CHAPTER 14 : WHO IS SHE? ITS ME TO DECIDE!
Ciu...
Ciuu..
Bunyi burung berkicauan dan juga serangga bernyanyi,jelas kedengaran oleh Alif yang sedang baring di atas rumput bagaikan karpet. Alif berhenti di satu pulau percutian,Aurora dan Agnez bermain di tepi pantai manakala Azryan pula duduk berehat di sebuah kafe.
"Okay ke awak lepaskan saya ni?" soal Raisyah menjengah dan Alif pula hanya menghela nafas pendek.
"Kenapa? Suka ke kena ikat separuh bogel?" soal Alif selamba dan Raisyah menahan muka merah.
"Untuk kali terakhir,jangan ingatkan saya pasal perkara tu.." Raisyah berkata dengan muka merah padma.
Alif hanya ketawa kecil dan bangun,dia meregangkan ototnya sebelum menghela nafas pendek. Raisyah mengembungkan pipinya kerana geram akan reaksi Alif,dia sedar kehadiran Aurora ingin menyerang gadis itu tetapi lengannya ditarik oleh Alif.
"Jangan nak buat benda kurang bijak okay?" ujar Alif dan Raisyah hanya merengus lembut.
Raisyah segera beredar dan Alif hanya memandang dia pergi dengan tersenyum kelat,Aurora pula sedar akan riak air muka si Raisyah padanya. Renungan tajam dari gadis berambut hitam,membuatkan dia terasa seram sejuk.
"She sometimes give me chill..." Aurora berkata risau dan Alif hanya mendiamkan diri,dia teringat kata-kata Raisyah.
"Alif? Why did you look at me like that?" soal Aurora dan Alif tersentak.
"Sorry,I'm not realized.." kata Alif mengalihkan pandangannya.
"Did you hiding something from me?" soal Aurora lagi.
"No I didn't..." jawab Alif segera beredar.
"Alif!" Aurora mengejarnya dari belakang.
Seseorang memerhatikan mereka dari atas menara kawalan,dia memerhatikan dengan tersenyum seribu satu muslihat dan pisau dikeluarkan. Aurora menyedari sesuatu sebelum satu letupan berlaku,Alif mendarat di satu penjuru bumbung bangunan sambil mendukung Aurora dengan gaya bridal-style.
"A-Alif!" Aurora merona merah mukanya.
"Siapa tu!? Keluar la setan! Pengecut ke apa serang hendap!?" jerit Alif kegeraman masih mendukung Aurora,seseorang muncul di belakangnya.
"Tidak sangka kamu mampu bergerak dengan pantas..." kata lelaki berkerudung itu,dia mengingati semula gerakan pantas Alif menyelamatkan Aurora dari terkena serangannya.
"Siapa kau ha? Apa urusan kau dengan dia?!" soal Alif lagi.
"Saya tidak rasa ia urusan kamu.." balas lelaki berkerudung itu tersenyum licik.
"Aku rasa sudah menjadi urusan aku,kerana dia bersama aku..!" Alif membidas geram.
"ALIF!" Raisyah mendarat di sebelah Alif,Aurora diturunkan oleh Alif.
"Baik kau berambus dari sini,aku tak ada mood..." Alif memberi amaran dan lelaki berkerudung itu hanya ketawa sahaja.
"Saya rasa kamu memandang rendah pada saya.." kata lelaki berkerudung itu.
"Jika ya kenapa?" soal Raisyah.
"Assassin girl,tidak sangka kamu akan bersama mereka..." kata lelaki berkerudung itu.
"Saya ada urusan dengan gadis blonde ni..." jawab Raisyah dan Aurora menoleh ke arahnya.
"Jadi matlamat kita sama,nak habiskan Alter Archangel..." ujar lelaki berkerudung itu dan Aurora terkejut.
Raisyah menyeru kuasa utama dia iaitu zirah miliknya,dan meluru ke arah lelaki itu sambil melibas pedangnya. Lelaki berkerudung itu mengeluarkan senjatanya,dan menahan tetakan pedang milik Raisyah.
"Black Armored huh?" kata lelaki berkerudung sambil berbalas tetakan.
"Siapa kamu? Siapa hantar kamu?!" soal Raisyah.
TANG!
ZTANG!!
Mereka bertarung secara terapung di udara dan membuatkan para pengunjung mula ketakutan,Alif yang menyaksikan keadaan pertarungan itu mula risau sekali dengan reaksi Aurora yang kaku itu. Mungkin sebab orang tahu identiti dia barangkali? Pada masa itu Agnez menyaksikan dari jauh,dia menyedari pengunjung mula ketakutan lantas dia terus melompat dari bangunan ke bangunan menuju ke arah tempat pertarungan.
"Aurora,get hold yourself!" kata Alif risau.
"Alif,you know about this right? I'm with Alter Archangel?.." soalan Aurora itu hanya membuatkan Alif terdiam sebelum menghela nafas pendek.
"Dengar sini Aurora,sekarang ni paling penting kita kena hentikan pertarungan mereka..para pengunjung mula takut dan kita kena lakukan sesuatu faham?" ujar Alif dan Aurora hanya diam.
"Tapi saya pem-" belum sempat Aurora menghabiskan kata-kata,Alif memotong dengan cepat.
"AURORA!!" jeritan Alif membuatkan Aurora terdiam campur terkejut.
Alif dan Aurora bertentangan mata seketika serta keadaan Raisyah bertarung dengan lelaki berkerudung,Agnez mendarat tidak jauh dari mereka berada sekadar membiarkan sahaja Alif supaya terus memujuk Aurora.
"Dengar ni Aurora Mikaela,saya tidak mahu dengar dan tidak mahu paksa awak cerita apa-apa.. Sekarang paling penting,itu atas sana..." Alif menuding ke arah Raisyah yang bertarung dengan lelaki berkerudung di ruang udara.
Aurora tergamam dengan apa yang dikatakan oleh Alif,dia memandang ke arah para pengunjung dan mendongak semula ke arah udara. Raisyah sedang bertarung dan lelaki berkerudung itu,jelas hanya bermain-main sahaja dengan Raisyah.
"Raisyah akan mati jika kita tidak lakukan sesuatu..." kata Aurora dan Alif tersenyum mendengar penjelasan gadis blonde di hadapannya.
"Alright! Shall we end this?" soal Alif dan Aurora hanya menghela nafas pendek.
"Menarik,izinkan saya turut serta.." Agnez muncul di sebelah kiri Alif.
"Agnez..." Aurora sedikit terkejut,dan Alif tersengih.
"Okay lets stop them.." Azryan pula muncul sambil menarik laras senapang.
"Bila kau muncul?" soal Alif dan Azryan senyum sinis.
Alif hanya mengangkat bahu dan terus melompat,Aurora menyusul dari belakang dan menarik Raisyah dari terus bertarung. Lelaki itu terkejut apabila Alif muncul,lalu melibas tongkatnya dan lelaki itu menahan tapi tidak terkecuali tercampak jauh dari tempat resort percutian itu.
BOOM..!!
"Yeah!!"
Sorakan para pengunjung apabila Alif melakukan tindakan bijak,iaitu menjauhkan lelaki berkerudung dari situ. Alif mengejar ke arah tempat lelaki berkerudung itu terhempas,Alif mendarat dan sedar lelaki berkerudung tersebut sudah bangkit keluar dari tempat dia terhempas.
"Pukulan yang kuat,aku salute kau.." kata lelaki berkerudung dan bertukar cara panggilan.
"Hey kau,dengar sini..." Alif membuka mulut dan lelaki berkerudung kehairanan.
"Mengenai Aurora,itu urusan aku dan selagi dia bersama aku..dia tanggungjawab aku dan jangan kau berani mengganggu dia.." Alif memberi amaran.
"APA? Kau jatuh cinta dengan pembunuh tu ke?" soal lelaki berkerudung sinis.
"Siapa dia..." Alif berkata dan bergerak secara pantas sudah berada rapat dengan lelaki berkerudung.
DUSSH...!!!
Lelaki berkerudung terkena libasan,sekali lagi dia terpelanting jauh dan merempuh pokok besar yang berada berhampiran. Lelaki berkerudung jelas terkejut,dengan gerakan Alif dan dia memandang ke arah Alif. Dia terkejut apabila pandangan Alif berubah 360 darjah,aura dan bayangan monyet gergasi berwarna keemasan muncul di atas Alif.
"Biar aku sendiri tentukan..." sambung Alif dengan bengis.
"Sial betul..." kata lelaki itu tersengih.
Bersambung guys
Hahaha..
Kecewa ke?
Tapi jangan risau saya akan update secepat mungkin..
Jadi teruskan sokongan dan tekan butang star itu laju-laju.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top