CHAPTER 155 : RESURRECTION OF EVIL
Sunyi dan sepi
Itulah apa yang sedang berlaku,Farhan hanya memerhatikan sahaja Utareed terapung di udara.
Matanya dibuka sedikit demi sedikit,Farhan pula bersiap-sedia dan Utareed sudah bergerak di belakang Farhan.
Utareed lantas menghayunkan tangan,segera Farhan menahan kemas. Tangan Utareed berubah bentuk,seperti tangan seekor demon yang keras.
Farhan menolaknya ke belakang,Utareed bergerak ke belakang sedikit. Tanpa sebab Farhan kembali ke bentuk asal,Utareed agak terkejut dengan tindakan dia.
"Kau lenyapkan bentuk terkuat kau.. Kenapa?" soal Utareed.
"Sebab..." Farhan menarik pedang katana miliknya.
"Aku lebih suka dengan cara ini.." tambah Farhan menghunuskan pedangnya dan Utareed tersenyum.
"Well said..." kata Utareed mengangkat tangan sedikit ke hadapan.
Farhan mengangkat pedangnya di sebelah mukanya,pedang katana pula dihalakan ke hadapan dengan bunyi desingan pada bilah pedang tersebut. Utareed pula membuka tangan gaya cakaran,nafas dihelakan panjang.
Sekelip mata mereka bertembung dengan hayunan pedang,menghadapi cakaran milik Utareed dan tangkisan menghasilkan bunyi yang nyaring.
Utareed mendepakan kedua tangannya,cakaran gergasi terhasil dari aura Utareed. Farhan tersentak lalu melakukan gaya bertahan,namun tindakan Utareed membuatkan Farhan terpelanting lalu jatuh menyeret tanah.
Farhan segera bangun dari terus terseret,kemudian memegang pedangnya dengan kedua-dua tangan. Utareed hanya tersenyum dan ingin menyerang,namun Farhan menghayunkan libasan melintang dengan pantas Utareed terus bertahan.
KRAANG!!!
BRAAM!!!
Utareed mengeluh kesakitan dan tangan kedua-duanya luka,darah mengalir dan sekelip mata kembali pulih. Utareed mengetap gigi dan merenung Farhan yang berada di bawah,dia segera mendarat kasar ke tanah.
"You asshole.. How dare you hurting me?!" Utareed menjerit dan aura dia semakin kuat,Farhan pula meletakkan bilah pedang pada bahunya.
"Don't worry..." ujar Farhan dan Utareed merenungnya.
"After this I will cut your arm for good.." tambah Farhan dan menaikkan darah Utareed.
Utareed meluru laju ke arah Farhan,hayunan cakaran dilakukan dan Farhan menangkis. Libasan dan cakaran bersilih ganti,bertembung dengan dahsyat. Hayunan demi hayunan dan cakaran demi cakaran,gerakan mereka amat pantas.
TANG!!
KRAANG!!
KRASSHH!!!
Utareed menarik tangannya ke belakang,lalu melepaskan gelombang libasan cakaran yang amat besar. Farhan yang menyaksikan serangan itu,sekadar menyarung semula pedangnya. Tapak tangan diletakkan pada hulu pemegang pedang,matanya dipejamkan dan latar belakang menjadi gelap sunyi tidak kedengaran apa-apa.
"Dragon Sword arts..."
Tiba-tiba bunyi yang nyaring datang dari serangan Utareed,menyebabkan Farhan membuka matanya dengan cepat dan pedang ditarik. Sekelip mata dia sudah berada di belakang Utareed,gerakan Farhan menyebabkan Utareed cedera parah.
"Heavens Feel.."
Utareed menjerit kesakitan sebelum melutut,dia termengah-mengah dan menahan sakitnya yang amat. Farhan memalingkan badannya ke belakang memandang ke arah Utareed,manakala Utareed merasai aura bunuh yang amat menakutkan datang daripada Farhan.
Utareed menggigil dan bangkit,dia mengetap gigi dan aura gelap semakin kuat. Farhan terkejut dan luka parah kembali pulih,Utareed menjerit dengan kuat dan nyaring. Farhan tergamam melihat keadaan tersebut,putih mata Utareed berubah hitam.
Utareed mengangkat kedua-dua belah tangan,perlahan-lahan dua bilah pedang muncul dalam genggamannya. Farhan mendecih kemudian menghela nafas pendek,pedangnya dihalakan ke hadapan ke arah Utareed.
Utareed bergerak pantas di belakang Farhan,tiada bunyi dan tiada tanda bergerak. Namun Utareed sudah berada di belakang Farhan,tujahan pedang dilakukan dan Farhan segera berpaling kemudian menangkis. Utareed menghayunkan sebilah lagi pedangnya,yang berada di dalam tangan kirinya.
Farhan menyepak tangan Utareed,untuk mengubahkan hala tujahan pedang Utareed. Farhan melibas pedang dan membuatkan Utareed ke belakang sedikit,Farhan menyisirkan jari-jemarinya pada bilah pedang sehingga hujung.
"Judgement Cut!"
ZRASHH!!
ZRASHH!!
ZRASHH!!
Ribuan tetakan dilakukan dan Utareed mengelak,kepantasan Utareed membuatkan Farhan mula hilang sabar. Rambutnya berubah putih salji,nafas dihelakan panjang.
"CROSS X-SLASSHH!!"
ZRASSSSHHH!!!!
Libasan berbentuk X yang besar,meluru laju ke arah Utareed. Namun Utareed merenung tajam dan menghancurkan serangan Farhan,sekaligus menyerang balas meluru laju ke arah si naga angin. Farhan pula mula tersengih geram,Wyvern menekup muka dan Farhan mencacakkan pedangnya.
"Please don't overboard..." kata Wyvern.
"That's it! I'm going punch in your face!!" ujar Farhan melagakan penumbuk.
Rambut Farhan berubah hijau cerah,dia menunggu Utareed menghampirinya. Sebaik sahaja rapat dengan segera Utareed menghayunkan kedua bilah pedang,namun Farhan menahan dengan tangan kosong.
Utareed terkejut sebelum mukanya dihadiahkan tendangan padu,sehingga kedua-dua pedangnya terlepas dari genggamannya dan tercampak merempuh pokok berhampiran. Farhan menurunkan kakinya dan pedang yang dirampas,dia terus merosakkan bilahnya. Utareed terkial-kial bangun dan memandang ke arah Farhan,dia terkejut kerana aura kuasa Farhan amat besar.
"Mustahil.. Manusia sekuat ini? Mengarut!!" kata Utareed.
"Kau boleh cuba..." ujar Farhan.
Utareed mengetap gigi kegeraman,dia menjerit dan meluru ke arah Farhan dengan laju. Penumbuknya bertembung dengan tinju Farhan,Utareed merenung Farhan dengan tajam.
DUSH!!
DUSH!!
DUUUSSH!!
"I will avenged my friends!!" Utareed menghayunkan sepakan,serta tumbukan dengan pantas.
PRAKK!!
BRAKK
KRAKKK!!
"You only serve to the darkness.. Only dead await you..." ujar Farhan berbalas tinju dan menangkis dengan kemas.
Utareed mengangkat kakinya lalu diturunkan ke arah kepala Farhan,tetapi Farhan pula mengelak dengan bergerak laju ke belakang. Utareed mendecih dan mengejarnya,Farhan mengelak semua serangannya yang deras dan kasar.
"Farhan.. It is time to finish this..." Wyvern mencelah dan Farhan hanya mendiamkan diri.
Farhan menepis hayunan tangan Utareed,kemudian segera bergerak ke belakang untuk menjarakkan dirinya. Utareed mula hilang sabar,dia mengejar Farhan tanpa gusar.
Farhan menghela nafas pendek,kemudian dia menggerakkan tangannya umpama menari. Aura hijau cerah mengikut alunan gerakan tangan,Farhan siap sedia untuk menamatkannya. Utareed sudah hampir beberapa inci,Farhan dengan segera menghentikan alunan tangan secara mengejut.
"Dragon Wind Arts...Thousands Air Gentle Fist!!"
Farhan dan Utareed terus serentak melakukan serangan,sekelip mata Farhan sudah berada di belakang Utareed. Sunyi dan sepi keadaan sekeliling,hanya tiupan angin lembut kedengaran. Utareed hanya membesarkan matanya,dia merasai tiupan angin lembut menghembus tubuhnya.
Tiba-tiba darah tersembur keluar dari mulutnya,Utareed melutut dan badannya lemah. Farhan hanya membelakangkan sahaja,Utareed tidak berkata apa-apa kemudian rebah mencium bumi. Farhan memandang ke arah Utareed,dia menutup rapat mulutnya dan memejamkan mata.
Tubuh Utareed mula seperti mereput,lalu hilang bagai ditiupi angin. Farhan hanya mendiamkan diri,seperti menghormati kematian wanita tersebut. Tiba-tiba bunyi telefon pintar berbunyi,Farhan segera menjawab.
"Hello?" soal Farhan.
"Wow.. Hebat kau.. Ini jarang kau jadi macam tu..." ujar Ikhwan dalam talian dan Farhan timbul urat di dahinya.
"Kau nak cari gaduh ke?" kata Farhan jengkel.
"Boleh gak,tapi lepas hal ni selesai.." balas Ikhwan tersengih.
"Apa yang kau nak?" soal Farhan lagi.
"Dark Knight yang mati telah hidup semula.." ujar Ikhwan.
Farhan terkejut dan menoleh ke arah kiri,hayunan pedang oleh seseorang hampir mengenainya. Namun Farhan berjaya elak dan menjarakkan dirinya,dia terkejut sebaik memandang ke arah si penyerang.
Gerbertus The Scar berdiri di hadapan dia,Farhan mendecih dan Ikhwan hanya menunggu.
"Kau betul... Aku dah jumpa seekor.." kata Farhan dan Ikhwan tersengih.
"Well bro.. Have fun..." Ikhwan berkata sebelum menamatkan talian manakala Farhan menahan sabar.
Farhan ingin menghempas telefon pintar miliknya,namun dia batalkan hasratnya dan menghela nafas pendek. Pedang dia yang terpacak,terbang ke arahnya semula sebaik Farhan menghalakan tangan ke arah pedang tersebut.
"Oh well.. You can think after that.." ujar Farhan pasrah.
Pada masa yang sama juga,Luqman dan Aminudden bersama Aila dan Alia. Sedang berjalan menuju ke tempat Ikhwan arahkan,mereka berbual sepanjang jalan.
"Tempat apa la ni? Semak samun..tak ada tukang kebun ke?" soal Aminudden.
"Serius? Hutan ni faham? Mana ada hutan kena ada tukang kebun?!" Alia berkata sambil menarik telinga Aminudden.
"Saya tanya je.. Mana la tahu ada kan?" kata Aminudden selepas telinganya dilepaskan.
"Hentikan lawak tiga suku kau tu Am,kita ada misi yang perlu diselesaikan.." ujar Luqman menggelengkan kepala.
"Apa? Macam berjalan berulang-kali di tempat yang sama?" soal Aminudden dan Luqman berhenti dari terus melangkah,Alia dan Aila juga sama.
"Betul kata Aminudden,kita dah pusing tempat ni banyak kali..." jelas Aila dan Luqman memandang sekeliling.
"Takkan kita sesat?" soal Luqman tidak puas hati.
"Memang kita sesat demon lord.." ujar Aminudden selamba.
"Apa kau kata?" soal Luqman merenung Aminudden.
"Kau tengok ni..." kata Aminudden menunjukkan kompas.
Luqman tidak jadi marah sebaik melihat keadaan jarum kompas,berpusing tanpa henti dan Alia serta Aila berpandangan.
"Ada orang perangkap kita.." ujar Luqman tersenyum kelat.
"Oi siapapun kau,keluar cepat!!" Aminudden berkata dengan nada yang kuat.
"Oi kau..." ujar Luqman kehairanan.
"Boleh tahan..." suara garau kedengaran dari sebalik semak,mereka memandang serentak ke satu arah.
Seseorang keluar dari sebaik semak,dua beradik itu terkedu melihat gerangan orang tersebut. Aila dan Alia kehairanan melihat reaksi suami mereka,Luqman dan Aminudden bergerak ke hadapan isteri masing-masing.
"Hello it's been a while right?" soal orang itu ataupun namanya,Ludovicos The Blizzard demon.
================================
Hahaha
Amacam update kali ini
Maaflah aku pendekkan sikit
Sebab mood ke laut
Komen dan vote ya
Jangan diam je
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top