CHAPTER 150 : FINAL FIGHT WILL BEGUN
The Dreary Hunter mula merempuh bangunan tinggi,negara itu kucar-kacir dan tentera negara yang diganggu dengan mayat hidup.
Zombie
Pluto duduk di tebing gunung,memerhatikan suasana meriah bagi dirinya. Mukanya tidak menunjukkan emosi,tetapi jelas dia sedang berseronok.
Pluto mengangkat tangan ke hadapan kemudian zombie semakin bertambah,zombie keluar dari dalam tanah menembusi tanah bertar hitam. Pluto bingkas bangun dan beredar,Ikhwan yang menyaksikan keadaan negara itu menoleh ke arah Farhan.
"Han giliran kau.." ujar Ikhwan.
"Okay.. Siapa yang berkumpulan dengan aku,cepat gerak..." arah Farhan.
Zharief dan Hikari bangun,mengekori Farhan dan Fara dari belakang. Aminudden dipandang oleh Hikari,menyedari Hikari memandangnya segera Aminudden mengangguk tanda berkata selamat berjaya.
Hikari berlari ke arah Aminudden,pipi suaminya dicium dan segera beredar. Aminudden agak terkejut dengan tindakan Hikari,pipinya diusap kemudian tersenyum sambil menggelengkan kepala. Alia yang perhatikan keadaan itu,menarik Aminudden dan mengucup pipinya.
"Alia?" soal Aminudden dan Hikari mula terkejut,tetapi dia tersenyum pula.
"Kena adil bukan?" soal Alia mukanya merah.
"Tsundere..." ujar Luqman dan Aila hanya ketawa kecil.
"Perempuan kadang tak boleh jangka.." kata Khaizo melihat keadaan tersebut.
Farhan dan Zharief melompat serentak kemudian disusuli oleh Fara yang memegang tangan Hikari,Fara menyentuh bahu suaminya kemudian Farhan pula memegang lengan Zharief.
Sekelip mata mereka teleport di atas bangunan tinggi,Farhan dan Zharief memerhatikan raksasa yang mengamuk tersebut.
"Jadi apa plan kau?" soal Zharief.
"Kau dengan aku lawan raksasa tu.. Fara dan Hikari tolong selamatkan mangsa jika ada yang terselamat atau tersepit di mana-mana..." ujar Farhan.
"Okay faham.." kata Zharief.
"Hati-hati! Hikari pegang tangan saya.." ujar Fara.
"Baik!" Hikari mencapai tangan Fara lalu mereka terus hilang sekelip mata.
Fara lenyap daripada pandangan mata kasar,bersama Hikari untuk melakukan operasi menyelamat. Farhan menarik pedangnya dan Zharief memasang senjata dari komponen dalam briefcase yang dibawa olehnya,selaras senapang panjang tercipta membuatkan Farhan tergamam.
"Nice badass weapon.." ujar Farhan dan Zharief memeriksa keadaan senapang tersebut
"It's DIY.." Zharief berkata sambil menarik laras senapang.
"Hehe.. Huh?"
Farhan menyedari ada bunyi pedang dilibas di bawah,apabila diperhatikan individu itu adalah Hafez serta beberapa orang gadis bersamanya memancung zombie yang ada.
"Itu bukan Hafez ke?" soal Zharief.
"Haah.. Dia la siapa lagi.." ujar Farhan.
ZRASHH!!
ZWIIP!!
ZWING!!
Zombie yang ada dipotong menjadi berpuluh bahagian,Hafez dengan rokok di mulutnya memusingkan kerambit. Lalu memenggal kepala zombie yang ada,Erica pula menghayunkan kapaknya dan membelah salah satu zombie.
"Partner dia pun apa kurangnya..guna kapak tuuu...." kata Zharief lagi tersengih.
Selain itu dua orang lagi perempuan,yang ada bersama memberi bantuan dari jarak jauh. Salah seorang berambut hitam panjang melepasi punggung,kelas jenis Sorcerer dan dia menghasilkan kilat di tapak tangannya.
"TORNADO LIGHTNING!!!"
Zombie yang ada berterbangan lalu rentung direnjat kilat puting beliung,Hafez segera menarik Erica dari terkena serangan tersebut. Mereka tergolek dan beberapa zombie ingin mengerumuni mereka,tetapi seorang lagi gadis menyasarkan anak panah lalu memanah dengan bertalu-talu.
TUSSH!!
TUSSH!!
"Kamu berdua okay?" soal gadis itu dan Erica mula bengang.
"Hey perempuan! Kau nak bunuh kitorang ke ha?!" soal Erica bangkit menuju ke perempuan berambut hitam panjang.
"Ia bahaya Jeanne..." kata Hafez menghela nafas pendek.
"Maaf.. Saya tak sengaja tee-hee.." ujar perempuan bernama Jeanne D'Arcanne.
"Tak sengaja kau kata?!" Erica mula mengangkat kapaknya,namun Hafez segera menahan.
"Guys? Kita tengah ada krisis ni?" soal Hafez memberi penjelasan.
"Perempuan tu yang mulakan dulu!" kata Erica.
"Sekarang tengah ada krisis.." Hafez membidas.
"Kalau awak tak melebih tak boleh ke?" soal Jeanne tersenyum selamba.
"Jeanne.. Awak tak membantu.." Hafez berkata sambil tersenyum kelat.
"Hey bergaduh semasa berhadapan krisis..?" satu suara menegur.
Fasha berdiri sambil tersenyum,memegang pedangnya sambil digoyangkan. Jeanne menghela nafas pendek,kemudian beredar dari situ. Hafez dipandang Erica kemudian gadis berambut putih vanilla,merengus dan mengembungkan pipinya.
"Jadi Fasha.. Apa yang kau buat di sini?" soal Hafez.
"Aku cuma bersiar-siar sahaja.." jelas Fasha tersenyum manis.
"Aku tak faham kau.. Apa tujuan kau Fasha?" soal Hafez menarik sebilah lagi kerambitnya.
"Aku nak release tension.." ujar Fasha mengangkat pedangnya.
ZRASSH!!
ZWISSH!!
Zombie dipotong menjadi puluhan bahagian,Erica melibas kapak miliknya ke arah zombie dan terbelah menjadi dua. Erica mendecih dan terus memenggal satu demi satu zombie yang menyerang.
"Sakuya! Mana potion!" kata Erica dan gadis bernama Kirino Sakuya,mengambil sebotol kecil berisi air berwarna biru dan baling ke arah Erica.
Gadis itu mencapai sambil melompat mengelak cakaran zombie,dia terus meneguk botol MP yang diberikan oleh Sakuya. Fasha mendarat dan menyandar belakang badan Hafez,mereka menumpukan kuasa dan melibas semua zombie yang ada.
"Kau masih berbisa huh?" soal Hafez.
"Kau pun kurangnya?" kata Fasha tersenyum.
Krakk!!
Makhluk kehitaman muncul dari tanah,Hafez dan Fasha terkejut dengan keadaan tersebut. Sebaik sahaja berada di atas tanah,makhluk yang sama muncul di pelusuk tanah yang ada.
"Apa pula kali ni?" soal Erica memegang erat kapaknya.
"Kalau awak takut,apa kata pergi bersembunyi?" Jeanne berkata sinis dan Erica merenungnya dengan tajam,Sakuya menekup muka melihat keadaan tersebut.
"Kau nak cari nahas ke?" soal Erica geram.
"Oh my,tak berani.." balas Jeanne mengusik dan pada masa yang sama,makhluk itu menyerang ke arah mereka berdua.
ZRASSHH!!
"JANGAN SIBUK!!" jerit mereka serentak menyerang balas.
KRASSHH..!!!
WOOSSH!!!
Zombie terbelah dan terbakar gabungan serangan mereka berdua,Hafez hanya memerhatikan dengan muka blur.
"Itu sasaran aku!"
"Tiada nama awak.."
Mereka terus bertelagah sambil menghapuskan makhluk hitam yang ingin menyerang,Hafez hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Kerambit digenggam erat lalu dilibas,puluhan makhluk terus terbelah dicincang.
Pertarungan di bawah hanya diperhatikan oleh Farhan,Zharief mengangkat senjatanya dan ingin membidik makhluk hitam itu. Farhan menahan dengan pedang,Zharief kehairanan dengan tindakan Farhan.
"Kenapa?" soal Zharief.
"Hafez boleh uruskannya.. Kalau bernasib baik dia akan jumpa isteri aku dan Hikari.." jelas Farhan dan Zharief hanya mengangguk sahaja.
Farhan dan Zharief berpandangan,mereka melompat dari bangunan tinggi. Mengambil keputusan membiarkan hal di darat,kepada Hafez dan Fasha uruskannya. Pada masa yang sama juga,Pluto berdiri memerhatikan keadaan bandar yang diserang itu sebelum beredar.
"Tak sangka pula kau akan seru Black Creature..." ujar Sun.
"Aku baru je mula bermain.." Pluto membalas.
Pluto beredar dan Sun sekadar mengekori dari belakang,Hafez memancung makhluk hitam itu semua. Hafez hanya memerhatikan keadaan sekeliling,dia melihat suasana bandar yang dipenuhi ribuan makhluk gelap.
Merangkak keluar dari dalam tanah,muka hodoh jangan cakaplah. Hafez memandang ke arah Jeanne,Erica dan Sakuya. Fasha menghampirinya dengan melibas pedang menjadi cemeti,lalu memenggal makhluk gelap yang ingin menyerang Hafez secara mengejut.
"Ambil perhatian,kita tengah bertarung.." ujar Fasha.
Hafez tidak berkata apa-apa dan menyimpan kerambitnya,tangan kirinya bersinar dengan cahaya yang terang bersilau. Erica,Jeanne dan Sakuya hanya memejamkan mata masing-masing.
"God Judgement.." ujar Hafez menghembus nafas pendek.
Semua makhluk gelap terus hancur menjadi debu,Fasha sekadar menghela nafas pendek. Dia tersenyum melihat kuasa milik Hafez,Left Hand of God.
"I guess you still use that power..huh?" soal Fasha dan Hafez memerhatikan tangan kirinya.
"This power keep me alive..." jelas Hafez dan Fasha memandangnya tanpa berkata apa-apa.
"When you got a great power,it will be great responsibility..."
"You don't need tell me that.."
Namun perbualan mereka terhenti,apabila makhluk hitam muncul lagi sekali dari dalam tanah. Erica mendecih manakala Jeanne pula hanya mengangkat bahu,Sakuya pula mengeluh sahaja.
"Nampaknya kita akan sibuk..." ujar Fasha.
"Aku bencikan semua ni.." balas Hafez mengeluh.
"Jangan merungut.." kata Fasha dan Hafez sekadar meluru ke arah makhluk-makhluk itu semua.
DUSH!!
DUSH!!
DUUUSSH..!!!!
Hafez menghayunkan penumbuk dengan deras,dia melompat berpusing dan menghentak puluhan makhluk itu semua. Sayap muncul di belakang tubuhnya,mata bersinar dan guruh berdentum di langit. Farhan dan Zharief yang berada di atas bumbung bangunan pencakar langit,segera mendongak ke atas langit.
Awan menjadi gelap dan Luqman yang berlaku di dalam pesawat,menyedari keadaan tersebut dan Ikhwan tersenyum sahaja. Aminudden segera bangun,Luqman kehairanan begitu juga Alia.
"THOUSANDS LIGHTNING!!!"
TUSSH!!
TUSSH!!!
KZZT..!!!
KRAANG..!!
Puluhan makhluk hitam hancur dan rentung serangan Hafez,Fasha bersiul kagum dan Farhan tersenyum lantas meluru ke arah The Dreary Hunter. Libasan pedang Farhan memutuskan tanduk raksasa tersebut,Zharief terus menembak memberi sokongan dari jauh. Hafez menyedari kehadiran keadaan tersebut,dia menghela nafas pendek.
"Dia ada di sini,tapi tak tolong pun.." kata Hafez.
"Jangan merungut,setiap orang ada peranan..." Windalfir mencelah dan Hafez menghela nafas panjang.
"Ada yang tidak kena?" soal Ikhwan sebaik Aminudden menghampiri dia.
"Uncle.. Saya dan abang Luqman akan turun dari sini..." ujar Aminudden memandang ke arah Ikhwan.
"Am?" soal Luqman kehairanan dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"Suka hati kau..." ujar Ikhwan.
Aminudden tersengih dan berjalan ke arah pintu pesawat,Alif yang mengemudi kapal menyedari keadaan tersebut. Dia segera membuka pintu kargo sebelah belakang,Luqman dan Aminudden memandang ke arah isteri mereka berdua.
"Sedia Alia?" soal Aminudden dan Alia tersenyum.
"Sudah tentu.." ujar Alia.
"Aila?" soal Luqman.
"Selepas awak sayang.." ujar Aila tersenyum.
Mereka berempat terus melompat turun,Aminudden segera menyeru Flare keluar. Luqman,Aila dan Alia mendarat di atas tubuh makhluk itu.
"Okay Flare,cepat!!" Aminudden menjerit lantang.
"Bising la kau Am.." ujar Luqman.
"Shh!! Paut kuat-kuat.." arah Aminudden dan Alia menghela nafas kemudian memegang kuat.
"Pegang kuat-kuat semua.." Flare memberi amaran
Flare terbang memecut laju ke arah yang Aminudden arahkan,Ikhwan hanya menghela nafas pendek memerhatikan mereka.
"Hati-hati kamu semua..."
=======================
Hello guys
Apa khabar semua
Ini update aku untuk mengisi kekosongan
Lepas ni mungkin seminggu lebih aku tak dapat update apa-apa
Jari aku masih kebas
Sukar untuk mengarang kalau hanya sebelah tangan sahaja.
Jadi jumpa lagi bila aku dah sihat
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top