CHAPTER 138 : SHE GOT AWAY
Awan yang dalam keadaan berwarna kelabu diperhatikan oleh Ikhwan,dia hanya memerhatikan awan itu tanpa berkata sepatah perkataan pun. Farhan kehairanan dengan gelagat Ikhwan,Luqman memberikan air minuman mineral pada Aminudden.
"Thanks.." ujar Aminudden kemudian meneguk air mineral tersebut.
"Kau macam susah hati je.. Kenapa?" soal Luqman dan Aminudden menghela nafas pendek.
"Mesti la susah hati.. Dunia akan hancur dan kau rasa?" soal Aminudden pula.
"Kita sama-sama hentikan la apa susahnya?" jawab Luqman dan Aminudden hanya menggelengkan kepala.
"Aku lebih suka mencegah dari menghadap benda semua tu..." balas Aminudden lantas bangkit dari duduk.
"Kau nak pergi mana pula?" soal Luqman melihat Aminudden beredar meninggalkan dia.
"Aku nak cari Siddiq!.." ujar Aminudden dan terus terbang pergi dari situ.
Zareena hanya memerhatikan sahaja dan Nazryn pula menggaru kepala,Ikhwan hanya menghela nafas pendek. Farhan memandang ke arah dia,Luqman mendecih dan terus terbang mengejar adiknya.
"Oi!" Nazryn ingin mengejar tetapi dihalang oleh Ikhwan.
"Biarkan mereka..." Ikhwan berkata dengan nada tenang.
"Merek nak ke mana?" soal Farhan.
"Kalau tak silap,Aminudden kata nak cari Siddiq..." jelas Ikhwan.
"Kita patut ikut mereka?" soal Zareena pula.
"Kamu kakak mereka... Kamu yang pergi,Nazryn kamu bantu Zareena.." jelas Ikhwan memandang ke arah Zareena dengan Nazryn.
"Bagaimana dengan uncle?" soal Zareena pula.
"Uncle dan uncle Farhan ada benda ingin diuruskan.. Cepat Farhan.." ujar Ikhwan dan terus terapung,Farhan hanya menurut sahaja.
Ikhwan dan Farhan berpandangan,sebelum memecut terbang membelah angin. Zareena dan Nazryn sekadar mendiamkan diri,Zareena meregangkan ototnya.
"Kamu boleh terbang?" soal Zareena memandang ke arahnya,namun dia terkejut apabila sepasang sayap hitam pada belakang badan Nazryn.
"Puteri ada kata sesuatu?" soal Nazryn kehairanan.
"Never mind..." kata Zareena dan terus terbang,Nazryn turut terbang mengekorinya.
Ikhwan bergerak terbang ke arah selatan dan Zareena,mengejar Aminudden dan Luqman bersama-sama Nazryn menuju ke arah barat. Siddiq pula bertarung dengan wanita misteri,senjata mereka berlaga dahsyat.
TANG!!
KTANG!!!
KRAANGG!!!
Siddiq memusingkan sabitnya,menepis tusukan pedang daripada wanita tersebut. Siddiq berpusing ke udara semasa dilibas oleh pedang,sebaik berjaya mengelak segera Siddiq dihayunkan sabitnya ke arah wanita misteri itu.
Serangan Siddiq berjaya ditahan,wanita itu menggunakan kerambitnya menahan serangan Siddiq. Dia agak terkejut dengan ketangkasan tangan wanita itu,dia menumpukan kuasa bayang dan bilah sabit terus membesar.
Wanita itu terus segera berundur,dia terkejut dan membulat anak matanya. Sabit Siddiq digabungkan dengan kuasa bayang,pemuda itu merendahkan tubuh 90°. Wanita itu bersiap-sedia menunggu kemaraan Siddiq,kuasa Siddiq ditingkatkan dan terus bergerak laju ke arah wanita misteri itu.
"FULLMOON SLASHH!!!!"
ZRIIINGGG!!!!
Wanita itu mulanya bersiap-sedia,dia sedar kemudiannya apabila tahu serangan Siddiq amat kuat. Dia terus mengelak dan libasan Siddiq menghancurkan sekitar kawasan,wanita itu pula mendarat tidak jauh dari situ. Siddiq berpusing di udara sebelum mencacakkan sabit pada batang pokok,dia memijak batang sabit untuk dijadikan pelantar.
"Boleh tahan perempuan... Kau elak,pilihan yang bijak..." ujar Siddiq tersengih.
"Awak cuba serang perempuan? Awak memang tiada hormat pada perempuan!!" kata wanita tersebut.
"Bagaimana dengan perempuan serang lelaki gunakan tuduhan tanpa usul periksa?" soal Siddiq.
"Sebab lelaki semua sama!!" jelas wanita itu geram.
"Jika lelaki semua sama,kenapa perempuan ambil masa untuk memilih pasangan?" soal Siddiq lagi.
"Apa awak kata?!" wanita itu mula berang.
"Hey perempuan,beritahu aku..siapa yang upah kau ha?"
"Saya ada nama okay? Bukan 'perempuan' semata-mata faham?"
"Okay.. Nama aku Siddiq,nama kau?"
"Nama saya..." ujar wanita itu terus hilang dari pandangan,sekelip mata di atas Siddiq.
"Ashley!!" wanita itu berkata seiring menyerang hendap.
"Tch! Serang hendap?" soal Siddiq menyeru bayang,lalu melindungi dirinya.
Siddiq melompat ke bawah kemudian bergayut menggunakan batang rod sabit untuk tempat sokongan,dia berpusing seiring mencabut pacakan sabit pada pokok gergasi tersebut.
"WINGS SHADOW SLASH!!!"
ZRASSHH!!
ZWOOSHH!!
Dua serangan libasan gelombang,dihayunkan ke arah Ashley dengan laju. Siddiq mendarat dan terus menujah ke belakang,secara tubuh menghadap ke hadapan. Ashley kelihatan mendarat lalu meluru ke arahnya,Siddiq hanya memutarkan sabitnya beberapa kali dan mencacakkan pada tanah.
"Oreahhh!!!" Siddiq kembali meluru ke arah Ashley dengan laju.
KRAANG!!!
SRIIIINNNGGGG.....
Sabit dan pedang perak bertembung,sedikit percikan api dapat dilihat. Siddiq merenung Ashley dan Ashley membalas renungan Siddiq,Ashley menyedari sesuatu dan terus melompat. Serangan misteri hampir mengenainya tetapi tersasar,letupan dari tembakan misteri berlaku dan Siddiq tercampak.
Ashley mendarat dan memandang ke satu arah,Aqirah dengan rifles yang agak besar di tangannya. Siddiq kembali bangun dan urat timbul pada dahinya,Aqirah tersenyum melihat keadaan baik si Siddiq.
"Sid!? Awak okay ke?!" soal Aqirah memandang ke belakang Ashley.
"Sakit tahu tak?!! Kau belajar tembak natang tu dari mana hah?!" rungut Siddiq maki hamun,Aqirah tersenyum kelat.
"Dia menjerit macam tu,nampaknya dia okay.." ujar Aqirah tersengih.
Ashley mendecih dan dia tahu jika diteruskan,dia akan tertangkap lalu sebutir bom dikeluarkan. Siddiq terkejut dan Aqirah mengacukan senapangnya,Ashley membaling bom itu ke bawah kakinya. Asap tebal terhasil dan Siddiq terus lompat ke atas dahan pokok,sebagai langkah berjaga-jaga jika asap itu beracun.
Asap kembali menipis dan mula lenyap dari pandangan,Siddiq dan Aqirah hanya menunggu sehingga asap itu hilang. Sebaik sahaja asap itu lenyap,mereka berdua terkejut kerana kelibat Ashley telah hilang dari pandangan mata kasar.
"She got away.. Huh?" Siddiq mengomel sendirian.
Aqirah dan Siddiq mendarat,memeriksa jika Ashley ada bersembunyi di kawasan berhampiran. Tetapi gagal dikesan kerana Ashley telah pergi dari situ,Siddiq menghela nafas pendek. Dia perasan ada sesuatu terbang jauh,Siddiq mengamati dan tersengih.
"Kenapa Siddiq?" soal Aqirah.
"SIDDIQ!!!" Aminudden kelihatan dan terus mendarat di hadapan Siddiq serta Aqirah.
"Aminudden.." ujar Siddiq tersenyum kelat tidak lama,Luqman pula sampai di situ disusuli oleh Zareena dan Nazryn.
"Abang?" soal Aqirah.
"Hey..." Nazryn tersenyum ke arah adiknya,Aqirah.
"Jadi bagaimana?" soal Luqman.
"Aku diserang hendap,tapi musuh berjaya larikan diri pula.. Sebaik Aqirah sampai.." jelas Siddiq mengeluh.
"Tak apa.."
BRAAM!!
Letusan berlaku sebelum Luqman menghabiskan ayat,mereka berenam memandang ke arah tempat letusan. Gerbertus berdiri di hadapan mereka,Luqman merasai aura yang amat kuat dan Aminudden berdiri di sebelah kiri Luqman.
"Don't you dare say it..." ujar Luqman dan Aminudden terus membuka mulut.
"Here come a new challenger.." kata Aminudden tersengih dan Luqman menggelengkan kepala,manakala Gerbertus hanya mendiamkan diri merenung ke arah dua beradik itu.
===============================
Hellooo guys
Harap terhibur ye
Siri ni akan tamat tidak lama lagi
Harap tamat bulan ni gak
Sebab banyak lagi projek nak diuruskan
Itu je lah
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top