CHAPTER 156 : MASTER & DISCIPLE
Luqman dan Aminudden berdiri menghadapi Ludovicos,Aila dan Alia pula berbalas jelingan. Ludovicos tersengih dan menggerakkan jari-jemarinya,kemudian terus menyerang kuasa aisnya. Aminudden membalas dengan percikan baraan api biru,lalu dentuman yang amat kuat berhasil.
Asap terhasil dengan tebal dan Luqman mengibaskan tangannya,menghilangkan asap yang melanggar mukanya. Aminudden tersengih menjeling abangnya,Luqman mula jelik dengan sikap adiknya.
"Kau apahal?" soal Luqman.
"Asap rokok kau boleh telan,ni apasal kibas..?" soalan Aminudden buatkan Luqman bengang.
Pada masa yang sama juga,Ludovicos muncul di sebalik asap tebal menyerang hendap Aminudden. Namun Luqman lebih pantas,menyepak adiknya kemudian menujah tendangan menangkis serangan mengejut Ludovicos.
Aminudden bergolek ke belakang dan hanya baring sahaja,Luqman dan Ludovicos pula berbalas tinju. Aila dan Alia hanya berjaga-jaga,jika ada serang hendap pihak ketiga. Ludovicos menujah sepakan dan Luqman menangkis dengan kaki juga,Luqman dengan muka tidak berperasaan terus menangkis semua serangan Ludovicos.
Luqman menyeretkan geseran kaki pada tanah,kilat menyambar dan Ludovicos tersentak. Luqman menghela nafas panjang,lantas menghayunkan sepakan kaki dengan deras. Aminudden yang berbaring menyaksikan keadaan itu,tetapi dia mengesan seseorang berlari pantas ke arahnya.
Aminudden memutarkan kakinya seiring bangkit berdiri,orang misteri itu muncul dan menghayunkan penumbuknya. Aminudden mengepalkan penumbuk dan api biru yang marak,membara dan membalas serangan orang misteri itu.
Aminudden menujah tumbukan namun serangannya,berlaga kemas dengan penumbuk orang misteri itu. Aminudden menghayunkan ribuan penumbuk,namun orang misteri itu juga melakukan tindakan yang sama.
DUSH!!
DUSH!!
DUSH!!
"Nak main kasar?" soal Aminudden menggabungkan penumbuknya,lalu diangkat ke langit.
"BURNING IMPACT!!!"
Sebaik serangan itu bermula dengan segera orang misteri,berundur dengan laju ke belakang. Aminudden pula hanya merenungnya,kemudian sekelip mata penumbuknya mengenai muka orang misteri tersebut.
"Makan ni!!" Aminudden menjerit seiring menolak orang misteri itu merempuh pokok.
Serangan Aminudden tidak berhenti di situ,mulutnya dikemam dan pipi mengembung. Aminudden menarik sikit separuh badannya ke belakang,mulutnya dingangakan seiring api keluar sedikit.
"BLAZING ROAR!!"
Serangan api biru yang marak itu menuju laju ke arah orang misteri,namun orang misteri itu tidak lari dan serangan itu menghasilkan tiupan angin kuat. Lalu menyebabkan kerudungnya terbuka,Aminudden terkejut dengan penampilan orang misteri itu.
Averardus mengangkat tangannya yang umpama tangan demon,lalu menahan kemaraan api biru tersebut. Aminudden pula menambahkan tenaga,Averardus menahan dan sekelip mata dibatalkan serangan Aminudden dengan mudah. Luqman menolak tendangan Ludovicos,kemudian kepala Ludovicos disepak dan Luqman menendangnya sehingga Ludovicos terjatuh di sebelah Averardus.
"Right on the hole..." ujar Luqman tersenyum mendarat di sebelah Aminudden.
"What the heck you doing? Playing golf?" soal Aminudden ternganga meluat.
"Damn it!" ujar Ludovicos bangkit dan berdiri merenung mereka dua beradik.
"Kejap.. Kejap.. Kejap!" kata Aminudden menghalang Ludovicos dari terus berkata-kata.
"Apa yang kau nak?!" soal Ludovicos.
"Kau siapa? Macam pernah jumpa.." kata Aminudden dan semua terkedu.
Suasana menjadi sunyi seketika dengan bunyi angin bertiup,Luqman menjeling dengan muka blur manakala Aila dan Alia terkebil-kebil di belakang. Luqman menampar belakang kepala Aminudden sehingga membongkok,kemudian bangkit semula dengan mengusap belakang kepalanya.
"The hell bro?" soal Aminudden.
"That's my line.. What the hell?" soal Luqman pula.
"Aku nak tahu je nama dia.. Salah ke?" kata Aminudden.
"Salah tu tak la.. Tapi biar kena pada orang yang tepat..!" jelas Luqman lagi dan aura yang kuat terasa.
Mereka menoleh dan terkejut melihat Ludovicos meningkatkan kuasa,renungan Ludovicos bersinar kemerahan dengan daya niat membunuh yang amat kuat.
"I'm gonna kill ya..!" ujar Ludovicos dengan amarah yang tinggi,Averardus sekadar mendiamkan diri.
"See? Now he's mad.." ujar Luqman dan Aminudden hanya membuat muka blur.
Ludovicos merempuh mereka dengan gerakan yang laju,tetapi Luqman dan Aminudden menahan kemas. Mereka sempat sedar gerakan Ludovicos,kaki mereka berdua menyeret jauh. Ludovicos mengubah posisi jarinya lalu mencengkam kedua lengan Aminudden dan Luqman,lalu mereka terbeku dengan sekelip mata.
Ludovicos tersengih lalu ingin menyerang Luqman dan Aminudden yang terbeku,tetapi seseorang muncul dan serangan api merah dielak dengan segera. Ludovicos berundur beberapa langkah kemudian serangan tembakan angin membuatkan dia lebih ke belakang lagi.
Alia mendarat di hadapan Luqman dan Aminudden yang terbeku,Aila pula menyusul kemudian Ludovicos kembali ke sebelah Averardus.
"You bitch!! I'm gonna kill ya'!!"Ludovicos menjerit dan bongkah ais meretak lalu pecah.
Luqman dan Aminudden berjaya memecahkan ais yang mengurung mereka,Ludovicos terkejut dengan apa yang berlaku di hadapannya. Luqman dan Aminudden meregangkan seluruh otot tubuhnya,Aila dan Alia lega melihat Luqman dan Aminudden tidak ada apa-apa.
"Oi! Apa main beku-beku ni?! Tak syok la.." ujar Aminudden tersenyum sinis.
"Mari mulakan Am.." ujar Luqman pula dengan kilat merenjat di penumbuk kanannya.
Ludovicos mendecih dan Averardus pula menghembus nafas,tangan kanan Luqman diselubungi kilat ungunya. Aminudden pula api biru dinyalakan atas tapak tangan kanannya,kuasa yang hebat jelas terasa.
"Flame Arts.. Ultimate Technique!" Aminudden menyalakan api biru pada kedua-dua tangannya.
"Thunder Arts... Ultimate Technique.." Luqman dan menarik tangan ke belakang.
"BLAZING FALCON!!!" Muncul seekor burung Falcon gergasi yang dibentuk dari api biru daripada Aminudden.
"IKAZUCHIKEN!!"* Luqman menghayunkan penumbuknya ke hadapan dan terhasil seperti pancaran laser meluru ke arah Ludovicos serta Averardus.
Note : Penumbuk Kilat*
Averardus hanya memerhatikan sahaja sebelum mengangkat tangan kirinya,lalu menahan kedua-dua serangan dan tindakan dia mengejutkan dua beradik itu. Sekelip mata serangan itu,disedut masuk ke dalam tangan kirinya.
Averardus mengepalkan penumbuknya dan mengangkat tangan ke atas langit,bola api biru gergasi muncul dan Aminudden terkejut. Averardus terus membaling bola api tersebut,kemudian kilat memancar dari tangannya pula.
BRAAMM.....!!!!
"Apa yang berlaku?!" soal Aminudden sebaik mendarat selepas bersama yang lain mengelak serangan itu.
"Nampaknya dia boleh menyedut serangan dan patahkan balik ke arah musuh semula.." ujar Luqman menjelaskan apa yang berlaku.
"Bagus.. Menyusahkan.." kata Aminudden mengeluh.
Semua terkejut kecuali Ludovicos yang tersengih,tangan kiri Averardus berasap menyala dan memandang ke arah Luqman serta Aminudden. Aila dan Alia ingin membantu namun dihalang oleh mereka,kerana mereka yang berada di hadapan bukan sembarangan lawan.
"Kamu berdua pergi bantu yang lain.." arah Aminudden mula serius.
"Tapi?" Alia ingin membantah namun dihalang oleh Aila.
"Kita hanya beban kalau berdiri di sini lama-lama!" jelas Aila dan Luqman hanya mengangguk sebaik dia berbalas tenungan mata dengan isterinya.
Alia menghela nafas pendek,kemudian memandang Aminudden yang membelakangkan dia. Alia mendecih lalu berpaling,kemudian beredar dan Ludovicos menyedari perkara tersebut.
"Jangan harap dapat lari!!" Ludovicos menembak kuasa aisnya.
Alia dan Aila terkejut melihat kemaraan bongkah ais terbang laju,ke arah mereka namun Aminudden sudah berada di hadapan bongkah ais tersebut dan menghancurkan dengan penumbuk berapi biru.
"Jangan...." ujar Luqman mengangkat tangan yang diselubungi kilat,Aminudden merubah rambutnya menjadi merah.
"SENTUH MEREKA!!" Jerit Luqman dan Aminudden menembak kuasa dua elemen mereka.
"Apa?" soal Ludovicos dan Averardus bersiap-sedia,Ludovicos tersenyum sinis.
"Sia-sia..apa sahaja kau bagi,kami akan sedut dan patahkan balik..." ujar Ludovicos angkuh.
Averardus menahan dan menyedut kedua-dua serangan,tetapi Ludovicos terkejut kerana Luqman dan Aminudden sudah berada di hadapan mereka. Aminudden memberikan penumbuk ke muka Ludovicos,Luqman pula menujah sepakan mengenai perut Averardus.
Ludovicos dan Averardus tercampak merempuh pokok-pokok,Luqman dan Aminudden meluru mengejar mereka. Ludovicos terkial-kial bangun,Averardus juga sama memegang tempat yang terkena sepakan. Luqman muncul dengan kilat ungu,Aminudden dengan api merah yang marak melompat menuju ke arah mereka.
"ELBOW THRUST!!!" Dua beradik itu menggunakan dua serangan yang sama.
Ludovicos ternganga senak dan Averardus ingin menyerang balas,namun Luqman menggunakan tekanan daya ki. Averardus terpelanting dan Luqman mengejar,pada masa yang sama Aminudden berbalas renungan dengan Ludovicos.
"Don't get too cocky you asshole!!" Ludovicos meningkatkan kuasanya sebelum pipinya,dihinggap penumbuk padu.
Ludovicos tergamam dengan apa yang terjadi,lalu terseret jauh dan menahan dengan tangannya mencengkam pada tanah. Ludovicos mendongak memandang ke arah Aminudden,manakala Aminudden pula mengalunkan tangannya umpama menari sebelum bersedia dengan langkah kuda-kuda.
"Now.. Come!" ujar Aminudden.
"Curse you...!" Ludovicos hilang sabar.
Tidak jauh dari tempat mereka,Farhan terseret jauh kerana ditolak oleh Gerbertus. Farhan menghela nafas pendek,dia sudah hampir kehabisan Joule Point. Ini kerana dia baru menggunakan teknik yang menghapuskan Utareed sebentar tadi,datang pula Gerbertus menyerang dia.
"Damn it.. I'm must take a break.. Huh?" kata Farhan sendirian sebelum Gerbertus sudah rapat dan menyerangnya.
Farhan mengelak dengan segera kemudian menangkis tetakannya,rambutnya pula sudah pulih menjadi normal iaitu hitam. Gerbertus hanya diam dan melibas kemudian mencampakkan Farhan,si naga angin berguling dek tindakan Gerbertus.
"Arghh!! I can't keep up.." ujar Farhan menggigit bibir.
Gerbertus terus menghunuskan pedang dan meluru ke arah Farhan,dia ingin tamatkannya dan Farhan mendecih. Saat hujung pedang hampir menusuk dada Farhan,seseorang muncul dan membelah perisai waja Gerbertus.
Farhan terkejut begitu juga Gerbertus,saat perisai yang waja tidak terkalah terbelah. Gerbertus melompat ke belakang,lalu menjarakkan dirinya dan seseorang muncul di hadapannya.
"Haikal?" soal Farhan dan Haikal muncul dengan pedang bilah warna hitam mati.
"Hello master,sorry for delay..." ujar Haikal Al'Jazreen tersengih menoleh ke arah gurunya.
"Bila kau pulang?" soal Farhan dan Haikal tersengih.
"Baru je sampai.. Dapat mesej ada misi daripada Raja Reezal.. So dengan Echidna terus ke sini..." jelas Haikal tersengih.
Farhan yang mulanya terkejut kemudian tersengih,Haikal menghulurkan tangannya ke arah Farhan.
"Itu Silbranium?" soal Farhan.
"Yeah.. Raja Reezal hadiahkan pada saya.." jelas Haikal tersenyum dan Farhan terkejut lagi sekali kemudian menggelengkan kepala.
"Semak betul raja tu.." kata Farhan mencapai huluran tangan anak muridnya.
"Untuk bantu master,itu mesti..." jelas Haikal.
"Kau mampu tewaskan dia ke? Zirah perisainya bukan sembarangan.." ujar Farhan.
"Jika saya berseorangan,mungkin sukar.. Saya hanya mampu belah perisai dia sahaja.. Tapi zirah dia lain level.." ujar Haikal pula.
"Tapi..." Haikal berkata lagi dan Farhan memandang ke arahnya.
"Master ada dengan saya,pasti boleh menang..." jelas Haikal tersenyum memandang gurunya,Farhan tergamam mendengar kata-kata pelajarnya kemudian ketawa kecil.
"Pandai berkata-kata hah? Heh.. Jangan letak harapan tinggi pada keadaan aku sekarang..." ujar Farhan tersenyum kelat dan Haikal mencampakkan botol potion.
"Ini?" soal Farhan sebaik memegang botol potion itu.
"Sixth yang kirimkan..." Haikal menjawab sebelum Farhan berkata lebih lagi.
Farhan terkejut kemudian muka Ikhwan tersengih,bermain fikiran dia dan urat timbul di dahinya. Potion tersebut diteguk sehingga habis,walaupun dia telan semuanya dan Haikal tergamam.
"Master hanya setitik dah cukup.." ujar Haikal.
Farhan menghunuskan pedangnya ditarik dari sarung pedang,auranya mula merebak dan semakin marak. Haikal terkejut dan Farhan memandang ke arahnya,Haikal tersentak kemudian mendiamkan diri.
"Kau nak team-up atau tidak?" soal Farhan dan Haikal tersenyum girang lalu bersiap-sedia.
"Sedia master!" kata Haikal tersengih dan Farhan tersenyum melihat gelagat Haikal.
"Jangan perlahankan aku..." ujar Farhan dan mereka berdua meletuskan kuasa masing-masing.
Mereka berdua menghunuskan pedang dengan gaya yang sama,mereka adalah guru dan pelajar oleh itu tidak hairan. Farhan dan Haikal memandang tenang ke arah Gerbertus,manakala Gerbertus bersiap-sedia sedia.
Farhan dan Haikal sudah bergerak,Gerbertus terkejut apabila Haikal berada di belakangnya. Namun dia kekal tenang dan ingin menyerang balas,tetapi Farhan pula berada di hadapannya. Gerbertus tersentak membesarkan matanya,Haikal melibas dan Farhan menghayun mengarah langit.
Gerbertus mengetap gigi dan menahan serangan Farhan dengan pedangnya,manakala serang Haikal dia tahan dengan zirah di tangan kirinya. Tetakan kedua-dua pedang amat padu,malah Gerbertus diasak dengan teruk ketika ini.
Gerbertus mula hilang sabar,dia menumpukan tekanan kuasa untuk menolak mereka berdua. Namun Farhan mengepalkan penumbuknya,sekelip mata hayunan penumbuk pula dilakukan.
"JANGAN HARAP CELAKA!!"
DUUUSSH!!!
Gerbertus tercampak jauh dek tumbukan padu Farhan,Gerbertus kembali bangkit dan pipinya mengalir darah. Haikal hanya mampu tersengih sahaja,Farhan menyisirkan jarinya pada bilah pedangnya sehingga hujung bilah. Haikal memegang erat pedangnya,auranya ditingkatkan lagi sekali.
"Tumpukan kuasa Haikal.." ujar Farhan dan Haikal tersentak kerana berkata-kata melalui teknik telepati.
"Jangan paksa kuasa dan semangat pedang itu.. Berkawan dengan mereka.." jelas Farhan lagi.
"Baik master..." ujar Haikal.
"Kita akan tamatkannya sekarang..." Farhan berkata lagi.
Gerbertus mengeluarka aura gelap dari tubuhnya,matanya bersinar kemerahan dan terus meluru ke arah mereka berdua. Farhan dan Haikal menghela nafas serentak,saat Gerbertus sudah rapat dengan mereka berdua.
Farhan dan Haikal bagaikan bergerak dengan gerakan teleportasi,sekelip mata mereka menghayunkan pedang dan membelakangkan Gerbertus. Farhan dan Haikal berdiri normal,mereka menyarung perlahan-lahan pedang masing-masing.
Ktak!
Sebaik sahaja pedang disarung sepenuhnya ribuan libasan pada zirah Gerbertus muncul serta memancut darah mereka,Gerbertus memejamkan matanya dan helaan nafas lega sebelum rebah. Farhan dan Haikal memandang ke arahnya,tubuh Gerbertus bertukar seperti debu dan hilang ditiupi angin.
"It's over?" soal Haikal.
"No it's not.. Let's go.." ujar Farhan berjalan pergi dan Haikal segera mengekorinya.
Hellooo guys!
Bagaimana penceritaan tadi
Harap berpuas hati
Aku mengarang dan agak kurang sihat,selsema dan bersin² menyerang diriku ini..
Haha..
Aku serius
Tak main-main
Comment and vote
Kita boleh berbual
Itu je la
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top