CHAPTER 151 : LUQMAN,AMINUDDEN VERSUS PLUTO


BOOMM!!!

KRAANG..

Fasha menarik pedang menjadi normal semula,bilah pedang bersinar dengan terang lalu memenggal makhluk hitam yang ingin menyerangnya.

Makhluk hodoh menjadi kepingan seperti daging yang dipotong,Fasha bergerak pantas menghapuskan makhluk tersebut itu semua.

Perempuan itu menarik badan ke belakang sedikit,lalu memecut ke hadapan memotong makhluk hodoh itu semua.

Fasha memusingkan senjatanya lalu bilahnya memanjang,pedang digenggam kuat lalu dia melibas umpama melibas cemeti.

ZRASH!!

ZRASH!!

Fasha tersenyum sinis dan mengembalikan bentuk pedangnya,makhluk hitam muncul dari belakang dan menyerang secara mengejut. Fasha ingin menyerang balas tetapi telah hancur sekelip mata,dia agak terkejut dan menoleh ke arah lain.

"You should defend yourself.." kata Hafez dengan muka selamba.

"Should I say 'thank you?'.." ujar Fasha.

"If you don't mind..." balas Hafez.

"Your attitude is one thing I don't like.." jujur Fasha.

"Wow impressive.. Sorry cause I'm not given fuck.." bidas Hafez lagi.

"Talking to you make me annoying..." ujar Fasha.

"The solution is simple..."

Sebelum sempat Hafez menyambung ayatnya,beberapa ekor makhluk seruan muncul dan ingin menerkam ke arahnya. Namun Hafez hanya selamba,menangkis serangan makhluk tersebut dan memutuskan kepalanya. Selebihnya dihapuskan dengan penumbuk tangan kirinya,seekor demi seekor hancur menjadi debu.

Sebaik habis sahaja Hafez menyelesaikan serangan hendap,dia memandang semula ke arah Fasha dengan tersenyum.

"Don't talked.." ujar Hafez terus beredar menghapuskan makhluk hodoh yang menyerang.

Fasha menarik pedang membuatkan reaksi meluat,kemudian dia berpaling dan nafas dihelakan panjang. Pedangnya dipegang dengan kemas,dia meluru laju ke arah makhluk hitam yang ada.

Pada masa yang sama Aminudden dan Luqman serta Aila juga Alia,berada di atas tubuh Flare yang diseru keluar. Luqman tidak faham apa yang Aminudden fikirkan dan kenapa keluar lebih awal,Aminudden pula berjaya mengesan sesuatu.

Juga..

Pada masa yang sama,Pluto sedang berdiri di satu tempat bersama Mercury. Utareed pula ketika ini bersama Neptune memerhatikan The Dreary Hunter yang diasak oleh Farhan dan Zharief.

"Kau pasti tidak mahu mengganggu?" soal Utareed dan Neptune hanya tersenyum.

"Aku cuma nak jadi penonton sahaja buat sementara waktu..." jelas wanita itu tersenyum seribu satu muslihat.

Seluruh tempat mula muncul makhluk kegelapan seruan Pluto,Aila dan Alia terkejut dengan keadaan tersebut. Ikhwan memetik jari dan seluruh awan di situ berubah keemasan,tidak lama makhluk kegelapan dihujani tembakan panah warna emas.

Pluto tergamam dengan apa yang dia saksikan,aura kuasa yang menggerunkan membuatkan dia menggigil. Luiz yang berada di hadapan magis ritual,hanya mendiamkan diri biarpun dia dapat rasa kuasa tersebut.

"Kau tak nak uruskan?" soal Sun yang muncul dengan tiba-tiba.

"Tak perlu..." ujar Luiz dan Sun hanya menyilangkan tangannya pada bahagian dada.

"Dia pasti dapat cari aku..." jelas Luiz kemudian membisukan diri,Sun tidak berkata apa-apa dan menyandar pada dinding.

Sun memejamkan mata tetapi,dia terdengar bunyi retak dan sebaik mendongak terus siling Sacred Place roboh. Armin muncul dan menembak pistol,Sun menahan dan tercampak di sebelah Luiz.

"LUIZ!!" Armin mengacukan pistol ke arah Luiz yang membelakangkan dia.

"Armin... Kau masih hidup..." ujar Luiz.

"Kau memang nak korbankan kami rupanya..." kata Armin.

"Untuk selamatkan dunia,pengorbanan diperlukan Armin..." jelas Luiz masih membelakangkan Armin.

"Pergi mati dengan semua tu.. Aku akan bunuh kau terlebih dahulu..." Armin menembak dan Sun menepis.

"JANGAN HALANG JALAN AKU!!" Armin berkata mula marah.

BAMM!!

BAMM!!

BAMM!!

Sun menangkis semua tembakan Armin,dia dengan muka poker sekadar menangkis dengan tenang. Armin terus-menerus menembak tanpa henti,Luiz Morgan tidak memperdulikan apa yang berlaku.

"Celaka..." Armin berhenti menembak.

Armin menarik keluar satu bentuk sama seperti picagari,tetapi bersinar kandungan dalam balangnya dan Armin melemparkan ke arah Sun. Pelindung dihasilkan namun benda tersebut,menembusi pelindung yang dihasilkan oleh Sun.

Luiz dan Sun terkejut melihat kejadian tersebut,benda itu bersinar dan letupan yang amat kuat berlaku.

Aminudden tersenyum sinis dan Flare menjunam ke bawah,Luqman dan Aila serta Alia berpaut kuat. Aminudden menyalakan api merah,lalu terus melompat turun dari badan Flare.

Sasarannya adalah..

BRAAMM..!!!

KA-BOOMM..!!!

Aminudden menjunam dan menghasilkan kawah,namun serangan dia berjaya dielak oleh sasarannya. Aminudden segera melompat dan mendarat di hadapan sasarannya,dia tersengih memandang ke arah Pluto yang sedikit terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Aminudden.

Pluto hanya merenungnya dan Luqman mendarat bersama-sama Aila,Alia pula mendarat di sebelah kanan Aminudden.

"Yo.. Seronok menyusahkan orang dengan menyorok?" soal Aminudden menumbuk tapak tangannya sambil tersengih.

"Kamu semua nak mencabar aku seorang..." soal Pluto dengan muka dingin.

"Seorang eh?" soal Aminudden pula dan Pluto kehairanan.

"Yang jadi halimunan tu,keluar..." ujar Luqman pula.

Mercury muncul dengan cara halimunan menjadi normal,Luqman hanya mendiamkan diri. Aila dan Alia pula berbalas jelingan,mereka mengangguk mengatakan Mercury sememangnya berbahaya.

"Tak sangka kau dapat kesan aku..." ujar Mercury menarik kedua-dua pedangnya.

"Jangan pandang rendah pada generasi baru..." jelas Luqman sambil mengaruskan aliran kilat pada tangannya.

Pluto hanya memetik jari dan tanah merekah,makhluk yang hitam legam muncul merangkak keluar dari dalam tanah. Jumlah benda itu begitu banyak,Pluto hanya sinis dan berpaling.

"See ya.." ujar Pluto memandang rendah pada mereka,Luqman sedar Aminudden air mukanya berubah 360 darjah.

"BURNING WAVE!!!!"

KRAANG...!!!

BRAAMM!!!!

KA-BOOOOMMM!!!

Sekelip mata seluruh makhluk yang baru muncul,hancur begitu sahaja dek kuasa letusan serangan Aminudden dan Pluto membesarkan matanya memandang ke arah mereka.

"Kau nak ke mana celaka?" soal Aminudden dengan renungan menakutkan.

"Jangan pandang rendah pada dia.. Kau akan terbakar nanti..." ujar Luqman pula tersengih,Mercury merenung mereka dan Pluto menghela nafas pendek.

"Baiklah.. Kau nak sangat mati cepat.. Aku boleh tunaikan..." kata Pluto dengan muka yang dingin.

******************************

Ikhwan dan yang lain sudah berada di kawasan pulau yang dimaksudkan,Iris mengesan sekitar gelombang kuasa tetapi gagal. Khaizo,Gawayne,Zareena dan Intan sudah mengikut laluan lain.

"Kita akan mara.." ujar Ikhwan.

"Tapi saya tak dapat kesan apa-apa..." jelas Iris.

"Jangan risau.. Mereka mungkin hasilkan magis pedinding untuk halang kuasa mereka dapat dikesan..." Alisa pula mencelah.

"Jangan risau..." Ikhwan berkata sambil tersenyum,Nao hanya mendiamkan diri dan pedangnya kemas disisip pada belakang badannya.

Nao menyedari sesuatu dan terus menarik pedangnya,Ikhwan dan Alisa serta Iris agak terkejut. Armin terpelanting dan baring terseret berhenti di sebelah mereka dalam keadaan cedera parah,Ikhwan hanya memerhatikan dia dengan pandangan kosong. Sun pula muncul dan menyedari Ikhwan berada di situ,dia segera menghilangkan diri.

"Itu bukan orang Luiz?" soal Iris.

"Maknanya dia tidak jauh dari sini..." ujar Ikhwan.

"Apa yang patut kita buat sekarang?" soal Iris.

Armin bangun dengan susah-payah,nafas tidak teratur dan diperhatikan oleh Ikhwan tanpa sebarang emosi. Dia ingin mara namun kembali rebah,kecederaan dia begitu parah.

"Alisa..." ujar Ikhwan memandang isterinya,Alisa sekadar tersenyum.

"Rawat dia dulu..." kata Ikhwan lagi.

Luiz yang memerhatikan dari dalam Sacred Place,hanya menghasilkan bulatan magis berwarna ungu gelap kehitaman. Tidak lama gegaran kuat terhasil,Ikhwan dan Iris memandang sekeliling. Nao hanya kekal memegang pedangnya,raksasa ais besar dua kali ganda dari manusia muncul.

Tetapi bukan seekor tetapi puluhan mengepung mereka,Alisa masih merawat Armin yang cedera. Iris menarik pedang dan Nao memasang kaki kuda-kuda,api biru marak dinyalakan pada tapak tangan Ikhwan.

"Kau nak bermain Luiz..?" soal Ikhwan.

********************************

Luqman dan Aminudden berdiri menhadapi Pluto,Aila dan Alia bergerak jauh sedikit untuk tidak mahu mengganggu suami mereka. Mercury memusingkan pedangnya,corak yang ada badannya menyala warna biru laut.

Aila dan Alia berbalas pandangan,kemudian mengangguk dan Alia berjalan ke hadapan. Membelakangkan Aila kerana Aila akan bergerak sebagai supporter,Mercury merenung mereka berdua.

Alia dan Mercury meluru ke arah satu sama lain,mereka berlaga pedang dan lagaan bilah pedang menghasilkan bunyi yang amat nyaring sekali. Alia menolak Mercury jauh sedikit,agak pertarungan mereka tidak mengganggu dua beradik itu.

TANG!!

TANG!!

KTANG..!!!

Angin mula bertiup kuat dan habuk berterbangan,Aminudden melagakan kedua penumbuk sebelum meluru laju ke arah Pluto. Luqman mengalirkan kilat dan rejaman kilat dari awan,menyerang ke arah musuh namun berjaya ditangkis oleh Pluto.

Aminudden menghayunkan penumbuk dan Pluto menahan,impak letupan berlaku dengan kuat. Api menyala marak dan Pluto agak terkejut,sebelum letupan api mengenai dia dan tercampak ke belakang.

Luqman menghasilkan dagger dari kuasa elemen kilatnya,dia melemparkan dengan laju terbang ke arah Pluto yang sedang tercampak. Aminudden segera meluru lagi terus ke arah Pluto,namun Pluto dengan tenang back flip dan mendarat kasar.

Tapak tangannya ditekap pada tanah,gegaran berlaku dan rekahan meletus. Aminudden segera mengelak,tetapi Pluto mengambil peluang memberikan penumbuk sulung hinggap ke muka Aminudden dan tercampak jauh.

Luqman terkejut dengan keadaan itu,Pluto bergerak seperti teleport ke belakang Luqman. Serangan hendap dilakukan namun Luqman menyerang balas,Pluto terkejut dan setapak dua langkah ke belakang.

Pluto hanya merenung Luqman,sebelum ada bayang hitam redup dari belakang. Pluto menoleh ke belakang dan tergamam,kerana Aminudden sudah bangkit dan bebola api gergasi di atas tapak tangannya.

"SUN DESTROYER!!!"

"Damn it..."

KEREEBOOMM!!!

KRAANG..!!!

Luqman berundur beberapa langkah,letusan itu amat kuat menghasilkan letupan yang amat besar.

"Waa.. Betul-betul lawan adik aku ni..." ujar Luqman.

Aminudden mendarat di kawah yang dihasilkan,tiada bayang Pluto kelihatan. Luqman muncul di sebelahnya,menepuk bahu adik lelakinya.

"Kita dah menang?" soal Luqman.

"Tak.. Aku masih rasa aura dia.." jelas Aminudden.

KRAKKK!!!

Pluto keluar dari dalam tanah,Aminudden dan Luqman segera melompat ke belakang. Tekaan Aminudden benar-benar tepat,Pluto masih hidup biarpun kena serangan seperti tadi.

"Liat betul dia..." kata Aminudden.

"Orang jahat..apa yang kau harapkan?" soal Luqman.

"Boleh tahan budak... Aku kagum.." ujar Pluto dan dua beradik mendiamkan diri.

"Tapi sekarang giliran aku..." tambah Pluto.

Luqman dan Aminudden tersentak,sekelip mata mereka dihentam. Luqman terpelanting melanggar dinding gunung,Aminudden juga sama di sebelahnya. Mereka menyeringai menahan sakit,Pluto berdiri tenang sebelum menumbuk Aminudden sehingga terbenam ke dalam perut gunung tersebut.

Luqman pula mengubah rambut putih kepada ungu keputihan,dia melakukan asimilasi dengan Avalon lalu meluru menyerang Pluto. Tujahan sepakan kaki dilakukan,namun Pluto mengelak lebih pantas dan menghadiahkan tendangan tepat pada perut Luqman lalu terpelanting menyeret ke tanah.

Pluto menoleh dan Aminudden sudah berada di hadapannya,menumbuk mukanya namun tiada kesan. Muka Aminudden dicengkam lalu digeser pada permukaan gunung,sejauh satu kilometer dan Aminudden mengilas tangan Pluto.

Pluto agak terkejut sebelum mukanya ditapak oleh Luqman,Aminudden pula menumbuk dia sehingga tercampak jauh dan terhempas pada tanah. Luqman dan Aminudden termengah-mengah,mereka diasak teruk dan Pluto bangkit tanpa ada kesan apa-apa.

"Aku rasa dia la lawan paling sukar..." ujar Luqman.

"Aku tidak peduli..." ujar Aminudden pula.

Luqman terkejut dengan kata-kata Aminudden,dia tersenyum dan ketawa kecil. Mereka berdua berpandangan,sambil mengangguk sependapat.

"Dia lebih lemah dari uncle.." ujar mereka serentak.

Luqman dan Aminudden meluru ke arah Pluto,Aminudden kekal memecut ke hadapan. Luqman bergerak terbang ke arah kanan Pluto,dia menghayunkan sepakan kaki dan Aminudden melibaskan penumbuk.

Pluto menahan kedua-duanya,dia terus menolak mereka ke belakang sedikit. Lantas Pluto memutarkan badan seiring menghayunkan kaki,Aminudden kena pada muka dan Luqman pula kena pada bahagian bahu kiri.

Tidak cukup dengan itu,kaki dua beradik dipegang dan mereka dihempas melekat antara satu sama lain. Pluto menghempas mereka ke tanah,darah memercik keluar dari dalam mulut Luqman dan Aminudden.

Pegangan dilepaskan lalu dihayunkan penumbuk,bertubi-tubi Luqman dan Aminudden dihinggap tumbukan pada badan masing-masing. Luqman mengetap gigi dan kemarahannya memuncak,kilat merenjat dari awan tinggi di udara.

RAIGEKI!

Pluto terkejut dan terkena renjatan dari sambaran kilat,dia mengetap gigi dan kesakitan jelas terasa. Luqman dan Aminudden bangkit biarpun dalam kesakitan,mereka mengecas kuasa masing-masing.

"Sekarang Am!!" jerit Luqman.

"Ya.. Selepas kau!!" Aminudden pula menyalakan api merah marak berubah menjadi biru laut.

"Thunder Arts!...." ujar Luqman kilat dikumpul menyelubungi kaki kanannya.

"Blazing Punishment..!!" Aminudden membuka jari-jemarinya gaya mencakar dan Pluto tidak mampu bergerak ketika itu.

"RAPIDLY THUNDERSTORM!!!"

"INFERNO CLAW!!!"

ZRASSHH!!!

KRASSHH..!!!!

KRAKKK....!!

Pluto tercampak dan letupan kuat berlaku,Luqman dan Aminudden termengah-mengah memerhatikan Pluto yang sudah terbaring cedera teruk. Mulutnya mula menyeringai,Luqman dan Aminudden terkejut.

"Don't get full yourself.. Mongrel..." suara Pluto berubah serak,lalu tiang kehitaman terbentuk.

"Okay... Sekarang apa?" soal Aminudden.

"Sesuatu yang menyusahkan.." jawab Luqman.

Tiang bayang hitam mula terhakis,tidak lama muncul susuk tubuh di sebalik bayang yang mula menghilang. Aura yang dirasai membuatkan Luqman dan Aminudden sesak nafas,susuk lembaga kehitaman dengan kebiruan.

"Aku akan bunuh kamu berdua.. Aku bersumpah..." ujar makhluk itu.

"Okay.. Tadi dah gelap,ni jadi hitam.. Ha.. Ha..." kata Aminudden tersengih paksa.

"Oi.. Kau ada tenaga nak bu..buat lawak ke ha..? Huh.. Huh.. Ha.." ujar Luqman pula.

"Mati..." ujar makhluk itu atau Pluto dalam demon form,sejurus tangan dihalakan ke hadapan terus letupan kuat berlaku dan menyebabkan Luqman serta Aminudden terpelanting.

"Aku rasa dia kecik hati.. Aduh!" kata Aminudden jatuh terlentang.

"Salah kau sentuh hal sensitif...ayark!!" ujar Luqman pula bergolek jatuh.

Pluto mendepakan tangan dan diangkat ke udara,awan menjadi gelap serta-merta dan terus menghujani tembakan ke arah dua beradik itu.

Luqman dan Aminudden tahu dia tidak boleh tewas hanya dengan aura membunuh makhluk hitam itu,mereka berdua terus mengecas kuasa masing-masing dan semakin lama semakin kuat.

"Kamu masih mampu melawan... Bagus.." ujar Pluto dan satu tembakan mengenai pipinya,calar mengalir darah keluar.

"Oi demon..." ujar Luqman tersenyum licik di sebalik asap tebal,Pluto ingin melancarkan serangan namun sesuatu dari atas menyerang junam ke arahnya.

Pluto mengelak dan menyerang balas namun ditangkis oleh bilah pedang,dia terasa daya kuasa yang amat kuat. Asap tebal mula menipis,sedikit demi sedikit menghilang dan dua orang berdiri di hadapannya. Lelaki yang berlaga pedang dengan Pluto,tersengih dan menolak Pluto ke belakang semula.

"Siapa kau?" soal Pluto.

Pemuda yang berambut putih tersenyum sinis,beberapa senjata seperti satellite mengelilinginya.

"God Mode : Thunder Hacker.. Luqman Al'Reezal..." ujar Luqman dalam bentuk God Mode.



Lelaki berpedang bilah biru menyarung semula senjatanya,rambut hitam terhurai sebaik ditiup angin lembut.

"Berserker Fury! Aminudden Al'Reezal!"

Luqman dan Aminudden serta Pluto berbalas renungan,Pluto hanya memerhatikan dua beradik itu dan kuasanya ditingkatkan.

"AKU AKAN BUNUH KORANG!!" Jerit Pluto.

"Marilah..kita berdansa.." ujar Aminudden tersenyum sinis.

"Duduk diam-diam dan benarkan aku belah kau menjadi dua..." Luqman berkata dengan mata bersinar.





















==============================

Akhirnya Luqman dan Aminudden menunjukkan final form mereka

Teruja tak dan bersambungan la apa lagi

Dua ribu lebih aku taip oi

Tahan sakit

Untuk reader kesayangan

Komen dan vote okay?

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top