CHAPTER 154 : TROUBLE AFTER TROUBLE


Zharief tergamam kerana Rollant berdiri di hadapannya,dia kehairanan kerana Rollant sepatutnya mati.

Tapi kenapa?

Rollant tidak memberikan sebarang reaksi,dia hanya meluru ke arah Zharief dengan laju. Pedangnya dihayunkan dengan segera Zharief menyeru senjatanya,sebilah pedang jenis katana dan berwarna hitam mati.

KTANG!!!

"Ouhhh.. This suck!" kata Zharief.

Makhluk seruan umpama zombie yang diseru oleh Pluto,telah hancur begitu sahaja kerana Pluto mati dihapuskan oleh Luqman dan Aminudden. Namun Luiz telah menyeru tenteranya sendiri,menyerang bandar-bandar berdekatan.

Fara dan Hikari membantu orang awam berpindah,menyelamatkan yang terperangkap bersama skuad Ghost arahan Ikhwan. Neptune dan Utareed tersedar sesuatu,kepala masing-masing diusap dan menahan geram.

"Pluto dan Mercury..." ujar Utareed menggigil.

"Mereka telah tumpas..." jelas Neptune.

"Berani mereka...." Utareed mula marah dan dihalang oleh Neptune.

"Biar saya.." ujar Neptune dan mengangkat tangannya ke udara.

Fara yang sedang sibuk menyelamatkan orang awam,menyedari sesuatu dan mendongak ke langit. Matanya dibesarkan kerana sebuah meteor gergasi,lebih besar dari kota dia berada berada di atas langit.

Ahli skuad Ghost turut terkejut,melihat besarnya meteor tersebut. Farhan yang sedang bertahan,menyedari meteor tersebut yang berada di atas kota di mana Fara berada.

"Alamak! Fara..!" ujar Farhan cuba mara namun dihalang oleh Utareed yang muncul dengan tiba-tiba.

Farhan mendecih di hadapan Utareed,belakang pula The Dreary Hunter yang merenungnya. Utareed memegang pedangnya dan dihunus ke arah Farhan,aura jelas terasa amat kuat dari Utareed.

"Step aside..." ujar Farhan.

"If you can..." balas Utareed.

Farhan mula hilang sabar dan menghela nafas pendek,dia harus bersabar dan percayakan Zharief untuk pertahankan kota tersebut.

KRAANG..!!

"Sugar honey ice tea..." ujar Zharief selepas menolak Rollant ke belakang,kerana menyedari meteor tersebut.

Rollant kemudian bangkit dan ingin menyerang,namun Zharief melakukan tindakan. Lantai yang dipijak keluar 4 tiang setinggi pinggang,menyebabkan Rollant terhenti bergerak. Rantai keluar dari setiap tiang,lalu mengikat Rollant dengan ketat.

"Duduk diam-diam di situ..." ujar Zharief.

Pada masa yang sama juga,Neptune tersenyum dan menggerakkan tangan ke bawah. Meteor gergasi itu terus bergerak ke bawah,sedikit demi sedikit hampir merapati kota tersebut.

Zharief menembak berkali-kali dengan meriam yang baru diseru,berkali-kali namun langsung tidak menunjukkan sebarang kesan. Fara muncul di belakangnya,Zharief menoleh ke arahnya.

"Zharief!" Fara memanggilnya.

"Hey,kau boleh alihkannya?" soal Zharief dan Fara menggelengkan kepala.

"Sugar honey ice tea... Damn it!!" Zharief menembak berulang-kali dan Fara hanya mampu risau.

Neptune hanya ketawa kecil,Hikari tergamam dan ahli skuad Ghost tidak dapat membantu kerana di luar kuasa mereka. Ikhwan yang sedang berjalan di satu tempat,segera menghalakan tangan ke satu arah dan tersarung meriam naga.

"Abang?" Alisa kehairanan.

Tembakan yang begitu kuat umpama plasma laser,dilepaskan ke arah yang tidak pasti. Sekelip mata menghancurkan meteor gergasi yang ingin membenam kota di mana Zharief dan yang lain berada,Neptune tergamam dengan apa yang berlaku.

"Apa?!" soal Neptune terkejut.

"Alisa.. Pergi bantu mereka.." ujar Ikhwan dan Alisa terkejut kemudian tersenyum sambil mengangguk.

"Sana!" Fara terus segera melakukan teleportasi,lalu muncul di mana Neptune berada

Neptune terkejut dengan kehadiran Fara,tanpa membuang masa Fara terus menembak senjatanya. Neptune segera menahan dengan kemas,dia terkejut dengan apa yang berlaku.

Fara sempat belajar skill menembak daripada Taufeq,sebab itu dia menggunakan senjata api. Fara mampu pelajari semua skill Taufeq,hanya dalam masa sebulan tanpa sebarang masalah.

BAMM!!

BAMM!!!

Neptune segera mengelak dan menangkis,dia agak terkejut kemudian menangkis sekali lagi dan terus meluru ke arah Fara. Tetapi Fara lebih pantas menggunakan skill teleportasi,beralih lebih jauh dan menyambung tembakannya.

Neptune segera mengelak dengan bersembunyi belakang pokok,kemudian dia segera menyerang balas dan Fara mengelak. Tembakan dilepaskan dan Neptune menghasilkan barrier,serangan Fara berjaya ditahan mudah.

Fara kembali mengambil tempat berlindung,untuk mengisi semula peluru pada pistolnya. Walaupun mudah dalam segi kawalan,senjata itu tidak menggunakan kuasa magis.

(dua jenis senjata milik Fara)

"Boleh tahan serangan kau.." ujar Neptune tersenyum sinis.

"Ouh terima kasih.." balas Fara dari tempat sembunyi.

Fara segera keluar dan menarik picu,segera Neptune mengelak dan tembakan itu menghasilkan pokok besar hancur lalu tumbang. Neptune agak terkejut kerana kali ini,Fara menarik sepucuk lagi pistol berwarna merah cair.

"Tapi saya tak makan pujian dari watak jahat.." ujar Fara dan terus menyambung tembakan.

Neptune dengan riak air muka tanpa senyuman,menghasilkan perisai dari daun-daun kering di atas tanah. Fara mendecih dan melakukan sedikit tune pada pistol merahnya,picu ditarik dan letupan umpama bom grenade terhasil pada barrier Neptune.

BOOMM!!

BOOMM!!

Neptune jelas menunjukkan reaksi mula marah,tangannya didepakan dan aura yang kuat terasa. Alisa yang dalam perjalanan merasainya,segera dia melajukan pergerakannya.

Ais membentuk benda tajam terapung di udara,Fara terkejut kerana jumlahnya begitu banyak. Neptune terus melancarkan serangan,tusukan ais bermula dan Fara terus mengaktifkan teleportasi mengelak semua serangan Neptune.

Namun Neptune tindakan dia lebih pantas,dapat mengagak di mana Fara muncul. Sebaik sahaja Fara muncul di satu tempat,muncul rantai gelap mengikatnya dan menyebabkan Fara tidak dapat menggunakan ability.

"Checkmate.."

Serangan ais mengenai Fara bertubi-tubi dan terpelanting melanggar pokok besar,Fara menahan sakit dan tidak mampu bergerak kemudian Neptune muncul tidak lama lepas itu.

"Ini je ke? Boringggg..."provok Neptune dan Fara tidak mampu bergerak.

"Masa untuk tidak si gadis merah..." kata Neptune mengangkat tangannya,lalu cahaya terhasil dan Fara mengetap gigi.

"Ice Breaks..."

Neptune menyedari satu aura yang amat kuat,serangan muncul dengan deras namun Neptune berjaya elak melompat dan mendarat jauh sedikit. Seseorang mendarat di hadapan Fara,si wanita rambut merah tersenyum melihat kehadiran kakaknya yang disayangi.

Alisa muncul di saat Fara hampir di hujung tanduk,Neptune dapat mengesan kuasa yang amat kuat daripada Alisa. Neptune tersenyum sinis melihat kehadiran Alisa,namun Alisa tidak berbuat apa-apa dan memeriksa keadaan Fara.

"Kamu okay?" soal Alisa dan Fara hanya mampu tersenyum kelat.

"Tak mati okay la ni..." ujar Alisa dan menyembuhkan Fara.

"Hey!" Neptune mula geram kerana Alisa tidak pedulikannya,dia menghasilkan aura yang kuat dan menyerang ke arah Alisa.

Tetapi Alisa mengibas tangannya menangkis serangan Neptune,dialihkan ke tempat lain dan letupan kuat berlaku. Alisa kembali menyambung menyembuhkan Fara,wanita itu ternyata sedang menahan marah.

Fara kembali pulih dan kecederaan dia telah pulih sediakala,Alisa membantu Fara bangun dari jatuh. Biarpun pulih tetapi kesakitan masih ada,akan mengambil masa untuk hilang sepenuhnya.

"Kamu patut bersyukur sebab saya beri peluang masa..." ujar Neptune tersenyum namun sepantas kilat,Alisa sudah bergerak rapat di hadapannya dengan hayunan penumbuk.

"Ha?"

DUSHHH!!!!

Neptune mengenai tumbukan pada mukanya,lalu terpelanting merempuh beberapa pokok sebelum berhenti tersadai di satu tempat. Dia kembali bangun dan mukanya tidak menunjukkan sebarang luka atau pun cedera yang teruk,Alisa hanya mengibaskan tangannya dan Fara hanya mampu tergamam.

"Enchantment armor light full body huh?" soal Z muncul di sebelah Fara entah bila.

Fara hanya mampu terkejut tanpa mampu berkata apa-apa,Z tersenyum sambil membuat muka tak bersalah sebelum Alisa menjeling dengan pandangan membunuh. Z berpeluh-peluh dek jelingan maut Alisa,dia menelan air liur memandang ke arah lain.

"Laki bini perangai sama..." ujar Z dan Fara hanya menjeling dia sahaja.

"Wah.. Wah.. Ada orang mempunyai aura yang kuat.. Mesti menarik.." ujar Neptune mencelah.

Alisa hanya merenungnya tanpa berkata apa-apa,Neptune tersenyum sinis dan memetik jari. Puluhan bulatan magis gelap,muncul di belakang Neptune. Serangan seperti tembakan laser keluar dengan mengejut,namun Alisa hanya menepis dengan kemas.

Alisa hanya merenungnya dan bulatan magis turut terhasil di belakang Alisa,Z hanya tersengih dan Fara sekadar mendiamkan diri. Alisa terus melancarkan serangan,menghancurkan bulatan magis Neptune dengan sekelip mata.

Z tersengih sahaja dan Fara hanya tergamam,apatah lagi Neptune sendiri sambil memandang ke belakang sekejap dan memandang semula ke arah Alisa.

"Saya tak suka lawan jarak jauh..." ujar Alisa menyeru pedang miliknya.

Neptune segera mengelak serangan mengejut Alisa,tujahan yang dilakukan begitu pantas sehingga Neptune tidak sempat mengesan. Alisa pula sudah ingin melancarkan serangan susulan,Neptune menarik senjatanya dan menangkis serangan Alisa.

KTANG!!!

KRAANG!

KTANG!!

Mereka berdua berlaga senjata,Neptune dengan batang tongkat magisnya. Alisa pula terus melibas ke langit,bongkah ais menyerang menyeret di atas tanah. Neptune segera berundur mengelak serangan tersebut,Alisa hanya berdiri berhenti memerhatikan Neptune yang sedang terkejut.

"Neptune adalah Wizard Fighter.. Jadi sebab itu dia mampu gunakan senjata seperti pedang,tapi tak sangka pula dia seru tongkat magis dia..." jelas Z mengangguk beberapa kali.

"Bagaimana awak kenal Neptune?" soal Fara.

"Itu rahsia... Heh.." jelas Z muka comel.

Alisa dan Neptune menghasilkan impak yang kuat,sebaik sahaja senjata masing-masing berlaga. Neptune menghentak tongkat ke tanah,akar pokok yang tebal menyerang ke arah Alisa.

Tetapi Alisa lebih pantas dan sekelip mata akar itu dipotong,sehingga tidak meninggalkan kesan. Neptune hanya mengetap gigi,tangannya diangkat sekali lagi ke arah langit.

Semua mendongak dan terkejut kerana ketulan ais yang amat besar,terapung di ruang udara dan mula bergerak ke arah bawah atau lebih tepat ke arah mereka. Fara mula cemas dan Z tersenyum,ingin tahu apakah tindakan Alisa.

Neptune tersenyum puas dan diperhatikan oleh Alisa,namun Alisa tidak menunjukkan sebarang reaksi takut atau risau.

"You wanna testing me?" soal Alisa dan Neptune terkejut.

"What?" Neptune menyoal.

Tanpa sebarang kata-kata satu bulatan magis terhasil,di bawah kaki Alisa berpijak dan pakaian Alisa bersinar. Neptune tergamam dengan apa yang dia saksikan,sekelip mata Alisa terus berubah bentuk pemakaiannya.


Sebaik sahaja cahaya putih lenyap,Alisa sudah berubah seperti menjadi orang lain. Anak matanya berubah dari biru kepada merah,rambutnya yang hitam berubah biru laut. Neptune merasai kuasa yang amat kuat datang dari wanita di hadapannya,Alisa terus menghalakan tangannya ke arah ketulan ais gergasi dan benda itu terus hancur begitu sahaja.

"Impossible..!!" Neptune berkata tidak percaya,dia terus diselubungi aura kehitaman dan menutupi seluruh tubuhnya.

Aura hitam mula lenyap dan beransur hilang,susuk tubuh dengan zirah serta sejenis senjata bentuk bulan sabit muncul. Alisa hanya memerhatikan sahaja,Z pula terus menghasilkan pelindung.

Neptune turut berubah ke bentuk terkuatnya juga,namun dia tidak bersuara dan terus melemparkan senjatanya ke arah Alisa. Tetapi Alisa hanya tenang dan menahan serangan tersebut,lalu mereka berdua bertembung lagaan aura masing-masing.

Neptune segera ke belakang Alisa,dia terus menghayunkan serangan namun Alisa lenyap begitu sahaja. Neptune mencari-cari di mana musuhnya,Alisa muncul di sebelah kirinya dan dihalakan tapak tangannya ke arah Neptune.

Tolakan yang kuat menyebabkan Neptune terpelanting,ribuan ais dihasilkan pedang berbagai jenis bentuk. Alisa terus lancarkan serangannya,semua pedang ais merempuh Neptune tanpa henti.

Neptune segera menghasilkan tekanan kuasa,menghancurkan semua ribuan pedang ais yang menyerang ke arahnya. Alisa tidak hairan dan hanya menunggu sahaja,menunggu tindakan Neptune seterusnya.

"Jangan lama sangat Alisa.. Tamatkannya.." suara Ikhwan melalui teknik telepati kedengaran.

Alisa terkejut kemudian tersenyum,dia merapatkan kedua tapak tangannya. Neptune menjerit dan meluru ke arah Alisa dengan laju,Alisa memejamkan matanya dan nafasnya berwap dingin mula menyerang seluruh kawasan.

"Ice Breathe.." sebaik Alisa berkata sedemikian,wap dingin dilepaskan lalu memenuhi seluruh kawasan.

Neptune dalam bentuk zirah terbeku dalam keadaan tangannya,hampir mengenai kepalanya Alisa. Z dan Fara hanya tersenyum lega,Ikhwan pula sekadar meneruskan perjalanannya.

Utareed menangkis serangan dan ditolak ke belakang oleh Farhan,dia ingin mara namun terhenti apabila merasai sesuatu.

"Neptune? Tak.. Tak mungkin.." ujar Utareed menggigil dan mengetap giginya lalu memandang ke arah Farhan.

Utareed menggigil dan aura berwarna perak menyelubungi tubuhnya,menutupi badannya dan aura yang kuat dirasai oleh Farhan lalu kibasan sesuatu terasa sehingga melenyapkan aura keperakan itu. Sesuatu benda meluru ke arahnya,Farhan segera tangkis sehingga melepasinya dan menusuk ke badan The Dreary Hunter.

Farhan terkejut dan menoleh ke arah raksasa tersebut,perlahan-lahan The Dreary Hunter mula berubah bentuk. Farhan tergamam melihat keadaan tersebut,tubuh The Dreary Hunter mula berubah menjadi lain.

Tubuhnya mula mengecut dan sehingga muncul seorang wanita bertanduk,rambut berwarna putih dan kulitnya pucat. Terapung dengan matanya tertutup,Farhan pula hanya membuat langkah berjaga-jaga.

"What the heck is going on?" soal Farhan.















































=============================

Ouh yeah

Hampir pada klimaks

Sila tunggu untuk sambungannya okay

Sila bersabar ya

Comment and vote okay

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top