CHAPTER 147 : THE TIME ALMOST RUNNING
Dua dari empat makhluk malapetaka telah diseru,walau bagaimana pun berjaya ditewaskan. Namun masih ada lagi tinggal dua,The Dreary Hunter serta The Forsaken Beast yang telah diletakkan kurungan daripada Ikhwan.
Pada masa itu juga Luiz berada di tempat dipanggil Sacred Place,dia turut ditemani lima pahlawan zaman gelap lima ribu tahun yang lalu. Sun sebagai ketua mereka,disusuli oleh Pluto yang berwajah dingin. Neptune yang sentiasa tersenyum,Mercury pula tidak menunjukkan emosi serta Utareed.
Luiz mendongak ke atas,melihat ada lima simbol dan empat simbol menyerupai empat raksasa malapetaka.
"Apa yang ada di dalam?" soal Neptune.
"'nyawa'...." ujar Luiz pendek dan melangkah masuk.
Neptune terkial-kial mengejar Luiz,Sun sedar diperhatikan oleh Pluto. Faham akan maksud Pluto,Sun hanya menggelengkan kepala tanda jangan lakukan apa-apa terhadap Luiz.
Jika difikirkan apa motif Luiz membebaskan lima pahlawan zaman gelap?
Luiz berhenti di hadapan sebuah makam lama,tetapi bukan makam biasa ini kerana makam tersebut amatlah besar. Sepuluh kali ganda dari makam biasa,Sun dan Pluto tergamam manakala Utareed terasa aura yang bahaya. Mercury hanya mendiamkan diri,tidak melakukan apa-apa.
Sekeping batu warna emas bersinar-sinar,melekat pada makam yang amat besar itu. Sun hanya memerhatikan sahaja,seolah-olah mengenali batu emas tersebut.
"Sini ialah jalan terakhir untuk menghidupkan dua lagi raksasa malapetaka.." jelas Luiz dan menekap tapak tangan pada satu batu.
"Morf Eth Ssenkrad... Ekawa rof eht taerg reyortsed.." (dari kegelapan... Bangunlah untuk menghancurkan)
Sekeping batu keemasan mula pudar,Luiz hanya berundur beberapa langkah ke belakang.
Luiz pula telah berjaya membuka kurungan Five Darkness Star,asalnya dikurung pada lima ribu tahun yang lalu. Mereka berlima mempunyai kekuatan mampu menghapuskan satu batallion tentera dengan mudah,apa sebenarnya Luiz ingin lakukan?
====================
Ikhwan berdiri di hadapan tasik,dia baru selesai jogging waktu pagi. Ikhwan berehat melepaskan lelah,selepas pertarungan Khaizo dengan The Grimm Hunter semua kembali menjadi normal.
Tiada gerakan dikesan oleh Luiz,tapi Ikhwan tahu yang dia iaitu Luiz akan bertindak semula. Namun Ikhwan tidak dapat mengagak bilakah Luiz memulakan tindakan dia,bahunya ditepuk dan Ikhwan menoleh lalu tersenyum.
Siapa lagi kalau bukan isterinya,Alisa Darweez.
"Apa yang abang fikirkan?" soal Alisa.
"Abang fikirkan Alisa.." ujar Ikhwan tersenyum.
"Serius okay?" Alisa menunjalkan jari telunjuknya,Ikhwan yang tersenyum hanya ketawa kecil.
"Abang risaukan keselamatan negara.." jelas Ikhwan.
"Cuma negara? Bagaimana dengan dunia?" soal Alisa lagi.
"Dua-dua abang fikir Alisa.." jelas Ikhwan duduk di kerusi panjang.
Alisa hanya menyusul suaminya,duduk bersama-sama dan memerhatikan Ikhwan. Manakala Ikhwan pula sekadar menghela nafas pendek,awan putih yang tebal berarak di udara. Langit biru yang tenang terasa lapang jika diperhatikan,Ikhwan mengeluarkan sebatang rokok?
Alisa pula sudah berkerut dahinya,namun dia tersengih hairan apabila Ikhwan menggigit dan mematahkan 'rokok' itu. Nampaknya ia bukan rokok tetapi coklat berbentuk rokok,Alisa mengerutkan dahi dan menggelengkan kepala.
"Kenapa?" soal Ikhwan.
"Tak.. Tak ada apa..." jelas Alisa memicit hidungnya.
Ikhwan dan Alisa yang duduk di hadapan tasik,memandang keadaan tasik yang jernih dan bersih. Sehinggalah seseorang tercampak dan menjunam jatuh ke dalam tasik di hadapan pasangan itu,Aminudden timbul dengan kasar dari dasar tasik.
"Oi.. Agak-agak la abang setan!!" ujar Aminudden geram dan Luqman muncul terapung di hadapan dia.
"Heh.. Kau yang tak tumpukan perhatian.. Memang kena la..." ujar Luqman tersengih.
Aminudden segera terbang dan terus meluru ke arah Luqman,mereka berdua berlaga tinju masing-masing. Hayunan tumbukan dan tendangan,bertembung dan menghasilkan impak yang kuat. Pertarungan itu hanya diperhatikan oleh Ikhwan dan Alisa,tetapi Ikhwan mula bengang kerana terkena tempias air tasik tadi.
"Alisa.." ujar Ikhwan.
"Ya?" jawab Alisa.
"Abang nak ajar budak dua ekor tu.. Tolong abang.." ujar Ikhwan lagi dan Alisa tersenyum.
"Sudah tentu.." jawab Alisa pendek.
"Oreahh!!" Aminudden menghayunkan penumbuk.
"Hiahhh!!!" Luqman menujahkan kaki.
KRAANG!!!!
Ikhwan muncul menahan serangan mereka,Luqman terkejut dan Aminudden terkebil-kebil. Air muka Ikhwan ternyata tengah bengang,lantas dilambungkan ke udara dua beradik itu. Alisa pula mengawal air di tasik,lantas ditangkap dua-dua pemuda itu dan dikurung dalam bebola sfera seperti penjara.
"Oi apa ni?" soal Luqman.
"Alamak..." ujar Aminudden pasrah.
"Okay abang,apa tindakan abang?" soal Alisa sebaik Ikhwan mendarat di sebelah.
"Campak mereka jauh-jauh.." jelas Ikhwan dan Alisa terus mencampakkan Luqman serta Aminudden jauh dari situ.
"Hey! Nanti!" Luqman cuba ingin menghalang.
"Lupakan je la bang..." Aminudden hanya mengangkat kedua bahu.
Luqman tidak sempat nak berunding,Aminudden pula hanya tersengih sahaja. Mereka dicampak jauh sehingga tidak ada kesan,Ikhwan hanya memeluk tubuh menghela nafas pendek.
"Kacau orang dating jela..." rungut Ikhwan menghembus nafas,Alisa pula hanya ketawa kecil.
======================≠
Aswandy dan Reezal duduk di kerusi serta menghadap kolam ikan,agak besar dan Reezal menghembus nafas secara lembut kemudian mengambil cawan berisi air teh bunga lalu dihirup secara sopan.
"Aman hari ni huh?" soal Aswandy.
"Ya.." jawab Reezal pendek.
"Aku terus terang je la.. Ada berita mengenai Luiz Morgan?" soal Aswandy.
"Bukan negara kau pun ada siasat?" soal Reezal menoleh ke arah abangnya.
"Memang tapi aku tak dapat khabar berita.." jelas Aswandy.
"Hilang ke?" soal Reezal.
"Ataupun dah mati..." ujar Aswandy.
Reezal hanya memandang abangnya,dia tahu Ikhwan yang uruskan hal mengenai Luiz Morgan. Tetapi sebagai seorang abang,dia juga risau mengenai hal ini. Sedang mereka berbincang,satu jeritan kedengaran sebelum sesuatu menjunam masuk ke dalam kolam ikan yang besar itu.
Reezal dan Aswandy menghalang air yang melimpah keluar,dengan dinding yang dihasilkan oleh Reezal. Selepas itu kembali menjadi sediakala,Luqman dan Aminudden muncul sambil meludah air yang hampir ditelan.
"Okay,tadi tasik sekarang kolam ikan?!" soal Aminudden geram.
Mereka berdua terus turun dari kolam ikan itu,Luqman menghela nafas kemudian Aminudden terus menjadi seperti mesin pengering. Luqman menaikkan ibu jari tanda bagus,Aminudden terus menaikkan jari tengah ke arah abangnya kerana geram.
"Apa yang kamu berdua buat?" soal Reezal dan dua beradik itu tersentak,ayah dan bapa saudaranya memerhatikan mereka.
"Kenapa korang tercampak sini?" soal Aswandy.
"Err.. Kacau uncle dating?" jawab Aminudden jujur tersenyum sumbing sebelum diketuk kepalanya oleh Luqman.
"Pergi balik,bau masam.." kata Reezal menggelengkan kepala.
"Baik ayahanda..." ujar mereka serentak dan terus berlalu pergi.
Reezal memerhatikan dua orang puteranya,beredar sehingga tidak nampak bayang sambil menggelengkan kepala. Aswandy pula hanya tersengih,lalu ketawa kecil melihat reaksi Reezal.
"Dah ada anak,perangai sama je.." ujar Reezal mengeluh.
"Hehe.. Biasalah bro,diorang anak kau.." ujar Aswandy tersenyum.
"Apa maksud kau?" soal Reezal.
"Bapa borek anak rintik.." jawab Aswandy tersengih dan Reezal hanya menyilangkan tangannya pada bahagian bawah dada.
"Kau datang semata-mata nak cari gaduh ke?" soal Reezal dengan tersenyum.
"Eh.. Mana ada,aku cuma nak mahu lawat tengok adik-adik aku..je.."jelas Aswandy tersenyum juga.
"Begitu... Kalau macam tu bila nak berambus?" soal Reezal tersenyum manis.
"Ahaha..adikku janganlah berkata sebegitu dengan senyuman manis.." ujar Aswandy juga tersenyum ikhlas.
Mereka membuat muka serius seketika dan berbalas renungan,kemudian mereka ketawa tidak lama lepas itu. Gelagat mereka diperhatikan oleh Razeedah dan Anne,Razeedah hanya menghela nafas pendek dan Anne pula ketawa kecil.
=======================
Ikhwan dan Farhan berada di beranda rumah Ikhwan,sebentar tadi ketika Ikhwan dan Alisa pulang ke rumah mereka. Farhan dan Fara sudah menunggu di hadapan rumah mereka,sekarang Alisa dan Fara berada di dapur.
"Got any lead...?" soal Ikhwan.
"Only a little.." jelas Farhan.
"And?"
"Our people saw Luiz and Five Darkness Star enter the forbidden forest.."
Ikhwan membesarkan matanya dan memandang semula ke hadapan,Sacred Forest adalah nama Luiz dan dia berdiri tegak. Farhan pula hanya memerhatikan sepupunya,seakan ada perkara besar berlaku.
"Sacred Forest?" soal Ikhwan.
"Ya.." ujar Farhan.
Ikhwan terdiam dan memikirkan sesuatu,tidak lama kelihatan Nao dan Intan sedang berbual berjalan keluar dari satu sudut. Rumah Ikhwan begitu dekat dengan belakang istana,jadi jika ada aktiviti sudah pasti Ikhwan akan nampak.
Tidak lama lepas itu mereka berdua merasai aura yang amat kuat,malah menakutkan dan begitu gelap jika kuasa itu digambarkan. Alisa dan Fara turut merasainya,Ikhwan dan Farhan berpandangan. Aswandy dan Reezal memandang ke satu arah,Luqman pula ketika itu baru siap mandi turut merasakan aura tersebut. Aminudden menjengah dari dalam tingkap,manakala yang lain turut merasai kuasa yang kuat dan dipenuhi kegelapan.
Solleh dan Rumina hanya memerhatikan dari arah kuasa itu dikesan,Reena dan Yusri serta Raffie turut bersama mereka berdua. Ikhwan hanya berdiri tegak,lalu meregangkan ototnya dan menguap sambil diperhatikan oleh Farhan.
"Kena kerja lebih masa..."
==========================
Hellooo guys
Apa khabar semua?
Harap dapat faham untuk update kali ni
Mood aku masih ada,harap² malam nanti aku akan cuba update
Itu jelah
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top