CHAPTER 143 : ANOTHER TROUBLE HUH?
Luiz menghancurkan kurungan yang menghalang lima individu,keranda mula terbuka perlahan-lahan. Merlin menggigil merasai aura kuasa yang mula muncul,Luiz hanya memerhatikan sahaja.
Akhirnya muncul lima orang di lima keranda,mata masing-masing yang terpejam dibuka. Kulit mereka yang seakan-akan mereput,mula pulih seperti baru lahir.
Sun,Neptune,Mercury,Utareed dan Pluto bangkit. Mereka melompat dan mendarat di hadapan Luiz,aura mereka berlainan dari biasa. Ikhwan dan Farhan tersentak lalu terus terbang memecut,Luiz hanya berlagak biasa tanpa emosi.
"Adakah kamu yang membebaskan kami?" soal lelaki berpakaian serba hitam,pedang kemas disisip pinggang.
"Aku hanya buat apa yang perlu.." ujar Luiz tanpa emosi.
"Apa tujuan kau bebaskan kami?" soal Pluto dengan renungan tajam,Merlin tersentak dengan aura menakutkan.
"Pluto,hentikannya..." kata Sun dan Pluto mengeluh serta mengalihkan pandangan ke tempat lain.
"Kamu agak comel.." ujar Neptune muncul di sebelah Merlin.
Merlin terkejut kerana tidak menyedari bila perempuan ini di sebelahnya,Mercury menyedari sesuatu dan terus menarik pedangnya lalu dihalakan ke arah Merlin.
"Hey Merc! Kenapa buat macam tu? Tak sopan!" Neptune kehairanan.
"Kau mempunyai aura yang sama dengan orang yang pernah mengurung kami.." ujar Mercury dan Merlin mendecih.
Utareed hanya merenung tajam ke arah Merlin,Luiz tidak berkata apa-apa dan sekadar mendiamkan diri. Merlin memandang ke arah wanita bertopeng itu,Merlin merasakan Utareed memberi ancaman kepada dia.
"Luiz,kau hilang akal..." ujar Merlin dan Luiz kehairanan,Merlin menarik tongkatnya.
"Huh apa yang dia nak buat?" soal Neptune dan Merlin menggigil.
"Enihs!! Niosulpex..!"
Sun hanya membulatkan mata,Luiz terkejut dengan tindakan Merlin. Lalu seluruh tempat yang gelap,bersinar dengan begitu terang.
KA-BOOMMMMM!!!!!
"WAN! SANA!" Farhan berkata dan Ikhwan mengangguk.
Mereka menuju ke arah tempat yang berlaku letupan,Ikhwan dan Farhan tiba di situ. Letupan itu menghasilkan lubang yang amat besar,seseorang keluar dan individu itu ialah Merlin dalam keadaan termengah-mengah kelihatan.
"Merlin?" soal Farhan dan Ikhwan menarik lengannya,mendarat sembunyikan diri.
"Apa kau buat? Dia musuh!" soal Farhan lagi.
"Shussshhh...ada yang tak kena..." jelas Ikhwan dan Farhan memandang ke arah lubang tersebut.
Enam orang keluar dan salah seorang ialah Luiz,Ikhwan hanya memerhatikan dari tempat persembunyian. Farhan terkejut kerana lima orang itu,dia tidak kenal dan auranya amat kuat.
"Siapa mereka?" soal Farhan.
"Buat masa ni,kita perhatikan je.." jelas Ikhwan dan menghela nafas pendek.
Farhan sekadar menyarung semula pedangnya,dia menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Ikhwan. Merlin terbatuk beberapa kali,dia termengah-mengah memandang ke hadapan. Letupan itu tidak dapat mengapa-apakan mereka berenam,Neptune hanya mendiamkan diri dan menghela nafas pendek.
"Awak comel,tapi malangnya.. Awak cuba bunuh saya..." ujar Neptune dan batang tongkat dalam genggamannya.
"Jangan musnahkan tempat ni Neptune.." Sun memberi arahan.
"Okayyyy...." Neptune tersenyum girang.
"Aku tak akan mati di sini!!" Merlin berkata geram.
"Amboi-amboi,awak lagi nampak kacak bila marah.." ujar Neptune.
"Cukup la kalau nak membebel! Drows!" kata Merlin mengaktifkan kuasa,lalu puluhan pedang mengelilingi Neptune.
"Wow...!" Neptune sedikit kagum.
"EtingI!!" Merlin terus melancarkan serangan.
Namun Neptune hanya sekadar memetik jari sahaja,lalu puluhan pedang itu semua lenyap menjadi debu. Merlin terkejut dengan apa yang berlaku,Farhan juga begitu dan Ikhwan hanya sekadar mendiamkan diri.
"Apa yang berlaku? Apa yang kau buat?!" soal Merlin,tetapi satu tikaman di perut Merlin tanpa sempat dikesan.
Luiz agak terkejut dan Neptune mengerut lalu memalingkan muka ke belakang,dia merenung ke arah Utareed dan gayanya baru sahaja membaling sebilah pedangnya. Merlin terus rebah melutut dan menahan sakit,Farhan agak terkejut kerana gerakan itu agak pantas.
"Apa yang awak buat?!" soal Neptune geram.
"Kau patut bunuh terus,bukan bermain-main..." ujar Utareed berjalan melepasi Neptune.
"Awak memang tak seronok.." kata Neptune mengembungkan pipinya.
Utareed menyeru sebilah lagi pedang,dia berhenti di hadapan Merlin yang menahan sakit. Lalu pedang yang menikam perut Merlin,ditarik kasar dan Merlin mengerang kesakitan sebelum disepak terpelanting menyeret.
"Waa... Kejam..." ujar Pluto tersengih.
"Uta,habiskan cepat.." Sun berkata dingin,Utareed hanya mengangguk sahaja.
Merlin menahan lukanya dengan tapak tangannya,dia menggigil kesakitan dan Utareed berjalan ke arahnya. Wanita itu berhenti memandang ke arah Merlin yang terbaring kesakitan,Utareed mengangkat pedangnya.
"Celaka.. A.ku...tak akan mati di s...sini!" Merlin mengetap gigi.
"Malangnya,kau akan...mati.." ujar Utareed dan terus menghayunkan pedang.
Merlin hanya memejamkan mata,tetapi situasi berubah dan pedang tersebut ditahan kemas oleh Ikhwan yang muncul tanpa sempat dikesan oleh sesiapa. Farhan juga sama memandang ke sebelah,bila masa Ikhwan bergerak.
"Kata dia betul.. Dia tidak akan mati..." ujar Ikhwan menahan kedua-dua pedang Utareed,hanya dengan sebelah tangan sahaja.
"Siapa tu? Kacaknya!" Neptune berkata teruja,Mercury hanya mendiamkan diri dan Pluto agak terkejut.
"Kamu kenal tuan?" soal Sun dan Luiz sekadar merenung tajam.
"Ikhwan Syah Al'Solleh...." ujar Luiz menahan marah.
"Ikhwan Syah Al'Solleh..." Sun menyebut nama Ikhwan.
"Siapa kau?" soal Utareed.
"Seseorang yang menahan pedang kau?" kata Ikhwan sambil menyoal.
"Jangan main-main dengan aku.." kata Utareed pula geram.
"Sumpah tak main-main..." balas Ikhwan tersenyum.
Utareed menarik kedua-dua pedang,dia menghayunkan pedangnya. Ikhwan pula menyalakan bara api merah,mereka berlaga tinju dan hayunan pedang. Pluto agak terkejut melihat keadaan itu,orang lelaki itu mampu menepis dengan tangan kosong?
"Only bare hand? Who's that guy?!" soal Pluto mengetap gigi.
"Dia adalah pewaris puak naga..." ujar Luiz sekali lagi dan Sun hanya mendiamkan diri,Mercury ingin bertindak namun dihalang Sun.
"Utareed akan tewas nanti.. Kalau masuk campur,keputusan tetap sama..." jelas Sun.
Luiz agak kagum mendengar kata-kata Sun,dia mampu faham dengan tengok sahaja. Ikhwan mengelak serangan hayunan pedang,Utareed menujah pedang tetapi Ikhwan sekali lagi menepis dan ingin menyerang balas.
Utareed merasakan bahaya dan terus bahaya,dia merasakan dirinya menggigil dan Ikhwan menunjukkan sesuatu.
Topeng Utareed dalam tangan Ikhwan,Sun membesarkan anak matanya terkejut. Luiz hanya mendiamkan diri,geram disimpan supaya tiada siapa tahu.
"Pulangkan topeng aku!" Utareed berkata geram.
"Nak aku pulangkan? Marilah.. Ambil sendiri..." ujar Ikhwan dan Farhan muncul di belakangnya.
"Wan,ni bukan perkara main-main..!" ujar Farhan.
"Boleh kau minta Farhan datang sini,bawa orang tu dari sini.. Kau ikut sekali..." ujar Ikhwan memberi arahan.
"Tapi Wan..." Farhan ingin membantah.
"Buat sahaja..." ujar Ikhwan tidak menoleh ke belakang.
Farhan menghela nafas pendek,Fara muncul tidak lama lepas itu. Membawa Farhan dan Merlin dari situ,Ikhwan hanya menghela nafas pendek selepas mereka pergi.
"Baiklah... Kita di mana tadi? Ha.. Nak topeng kau semula?" soal Ikhwan.
"Kau memang nak mati awal..." ujar Utareed.
Ikhwan tersenyum sinis dan Luiz,Sun,Pluto dan Mercury serta Neptune memerhatikan Ikhwan. Utareed hilang sabar dan meluru ke arah Ikhwan dengan laju,namun Ikhwan hanya mendecih dan sekelip mata dia menekup muka Utareed seiring bantu memakaikan topeng tersebut.
KRAANG!!!
"Arghh!!" Utareed menahan sakit dan berguling sebelum kembali bangkit.
"Topeng aku dah pulangkan.. Gembira?" kata Ikhwan tersenyum mengejek.
"Kau..!!" Utareed ingin bersuara namun Luiz menghalang.
"That's enough..." ujar Luiz dan Utareed terkejut,bulatan magis teleport terhasil.
"Kita akan pergi dari sini Uta..." Sun berkata dengan renungan tajam.
"Wooo... Menakutkan..." ujar Ikhwan pula.
"Kita akan berjumpa lagi.. Budak naga.." ujar Sun.
"Sampai masa tu,orang tua jahat..." ujar Ikhwan pula tersenyum dan Sun membalas senyuman Ikhwan,mereka terus lenyap tanpa meninggalkan kesan.
"Another trouble... Huh?" soal Ikhwan.
=============================
Hellooo guys
Untuk update kedua
Sebagai tanda maaf lama tak update kan
Harap korang berpuas hati
Asalamualaikum dan salam sejahtera
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top