CHAPTER 15 : BOUNTY HUNTER

Please put your headphone for experience

Lelaki berkerudung dan Alif Haikal berbalas renungan,mereka berdua masing-masing mengeluarkan aura dan jelas aura mereka berdua sedang bertempur dengan dahsyat. Seluruh kawasan bergegar dengan tiupan angin kencang,Agnez dan Aurora muncul bersama Azryan serta Raisyah yang kembali bentuk normal.

"Waa...hanya aura sahaja? Tidak sangka dia mempunyai aura yang kuat..." kata Raisyah kagum.

"Yeah,tapi ini kali pertama tengok dia tengah bengang gila-gila.." Azryan pula memberi komen.

"Apa maksud awak Ryan?" soal Agnez.

"Susah nak tengok Alif bengang betul-betul kecuali sesuatu yang serius..." kata Azryan lagi dan Agnez hanya mampu mengangguk sahaja.

"Jadi apa akan berlaku lepas ni?" soal Aurora pula.

"Just sit and watch till end,there's nothing we can do to stop him..." kata Azryan mengangkat bahu.

"Kamu akan menyesal orang muda,melindungi penjenayah..." kata lelaki berkerudung.

"Jadi kau nak menyerang atau tidak?" soal Alif sambil memacakkan tongkatnya.

Lelaki berkerudung menarik nafas panjang kemudian dihelakan pendek,Alif juga mengatur nafas dan situasi diperhatikan oleh Aurora,Azryan serta Agnez dan Raisyah. Alif dan lelaki berkerudung itu terus bergerak pantas,mereka seolah hilang daripada pandangan dan muncul sambil berlaga senjata masing-masing.

TANG!!

ZTANG!!

KRANG!!

Senjata mereka menghasilkan bunyi yang nyaring,geseran kedua senjata juga terhasil percikan bunga api. Lelaki berkerudung mula tertanya-tanya siapakah pemuda di hadapannya ini?

ZRANG!!

"Beritahu aku budak.." ujar lelaki berkerudung itu,sebaik berundur ke belakang turunkan kain kerudungnya.

Seorang lelaki berusia dalam 30-an dan Alif hanya membiarkan lelaki itu berbicara,dia memberi peluang untuk lelaki itu memberi penjelasan terlebih dahulu.

"Kenapa kau nak melindungi seorang penjenayah,kumpulan dia sukar untuk dicekup...sebab itu setiap daripada mereka ada ganjarannya..." jelas lelaki itu lagi.

"Aku tidak rasa dengan menyerang dia secara belakang,adalah tindakan yang bijak.." balas Alif pula dan lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja.

"Aku cuma inginkan keselamatan manusia di dunia ini terjamin..." jelas lelaki itu memberi jawapan.

"Apa? Dengan membunuh?..." Alif membalas lagi dan lelaki itu pula hanya mendecih.

"Kau terlalu muda untuk faham.." ujar lelaki itu lagi.

"Aku tak perlu nak faham,sebab aku dah alami banyak perkara..." kata Alif dengan mengacukan tongkatnya pada lelaki itu.

"Haa...aku rasa cakap banyak pun tak guna.." kata lelaki itu mendesah,dia menarik pedangnya.

"Itu yang sebaiknya,lebihkan berlawan.." balas Alif dengan muka dingin.

Suasana menjadi sunyi dan sepi,Azryan hanya memerhatikan dengan perasaan risau. Aurora dan Agnez berpandangan,Raisyah pula sekadar menjeling ke arah Aurora secara senyap. Alif dan lelaki itu terus hilang dari pandangan,sebelum muncul dan berlaga senjata masing-masing.

TANG!!

KTANG!!

ZRANG!!

Tongkat emas dan pedang perak berlaga,ia menghasilkan bunyi yang kuat serta impak angin yang kencang. Raisyah tergamam melihat seni tarung Alif,dia seperti mengenali cara pergerakan badan Alif.

"Seni Monyet Bermain Tongkat? Itu seni permainan senjata yang kuno...malah boleh katakan harta dunia..bagaimana dia boleh memilikinya?" soal Raisyah ingin tahu.

"Jawapan dia senang je.." Azryan menyampuk dan tiga orang gadis termasuk Raisyah menoleh ke arahnya.

"Sebab Alif adalah pewaris seni tersebut.." jawab Azryan dan Raisyah terkejut.

"Sukar dipercayai..." kata Agnez.

"Apa itu Seni Monyet bermain Tongkat?" soal Aurora dan Agnez hanya menghela nafas pendek.

"Seni yang digunakan oleh Alif adalah seni pertahanan diri yang telah hilang,sebab ia sudah lenyap seratus tahun yang lalu.." jelas Agnez dan Azryan mengangguk.

"Apa?" Raisyah hilang kata-kata.

Lelaki itu mengelak libasan tongkat Alif,namun belum sempat dia mendongak sudah tercampak dari situ. Lelaki misteri itu terkejut dengan tindakan pantas Alif,tetapi Alif sudah melompat ke udara sambil memegang erat tongkatnya.

"MONKEY STAFF BLAST!!" Alif menghayun tongkatnya dengan kuat.

"Apa?!" lelaki itu tercengang melihat serangan pukulan tongkat yang semakin berganda.

DUSH!

DUSH!

KROONGG!!

Pukulan kuat itu hanya mampu disambut dengan menguatkan aura tenaganya,Alif pada pukulan terakhir menarik tongkat jauh ke belakang dan dilakukan tujahan bagaikan kayu snooker.

TEPAT!

Pukulan itu mengenai perut lelaki tersebut,lelaki itu berang lantas menghayun penumbuk. Tepat mengenai muka Alif,mereka terpelanting berlawanan arah.

"ALIF!" Aurora cuba mendapatkan Alif.

"Jangan ke sana!" Agnez menghalang.

Alif bingkas bangun dan kesan calar pada pipi kelihatan,lelaki itu mengusap perutnya pula akibat pukulan dari Alif. Lelaki itu tersengih dan menarik nafas panjang,dia helakan dengan pendek dan mengeluarkan senjata yang berbeza.

"Finally,you wanna get serious?" soal Alif sambil mengesat darahnya yang mengalir pada bibir.

"Give her to me...and I'll show you mercy.." ujar lelaki itu.

"Do I have to follow your order?" soal Alif memusingkan tongkatnya.

"Kau memang berani,atas dasar hormat izinkan aku memperkenalkan diri.." kata lelaki itu tersenyum sinis.

"Karl Thompson,bounty hunter..." satu suara mencelah dan Alif serta lelaki itu terkejut.

Alif hanya terkebil-kebil melihat Aizat berdiri tidak jauh dari tempat mereka berada,Agnez dan Azryan berpandangan manakala Raisyah pula sekadar tertanya siapa lelaki yang muncul ni?

"Itu bukan tuan Aizat? Apa dia buat di sini?" soal Aurora.

"No idea..." jawab Azryan.

Pada masa itu Aizat dan Karl berbalas renungan,Alif seperti dapat agak mereka berdua memang sudah lama kenal. Karl tidak bercakap apa-apa dan meluru ke arah Aizat,Alif terkejut kerana gerakan Karl begitu pantas tanpa sempat dia sedar.

"Apa kau buat di sini Aizat?" soal Karl sebaik berlaga tinju.

"Well,just sightseeing?" jawab Aizat selamba dan Karl merentap lalu berundur ke belakang.

"Jangan cakap dengan aku,kau dengan mereka..." kata Karl merenung Aizat.

"Well...memang pun?" jawab Aizat acuh tidak acuh,Karl mula timbul urat pada dahi dan terus membekukan seluruh tempat.

"Woo..perangai kau tak serupa dengan kuasa kau..." kata Aizat berundur ke belakang secara berpusing beberapa kali.

"Diam,kau tak tahu betapa sakitnya aku kerana Alter Archangel..." Karl menumbuk tanah,lalu bongkah ais keluar dari bawah tanah di mana Aizat sedang berada.

"Tuan! Bahaya!" Azryan memberi amaran.

"Alamak.." Aizat terpegun sejenak sambil memandang ke arah ais yang ingin menyerangnya.

Tapi dengan sekelip mata Aizat ditarik oleh sesuatu,Alif,Agnez,Aurora,Raisyah dan Azryan terkejut memandang individi yang baru selamatkannya. Seseorang gadis dengan telinga serigala bergerak-gerak serta anak matanya berbeza warna,Aizat hanya menghela nafas lega dan pada masa yang sama seseorang muncul dari atas Karl.

"Huh?" Karl terkejut.

"Oi orang tua!" kata orang itu tersengih sambil menghayunkan penumbuk yang diiringi api merah darah.

BRAAMM!!

Seluruh tempat itu bergegar dan Aurora hampir jatuh,namun Alif sempat menangkap gadis blonde itu dari terus terjatuh. Alif dan Aurora dalam jarak yang begitu rapat,masing-masing muka kemerahan dan segera menjarakkan diri antara satu sama lain. Alif memandang semula ke arah orang misteri berdiri di hadapan Karl,dia terkejut kerana raut wajahnya seiras dengan seseorang.

"Sixth?"













Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top