahaja Raja Naga!!" jerit Luiz.
Ikhwan menyedari bulatan corak magis gelap yang terapung di langit,jarumnya sudah menunjukkan pada nombor dua belas. Ikhwan memandang ke arah Luiz,dia diperdayakan oleh Luiz rupanya.
"Apa yang kau buat?!" soal Ikhwan.
"Meteor dari semua arah di angkasa lepas akan merempuh bumi.. Tiada apa yang boleh kau buat..!!!" Luiz tergelak.
Ikhwan menghela nafas pendek,Luiz kehairanan dan Ikhwan mengangkat tangannya diarahkan atas langit lalu petikan jari dilakukan. Sekelip mata askar kegelapan Luiz,serta makhluk bersayap hancur sekelip mata.
"Apa?" soal para pahlawan.
"FARHAN!! KHAIZO!! SYAH!! AIZAT!! LUQMAN DAN AMINUDDEN!!! ADA METEOR DARI ANGKASA LEPAS AKAN MELANGGAR BUMI KITA,JADI PERGI KE ATAS DAN HANCURKAN!!" Lantang suara Ikhwan memberi arahan,manakala nama yang disebut hanya menunjukkan reaksi tersenyum dengan satu jawapan.
"ROGER THAT!!" Serentak mereka berenam terbang ke udara.
"Aku akan menyusul lepas hapuskan sampah depan ni.." ujar Ikhwan dan Luiz kehairanan.
"Apa kata kau?" soal Luiz.
"Kau tak pekak bukan? Aku sudah hilang hormat pada kau.. Jadi aku akan hapuskan kau dengan kuasa aku..!" Ikhwan berkata dan tubuhnya bersinar.
Ikhwan lantas melenyapkan bentuk terkuatnya,Luiz kehairanan dan sekelip Ikhwan sudah rapat ke arahnya. Sekelip mata juga Luiz melambung ke udara,dek tumbukan Ikhwan menongkat ke langit. Dia tidak menunggu Luiz jatuh,Ikhwan sudah berada di atasnya.
"Drop Kick!!"
KRASSHH!!!
Luiz terjunam jatuh hempas ke tanah,Luiz menjerit kesakitan dan Ikhwan tidak memberikan dia bangkit. Ikhwan menjunam dengan kedua-dua belah kaki pada perutnya,Ikhwan dengan muka tanpa berperasaan.
"Drop Dash.." ujar Ikhwan dan menyepak Luiz lalu menyeret Dark Knight otu dibuatnya.
Luiz bingkas bangun dan terkejut Ikhwan sudah rapat,lalu mukanya diberikan hadiah penumbuk dan Luiz mendongak ke langit. Ikhwan menarik zirahnya mengelak dia dari jatuh,kemudian ditarik Luiz dan diberikan tumbukan bertubi-tubi.
"RAPID PUNCH!!!"
DUSH!!
DUSH!!
DUSH!!!
DUUUSSH!!!!!
Luiz tergerak ke belakang dan mukanya penuh dengan luka,Ikhwan mengibaskan tangannya kerana lenguh. Dia merenung ke arah Luiz,manakala Luiz tersentak kerana bayangan di belakang Ikhwan. Naga gergasi merenungnya umpama ingin menelan dia hidup-hidup,Luiz terasa menggigil dan mengetap gigi.
"Sial kau!!!" Luiz meluru ke arahnya.
"Kau masih mampu ingin melawan.. Aku puji.. Jadi untuk penghormatan,izinkan aku berikan pukulan istimewa..." ujar Ikhwan memetik jarinya,lalu puluhan naga asli mendarat di belakang Ikhwan.
Semua yang menyaksikan itu terkejut,dengan apa yang Ikhwan lakukan dan Luiz dilibas oleh ekor salah seekor naga. Maka melambunglah Luiz ke udara,Ikhwan mengubahkan diri menjadi seekor naga.
"KING DRAGON JUDGEMENT!!!"
Ikhwan dalam bentuk naga,menembak api bersama naga yang lain menggunakan mulut. Luiz membesarkan mata dan dimakan semburan api marak,dia menjerit kesakitan kemudian tersenyum dan ketawa sebelum hancur menjadi debu.
Akhirnya Luiz dihapuskan selama-lamanya,Ikhwan tidak menunggu dan terbang ke udara. Naga-naga yang lain mengekorinya,Alisa hanya berdoa agar semuanya selamat. Enam orang pahlawan ketika sudah hampir kepenatan,mana tidak jika meteor hampir sama besarnya dengan bumi.
Farhan menyedari Ikhwan dalam bentuk naga,lantas dia turut mengubahkan diri menjadi naga. Luqman turut menyusul dan Aminudden menyeru Flare,dia memberikan sokongan kerana dia bukan naga. Khaizo,Aizat dan Arjuma melakukan perkara yang sama.
"Tinggal satu..!!" Farhan menjerit tetapi dia kembali ke bentuk normal.
"Alamak masa dah tamat ke.." kata Khaizo.
"Teruklah..." Aizat juga sama kembali ke bentuk manusia.
"Tidak.. Kita dah kehabisan banyak tenaga.." jelas Arjuma.
"Kami pun sama..." balas Luqman dan Aminudden termengah-mengah,Flare kembali ke dalam tubuhnya.
Ikhwan juga sama mengubah ke bentuk manusia,para naga diarahkan berundur dan Ikhwan mengubahkan ke bentuk terkuatnya. Pedang Sacred Royal Blade dipegang erat,Farhan dan yang lain terkejut.
"Kau pasti ke bro?" soal Farhan dan Ikhwan hanya memandang ke arahnya,kemudian tersenyum dalam kepenatan.
Tiada jawapan hanya dinaikkan ibu jari,sebelum terbang laju ke arah meteor terakhir. Farhan ingin membantu namun dia sudah kepenatan,termengah-mengah dan risau.
"ARGGGHHH!!!!!" Ikhwan menjerit terbang meluru ke arah meteor terakhir.
"INFINITY SLASH!!!!!"
ZRAASSH!!!
ZRAASSH!!!
ZRAASSH!!!
ZRAASSH!!!!
ZRAASSH!!!!!!
Libasan demi libasan yang kuat,berjaya menghancurkan meteor yang sedang mara ke bumi. Ikhwan menyedari sesuatu dan ianya terjadi pada pedangnya,Ikhwan terkejut melihat keadaan itu.
KTANG..!
Sacred Royal Blade telah patah...
Ikhwan termengah-mengah dan pandangan mula kabur,sebelum dia rebah sempat disambut Farhan. Ikhwan terkejut kemudian tersenyum,kemudian dia tunjukkan apa yang berlaku pada pedang miliknya.
"Talk about greatest sacrifice..." ujar Farhan.
"Don't worry.. It's can be fix.." jelas Ikhwan dan Farhan hanya tersengih sahaja.
Ikhwan dibantu Farhan serta yang lain turun ke bumi,semuanya tamat dengan lancar dan beberapa kesatria ada yang terkorban. Alisa memeluk Ikhwan sebaik mereka kembali,begitu juga Fara disusuli memeluk Farhan. Aila mendapatkan Luqman,Alia dan Hikari memapah Aminudden yang kepenatan.
Luiz berjaya dihapuskan begitu juga meteor yang banyak,ingin merempuh bumi berjaya dihancurkan dengan bantuan Ikhwan serta pahlawan yang lain. Tidak lupa puak naga yang muncul membantu di saat terakhir,Ikhwan hanya menghela nafas lega kerana segala-galanya sudah tamat.
Tetapi muncul cahaya gelap yang marak di hadapan mereka,Ikhwan terkejut dan cahaya gelap itu menyerupai seseorang. Z mengenali bayang tersebut,Ikhwan merenung bayangan itu yang sedang tersenyum.
"Hello pewaris Iskandar...."
============================
Akhirnya tamat semuanya,tetapi siapa pula dalam bayangan itu?
Nak tahu kena tunggu
Jangan risau,dah nak tamat ni
Sikit je lagi
Vote dan komen ye
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top