CHAPTER 158 : HAFEZ VERSUS SUN


KRAANG..!!!

KA-BOOMM!!!

KEDEGUUUMMM!!!

Peperangan kecil berlaku di sebuah pulau yang besar,para kesatria memekik lantang menyerang balas kemaraan askar kegelapan. Recca merendahkan badan umpama musang sebenar,lalu ekor dia kesembilan semuanya bersinar.

Sekelip mata beberapa askar kegelapan yang menunggang kuda,terbelah bersama kudanya sekali dan Felicia memegang erat pedangnya. Tetapi bukan sebilah sahaja Felicia pegang,kedua-dua pedang digunakan dan sekelip mata juga puluhan askar terbelah.

Keith menarik pedangnya yang berbilah pendek,tidak seperti pedang biasa dan askar kegelapan meluru ke arahnya. Keith matanya bersinar dan sekelip mata,semua askar kegelapan terus hancur begitu sahaja.

ZRASSH!!

Milja menarik kedua-dua bilah pedang,Noir menyusul dari tepi menghapuskan musuh yang mara. Mereka berdua merupakan rakan kerjasama yang sempurna,libasan demi libasan menghapuskan musuh.

ZRASSHH!!

Jamel merempuh segerombolan askar kegelapan yang ada,Jane pula hanya menyokong dari belakang. Salah satu askar ingin menyerang hendap dari belakang,namun helmet dicengkam dan dihempas ke tanah oleh Jamel berulang-kali.

Tembakan bertalu-talu berlaku dan menumbangkan puluhan askar musuh,Jamel memandang ke arah dari mana si penembak kemudian sebaik dapat tahu siapa. Jamel tersengih girang kerana Nabill,berdiri dengan senapang laser.

Azlee juga bersamanya disusuli Zeo,Luna dan Zaren kemudian Noh pula muncul menghancurkan lima askar kegelapan. Niezam bersama Hisyam menembak bertalu-talu,mengukir lubang pada badan puluhan askar kegelapan.

"Hey guys.. Lambat la korang..." ujar Jamel.

"Maaf pilot lambat datang..." kata Azlee dan semua menjeling ke arah Nabill.

"Aku lambat bangun tidur.. Jangan la marah..." balas Nabill menyedari dirinya ditenung lama-lama,Jamel tersengih dan memandang ke arah tentera musuh.

"Baiklah guys... Patutkah kita?" soal Jamel membetulkan sarung tangannya,bersama yang lain di belakangnya.

Hafez dan Sun bertembung,pedang Sun berlaga dengan kerambit milik Hafez. Pertarungan berlaku dengan sengit,tangan kiri Hafez bersinar sebelum melakukan libasan. Sun tercampak dan menyeret ke belakang,dia menghela nafas pendek memandang ke arah Hafez.

"That hand. Is something that doesn't belong to you... No?" soal Sun.

"It's not your concern" Hafez pula membalas.

"Yeah you right..."

"Good..."

Mereka bertembung dengan pantas,rekahan berlaku di bawah kaki mereka berpijak. Kerambit dan pedang berlaga hebat,membuatkan beberapa kesatria tergamam.

Sun memegang erat pedangnya lalu menghayunkan dengan deras,Hafez terkejut dan menahan kemas. Tetapi serangan itu menyebabkan Hafez terpelanting,lalu berguling selepas menghempas ke tanah. Hafez menahan sakit lalu bangkit menyeret,kemudian berhenti dan nafasnya dihelakan pendek.

Pakaian dia kibas dan kemaskan,Sun segera ke arahnya Hafez pula menumpukan kuasa dalamannya. Saat Sun hampir ke arah dia,Hafez terlebih dahulu merapatkan jarak pada Sun.

Gerakan Hafez begitu pantas,sehingga Sun tidak sempat mengerdipkan mata. Kerambitnya dilibas dan tubuh Sun mengalami kecederaan berbentuk hirisan X,Hafez pula dengan segera mengambil gerakan seterusnya untuk menyerang lagi sekali.

Sun menguatkan tenaga dan meletuskan kuasanya,Hafez tersentak sebelum satu serangan misteri membuatkan dia tercampak. Sehingga melanggar seketul batu gergasi,Hafez menahan dari terjatuh dan sempat melutut sebelah kaki.

"Hafez!! HAH!!" Erica menyedari apa yang berlaku pada Hafez,lalu melibaskan kapaknya menghancurkan puluhan askar musuh.

Erica segera berlari mendapatkan Hafez yang sedang menahan sakit,Jeanne dan Sakuya turut menyusul bersama-sama. Hafez dipapah bangun dan lelaki itu menghela nafas lega,Hafez memandang satu persatu tiga orang wanita yang membantunya.

"Terima kasih..." ujar Hafez.

"Kalau awak tak boleh nak berlawan sendirian,awak patut minta tolong saya!" Erica berkata geram.

"Betul kata dia,abang patut minta bantuan kami.." tambah Sakuya risau.

"Kamu berdua..." ujar Hafez diam semula.

"Apa yang kamu akan lakukan?" soal Jeanne dan Hafez memandang ke arahnya.

"Jangan paksa diri.. Kami ada bersama membantu.." kata Jeanne dan Hafez memandang tiga orang perempuan itu kemudian tersenyum.

"Thanks.. Make sure no one interfere my fight..." Hafez berkata sambil tersengih dan tiga orang perempuan itu terkejut.

"Still don't want us to help.." ujar Jeanne menghela nafas.

"Sorry..." Hafez tersenyum kelat.

"Up to you.. Just don't die..cause I don't want to wasted my tear for you!!" Erica berkata sambil memusingkan kapaknya sambil tersenyum.

"That's harsh..." ujar Hafez tersengih dan Erica menjelirkan sedikit lidah tanda dia tidak peduli.

"Win brother!" kata Sakuya memberi sokongan.

Hafez menyedari sesuatu dan menghasilkan perisai,serangan misteri menembak umpama laser ke arah mereka namun berjaya dipatahkan dengan perisai Hafez.

Sun menunjukkan mukanya dengan aura gelap ungu kehitaman,menyelubungi seluruh tubuhnya dan menghasilkan bulatan portal hitam. Tembakan umpama laser berwarna hitam,menembak bertalu-talu ke arah Hafez.

Akhirnya Hafez mengambil keputusan menyimpan kerambitnya semula,tangan kirinya bersinar dan menangkis semua serangan laser itu. Hafez mematahkan dengan tangan kirinya sahaja,Erica,Sakuya dan Jeanne berbalas pandangan kemudian mengangguk lalu beredar pergi.

Hafez menahan dan Sun terus menembak,tetapi dalam masa yang sama Hafez mengembalikan semula tembakan laser hitam itu. Garisan corak pada tangan kirinya,mula bersinar sehingga kawasan leher. Lantas dia meluru laju ke arah Sun,begitu juga dengan Sun dan mereka bertembung lalu menghasilkan letusan yang amat kuat.

Tinju berbalas tinju dan impak angin kencang terhasil,tanah merekah dan hancur setiap kali pukulan berbalas. Hafez menepis hayunan penumbuk Sun,lalu dia mara ke hadapan dan telapak tangan ditekap pada perut Sun.

Sebelum sempat Sun ingin menyerang balas,satu impak kuat membuatkan Sun terpelanting jauh. Hafez segera melompat dan mengekori Sun,dia muncul di atas Sun yang melambung ke udara. Sun terkejut dan kepalanya dicengkam,Hafez menolak dan junam laju ke bawah.

KRASSHH!!

KRAKKK!!!!

Rekahan yang dahsyat akibat dentuman berlaku pada tanah,Hafez melompat berpusing ke belakang berundur. Sun kembali bangkit dan meregangkan keadaan tulangnya,ternyata serangan tadi hanya mencalarkan sedikit tubuh Sun.

"Boleh tahan manusia..." ujar Sun.

"Kau berkata seolah-olah bukan manusia.." kata Hafez.

"Benar.. Aku bukan manusia... Aku adalah makhluk yang terulung,diciptakan untuk memusnahkan dunia..." jelas Sun.

"Apa?" Hafez terkejut.

"Kau manusia yang pertama dapat mencederakan aku.." kata Sun dan Hafez hanya mendiamkan diri.

"Oleh itu aku akan bagi ganjaran.." tambah Sun lagi.

"Apa maksud kau?" soal Hafez mula terasa aura kuasa yang amat kuat.

Sun mengangkat pedang dan ditegakkan,Hafez hanya kehairanan dan tulisan purba pada bilah pedangnya menyala. Tanah di kawasan berhampiran mula merekah,lalu aura hitam menyelubungi tubuh Sun.

Aura hitam menutupi seluruh tubuh Sun dan suasana menjadi sunyi sepi,aura gelap yang dirasai membuatkan sesetengah askar Mentari tidak mampu bergerak. Farhan segera menyelamatkannya,dari dipenggal askar gelap musuh.

"Sial.. Kuasa apa ni?!" soal Farhan memandang sekeliling kawasan.

Aura hitam itu mula lenyap dan menunjukkan susuk tubuh kehitaman,Hafez mula terasa tidak sedap hati dan meningkatkan kuasanya. Tangan kirinya seperti bereaksi dengan kuasa yang dirasainya,Windalfir merenung tajam dari dalam tubuh Hafez.

Sebilah pedang yang panjang dengan wajah tengkorak kambing,aura hitam menyelubungi seluruh pedang tersebut dan zirah kehitaman mula menunjukkan penampilan. Mata Sun bersinar dengan aura yang amat kuat,Hafez tergamam dengan keadaan tersebut.

"That's your true form?" soal Hafez tersenyum kelat.

"Indeed human.. From the start you looking at this form,it will be your doom.." Sun berkata dengan selamba melibas pedangnya,hayunan itu menghancurkan separuh kawasan di situ.

Hafez terkejut dan terasa dirinya menggigil,sekelip mata Sun sudah berada di hadapannya. Sambil menghayunkan pedangnya,Hafez tergamam dan menghasilkan perisai namun itu tidak elakkan dia dari tercampak.

Hafez mengerang apabila terjatuh,melanggar dinding batu dan menyedari Sun sudah hampir. Hafez mengeluarkan kerambitnya,lantas menangkis tetakan pedang Sun.

KRAANG..!!!!

Hafez terpelanting sekali lagi sambil berpusing,Sun menetak dan terus menetak. Hafez bertahan selagi mampu dan satu tetakan,Hafez tercampak jatuh ke dalam laut. Sun terapung di atas udara dan mengangkat sebelah tangan,lalu objek tajam dan gelap hitam dihasilkan.

Sun terus melancarkan serangan merejam ke dalam laut,tidak memberikan peluang pada Hafez mengambil nafas. Rejaman demi rejaman mencalarkan tubuh Hafez serta mula mengenai titik penting tubuhnya pula,Hafez yang diasak lama mula berang dan menghayunkan penumbuknya.

Sun mula tenang tersentak apabila satu tangan kiri gergasi,meluru laju ke arahnya dan melekatkan pada tubuhnya. Sehingga lenyap dan Sun mendarat di tepi pantai,Hafez berjalan dari dalam laut ke tepi pantai sambil termengah-mengah.

"Kau okay? Hampir lebih separuh tenaga kau gunakan untuk hentikan serangan.." kata Windalfir.

"Jangan risau aku ada ni..." ujar Hafez menarik keluar botol potion jenis penyembuhan,lantas diteguk tanpa was-was.

Gulp... Gulp...

"Ha!! Pahit!!" Hafez menjelirkan lidahnya apabila habis minum sebotol air penyembuhan.

"Namanya ubat..." kata Windalfir.

"Pinjam pedang kau partner.." ujar Hafez dan tangan kirinya,bersinar dan keluar sebilah pedang.

Sun juga zirahnya yang retak sedikit,mula kembali pulih dan auranya muncul semula. Hafez memusingkan pedangnya,Sun pula berdiri tegak menghunuskan pedangnya ke arah Hafez. Tiada lagi perkataan dan sekelip mata,mereka bertembung kuat dan berlaga pedang dengan dahsyat.

TANG!!

KTANG!!

KTANG!!

Hafez mengelak dan menepis pedang besar tersebut,kemudian Hafez menggeser pedangnya dan mara ke arah Sun dengan laju.

ZRAANGG!!

Libasan Hafez berjaya Sun elak,tetapi penumbuk tangan kirinya mengenai perut Sun. Tindakan Hafez mengejutkan Sun sebelum Hafez mencampakkan dia,jauh dan merempuh beberapa bukit.

Hafez mengejarnya dengan segera,sayap dihasilkan pada belakang tubuh. Maka terbanglah Hafez dengan laju,Sun memasuki kawasan hutan dan bergolek sebelum bangkit semula. Hafez sudah muncul di hadapannya,Sun menarik pedang dan Hafez menetak.

Sekali lagi lagaan yang menghasilkan bunyi nyaring,di tengah-tengah kawasan hutan tebal dan membuatkan penghuni liar lari bertempiaran. Tangan kiri Hafez kepal dan muka Sun,yang dilindungi zirah helmet diberikan tumbukan padu.

Sun terseret ke belakang dan mencacakkan pedangnya,dia mula hilang sabar dan kemarahannya memuncak. Aura hitam menyelubungi tubuhnya,kemudian menutupi seluruh hutan dan Hafez pula mula hilang sabar.

"Tak habis-habis dengan main asap!! Aku dah cukup dengan semua ni!!" lantas Hafez menumbuk ke tanah dengan tangan kirinya.

BRAAMM..!!!!

Tumbukan itu melenyapkan aura hitam,Sun tergamam dengan apa yang berlaku. Hafez terus mara dan menghayunkan penumbuknya,Sun terdongak dek tumbukan Hafez. Sepakan kaki pula Hafez berikan,menujah ke perut yang dilindungi zirah.

Hafez mengepalkan penumbuk kirinya,tangan mula bersinar dan tumbukan padu menghinggap ke zirah muka Sun sehingga bersepai zirah tersebut. Sun terpelanting bergolek dan kembali bangkit,dia menggigil dan menggigit bawah bibir.

"Why..? Why?!! How can human have a such power?!!!" Sun mengamuk.

"The answer is simple.." ujar Hafez mencacakkan pedangnya,tangan kiri Hafez mula bersinar kemudian merebak ke tangan kanan pula.

Hafez sudah bergerak di hadapan Sun,lalu menghayunkan penumbuknya beribu kali. Setiap bahagian Hafez berikan pukulan yang maut,zirah Sun mula meretak dan sedikit demi sedikit hancur.

"THOUSANDS FIST!!!"

Sun tercampak menyeret ke belakang,Sun tewas sepenuhnya dan tubuhnya mula menghakis. Hafez hanya berdiri tegak,kedua bahagian tangannya kembali menjadi normal.

"Because we're not gonna lose...to you.." Hafez memberi jawapan dan Sun terkejut kemudian ketawa kuat.

"Damn it,you're gonna die.. And yet still can laugh...?" soal Hafez.

"Let me give you a warning..." ujar Sun berhenti dari ketawa.

"What's it?" soal Hafez.

"Giant Meteor will come...soon.." jawab Sun dan hilang umpama debu.

Hafez terduduk kemudian terbaring,dia termengah-mengah kepenatan. Pedang yang dicacakkan lenyap dan kembali diserap tangan kirinya,Hafez tersentak apabila gambaran meteor merempuh bumi.

"Ah.. Shit.."

TANG!!

Ikhwan dan Luiz bertembung lagaan pedang,Sacred Royal Blade dan Excalibur Morgan. Mana yang lebih agung dan kuat,pertarungan mempertaruhkan nasib dunia.

Bermula sekarang...






















===============+===============

Hellooo...

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Harap korang berpuas hati ya

Sila tunggu pertarungan terakhir di chapter seterusnya,harap bersabar

Ciao!

Komen dan Vote!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top