CHAPTER 157 : FINAL APPROACH
Ikhwan berjalan sambil mencari di mana daya ki Luiz,Ikhwan tahu Luiz mampu menyembunyikan daya ki miliknya. Namun Ikhwan juga mampu mencari seseorang yang bersembunyi,walaupun daya ki dilenyapkan.
Ikhwan berhenti dari terus berjalan,dia memandang ke hadapan dan ke belakang. Kiri dan kanan kemudian dia tersenyum,ini kerana dia tahu apa yang berlaku. Sacred Royal Blade diseru lalu dicacakkan pada tanah,efek kaca berderai kedengaran dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"Misdirection Magis.. Huh?"
Tidak lama muncul beberapa susuk tubuh mengepung Ikhwan,si raja naga hanya memandang dengan pandangan kosong. Semua Dark Knight yang telah mati,dihidupkan semula dan menghalang jalan Ikhwan. Lijart The Shadow dan Ernoul The Slayer,Ikhwan hanya memerhatikan mereka.
"It's time to die..." ujar Lijart.
"So you guys wanna get in my way...?" soal Ikhwan.
"No hard feelings dragon king.." kata Ernoul menarik pistolnya.
Ikhwan mendiamkan diri dan menghela nafas pendek,Luiz yang berdiri di hadapan device magis hanya tersenyum simpul. Lijart meluru laju ke arah Ikhwan,bayang dibentuk menjadi pedang dan dilibas ke arah Ikhwan.
Sacred Royal Blade dipusingkan kemudian menangkis,libasan Lijart dan sebelah tangan menghasilkan api lalu menahan tembakan Ernoul. Lijart membentuk bayang kepada benda tajam,dia terus menyerang Ikhwan namun gagal kerana berjaya dielak oleh raja naga.
Kepala Lijart dicengkam dan dihempas ke tanah,Ikhwan membedil percikan api dan Ernoul terus menukar senjata kepada jenis shot gun. Ikhwan sudah mengacukan sepucuk pistol,Ernoul terkejut sebelum kepalanya terkena tembakan Ikhwan.
Lijart meletuskan serangan bayang,Ikhwan segera bergerak mengelak serangannya. Melompat beberapa kali dan mendarat sebaik yakin,jaraknya sudah agak jauh dari mereka berdua. Ernoul kembali bangkit dan tembakan Ikhwan hampir meletupkan kepalanya,Lijart memegang kepalanya dan termengah-mengah.
"Hyper Regeneration.." ujar Pyro dalam tubuh Ikhwan.
"Bukan sahaja hidup semula,penyembuhan semula yang cepat juga ada pada kamu berdua?" soal Ikhwan.
"Memberikan kami masa untuk membunuh kau raja naga..." ujar Lijart tersengih dan Ikhwan mendecih,kemudian tangannya diangkat dan dihalakan ke langit.
Lijart dan Ernoul mendongak lalu terkejut,api biru membentuk bola gergasi di langit. Semakin lama semakin marak,Ikhwan tersenyum licik.
"Baguslah.. Aku pun tengah bosan.." ujar Ikhwan tersengih.
"Apa kata kau?" soal Lijart.
Ikhwan terus menghempapkan api besar itu ke arah mereka,letusan yang kuat berlaku dan tiupan angin panas terhasil. Lalu membentuklah kawah yang amat besar,membuatkan semua yang berhampiran terasa kuasa Ikhwan dan terdiam.
"Oi.. Oi.. Biar betul,kau nak letupkan bumi ke Wan?" soal Qatariz mendarat di belakangnya,disusuli Mirana dan Ikhwan menjeling sedikit ke belakang.
"Jangan risau serangan tadi tak teruk sangat.... Bumi tak akan musnah dengan mudah,mungkin..." jelas Ikhwan dan Qatariz serta Mirana berpandangan kemudian menghela nafas pendek.
BRAAMM..!!!
Luqman dan Aminudden terseret ke belakang,mereka mendongak dan memandang ke arah hadapan. Ludovicos dan Averardus meluru ke arah mereka,api merah yang marak menyala di tangan Aminudden.
"FEATHER FLARE!!!"
ZROOOSSHH!!!
Api yang marak disemburkan ke arah mereka,Luqman menjerit mengatakan ia tidak akan berkesan. Averardus menggunakan tangan kirinya,menyedut api merah tersebut.
"Ah... Damn it..." keluh Aminudden.
"What did I say?" soal Luqman.
"Storm the front..." ujar Aminudden lagi.
Averardus menyalakan api dan menyembur teknik yang sama,Luqman segera menahan dan Ludovicos melompat ke atas lalu ingin menyerang Luqman. Aminudden pula menyusul dan menahan serangannya,lagaan yang kuat dan impak yang dahsyat berlaku.
Luqman menghayunkan sepakan dah Averardus menahan,kilat merenjat setiap kali Luqman menghayunkan kakinya. Aminudden berpusing kemudian menghayunkan tumbukan,Ludovicos melagakan tapak tangannya lalu menghasilkan bongkah ais yang besar.
KRAANG..!!
BRAAM!!!!
Aminudden mendecih kemudian menyeru busurnya,kemudian menembak panahan api biru berterusan.
"Rapid Attacks!!!" Aminudden menarik tali busur berulang-kali.
"Ha? Oi!! Am!! Nanti!!" Luqman menyedari tindakan adiknya,namun terlambat dan Averardus terkejut.
TUSSH!!
TUSSH!!
TUSSH!!!
Ludovicos menggabungkan penumbuk kemudian menghasilkan perisai dari ais,melindungi dirinya sendiri dan Averardus terpaksa berundur mengelak namun Luqman terpaksa mengelak dengan cemas.
BOOMM!!
"How do you like that?!" soal Aminudden.
"'How do you like that' your ass!!" kata Luqman menampar belakang kepala adiknya.
"Ayark!! What's your problem!?" soal Aminudden.
"Can't you see I'm in the middle of your target?!" soal Luqman dan Aminudden tersentak sebelum tersenyum kucing.
Perbalahan itu disaksikan oleh Ikhwan,Qatariz dan Mirana serta dua beradik itu tidak sedar pertarungan mereka sehingga ke tempat Ikhwan berada.
KRAANG!!!!
Luqman dan Aminudden melompat mengelak serangan deras,Ludovicos bengang kerana dua beradik itu sempat berbalah ketika perlawanan.
"Mereka memang kuat!" ujar Aminudden.
"Kita kena kalahkan mereka dengan cepat.." jelas Luqman.
"Mungkin fusion boleh tolong.." kata Aminudden.
"Tapi bagaimana?" soal Luqman.
"Betul gak,kita fusion tanpa sengaja.." jelas Aminudden.
"STOP PLAYING AROUND!!!" Ludovicos dan Averardus menyerang serentak,lalu letupan yang kuat berlaku mengakibatkan dua beradik itu melambung.
"Ayoh kita bersama-sama melompat!!" Aminudden menjerit.
"Tak kelakar okay?!" Luqman berpusing kemudian tergolek jatuh serentak.
"Itu mesti sakit.." kata Ikhwan sambil dijeling Qatariz dan Mirana.
Letusan dari kawah di hadapan Ikhwan,dua susuk tubuh melompat keluar. Qatariz terkejut dan Ikhwan memberi isyarat supaya jauhkan diri,lantas Qatariz mendukung Mirana pergi manakala Luqman dan Aminudden terkejut apabila keadaan itu berlaku.
Lijart dan Ernoul menjunam meluru ke arah Ikhwan dengan laju,hayunan penumbuk gergasi dari hasil bayang. Ernoul pula menarik pedang lalu ingin menetak,namun Ikhwan hanya kemas menahan dua serangan serentak.
Suasana menjadi sunyi seketika,Ikhwan menghela nafas dan api biru membara di kedua-dua tangannya. Lantas dia membalas serangan dengan memusingkan tubuhnya,seiring api biru seperti putaran sayap naga.
"DRAGON WINGS!!" Ikhwan melibas serangan secara berpusing,Lijart dan Ernoul terpelanting di sebelah Ludovicos serta Averardus.
Ludovicos terus menyerang dengan bekuan ais,meredah laju ke arah Ikhwan dan Qatariz. Tetapi Ikhwan hanya mengepalkan penumbuknya,api biru menyala dan tangan seperti bersinar kebiruan. Ikhwan menghayunkan tangannya lalu melenyapkan bongkah ais yang ingin menyerangnya,Ludovicos terkejut dengan apa yang berlaku.
"Sacred Blizzard...." ujar Ikhwan tenang sambil meredakan kuasanya.
"Tak guna..." keluh Ludovicos.
"Kuasa yang hebat,aku kagum..." ujar Ikhwan lagi sambil mengibas-ngibas tangannya.
"Tapi hanya kuasa sampah jika lawan dengan aku..." tambah Ikhwan lagi.
Ludovicos mengetap gigi rapat,bongkah ais gergasi terhasil terapung di udara. Ikhwan hanya menghela nafas pendek,Luqman dan Aminudden terkejut. Qatariz pula bersama Mirana hanya memerhatikan sahaja,Ludovicos terus melancarkan serangan tetapi Ikhwan segera menarik pedangnya iaitu katana yang dihasilkan oleh api birunya.
ZIING!!
ZWINGG!!
Sekelip mata bongkah itu terhempas dalam keadaan berkecai menjadi objek yang kecil,Luqman dan Aminudden hanya mendiamkan diri. Averardus melagakan penumbuk dan meluru ke arah Ikhwan,dia menyalakan api merah pada tangan kirinya.
Lijart merapatkan kedua-dua tapak tangannya kemudian sulamkan jari-jemarinya,bayang hitam Ikhwan keluar seperti jejari dan mengikatnya. Namun Ikhwan hanya dengan muka selamba,tidak mudah cemas.
Averardus menghayunkan serangan namun Ikhwan,menghasilkan sayap dari api biru dan menjadikan perisai. Lantas letusan hebat berlaku dengan kuat,apabila serangan tersebut melanggar Ikhwan.
Letusan itu menghasilkan habuk dan asap yang tebal,Averardus dan Lijart berpandangan kemudian tiupan angin terhasil melenyapkan asap tebal. Jelas itu perbuatan Ikhwan yang menggunakan sayap api birunya,Ludovicos terkejut dan Ernoul hanya mendiamkan diri.
Luqman dan Aminudden bertepuk tangan kagum,Qatariz dan Mirana menjeling dengan muka blur. Ludovicos yang mulanya menggigil,kemudian tersenyum dan menjerit sekuat hati.
"Semua serang dia!!" Ludovicos meluru laju ke arah Ikhwan.
Ernoul,Lijart dan Averardus menyusul menurut arahan. Empat-empat dark knight mensasarkan Ikhwan,tetapi Ikhwan hanya mengangkat tangannya.
"God Judgement.."
Tap!!
Petikan jari Ikhwan lakukan,tidak lama letusan hebat berlaku di atas tanah merekah dan hancur. Membuatkan empat dark knight tercampak semula,Luqman terkejut dan Aminudden bersorak.
"Hell yeah!!" kata Aminudden.
"Sial!!" ujar Ludovicos berang.
"Am.. Ingat lagi uncle pernah lambung kau masa kecik dulu?" soal Ikhwan dan Aminudden mula mengimbas kembali.
"Aha... Ingat.. Ingat!!" ujar Aminudden tersengih.
"Bagus sekarang uncle nak buat.." balas Ikhwan lagi dan Aminudden tersentak.
"Tapi saya dah besar uncle... Arkk!!" Aminudden ingin berkata lebih,kolar belakang telah dicekak.
"Cantik.. Kau pun setuju,sedia?...." kata Ikhwan ingin memulakan tindakannya dan Luqman serta yang lain terkebil-kebil.
"Sekejap? Siapa kata SETTUUJJJUUU!!!" Aminudden dilambung tinggi dan Luqman tersengih.
"Okay Luqman.. Giliran kau.." Ikhwan berkata dengan menoleh ke arah Luqman dengan mata bersinar.
"Eh? Apa?" soal Luqman kehairanan sebelum tangan besar,hasil api biru menangkapnya.
"Oh well..." ujar Luqman pasrah dan Ikhwan membaling dia tinggi.
"Oi Wan.. Kau nak rancang apa?" soal Qatariz.
"Qatariz.. Follow my lead..." Ikhwan menyalakan kedua-dua tangannya api biru dan dirapatkan kedua tapak tangan.
"Ouhhh... Mirana step aside..." ujar Qatariz menyalakan pula api merah darah.
Luqman dan Aminudden yang berada di langit,mula faham maksud Ikhwan dan mengaktifkan kuasa elemen masing-masing. Ludovicos,Averardus dan Lijart serta Ernoul ingin bergerak tetapi kaki mereka seakan tersekat. Apabila dilihat ke tanah mereka terkejut,kerana kaki mereka membeku dan seluruh kawasan di situ dibekukan.
Ikhwan kehairanan dan menoleh ke satu arah,Z berdiri tidak jauh sambil tersenyum dan beredar. Ikhwan yang mulanya terkejut sekadar tersenyum,api birunya membara dengan marak sekali.
"Who ask you..." ujar Ikhwan.
"Sial aku tak boleh bergerak!!.." kata Ludovicos.
"Ais ni lebih kuat berbanding kau Ludovicos..." Averardus berkata juga bergelut ingin melepaskan diri.
Lijart cuba menghancurkan ais dengan kuasa bayangnya,namun gagal begitu juga Ernoul membedil senapangnya. Tetapi sia-sia sahaja dan puluhan bilah pedang tercacak mengelilingi mereka,Ludovicos mendongak terkejut begitu juga yang lain.
Aminudden terapung di udara bersama Luqman,corak bulatan magis terhasil di bawah kaki empat dark knight. Luqman memetik jari dan kilat merejam dari langit,membentuk tiang putih gergasi. Aminudden menghasilkan bebola api kemudian dihalakan ke atas,menjadi lebih besar dan Luqman turut hasilkan dalam elemen kilat.
"LIGHTNING PLANETARIUM CRUSH!!" Luqman melancarkan serangan terlebih dahulu.
"BLAZING FLAME DESTROYER!!!" Aminudden menyusul dari belakang,dua bebola gergasi menjunam ke bawah.
Ludovicos menghasilkan perisai dari kuasa aisnya,turut membantu Lijart dengan kuasa bayangnya. Sebaik dua bebola gergasi kuasa Luqman dan Aminudden,mengenai perisai yang mereka hasilkan berlakulah gegaran yang amat dahsyat.
"Ikhwan!! Giliran kita!" ujar Qatariz.
"Aku tahu... Kau dulu..!!" Ikhwan memberikan isyarat.
"BLOODY DRAGCANNON!!" Qatariz menembak dengan serangan yang kuat.
"Aku pula.. Haa.. DRAGON KING BURST!!!!" Ikhwan melancarkan serangan.
KRASSHH..!!
ZRAANGGGGGGGGG....
GRUGRUGRUUU...!!!
Impak dan bunyi yang kuat terhasil,empat dark knight cuba sedaya upaya bertahan. Agak lama serangan itu berlaku,Ikhwan hanya menghela nafas pendek kemudian berubah bentuk Dragon God. Qatariz,Luqman dan Aminudden merasakan mendapat kuasa tambahan,lalu mereka menekan kuasa masing-masing dan semakin lama perisai mula merekah.
"Apa?! Tidak!!" Ludovicos ketakutan.
"Kita kalah..." Ernoul menghela nafas pasrah.
Lijart dan Averardus hanya mampu mendiamkan diri,lalu letusan yang kuat berlaku dengan amat kuat. Mirana hanya tergamam sebelum cahaya putih menutupi seluruh kawasan,Ludovicos,Ernoul,Lijart dan Averardus mereput lalu hancur menjadi debu serta lenyap bagaikan ditiup angin.
"AKU TAK TERIMA SEMUA NI!!!" Ludovicos menjerit sebelum hilang.
Ikhwan kembali ke bentuk asal,Qatariz menghela nafas kemudian Luqman dan Aminudden mendarat di sebelah mereka.
"Masa untuk tamatkannya..." ujar Ikhwan sambil memandang Luqman dan Aminudden,Qatariz serta Mirana.
Satu kawasan itu menjadi rata dan seseorang keluar,mereka memandang ke belakang Ikhwan. Manakala Ikhwan tersenyum dan berpaling,memandang ke arah lelaki yang dicari-cari. Luiz Morgan disusuli Sun,tidak lama kemudian Hafez muncul teleportasi Fara yang turut ada bersama Hikari sekali.
Sun tersentak memandang Hafez,dia memerhatikan tangan kiri Hafez. Pedang dihunus olehnya dan Luiz menahan Sun dari terus bertindak,Ikhwan berjalan dan berhenti di sebelah Hafez.
"Jarang kau berada di boss fight..." ujar Ikhwan tersengih.
"Diamlah..." balas Hafez.
Luiz hanya mengangkat tangannya,kemudian dia memetik jari dan corak magis muncul terapung di langit. Ikhwan dan Hafez terkejut,Farhan yang sedang berlari bersama Haikal turut perasan corak magis itu. Tidak kurang yang berada di istana,juga nampak dari di mana mereka berada.
"Abang itu...." ujar Rumina.
"Oh..tidak..." Solleh tergamam.
"Apa yang kau akan lakukan,Ikhwan.." Reezal berkata dari balkoni istana.
Arjuma melangkah keluar dari pintu kafe,memerhatikan keadaan itu kemudian apron ditarik tanggalkan. Rebecca dipandangnya dan isterinya mengangguk,dia sekelip mata terus hilang bersama cahaya emas. Jamel menyarung sarung tangan,Jane menyangkutkan senjatanya pada sisi pinggangnya.
"Kau sudah terlambat... Jika jarum itu menunjukkan pada nombor 12.. Dunia akan hancur..." jelas Luiz.
"Kita akan tengok je nanti..." Ikhwan melagakan penumbuknya.
Sun menekapkan tapak tangan pada tanah,tidak lama askar kegelapan mula diseru. Luiz mendepakan tangan dan Ikhwan merenungnya,Luqman dan Aminudden melangkah ke hadapan. Qatariz dan Mirana menyusul,Luiz tersenyum simpul.
"Ikhwan Syah Al'Solleh.. Kau fikir mampu melawan jutaan askar aku? Hanya dengan jumlah itu..?" soal Luiz.
"Kalau aku jadi kau.. Aku diam..." kata Ikhwan.
Tiba-tiba sesuatu terhempas di tengah-tengah mereka,tubuh Rollant kelihatan yang berlubang dan mereput tidak lama Zharief muncul dengan riffle gergasi. Zharief menyedari kehadiran Ikhwan,mereka berbalas senyuman dan Zharief segera ke barisan Ikhwan. Tidak lupa Fasha juga muncul,dia juga tidak mahu dunia ini musnah.
Tidak lama Arjuma muncul dengan cahaya emas,Jamel dan Jane mendarat di belakang Ikhwan. Luqman dan Aminudden tersenyum,Siddiq,Aqirah dan Nazryn juga menyertai. Alif muncul melompat dari ketinggian luar biasa,lalu mendarat bersama Aurora yang terbang disusuli Altera. Raisyah dan Azryan juga menyusul,Iris dan Nao muncul bersama Fara.
Farhan dan Haikal juga ada,Fara mendapatkan suaminya. Aizat tidak lama muncul di sebelah Qatariz,kemudian Ghost Squad iaitu Felicia,Recca,Keith,Milja dan Noir menyertai mereka. Selebihnya ribuan askar elit kesatria Mentari,muncul dengan kuasa teleportasi Z.
"Aku harap aku bawa cukup!!" ujar Z dan Ikhwan tersenyum sambil melambai.
Luiz mengetap gigi dan aura gelapnya menyelubungi tubuhnya,Ikhwan hanya menghela nafas pendek kemudian tersenyum mendepakan tangan.
Alisa pula muncul bersama Aila dan Alia,Aminudden memeluk Alia serta memanggil Hikari untuk dipeluk juga dan Luqman mendapatkan Aila. Pipi Aila diusap Luqman dan menghela nafas lega,Alisa dan Ikhwan berbalas pandangan. Erica,Jeanne dan Sakuya menyusul,Hafez hanya tersenyum melihat kehadiran mereka.
"Alisa... Sedia?" soal Ikhwan.
"Sudah tentu abang... Kita kena hentikan kemusnahan dunia..." balas Alisa dan Ikhwan tersenyum kemudian memandang ke arah Luiz serta bala tenteranya.
"Puas hati kau Luiz Morgan? Sekarang kita dah seri..." ujar Ikhwan.
"Mati..." Luiz memberi arahan menyerang,jutaan askar kegelapan mula mara.
Melihat semua jutaan askar kegelapan,ada yang pasti goyah. Ikhwan menghela nafas pendek,kemudian menghentakkan kaki pada tanah lalu terhasil rekahan tanah menghapuskan suku dari jutaan askar kegelapan yang mara.
"DENGAR SINI KESATRIA MENTARI!! HAPUSKAN SEMUA MUSUH!! JANGAN MENGALAH!! AKU ADA BERSAMA KAMU!!" Ikhwan melaungkan lantang bersuara.
"HELL YEAH!! LET'S GO EVERYONE!!" Aminudden menjerit dan merempuh puluhan askar kegelapan.
Ikhwan dengan aura yang menyelubungi seluruh tubuhnya,bergerak pantas dan berlaga tinju dengan Luiz. Mereka berlaga pantas tinju masing-masing,api biru dan aura gelap bertembung.
"This must be end now..." ujar Luiz.
"Not If I can start it over..." bidas Ikhwan.
===============+===============
Hellooo guys
Apa khabar ya semua
Lama tunggu ye
Sila komen oi
Vote sekali jangan lupa!
Apa yang akan terjadi pada sambungan akan datang ya
Harap korang bersabar
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top