CHAPTER 141 : TRY IF YOU DARE


TANG!!

KTANG!!

Fasha dan Gawanye berlaga senjata,Fasha memusingkan pedangnya. Dia terus mengambil langkah dan meluru ke arah Gawayne,tujahan padu senjatanya berjaya ditahan mudah oleh Gawayne.

Fasha berundur beberapa langkah ke belakang,pedangnya tiba-tiba seperti ingin patah namun tidak. Ia bertukar menjadi seperti cemeti,libasan deras dihayunkan lalu Gawayne menahan dan terseret ke belakang.

"You're strong,but wasted.. You choose to be evil..." ujar Fasha dan Gawanye hanya mengangkat pedangnya.

Fasha menarik pedang cemeti,lalu dilibas memukul ke tanah berulang-kali. Kilat berwarna emas mengalir pada bilah pedang cemeti,Gawayne merendahkan sedikit tubuhnya dan terus memecut ke arah Fasha.

Fasha terkejut dan menarik pedang cemetinya,lalu berubah kembali menjadi pedang normal. Serangan tusukan Gawayne ditahan,bunyi nyaring bergema dan Fasha terseret jauh.

"Woo... Awak memang seorang yang hebat..." ujar Fasha.

"Itu hanya permulaan sahaja wanita..." Gawayne bersuara dan Fasha terdiam kemudian memberi tepukan tangan.

"Awak boleh bercakap rupanya?! Ingatkan awak bisu!" kata Fasha teruja.

"Kau buatkan aku jengkel perempuan..."

Pedang Gawayne bersinar dan aura kegelapan,menyelubungi seluruh bilah pedangnya. Fasha pula tersenyum dan menarik nafas pendek,lalu dilepaskan secara perlahan-lahan.

"Malangnya saya terpikat..." kata Fasha mengenyitkan sebelah matanya.

"Aku akan pastikan kematian kau dalam keadaan menakutkan..." ujar Gawayne.

"Marilah kalau awak mampu.." kata Fasha tersenyum dan Gawanye terus meluru ke arahnya.

TANG!!

KTANG!!

Aizat menyeret ke kiri dan Ernoul mendesak dia,Aizat menegakkan senjatanya lalu menghayunkan serangan. Impak lagaan dua senjata,menghasilkan efek yang bergema bunyinya.

"Kau nampak gelap,berjemur bawah matahari berapa jam?" soal Aizat semasa senjata mereka melekat antara satu sama lain.

ZUPPP!!!

Aizat mengelak dengan menarik badannya ke belakang,lalu back flip beberapa kali kemudian pedang digenggam erat.

ZRASSHH!!!

Ernoul mengelak ke tepi sedikit,lalu dia berlari ke arah Aizat. Mereka bertembung dan berlaga senjata sekali lagi,Aizat memusingkan pedangnya lalu melepaskan libasan gelombang yang amat besar.

TANG!!

KRAANG!!

KTANG!!

Aizat dan Ernoul menyeret menjauh ke belakang,Aizat mengetap gigi dan memijak tanah dengan kasar. Dia terus berlari meluru ke arah Ernoul,manakala Ernoul pula turut sama memecut ke arahnya.

Serangan Ernoul amat tepat dan jitu,namun dengan tiba-tiba pertarungan mereka berterusan. Sekitar kawasan bergegara semasa mereka bertarung,Aizat terkejut apabila libasan Ernoul mengenai tubuhnya.

"Erghhh!!!"

Ernoul bergerak pantas dan lebih pantas daripada Aizat,terkial-kial Aizat mengelak serangan pantas Ernoul. Saat Ernoul ingin menyerangnya,tembakan misteri hampir mengenainya tetapi dia berjaya elak dan Ernoul mendongak ke atas.

Sebuah pesawat muncul terapung,Aizat mulanya ternganga tersengih sebaik mengenali pesawat hitam itu. Pintu kapal itu terbuka dan kelihatan Alif,tongkat diletakkan pada bahunya menjengah keluar sebelum melompat mendarat di hadapan Ernoul dan Aizat.

"Sorry mister... Can you give this prey to me?" soal Alif tersengih.

"Whatever.. Do as you like,I'm gonna rest for a while..." ujar Aizat terus baring.

Alif hanya mencebik kemudian memandang ke arah Ernoul,pahlawan bersut zirah serta sedikit kain warna kemerahan. Alif tersenyum sahaja dan mencacakkan tongkatnya,dia memandang dan memerhatikan Ernoul.

Ernoul tidak berkata apa-apa,kemudian dihunuskan pedang pendek. Nafas dihelakan dengan teratur,suasana menjadi sunyi dan Alif sekadar mengangguk sahaja.

"Lawan kau sekarang adalah aku..." ujar Alif tersengih.

"Kau cari maut budak.." kata Ernoul menghunuskan pedangnya yang pendek.

"Cuba dulu baru tahu..."

Ernoul tidak membalas kata-katanya,tetapi terus lenyap dari pandangan mata kasar. Alif hanya memandang sekeliling,dia segera memandang ke belakang dan serangan hendap Ernoul berjaya ditahan.

Ernoul hanya merenung Alif tanpa berkata apa-apa,dia berundur dan hilang dari pandangan mata sekali lagi. Dia melakukan serangan hendap sekali lagi tetapi berjaya ditangkis oleh Alif,Ernoul bergerak ke kanan Alif dan menyerang namun Alif lebih pantas mengelak.

Ernoul hilang sekali lagi,Alif berdiri selamba dan Aurora pula dari dalam kokpit bersama yang lain. Mereka memerhatikan Alif menangkis serangan,Aurora mula rasa menyampah dan ingin keluar.

"Hey,kau nak ke mana?" soal Azryan dan Altera hanya mendiamkan diri.

"Saya nak tolong Alif..." balas Aurora.

"Tak payah..." ujar Azryan.

"Tapi.." kata Aurora lagi.

"Alif tengah bermain-main,janganlah risau dia belum serius begitu juga pihak lawan.." jelas Azryan.

Aurora hanya memandang Azryan,kemudian dia terus kembali menyaksikan dari kokpit. Altera pula sekadar mendiamkan diri,memerhatikan pertarungan tersebut.

Alif pada masa yang sama,mula menyampah dan terus menghayunkan tongkat. Menghentak tanah dan letusan kuat pada tanah,berlaku dengan dahsyat dan Ernoul menunjukkan diri mengelak letusan yang dihasilkan.

Alif tersengih dan Ernoul merenung dengan pandangan mata tajam,kedua-dua pistol yang disisipkan pada pinggang dia tarik lalu menembak bertalu-talu ke arah Alif.

BLAM!!

BLAMM!!!

"Nice shot,but.. IT'S GONNA TAKE MORE THAN THAT IF YOU WANNA SHOT ME DOWN!" Alif menangkis tembakan dengan memutarkan tongkatnya umpama kipas helikopter.

Ernoul tidak membalas kata-katanya,tetapi merapatkan kedua pucuk pistol lalu satu tembakan seperti meriam laser menyambar ke arah Alif.

BRAAM!!!

Alif terpelanting jauh dan melanggar pokok besar,dia menahan sakit dan tersengih sahaja kemudian menghembus nafas pendek.

"Okay,that's WILL gonna take me down.." ujar Alif.

"Or you WILL die.." kata Wukong pula.

"That word.. Is same meaning okay?"

Alif terkejut sekali lagi dan tembakan daripada Ernoul,bersambungan tanpa henti dan Alif segera melompat mengelak. Alif mengelak dan terus menangkis setiap serangan daripada Ernoul,tetapi Alif tidak boleh terus seperti itu.

Satu tembakan seperti meriam bebola laser,Alif mula geram dan memegang erat tongkatnya lalu dihayunkan bebola laser itu. Bebola laser itu berbalik semula ke arah Ernoul,terkejut dengan keadaan tersebut segera Ernoul mengelak.

BOOMM..!!!!!!

Ernoul berguling dan memandang ke arah letupan itu,Ernoul kemudian menoleh ke arah Alif berada.

"Ouuu yeah!! Itu nama peluru makan tuan.. Rasakan!" kata Alif provok dan Ernoul hanya segera mengacukan pistolnya ke arah Alif.

"Opss.. Tapi pistol kat dia lagi..." ujar Alif lagi tersenyum kelat dan Ernoul segera menarik picu.

"Apa nak jadi,jadilah!" Alif meluru laju ke arah Ernoul,sambil menangkis tembakan daripada Ernoul.

Ernoul mengundur ke belakang,sambil menembak ke arah Alif. Gerakan tangkas Alif mengelak tembakan membuatkan Aizat kagum,dia mengangguk sahaja sambil tersengih.

Alif mula hilang sabar dan berhenti mengelak,lalu menangkis tembakan peluru dan berbalik semula ke arah Ernoul. Peluru itu tersasar tetapi berjaya mencalarkan pipi Ernoul,jadi tembakan Ernoul terhenti dan suasana menjadi sunyi seketika.

Pipi Ernoul perhatikan kemudian merenung ke arah Alif,dia menyarungkan semula kedua-dua pistolnya. Alif hanya memerhatikan tindakan Ernoul,renungan tajam daripada Ernoul buatkan Alif tidak sedap hati.

Ernoul bergerak pantas dan Alif sedar lalu menangkis hayunan mengejut dari sebelah kanan,gerakan Ernoul amat pantas bagaikan gerakan bayang. Alif tersenyum sambil memandang tepat ke arah anak mata Ernoul,mereka berdua berbalas tangkisan senjata.

Ernoul mencengkam tongkat emas tersebut,lalu kepala Alif dihantuk dan hayunan pedang pendek dilakukan. Tetapi Alif terus meningkatkan kuasa,rambutnya berubah menjadi keemasan. Ernoul tersentak sebelum dirinya terasa melayang dan dihempas ke tanah,rekahan dahsyat terjadi.

Ernoul terkejut dan menjauhkan diri,dia memerhatikan penampilan Alif. Rambutnya yang berubah keemasan membuatkan Ernoul teragak-agak untuk menyerang,melenyapkan tongkat dia dan terus melagakan penumbuk.

"Get ready old man..you ask for this.." ujar Alif.

"Things gonna get messy..." tambah Alif lagi.

Ernoul hanya mendiamkan diri,kemudian aura gelap mula menyelubungi dirinya. Alif hanya menghela nafas pendek,Ernoul ditelan aura kegelapan yang seperti bayang hitam. Lama-kelamaan bayang hitam itu mula menghilang,tembakan seperti bebola hitam terus meluncur di udara meluru ke arah Alif.

Alif mengepalkan penumbuknya dan menepis bebola itu,ke tepi dan melepasi Aizat yang sedang terbaring. Sebaik bebola hitam itu mengenai kawasan berhampiran,letupan yang amat kuat berlaku dan Aizat terus terbangun.

"Bentuk kedua kau?" soal Alif merenung ke arah Ernoul.

"Ya.. Aku akan bunuh kau tanpa tinggalkan kesan..." kata Ernoul dingin.

"Ah.. Takutnya... Kau fikir aku akan tadah macam tu je ke ha?!" soal Alif sambil meletuskan kuasanya,seluruh kawasan bergegar dengan dahsyat.

Letusan kuat berlaku dan kapal pesawat yang dikemudi oleh Azryan,segera beredar dan Aizat melompat serta mendarat di atas bahagian bumbung kapal. Alif dan Ernoul berbalas renungan,aura mereka saling berlaga

"Kau akan mati..." Ernoul mengacukan kedua pistolnya.

"Cubalah kalau mampu!" Alif pula membuka gaya langkah kuda-kuda.













==============================

Hello guys

Alif menunjukkan diri semula

Rasanya ada yang rindu dia

Kalau tak rindu,kisah apa?

Baiklah sila vote dan komen

Silakan bersabar

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top