CHAPTER 142 : FIVE PLANET
Ernoul The Slayer,asalnya hanyalah seorang pemuda yang inginkan keadilan. Menjadi pelindung pada si lemah,dia bertarung demi keadilan.
Setiap anasir jahat yang datang mengganggu,dia pasti akan hapuskan dengan segera. Peluru dia pasti tidak akan tersesat,apabila disasarkan pada pihak musuh.
Tidak semua dalam sekutu dia,menyukai Ernoul kerana ada beberapa orang juga tidak menyukai dia malah ingin mengusir dengan apa cara sekalipun.
Sehingga mereka sanggup bersekongkol dengan pemberontak,hanya semata-mata ingin menghapuskan Ernoul.
Akibatnya,Ernoul dan kumpulan dia mati dengan sia-sia kerana perangkap. Roh dia tidak tenang dan berlegar-legar,namun tidak dapat berbuat apa-apa.
Sehinggalah satu masa dia bertemu dengan...
"Kau ingin membalas dendam?" soal satu suara dan Ernoul menoleh.
Luiz berdiri dengan muka tanpa emosi,Merlin di sisi hanya tersenyum tenang.
Alif berdiri sambil tersenyum kelat,peluh mengalir memerhatikan Ernoul dalam bentuk yang menakjubkan. Sejak perang kecil beberapa bulan lepas,Alif mula berlatih di bawah ibu dan ibu saudaranya mengawal kuasa Golden Aura.
Jadi kali ini dia mampu menyeru kuasa itu tanpa paksaan,Alif dan Ernoul berbalas renungan serta tiada dialog di antara mereka.
Alif menggerakkan kaki kanan ke hadapan sedikit,nafas diatur secara tenang dan Ernoul pula menghela nafas panjang. Pistol diacukan dengan pantas,Alif pula sudah hampir ke arahnya dengan hayunan kaki.
Alif tidak membuang masa lalu menghayunkan kakinya,Ernoul menahan dengan segera dan akibatnya dia terseret ke belakang. Tetapi Alif tidak menunggu dan terus meluru ke arahnya dengan laju,Ernoul mengacukan senapang laser dengan tiba-tiba.
Alif terkejut dan picu ditarik,tembakan laser terus meluru laju ke arah Alif. Sempat Alif elak dan berundur semula ke belakang,dia memerhatikan Ernoul yang mengacukan senapang laser.
"Material manipulation huh?" soal Alif.
Ernoul tidak berkata apa-apa,tetapi senapang itu berubah menjadi crossbow dan membidik ke arah Alif. Tembakan dihalakan ke arah Alif,sekali lagi Alif mengelak dan meluru laju ke arah Ernoul.
TUSSH!!!
Alif mengelak secara berpusing ke tepi,dia menepis dan terus menepis. Tetapi dia mula bengang,dan sebatang anak panah ditangkap. Ernoul hanya mendiamkan diri,Alif pula mencengkam batang tersebut lalu direjam semula ke arah Ernoul.
ZUUSSSHH!!!
Ernoul mengelak dengan menggerakkan kepala ke kiri,kesan calar terhasil dek perbuatan Alif. Ernoul terkedu kemudian menundukkan kepala,menyentuh pipinya yang bersarung zirah helmet.
"Nasib baik ad helmet fullface hah? Kalau tak memang calar muka hensem kau.. Hmm hensem ke?" soal Alif tersengih.
Ernoul mengangkat sedikit kepala memandang ke arah Alif,auranya mula berubah sedikit dan Alif merasakan sesuatu yang tidak kena.
Sekelip mata Ernoul sudah berada di hadapannya,Alif membulatkan matanya dan hayunan penumbuk oleh Ernoul ditepis. Serta-merta kawasan dada Alif seperti dicakar,berdarah teruk dan segera Alif berundur.
Alif sedikit terkejut dan melihat keadaan lukanya,agak parah dan Aurora yang menyaksikan keadaan itu mula risau. Altera menggenggam penumbuk sekuat hati,dia ingin membantu tetapi Alif pasti tidak sukakan tindakannya.
"Alif!" Aurora bersuara risau dan Alif hanya mengeluarkan healing potion,lalu diteguk sehingga habis.
"Urgh... Aku tak sukakan minum benda ni.. Buatkan aku nak muntah..." ujar Alif membuang botol tersebut.
Luka di atas tubuh Alif mula pulih,bagaikan tidak pernah kena serangan jika diperhatikan. Ernoul hanya membisu dan menunjukkan zirah bercakar,merenung tajam ke arah Alif.
"Nampaknya aku tak boleh main-main..." ujar Alif.
"Memang la tuan tak guna,kau nak mati sangat ke main-main ni?" soal Wukong menggelengkan kepala.
Alif merapatkan kedua tapak tangannya,dia menumpukan satu kuasa dan melepaskannya. Senyuman sinis terukir dan melambai ke arah Ernoul,tanda menyuruhnya untuk menyerang.
Ernoul hanya mengangkat kedua pucuk pistol lalu tembakan bertalu-talu berlaku dan Alif,segera mengelak dan sedikit demi sedikit dia menghampiri Ernoul.
Saat Alif hampir menyentuhnya,satu imej bermain dalam mindanya.
"Apa?" Alif bagaikan terbeku,memori lepas Ernoul bermain di mindanya
Zroom!!!
Alif terpelanting dan menyeret semula ke belakang,kepalanya berdenyut dan segera menggelengkan supaya denyutan itu hilang.
"Apa.. Apa tadi tu?" soal Alif dan Wukong kehairanan.
Alif termengah-mengah kerana ingatan tersebut bermain di minda,imej mengenai seorang lelaki rambut hitam dan seiras wajah Ernoul. Alif tersentak dan memandang ke arah Ernoul,dia terkebil-kebil dan merenung lelaki di hadapannya.
"Itu memori kau..." ujar Alif dan Ernoul hanya mengacukan kedua pucuk pistolnya.
Alif terus menyeru tongkat emas,dia bersiap sedia dengan posisi pasang kuda-kuda. Tembakan deras dilakukan oleh Ernoul,Alif meletuskan kuasa dan menangkis semua tembakan Ernoul.
Alif menggenggam kuat tongkat,lalu dihayunkan tembakan peluru dan memulangkan ke arah Ernoul. Manakala Ernoul tersentak dan hujan mula turun,Alif hanya mendiamkan diri dan hujan membasahi bumi.
Topi milik Ernoul terjatuh dan Alif sekadar berdiri memerhatikan dia,Ernoul menghela nafas pendek kemudian mengambil semula topinya. Sebilah pedang berada di dalam genggamannya,Alif tidak berkata apa-apa dan hanya merendahkan sedikit tubuhnya.
"Mari anak muda..." ujar Ernoul ingin menamatkan dengan satu serangan.
"Bila-bila sahaja..." ujar Alif memegang tongkat dan diletakkan batangnya,di belakang lehernya.
Aurora,Altera hanya mendiamkan diri,Azryan pula hanya kekal di kokpit menyaksikan untuk serangan penamat antara dua individu.
Alif dan Ernoul berdiri sambil merenung antara satu sama lain,hujan membasahi bumi dan mereka berdua. Tetapi itu tidak mengganggu mereka,sebaik guruh berdentum dan kilat menyambar.
Mereka berdua terus melancarkan serangan,sekelip mata mereka melepasi antara satu sama lain dan suasana menjadi sunyi dan sepi. Hanya bunyi hujan yang kedengaran,Aurora dan Altera tergamam.
"Siapa yang menang?" soal Aurora.
"Apa keputusannya?" soal Altera pula dan Azryan hanya mendiamkan diri.
Alif terduduk sebelah lutut,tongkat terjatuh dan luka menyilang di tubuhnya. Dia termengah-mengah dan Ernoul pula,bentuk zirahnya telah dilenyapkan kemudian tubuhnya mula bersinar.
"Terima kasih anak muda..." ujar Ernoul dan terus lenyap dimamah cahaya,Alif hanya membelakangkan dia sambil tersengih.
"Sama-sama..." ujar Alif pula.
Luiz berjalan di satu tempat,sebuah tempat yang agak sunyi. Merlin turut bersama dengan dia,tetapi Merlin tertanya-tanya apa yang Luiz inginkan di sini?
"Apa yang kau cari di sini?" soal Merlin.
"Kau pernah dengar Five Planet?" soal Luiz pula dan Merlin terkejut.
"Lima orang pahlawan yang tidak akan mati...? Sudah tentu.." jelas Merlin.
"Kau tahu terperinci tentang mereka?"
"Mercury,Neptune,Sun,Utareed,Pluto... Mereka dicipta oleh seorang pengkaji dan inginkan kelainan.. Tetapi dia mati sebaik lima yang dicipta ini bangun..." jelas Merlin dan Luiz tersenyum.
"Kau senyum ke?" soal Merlin.
"Mereka tidak akan mati,jadi sukar untuk bunuh mereka... Jadi Bapa Naga,pengasas puak naga berjaya mengurung mereka lima ribu tahun yang lalu..." jelas Luiz pula.
"Ya.. Pengasas puak aku juga ada membantu..." kata Merlin.
"Jadi kau nak buat apa?" soal Merlin.
Sebuah pintu besar di hadapan mereka,Merlin tergamam sebaik merasai daya kuasa dari dalam. Malah simbol yang tertera di muka pintu,Merlin tergamam kerana dia mengenali simbol tersebut.
"Kau nak lepaskan mereka?!" soal Merlin.
"Ya.. Ada masalah dengan tu?" Luiz berkata dengan muka tanpa emosi.
"Kau gila! Mereka tidak akan ikut arahan kau!!" kata Merlin.
"Biar aku yang tentukan..." ujar Luiz dan berpaling daripada Merlin.
Merlin pula mengetap gigi,kemudian Luiz menyentuh dinding pintu. Satu mentera aneh dibacakan,tulisan-tulisan di pintu bercahaya lalu terbuka luas. Merlin terkejut dengan apa yang Luiz lakukan,Luiz pula melangkah masuk ke dalam.
Luiz berhenti sebaik di hadapannya,ada lima keranda diletakkan pada dinding agak tinggi. Tulisan dan simbol pada keranda agak kabur,ditutupi debu yang tebal dan Merlin hanya mendiamkan diri.
"Sun,Mercury,Neptune,Utareed dan Pluto..." Luiz berkata dan tersengih sejenak,Merlin hanya memerhatikan Luiz sahaja.
Ikhwan dan Farhan memandang ke satu arah,di belakangnya raksasa gergasi masih mampu bangun. Ikhwan dan Farhan berpandangan kemudian mendecih,The Grimm Hunter mengaum dan kuasanya meningkat.
"This suck..." ujar Farhan.
"Agree..." balas Ikhwan.
"Why don't you guys leave it to me..?" satu suara menegur dan mereka berdua berpandangan.
Satu serangan cahaya meluncur laju,dan merempuh The Grimm Hunter. Jeritan kesakitan kedengaran oleh raksasa tersebut,Ikhwan dan Farhan menoleh ke satu arah.
"JUST GET LOST,AND GIVE THIS PREY TO ME!!" naga berzirah penuh dengan kelengkapan senjata,menjerit sambil menembak lagi ke arah The Grimm Hunter.
"Khaizo..." ujar Farhan dan Ikhwan tersengih.
"It's been a while..." Ikhwan berkata sambil ketawa kecil.
"Go brothers... Let me handle this one.." jelas Khaizo dalam bentuk naga.
Ikhwan dan Farhan berpandangan,mereka mengangguk dan terus terbang pergi dari situ. Khaizo melagakan penumbuk dan merenung ke arah raksasa tersebut,dia menghela nafas pendek.
"Akan aku kenang dalam doamu sahabat... Sniff..." ujar Ikhwan pura-pura sedih.
"OI JANGAN KATA SEOLAH-OLAH AKU AKAN MATI!!" ujar Khaizo geram dan Ikhwan hanya ketawa lalu terus hilang dari pandangan,Khaizo menghela nafas pendek kemudian memandang ke arah The Grimm Hunter.
"Come here you monster!!" ujar Khaizo dan The Grimm Hunter berlari ke arahnya.
Fasha terseret ke belakang,dia menyedari naga gergasi berwarna merah dari jauh.
"Khaizo?"
Hellooo guys,sebabkan aku jimat page,aku teruskan pengenalan Five Planet
MERCURY
NEPTUNE
UTAREED
PLUTO
SUN
Alright itu adalah lima musuh yang terkuat,jangan risau siri ini akan tamat dan kerana kemunculan musuh baru aku panjangkan
Tapi tidak,mereka akan terus bertindak dan inginkan pembalasan kerana dikurung lima ribu tahun.
Maaf kerana lambat update,aku tengah tak ada feel nak mengarang
Harap teruskan sokongan
Komen dan vote
Thanks
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top