CHAPTER 148 : DARK MAGIS


Luiz berdiri di hadapan papan emas yang bertukar warna,Sun dan empat yang lain hanya memerhatikan gelagat Luiz. Aura yang kuat itu jelas dirasai,namun hanya aura sahaja tidak menonjolkan siapa empunya.

"Kau gagal ke?" soal Sun.

"Gagal? Tidak,kiraan telah bermula..." ujar Luiz memandang ke arah nombor 100 bertukar 99.

"Raksasa kelima bukanlah makhluk.. Tetapi adalah magis gelap..." jelas Luiz.

"Magis gelap?" soal Mercury.

"Magis yang mampu menghancurkan seluruh alam... Aku perlukannya.. Jika kiraan 100 berakhir 0,bererti tanda pengakhiran alam ni..." ujar Luiz.

"Jika alam ni musnah,bagaimana dengan kau? Kami tiada masalah.." kata Sun memberi soalan.

Luiz tidak menjawab sekadar hanya tersenyum simpul,memerhatikan kiraan angka 99.

"Sekarang... Untuk langkah seterusnya.." ujar Luiz menghalakan tapak kedua-dua tangan ke hadapan,sinar cahaya keunguan menyelubungi tubuhnya.

Sun,Pluto,Mercury,Utareed dan Neptune hanya memerhatikan dia sahaja. Ikhwan dan Farhan pula sedang berbincang mengenai sesuatu,Alisa dan Fara turut menemani mereka.

"Apa kata bangunkan malapetaka?"

Aura kuasa yang amat kuat terasa,gunung berapi yang mengurung The Forsaken Beast bergegar kemudian meletus. The Dreary Hunter juga bangkit,kawasan kutub utara yang sejuk meletus.

Sebuah kereta yang memecut,berhenti membrek mengejut dan menyebabkan penumpangnya membebel. Hafez memandang ke arah langit,dia mula terasa tidak sedap hati.

"Hey? Awak dengar tak?" soal Erica di sebelah.

"Kita kena balik ke negara Mentari.." ujar Hafez menolak gear,lalu kluc ditarik kemudian pendikit minyak ditekan.

Kereta yang dipandu melakukan u-turn dengan mendadak,membuatkan kenderaan lain brek kecemasan dan Hafez memecut tanpa menghiraukan kemarahan pemandu lain.

Pada masa yang sama juga,Alif mengemudi kapal pesawat memecut merempuh udara. Aurora dan Altera hanya duduk diam di tempat penumpang,Azryan yang berada di sebelah Alif sekadar memeriksa peta.

"Damn it..." ujar Ikhwan.

"Two monster sealed broken at once?" soal Farhan tidak percaya.

"We have to ask Merlin..." ujar Ikhwan pula dan Farhan hanya mengangguk.

Ikhwan segera berjalan keluar dari rumah,Farhan mengekori dari belakang dan Alisa serta Fara hanya memerhatikan mereka pergi. Ikhwan dan Farhan melangkah laju,beberapa pengawal yang bertugas menyapanya tidak dihiraukan. Akhirnya mereka tiba di sebuah bilik kebal,sebuah bilik mengurung seseorang.

Merlin The Dark Wizard.

"Ah... Kamu berdua datang melawat? Aku terharu..." kata Merlin sebaik menyedari kehadiran Ikhwan dan Farhan.

KRAANG!!!

KRASSHH..!!!

Merlin tergamam apabila dua bilah pedang,melepasi dia dan terpacak pada dinding di belakangnya. Ikhwan dan Farhan membaling serentak,Merlin ternganga dan tersengih menelan air liur.

"Now.. Tell me what his plan?" soal Ikhwan.

"Okay.. Okay... I got it..." ujar Merlin mengangguk faham.

"It's okay bro.. You don't have to throw anymore..." ujar Ikhwan memandang ke arah Farhan yang ingin merejam pedang lagi.

"Are you guys wanna try to kill me?!" soal Merlin.

"Yes.. If you don't want to cooperate.." jelas Ikhwan dan Farhan pula memegang katana miliknya.

"Are you going to kill me?!" soal Merlin mula cuak.

"Berapa kali kau nak tanya soalan sama?" soal Ikhwan.

Merlin berada di bilik kebal,anti magis dan sesiapa yang berada di dalam tidak dapat gunakan kuasa magis. Termasuk Ikhwan dan Farhan juga,sebab itu mereka berdua menggunakan pedang masing-masing.

"Kau bijak kan?" soal Ikhwan.

"Fine! Fine! Aku beritahu!" ujar Merlin geram.

"Baiklah mula bercakap..." kata Ikhwan menarik kerusi,lalu duduk sambil bersimpuh. Farhan pula hanya kekal berdiri,bersama tangan siap sedia di pedang katananya.

Merlin yang serba-salah menjeling ke arah Farhan,lelaki anak mata warna merah hanya merenungnya kemudian Merlin menghela nafas pendek.

"Plan Luiz adalah...."

Lapangan Kapal Terbang Tentera Mentari

Kesatria yang mengawal di kawasan lapangan kapal terbang tentera,mendapat satu isyarat mengatakan sebuah pesawat ingin mendarat. Alif mengemudikan kapal dan mendarat,manakala Hafez membelok masuk ke dalam kawasan istana.

Alif segera berlari keluar dan Azryan hanya memerhatikan sahaja dari kokpit,Aurora dan Altera mengekorinya dari belakang. Azryan menghela nafas pendek,dia sedar seseorang sedang berdiri tidak jauh dari lapangan terbang. Raisyah berdiri sambil dengan pakaian kasual,Azryan tergamam melihat keadaan itu dan Raisyah menuding jari tanda menyuruh dia turun berjumpa dengan dia.

"What the..." ujar Azryan kehairanan dan terus turun dari kapal pesawat.

"Apa yang awak buat di sini?" soal Azryan sebaik menghampiri Raisyah.

"Kenapa? Salah ke saya berada di sini?" soal Raisyah memeluk tubuh dan Azryan hanya mendiamkan diri,Raisyah pula menghela nafas pendek.

"Saya terima arahan dari negara Hawk,supaya memberi bantuan pada negara Mentari.." jelas Raisyah.

"Macam tu... Faham..." ujar Azryan tersenyum.

"Kenapa awak senyum macam tu?" soal Raisyah.

"Sebab saya dapat berjumpa dengan awak lagi..." jelas Azryan dan Raisyah tersentak mukanya memerah.

"Ouh... Baguslah..." ujar Raisyah berpaling daripada Azryan.

Azryan hanya menggaru pipinya,dia tidak tahu sama ada Raisyah suka atau benci. Fikiran perempuan langsung tidak dapat dia jangkakan,kepalanya pula digaru.

Pada masa yang sama juga..

"Sixth!!" Ikhwan dan Alisa menoleh sebaik seseorang memanggil,Alif berlari sambil diekori oleh Aurora dan Altera.

"Ouh... Alif,terima kasih kerana sudi datang..." ujar Ikhwan sebaik Alif berhenti dalam keadaan termengah-mengah.

"Ha.. Ha.. Okay-okay.. Sixth panggil dengan tiba-tiba!" kata Alif masih belum hilang mengahnya,Aurora dan Altera hanya berdiri di belakangnya.

"Haha.. Kau dah tambah kawan ha..?" soal Ikhwan tersenyum.

"Ha.. Altera yang nak join.. Sekejap itu bukan hal sebenar!.." Sebelum sempat Alif menghabiskan ayat,seseorang muncul mencelah.

"Dua raksasa malapetaka telah dibangkitkan serentak.. Kau ada jalan penyelesaian?" soal Hafez yang bersama Erica muncul dengan tiba-tiba.

"Kalau nak berbincang,kita kena cari tempat yang sesuai..." Farhan pula menegur Hafez.

"Farhan..!" ujar Hafez dan Erica agak terkejut,kerana tidak menyedari kehadiran Farhan.

"Uncle!" Luqman dan Aminudden pula menunjukkan diri,Zareena dan Intan juga bersama mereka.

"Ara... Orang dah ramai..." sapa satu suara.

"Fasha..." ujar Farhan dan Gawayne turut bersamanya.

"Terima kasih kerana turut serta..." ujar Ikhwan pula dan Alisa hanya memerhatikan sahaja Fasha.

"Tiada masalah.. Kau hanya perlu membalas cinta.."

"Okay guys,kita akan berbincang di dalam... Mari masuk!" kata Ikhwan tidak memberi peluang Fasha menghabiskan ayat dan melangkah masuk ke dalam bilik yang berada di belakangnya,Alisa menyusul kemudian.

Fasha menggenggam penumbuk,dia menahan geram dan Gawanye hanya menjeling ke arahnya kemudian melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Kau tak nak masuk ke?" soal Farhan sebaik semua telah masuk,memerhatikan Fasha yang kegeraman.

Fasha tidak menjawab dan terus melangkah masuk,Farhan hanya kehairanan sahaja tidak lama lepas itu Fara pula muncul. Dia menyentuh bahu suaminya,Farhan memegang tangan Fara dan menarik isterinya masuk ke bilik perbincangan. Fasha hanya mendiamkan diri kemudian menghela nafas,dia mengetap gigi dan turut melangkah masuk.

Ikhwan berdiri di tengah-tengah hujung meja,dia memeriksa laporan yang tertulis pada kertas jenis A4. Dia menghela nafas pendek,jelas air muka kerisauan dan meletakkan kepingan kertas di atas meja. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu terbuka secara automatik,wajah Khaizo bersama Arjuma serta Zharief.

"Maaf lambat,aku tunggu Zharief..." jelas Khaizo sebaik menghampiri Ikhwan manakala Arjuma dan Zharief pula sudah mengambil tempat duduk masing-masing.

"Tak apa.. Ambil tempat duduk kau.." ujar Ikhwan mengangguk.

Khaizo hanya duduk berdekatan dengan Farhan dan Fara,sambil menyapa dengan isyarat kemudian Khaizo menghela nafas pendek. Laura tidak mengikutnya kerana Khaizo tidak mahu dia terlibat,Ikhwan pula memandang ke arah pintu yang terbuka dengan tiba-tiba. Reezal muncul serentak bersama Yusri dan Raffie,Luqman dan Aminudden agak terkejut dan tidak lama lepas Reena bersama Iris juga muncul.

Reezal mengambil tempat duduk tanpa disuruh,Yusri dan Raffie juga melakukan perkara yang sama. Iris memeluk Ikhwan dan Ikhwan pula mengusap kepalanya,Reena pula duduk di sebelah Alisa dan tersenyum pada wanita itu. Tidak lama Khadez pula muncul bersama Khaisa,Ikhwan agak terkejut kemudian tersenyum kerana dua beranak itu telah berbaik.

Tetapi Ikhwan sedar Khadez merenungnya,Ikhwan tersenyum kelat kemudian berdehem dan semua yang ada memandang ke arahnya. Khadez dan Khaisa telah mengambil ke tempat duduk,bersebelahan Reezal dan adik-adiknya yang lain.

"Baiklah...boleh kita mulakan?" soal Ikhwan dan semua mengangguk.

Ikhwan memandang ke arah Evangeline yang sudah berada di situ,memaparkan satu gambar pada skrin yang berada di belakang Ikhwan. Simbol yang terlukis tulisan aneh pada satu bulatan magis,mereka semua terkejut termasuk Luqman dan Aminudden.

"Ini adalah ritual magis gelap,dengan menggunakan nyawa yang tidak bersalah dari ribuan tahun yang lalu..." jelas Ikhwan sebaik sahaja berundur memberi peluang pada mereka melihat imej tersebut.

"Di mana kau dapatkannya?" soal Khaizo.

"Khai,tolong ayat formal apabila di sini.." ujar Ikhwan dan Khaizo.

"Ah.. Maaf,bagaimana tuan putera dapat gambar itu?" soal Khaizo dengan ayat formal.

"Saya ambil gambar sendiri..." jelas Ikhwan dan yang lain kehairanan.

"Tiga tahun lepas peperangan saya dan Alisa ada pergi dari Sacred Place ke Sacred Place yang lain mencari alat yang mengancamkan keamanan dunia..." jelas Ikhwan.

"Jadi hasilnya...aku dapat gambar ini,malah yang menakutkan begitu banyak tulang manusia berada di situ...." kata Ikhwan memandang ke arah gambar tersebut.

"Jadi boleh terangkan apa fungsi magis tu?" soal Fasha mencelah dan Ikhwan hanya menghelakan nafas.

"Magis ini bukan magis sembarangan... Ia adalah magis kemusnahan.." jawab Ikhwan dan semua yang berada di situ terkejut,Gawayne hanya membisu tidak mahu mencelah.

"Apa maksud kau dengan magis kemusnahan?" soal Reezal dan semua memandang ke arahnya,Yusri dan Raffie mengangguk setuju.

"Yelah,kemusnahan macam mana?" soal Raffie.

"Seluruh alam semesta ini...jika kita biarkan dunia Mithgar tidak akan wujud lagi.." jelas Ikhwan dan Yusri terkejut.

"Tapi tuan putera sendiri katakan magis itu telah beribu lamanya?" soal Khaisa .

"Malangnya Luiz Morgan dan Five Darkness Star,telah berjaya menjumpainya.." sebaik mendengar kata-kata Ikhwan,semua terdiam dan berpandangan.

"Kalau macam tu,kita berada dalam bahaya!" ujar Luqman dan Aminudden mengangguk setuju.

"Magis itu perlukan masa seminggu untuk aktifkan..." jelas Farhan pula.

Semua yang ada tengah kerisauan,sedikit lega mendengar penjelasan Farhan yang tiba-tiba mencelah.Ikhwan mulanya agak terkejut kemudian tersenyum,dia menghembus nafas kemudian menghentak dinding dan tindakannya mengejutkan semua orang. Reezal,Yusri dan Raffie tersenyum melihat wajah serius adik mereka. Reena dan Iris juga sama serta Alisa juga tersenyum,Luqman dan Aminudden tersengih.

"Okay guys,listen up.." ujar Ikhwan tersengih.

Semua menunggu kata-kata Ikhwan dan Reezal sekadar memeluk tubuh,Ikhwan mengangkatkan kepalanya dengan gah senyuman angkuhnya.

"Benda itu berada di Forbidden Forest,Luiz pasti suruh orang-orangnya untuk menghalang kita.." jelas Ikhwan memulakan arahan.

"Five Darkness Star.." kata Farhan.

"Mereka bukan sembarangan,jadi.." Ikhwan mengambil nafas pendek.

Ikhwan memetik jari dan lima simbol Five Darkness Star,terpapar pada skrin dan yang lain sekadar mendiamkan diri menunggu arahan daripada Ikhwan.

"Setiap orang akan diberikan kumpulan untuk tugasan dan peranan! Kita akan serang dari seluruh arah....." ujar Ikhwan.

"Bagaimana dengan Luiz?" soal Reena.

"Luiz Morgan serahkan pada saya.. Saya sendiri akan uruskan..." kata Ikhwan dengan air muka yang serius.

"Aku akan berikan keterangan pada kamu mengenai Five Darkness Star..." ujar Ikhwan lagi dan menarik nafas panjang.

"Luqman dan Aminudden!" ujar Ikhwan dan dua beradik itu tersentak.

"Ya uncle?" soal Luqman.

"korang dengar betul-betul.. Aku takkan ulang..." jelas Ikhwan.

Ikhwan berdehem dan teringat semula Z menyerahkan sesuatu pada dia,lepas sahaja dia beri terus hilang dari pandangan mata kasar.

"Sila dengar dengan teliti..."















=========================>

Holla guys

Maaf lama menunggu

Harap boleh faham dengan scene bertukar-tukar.

Masa untuk final fight bakal bermula

Sila tunggu dengan penuh kesabaran di dada

Itu je lah

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top