CHAPTER 149 : QATARIZ,MIRANA & AIZAT VERSUS THE MONSTER


Luqman bersiap-siap mengenakan gear yang biasa dia pakai,untuk menjalankan misi dan kali ini untuk mengelakkan kehancuran dunia. Aila juga menyertai dia dengan memakai gear miliknya,gear yang dimaksudkan bukanlah alat teknologi tetapi adalah pakaian khas untuk bertarung.

Aila menuju ke arah locker dan menekan butang,pin kod didail dan locker itu terbuka dan sebilah pedang katana disimpan kemas. Aila mencapai dan memegang katana tersebut,dia tersenyum sendirian.

"Lama juga kita tidak bertarung?" soal Aila tersenyum sambil memerhatikan pedangnya.

"Ya.. Kalau boleh tak payah nak bertarung.. Leceh.." ujar Luqman pula.

Aila hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya,Luqman pula mencapai sebilah pedang jenis katana juga. Bilahnya berwarna ungu berkilau,dia mengangguk kemudian memandang ke arah Aila.

"Mari kita pergi.." ujar Luqman dan Aila hanya mengangguk sambil tersenyum.

Alia ketika itu berdiri di hadapan pintu utama hospital,menunggu seseorang dan pakaiannya bukanlah seperti ingin pergi merawat orang.

"Doktor Alia.." Alia menoleh dan seorang lelaki kacak tersenyum padanya.

"Doktor Sean.. Apa yang boleh saya bantu?" soal Alia.

"Malam awak senang?" soal lelaki dipanggil doktor Sean.

Sebelum sempat Alia menjawab,deruman enjin motorsikal kuasa tinggi kedengaran. Aminudden berhenti di hadapan Alia dan Sean,Aminudden merenung tajam ke arah Sean dan membuatkan doktor lelaki itu tersentak.

"Am..." ujar Alia tersenyum.

"Hey sayang.. Naik cepat,uncle dah tunggu.." kata Aminudden.

"Nasib baik tepat pada masanya,kalau terlambat.. Ada yang kena bakar hidup-hidup..." ujar Alia.

Alia menunggang motorsikal,lalu enjin berderam sebelum memecut keluar dari hospital. Sean hanya tercengang melihat keadaan itu,seseorang berjalan dan berhenti di sebelahnya.

"Haih mereka ni,kawasan hospital boleh memekak..." ujar Nurul.

"Doktor Nurul?!" Sean terkejut.

"Hey doktor Sean.. Cuba pikat isteri orang ye?" soal Nurul sinis dan Sean mendecih.

"Ikut nasihat saya doktor,hentikannya atau awak dapat sakit..." kata Nurul dan melangkah masuk semula ke dalam hospital.

Motorsikal berkuasa tinggi memecut,Alia hanya memeluk suaminya. Aminudden memintas setiap kenderaan yang ada di atas jalan raya,membelok kiri dan kanan seperti ular.

"Awak cemburu?"soal Alia.

"Seseorang cuba pikat isteri saya.. Awak rasa?" kata Aminudden.

Alia hanya memeluk Aminudden lebih erat,manakala Aminudden pula sekadar tersenyum sahaja. Alia dan Hikari adalah isterinya,Aminudden tidak akan biarkan sesiapa rampas mereka daripadanya.

Ikhwan mencengkam tangannya,kemudian disarung pula sarung tangan kulit berwarna hitam. Jaket putih vanila disarung,belakangnya tertera lambang negara Mentari. Rambut hitamnya dikemaskan oleh Alisa,Ikhwan hanya memerhatikan wajah Alisa.

"Alright it's done.. You look handsome.." ujar Alisa tersenyum dan pipinya pula diusap oleh Ikhwan.

"Thanks,you too look gorgeous.." balas Ikhwan tersengih.

Ikhwan dan Alisa berbalas pandangan agak lama,kemudian mereka berdua ketawa kecil bersama. Ikhwan membetulkan sarung tangan,kemudian melangkah keluar dari biliknya disusuli oleh Alisa. Reezal bersama Reena sudah menunggu di luar,Ikhwan dan Alisa kehairanan.

"Abang Reezal? Kak Reena?" soal Ikhwan.

"Kau dah nak pergi?" soal Reezal.

"Yeah... Kami kena berkumpul..." jelas Ikhwan.

"Kau pasti aku tak perlu ikut?" soal Reezal.

"Kau adalah raja.. Seseorang perlu tinggal.." ujar Ikhwan tersenyum.

"Ikhwan..." Reena mula risau.

"Cukuplah.." ujar Ikhwan dan mereka berdua kehairanan,Alisa sekadar mendiamkan diri.

"Aku tidak berhajat untuk mati pada usia ni.." jelas Ikhwan.

Reezal tersengih dan Reena memandang adiknya dalam-dalam,Ikhwan tersenyum dan aura miliknya berlainan. Reena menghela nafas pendek,dia tersenyum dan menghampiri Ikhwan lalu memeluknya.

"Balik dengan selamat..." ujar Reena.

"Sudah tentu..." balas Ikhwan tersenyum.

Ikhwan menolak Reena dengan lembut,pipinya dikucup oleh Ikhwan dan Reena tersenyum. Reezal dan Ikhwan berpandangan kemudian berlaga penumbuk,Alisa sekadar tersenyum melihat keadaan itu.

"Saya pergi dulu.." ujar Ikhwan dan Reena serta Reezal mengangguk.

Farhan menarik pedangnya lalu dihunuskan ke udara,dia yakin pedang katana itu dalam keadaan yang baik. Fara hanya tersenyum memerhatikan Farhan,tidak lama lepas itu Aminudden muncul bersama Alia dan Hikari.

Luqman pula sudah lama berada di situ bersama Aila,Khaizo dan Zharief serta Gawanye duduk bersebelahan sambil menjeling antara satu sama lain.

"Aku akan pancung kau kalau berpaling tadah..." ujar Khaizo memberi amaran.

"Tiada masalah..." kata Gawayne tidak melayan Khaizo.

"Cukup!" ujar Zharief menjentik dahi Khaizo.

"Oi! Sakit la apa masalah kau?!" soal Khaizo geram memandang Zharief.

"Kau tu apa masalah,sekarang ni kita kena bekerjasama.. Bukan nak memberi amaran atau cari musuh sengal!" ujar Zharief membidas Khaizo.

"Maaf,lama tunggu?" soal Ikhwan muncul dan Aminudden tersengih.

"Tidak apa.. Jadi apa kata kita bergerak sekarang.." Farhan berkata.

"Abang aku Yusri dan Raffie?" soal Ikhwan.

"Mereka sudah pergi terlebih dahulu.. Mengelakkan situasi lebih bahaya berlaku.." Farhan menjawab dan Ikhwan mengangguk.

"Qatariz dan Mirana?" soal Ikhwan.

"Mereka sekarang tidak dapat dikesan.." kata Farhan lagi.

Kumpulan Khadez dan Khaisa serta Evangeline,sudah bergerak awal untuk mengelakkan dikesan oleh pihak musuh. Alif dan kawannya yang lain,iaitu Azryan dan Aurora kemudian disusuli Altera dan Raisyah juga berada di kawasan udara. Mereka hampir tiba di kawasan musuh,Fasha pula bergerak solo.

"Fasha bergerak solo?" soal Ikhwan.

Zareena dan Intan muncul tidak lama,Nao dan Iris juga tiba serentak.

"Kenapa kau risaukan dia?" soal Farhan pula tersengih dan dahinya dijentik oleh Ikhwan.

"Adoi... Sakit la der.." ujar Farhan.

"Ini adalah kerjasama berkumpulan,musuh bukan sembarangan.." jelas Ikhwan.

"Kau jangan risau la.. Fasha tu salah satu kesatria yang berlawan secara solo dalam medan peperangan.." jelas Farhan pula.

"Apa-apa jadi.. Aku tak nak tanggung.." ujar Ikhwan kemudian menghela nafas panjang.

Semua mendiamkan diri menunggu arahan daripada Ikhwan,manakala Ikhwan memejamkan mata dan merasai aura dari kuasa magis yang dikatakan untuk kemusnahan. Masih lagi normal setakat ini,tetapi pengiraan kekal berjalan.

"Baiklah semua.. Kita gunakan kapal.." ujar Ikhwan dan sebuah kapal armada,muncul di atas mereka.

"Waa... Aku tak pernah nampak kapal ni?" soal Luqman.

"Uncle ada mereka satu kapal yang mampu bergerak tanpa dikesan oleh kuasa magis dan radar musuh..." jelas Aminudden.

"Kenapa kau tak ada beritahu aku?" soal Luqman.

"Atas arahan uncle,ia perlu dirahsiakan.." jelas Aminudden lagi dan Luqman terdiam.

"Jadi semua naik atas kapal ni.." ujar Ikhwan dan melompat naik ke atas kapal.

Mereka semua menyusul apa yang dilakukan oleh Ikhwan,apabila tiba di atas kapal satu ruang terbuka dan menunjukkan seperti pintu.

"Baiklah semua sudah berkumpul.. Aku akan berikan kumpulan masing-masing.." ujar Ikhwan.

Kumpulan A
Ikhwan,Alisa,Iris dan Nao

Kumpulan B
Farhan,Fara,Zharief dan Hikari

Kumpulan C
Luqman,Aminudden,Aila dan Alia

Kumpulan D
Khaizo,Gawayne,Zareena dan Intan

"Aku dengan dia?!" soal Khaizo menuding jari ke arah Gawayne,Zareena dan Intan hanya mendiamkan diri.

"Baiklah ini adalah kumpulan kamu.. Aku tidak mahu bantahan..." jelas Ikhwan menjeling ke arah Khaizo.

"Erk..okay..."

Kapal pesawat merentasi ruang udara,kapal itu menggunakan sistem Artificial Intelligence. Seperti pesawat milik Alif,Ikhwan menjeling ke arah peta yang dipaparkan pada skrin visual.

Pada masa ini Qatariz dan Mirana sedang berhadapan dengan The Forsaken Beast,raksasa itu amat kuat dan seperti kebal. Qatariz dalam bentuk naga pun tidak mampu mencalarkan raksasa itu,tetapi Qatariz tidak mudah mengaku kalah.

"Kuatnya..." ujar Mirana berada di atas bahu naga Qatariz.

"Ia raksasa zaman dahulu.. Kekuatan berbeza yang sekarang.. Malah lebih kuat dari dua raksasa kita tumpaskan sebelum ini..." kata Qatariz mengesat darah.

The Forsaken Beast mengaum kuat,sebelum menghayunkan senjatanya dan Qatariz menahan sebelum tercampak lalu merempuh bangunan yang ada. Mirana mula risau dengan keadaan persekitaran.

"Kita tak boleh teruskan berlawan di sini!! Orang awam terlalu ramai!!" kata Mirana.

"Tak guna..." ujar Qatariz mengambil nafas sebelum meluru ke arah raksasa gergasi itu.

"Pegang kuat-kuat Mirana!!" Qatariz memberi amaran.

KRAANG..!!!!

"WOORRGGH!!!!" Qatariz segera terbang dan membawa raksasa itu pergi dari situ.

Hampir separuh bandar itu hancur,The Forsaken Beast mengamuk dan Qatariz berjaya tiba menghalang dari terus menghancurkan seluruh badan.

"HIARGGH!!!" Qatariz membaling raksasa itu ke kawasan tidak berpenghuni.

Qatariz mendarat dan menembak ke arah raksasa menggunakan mulut,dentuman seperti tembakan kereta kebal. Mirana pula membantu dengan memberi kekuatan tambahan,raksasa itu mampu bangkit dengan renungan yang amat tajam.

The Forsaken Beast terus menghayunkan senjata,gelombang deras begitu pantas hampir memotong Qatariz sebelum dielak oleh naga hitam itu. The Forsaken Beast mengangakan mulutnya,aura kehitaman terhasil dan berkumpul di hadapan mulutnya.

"Takkanlah dia..." Mirana mula risau.

Aura negatif begitu kuat membuatkan Qatariz tidak mampu bergerak,aura yang ada di seluruh tubuh The Forsaken Beast membuatkan mereka seperti lumpuh.

"Qatariz!" Mirana mula risau keadaan Qatariz.

Satu bayang lembaga besar melepasi Qatariz,lalu The Forsaken Beast terpelanting dan kuasanya terbatal. Qatariz tergamam melihat keadaan itu,seekor naga keemasan bercampur warna kemerahan muncul di hadapannya.

"Kau okay bro?" soal naga emas.

"Siapa kau?" soal Qatariz.

"Ini aku.. Aizat.." jelas naga emas itu lagi dan Qatariz terkejut.

"Aizat?" soal Qatariz dan teringat dalam memori Ikhwan.

Qatariz ingin bertanyakan soalan lagi,tetapi diganggu dengan ngauman The Forsaken Beast kembali bangkit.

"Benda tu memang kuat dan lasak.. Serangan tadi kalau kena pada gunung,akan hancur terus..." jelas naga emas atau Aizat.

"Bagaimana kau sampai sini?" soal Qatariz.

"Ikhwan berikan aku mesej.." jelas Aizat.

Qatariz agak terkejut kemudian menghela nafas pendek,dia menguatkan kuasanya dan aura bertiup kencang. Aizat pula menghalakan tangan ke hadapan,sebilah pedang muncul di dalam genggamannya. Qatariz pula memanjangkan cakarnya,dia bersiap-sedia dan Mirana meningkatkan kuasa serangan.

"Ouhoo.. Caster hah?" soal Aizat menghunuskan pedangnya.

Qatariz meluru ke arah The Forsaken Beast dan menghayunkan cakarnya,namun raksasa itu menangkis dengan senjatanya dan turut melibaskan penumbuknya. Qatariz mengetap gigi dan Mirana membulatkan matanya,namun Aizat segera menahan serangan tersebut.

"Oi. Oi.. Jangan suka-suka..." ujar Aizat menghayunkan penumbuknya,mengenai muka The Forsaken Beast dan terseret ke belakang.

Pedang dicacakkan pada tanah,Qatariz menghela nafas lega. Dia memandang ke arah naga emas itu,Aizat mengurut-urut penumbuknya dan pedangnya dicabut semula.

"Terima kasih.." ujar Qatariz dan Aizat memandang ke arahnya.

"Kau sedia? Kita kena halang benda tu dari menghancurkan dunia.." ujar Aizat.

"Sudah tentu..." kata Qatariz pula menumbuk tapak tangannya.

The Forsaken Beast mengaum dengan kuat dan auranya semakin lama semakin kuat,Qatariz terus memulakan langkah dengan terbang laju ke arahnya. Hayunan cakaran dilakukan dan mengenai badan raksasa tersebut,erangan kuat kedengaran dari The Forsaken Beast merasai kesakitan agaknya.

Tetapi ekor raksasa melibas kuat,Qatariz dan Mirana tercampak jauh. Aizat pula sekelip mata memotong ekornya,sekali lagi raksasa itu menjerit kesakitan. Raksasa itu melepaskan gelombang kuat,lalu Aizat tercampak dan menyeret jauh.

GROOAARRR!!!!

The Forsaken Beast mengaum,lalu melepaskan tembakan seumpama meriam melalui mulutnya. Sasarannya adalah Aizat dan Qatariz segera menangkis,dengan menggunakan teknik tembakan dari mulut melindungi Aizat.

The Forsaken Beast mengangakan mulut sekali lagi,cahaya kehitaman campur ungu mula terhasil di dalam mulutnya. Qatariz juga mengumpulkan kuasanya,dia turut mengangakan mulut dan sinaran merah terhasil di dalam mulutnya.

"Alamak..." ujar Aizat dan Mirana yang ada di atas bahu Qatariz,memberikan kuasa tambahan pada Qatariz sekali lagi.

"GOAARRR!!" The Forsaken Beast melakukan serangan lebih awal.

TUZZM!!!

"Sial! DESTRUCTION DARK HEAVY CANNON!!" Qatariz menembak serangan seperti tembakan partikel laser.

TZZMM!!

Dua serangan yang kuat dilancarkan dan akan bertembung,Aizat menghasilkan perisai dan masa pula menjadi seakan-akan bergerak lambat.

Akhirnya dua serangan itu bertembung.

KZZZTTTTT...!!!!!!

Akibat pertembungan itu terhasil tiupan angin kencang,lautan yang berhampiran pula bergelora serta ombak tinggi terhasil. Aizat pula mengumpulkan kuasa,pedang dia bersinar warna keemasan dengan begitu terang.

"DRAGON SLASH..!!!"

ZRASSHH!!!

Gelombang serangan milik Aizat meluru laju ke arah The Forsaken Beast,tangan kiri raksasa itu putus dek serangan Aizat. Qatariz dapat merasakan serangan The Forsaken Beast,lemah dengan tiba-tiba dan mengecas kuasa lalu menambahkan kuasa.

"ORAAHHHH!!!!"

Tembakan meriam naga itu membuatkan The Forsaken Beast menyeret ke belakang dan merempuh gunung,raksasa itu terbenam dan letupan dahsyat berlaku dengan amat kuat. The Forsaken Beast kembali bangkit,tetapi dia menerima kecederaan yang agak teruk.

Aizat pula tidak mempersiakan keadaan ketika itu,lalu berlari laju ke arah raksasa itu dengan pedangnya yang menyeret pada tanah. Aizat melompat tinggi dan terus membelah raksasa itu,menjadi dua bahagian dan rebah.

The Forsaken Beast mula mereput,lalu hancur sekelip mata dan Aizat memerhatikan sahaja. Sampailah ada seseorang muncul di sebelahnya,dalam keadaan terapung dan menyerang hendap. Aizat berjaya menahan dan menyeret jauh ke belakang.

Sun menunjukkan diri dan mengangkat tangan,orb berwarna hitam muncul di tapak tangannya. Dia berbalas renungan dengan Qatariz dan Aizat,Mirana hanya kehairanan dan sebaik Sun mendapatkan bola orb itu dengan sekelip mata lenyap dari pandangan mata.

Qatariz dan Aizat yang masih dalam keadaan bentuk naga,berpandangan dan Mirana masih berada di atas bahu Qatariz.

"Kita kena beritahu Ikhwan.." ujar Aizat.

"Setuju..." kata Qatariz dan Mirana mengangguk.





























================================

Hellooo readers

Sorry about earlier,aku masih dalam pengarangan dan jarinya tertekan perkataan publish.

Pada yang merungut minta maaf okay,ni aku dah publish jangan bising²

Vote dan komen okay

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top