CHAPTER 139 : HI,FATHER.


Sebuah helicopter hitam jenis tempur terbang laju meredah angin,Raven sebagai pengemudi dan Elena pula pembantunya. Malah di tempat belakang mereka,Reezal duduk sambil berpeluk tubuh memejamkan mata. Raven dan Elena tidak berkata apa-apa,nampak serius pada muka masing-masing

Suasana sunyi dengan kemunculan Gerbertus,hanya kedengaran bunyi daun dahan ditiup angin. Luqman dan Aminudden berdiri secara bersebelahan,Zareena memerhatikan dua orang adiknya. Nazryn,Siddiq dan Aqirah mendiamkan diri.

"Akak,boleh pergi cari apa yang uncle minta?" soal Aminudden dan Zareena terkejut.

"Nazryn,Siddiq,Aqirah.. Kamu bertiga pergi bantu akak kami.." ujar Luqman pula.

"Aku tak ada masalah.. Tapi.. " jelas Nazryn pula dan berhenti memandang ke arah Zareena.

"Apa yang kamu berdua fikirkan? Dia bukan sembarangan pahlawan!" kata Zareena risau.

"Kami tahu.." jelas Luqman.

"Kalau tahu kenapa ingin berlawan dengan dia juga?!" soal Zareena.

"Tapi jika kita tidak halang.. Kita tidak akan dapat benda yang kita inginkan.." tambah Aminudden dan rambutnya berubah menjadi biru laut.

"Tapi..." Zareena masih ingin menghalang,Luqman pula rambutnya berubah putih keunguan.

"Lupakan sahaja puteri.. Mereka tidak akan mengalah.." kata Aqirah menarik tangan Zareena.

Zareena masih ingin menghalang,Nazryn pula memegang lengan dia. Menarik Zareena pergi dari situ,Gerbertus hanya memerhatikan dengan senyap.

"Maaflah,lama tunggu?" soal Aminudden tersengih.

Gerbertus hanya menghela nafas pendek,dia merasakan aura yang amat kuat datang daripada dua orang adik beradik itu. Gerbertus sekadar menyerang pedang dipegang pada tangan kanan,disusuli oleh perisai agak besar di tangan kirinya. Luqman merasai sesuatu dan mendecih,Aminudden kehairanan dengan reaksi abangnya.

"Something wrong?" soal Aminudden.

"Yeah.. A big..." jelas Luqman.

"About what?" soal Aminudden lagi.

"Everything..." balas Luqman.

Aminudden hanya membesarkan matanya kemudian memandang ke arah Gerbertus,dia nampak aura yang luar biasa di tubuh Gerbertus. Perisai yang ada pada Gerbertus,membuatkan Aminudden mendecih geram.

"His shield is the biggest issue.." jelas Aminudden.

"Can't argue with that..." balas Luqman tersenyum kelat.

Luqman dan Aminudden diam,kemudian memandang antara satu sama lain. Mereka mengangguk dan berpisah,menjarakkan diri masing-masing. Gerbertus hanya kekal mendiamkan diri,menunggu serangan daripada mereka.

Aminudden menghela nafas pendek,dia merendahkan tubuhnya. Lantas dia henjut dan terus meluru ke arah Gerbertus dengan amat laju,penumbuknya berapi dan dihayunkan sekuat hati.

KRAANG!!!!!!!

Penumbuk Aminudden ditahan dengan perisai besar,Luqman hanya diam dan dia sudah tahu apa yang berlaku. Luqman pula meluru dan Aminudden segera berundur,si naga kilat memecut ke arah Gerbertus dengan pantas.

KTANG!!

TANG!!

KRAANG!!

Luqman kembali berundur dan berhenti di sebelah Aminudden,Gerbertus hanya tenang dengan perisai miliknya. Dia mendiamkan diri tanpa bersuara,Luqman menghalakan tapak tangan ke arah Gerbertus. Aminudden hanya berdiri selamba,Gerbertus kehairanan dengan tindakan Luqman.

"LIGHTNING ARROW!"

TUSSH!!

KRAANG!!

Perisai milik Gerbertus langsung tiada kesan,sedikit calar pun tiada dan dia merenung ke arah dua beradik itu. Aminudden dan Luqman berbalas pandangan,mereka hanya mengangguk faham untuk serangan seterusnya.

Luqman dan Aminudden menumpukan kuasanya,mereka meningkatkan kuasa masing-masing dan Gerbertus terkejut dengan kuasa milik mereka. Sekelip mata mereka lenyap daripada pandangan,Gerbertus memang melilau mencari ke mana dua beradik itu hilangkan diri.

Luqman muncul di hadapan Gerbertus,manakala Aminudden pula muncul di sebelah kanannya. Tumbukan daripada Aminudden dihayunkan,Luqman pula menujah tendangan padu.

KRAANG!!!!!

DUUUSSH!!!!

Gerbertus membesarkan kedua biji mata,dia merasakan tekanan yang amat kuat dan terus terseret jauh ke belakang. Luqman menghela nafas pendek,Aminudden pula pada asalnya dengan muka bergaya terus mencangkung menahan sakit.

"Adoi! Adoi! Adoi!!" rungut Aminudden melihat tangannya bengkak kemerahan sambil meniup.

"Kau okay?" soal Luqman tersenyum kelat.

"Kau nampak aku okay ke?" soal Aminudden pula.

"Tak..." balas Luqman dan mengeluarkan satu botol penyembur,kemudian dia tarik tangan adiknya.

"Sakit la ngok!" rungut Aminudden.

"Diam,tahan la sikit..." kata Luqman mengangkat kening sebelah kiri.

Luqman menyembur sesuatu pada tangan Aminudden,tidak lama lepas itu tangan Aminudden kembali pulih. Gerbertus hanya mendiamkan diri,Luqman pula tersenyum sahaja.

"Waa.. Mana kau dapat tu?" soal Aminudden kagum.

"Ouh.. Ini? Uncle Ikhwan bagi.." ujar Luqman tersenyum.

"Kalau macam tu,aku boleh tumbuk banyak kali la..." kata Aminudden tersengih licik.

"Oi bangang,jangan cari nahas..." ujar Luqman menggelengkan kepala.

Aminudden meletuskan kuasanya sambil menjerit teruja,Luqman pula juga sama tetapi tidak menjerit. Gerbertus mengangkat pedangnya,dua beradik itu agak kehairanan.

"Time for me to counter attack..." ujar Gerbertus.

"Ouh... Ada suara.. Ingat bisu.." kata Aminudden.

"Serius la.." ujar Luqman menjeling.

"Serius la ni...tak nampak kuasa aku?"

"Aku nak je flying kick kat muka kau.."

Gerbertus terus memijak tanah,rekahan dahsyat berlaku dan dua beradik itu terkejut. Mereka segera melompat dan terbang,Gerbertus melompat dan muncul di sebelah Luqman.

Luqman terkejut lalu Gerbertus menghayunkan pedang,Luqman menyeru pedang bilah ungu dan terus menahan tetakan daripada pahlawan kegelapan. Akibat tetakan dari Gerbertus itu,Luqman menjunam terhempas ke bawah.

Aminudden mengelak hayunan pedang Gerbertus,dia bergerak ke belakangnya namun Gerbertus terlebih dahulu melakukan tindakan susulan. Gerbertus menggunakan perisai miliknya,menolak dan merempuh Aminudden hingga ke pokok besar.

Aminudden mengerang kesakitan,dia terasa bagaikan tulangnya patah. Ternyata itulah tujuan Gerbertus,beratus tahun yang lalu dia adalah pahlawan yang disegani namun ada yang tidak senang hati. Gerbertus dikhianat oleh kawan baiknya sendiri,dia ditinggalkan melawan seekor raksasa dan mati tanpa siapa tahu.

Dia dihidupkan kembali oleh Luiz,namun sebenarnya Gerbertus tidak mahu berdendam tetapi fikirannya dikawal oleh Merlin supaya menghancurkan manusia. Aminudden memegang perisai miliknya,Gerbertus terkejut seiring dirinya seperti bergerak melayang dan terjatuh.

"Sial betul!! Kau nak main kasar ha?!" Aminudden kembali bangkit.

"Cantik bro..." Luqman pula sama bangkit.

Luqman dan Aminudden keadaan dia agak penat,mereka hanya berehat beberapa minit. Jika Gerbertus memberi pukulan lagi pada mereka,sudah pasti terus rebah atau paling teruk pasti mati.

"Kau mampu terus berlawan?" soal Luqman.

"Sudah tentu.." ujar Aminudden.

"Kau agak teruk keadaannya..." ujar Luqman lagi.

"Cermin diri sendiri..." bidas Aminudden tersengih dan Luqman hanya tersenyum ketawa kecil.

Gerbertus tidak berkata apa-apa,lantas terus meluru ke arah mereka dengan pedang kemas pada genggamannya. Luqman dan Aminudden bersiap-sedia,hayunan pedang dilakukan dan sekelip mata seseorang terjun mendarat. Pedang Gerbertus ditahan dengan sebelah tangan,perisai pula dicengkam.

Reezal Al'Solleh muncul menyelamatkan dua orang anaknya,perisai Gerbertus meretak dan segera Gerbertus berundur. Reezal hanya memerhatikan Gerbertus,dia memandang ke arah dua orang anaknya.

"Hai ayah.." ujar mereka berdua.






















============================

Reezal muncul dengan tepat

Haha

Jangan kecewa,malam nanti atau esok aku update

Sila setia bersama siri ini

Komen dan vote ye

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top