CHAPTER 137 : MERLIN SECRET PLAN?


Aminudden dan Nazryn hanya memerhatikan Merlin hilang daripada pandangan,Aminudden mencacakkan pedangnya dan bangun dengan sedaya-upaya. Nafas termengah-mengah dan dihembuskan,telefon dikeluarkan sambil mendail nombor seseorang.

"Kau nak call siapa?" soal Nazryn.

"Kau rasa siapa lagi?" kata Aminudden menjeling ke arahnya.

Ikhwan yang duduk menemani dua orang anak saudaranya,berehat diganggu oleh bunyi nada dering panggilan telefon pintar.

Aminudden incoming call...

"Hello..."

"UNCLE!! KECEMASAN!!"

Ikhwan menjauhkan telefonnya,sebaik suara Aminudden menjerit kedengaran sehinggakan Luqman dan Zareena turut terdengar. Farhan hanya mendiamkan diri tapi anak matanya,juga menunjukkan dia turut terkejut.

"Boleh slow tak? Aku tak pekak..." ujar Ikhwan merapatkan telefonnya pada telinga.

"Kami bertembung dengan Merlin!" ujar Aminudden dan Ikhwan terus bangun.

"Kamu berdua selamat? Tiada apa-apa yang berlaku?" soal Ikhwan.

"Kami okay,tapi mereka dapat bola orb tu dan... Sesuatu yang pelik berlaku.." Aminudden berkata sambil menjeling ke arah Nazryn.

"Sesuatu yang pelik? Macam apa?" soal Ikhwan.

"Saya berjaya tumpaskan salah satu rakan mereka... Tapi Merlin datang dan jadikan rakan dia,anak patung kayu..." jelas Aminudden lagi dan Ikhwan mendiamkan diri.

Ikhwan dan Farhan berpandangan,Farhan tidak tahu kenapa Ikhwan begitu risau. Ikhwan teringat ketika dia membaca satu dokumen fail lama,mengenai perkara yang dikatakan oleh Aminudden sebentar tadi.

"Takkanlah dia..." ujar Ikhwan sendirian.

"Uncle?" soal Aminudden.

"Tiada apa-apa.. Aminudden kamu datang jumpa uncle..." jelas Ikhwan memberi arahan.

"Baik uncle.." ujar Aminudden mematikan talian.

"Jadi bagaimana?" soal Nazryn.

"Kita jumpa uncle aku terlebih dahulu..." jelas Aminudden.

Mereka terus melompat pergi dari situ,Aminudden teringat semula perkara tadi dan merasakan tidak kena dengan tindakan Merlin.

"Aku dengar adik kau dengan Siddiq?" soal Aminudden.

"Siddiq kan dah kahwin... Agak-agak la.." kata Nazryn mengerutkan dahi.

"Maksud aku sekarang tengah jalani misi dengan Siddiq la..." jelas Aminudden lagi.

"Ah.. Cakap la awal-awal..." kata Nazryn.

Siddiq berdiri di satu tempat,dia berada di kawasan hutan belantara. Memandang kiri dan ke kanan,hanya bersendirian kerana terpisah dengan Aqirah. Ikhwan meminta dia mencari orb yang dimaksudkan,orb yang mewakili roh raksasa malapetaka.

"Semua tempat sama je.. Mana aku nak cari ni?" soal Siddiq sendirian menggaru kepala.

Siddiq berjalan ke hadapan,alat yang direka mengesan orb itu dipegang. Namun tiada tindak balas menunjukkan orb itu berada,keluhan dilepaskan kemudian meneruskan langkah.

"Okay... Alat ni rosak ke?" soal Siddiq lagi memusingkan bahagian belakang mesin tersebut,ada tulisan di situ.

Made by genius
Akif

Siddiq terdiam dan mukanya tersembunyi di sebalik bayang,bagaikan ada guruh menyambar latar belakang. Muka Akif turut terpapar sekali dengan ayat itu,Siddiq mulanya mendiamkan diri lalu urat dahi timbul.

KRAKKK!!

Siddiq terus pecahkan dengan sekali cengkaman,muka bengang ditunjukkan dan menghela nafas pendek.

"Kalau aku balik nanti,muka dia pula aku pecahkan..." kata Siddiq bengang.

Siddiq teruskan berjalan dan di sebalik kegelapan hutan,seseorang memerhatikan dia dari atas pokok yang amat tinggi. Siddiq yang berjalan tanpa hiraukan apa-apa,membebel sendirian dan orang misteri menarik senjatanya. Sebilah kerambit dan warna bilahnya,adalah warna merah.

Orang misteri terus lenyap,lalu berada di atas kepala Siddiq. Tusukan dilakukan dan Siddiq menahan dengan sabit yang diseru pantas,orang misteri itu terkejut dan melompat berundur. Siddiq mendecih dan merenung orang misteri,seorang wanita berpakaian lengkap seperti sut ninja.

"Bagus! Pertama sekali aku sesat.. Kedua terpisah dengan rakan aku.. Sekarang di serang ninja wannabe?" kata Siddiq merungut.

Wanita misteri itu tidak berkata apa-apa,dia hanya menarik pedang yang disangkutkan pada belakang badan. Siddiq mula geram dan menghela nafas pendek,dia memusingkan sabitnya berulang-kali sebelum berhenti.

"Tak nak cakap? Bagus,lepas aku kalahkan kau.. Aku rogol kau sampai kau tak boleh nak berjalan..." ujar Siddiq tersengih dan wanita itu mula tersentak.

"Awak memang seorang yang tak ada adab huh?" soal wanita itu geram.

"Ouhoo.. Boleh cakap rupanya.. Merdu pula tu.. Teransang ni..." Siddiq berkata sambil membuat muka gatal.

Tetapi tangannya tiba-tiba bergerak sendiri,Siddiq kehairanan dan ditumbuk oleh tangan sendiri. Wanita itu ternganga sahaja,tidak tahu nak bereaksi apa dan suasana agak tegang. Siddiq tertoleh ke kanan,mukanya tidak kelihatan untuk dia tahu apa reaksinya.

"Sakit la Lycan! Apa masalah kau?!!" soal Siddiq.

"Cakap lagi perkataan lucah,aku buat lebih teruk dari ni..." satu suara menegur,atau lebih tepat Lycan iaitu spirit beast Siddiq.

"Aku cuma nak ugut dia je! Kau gila nak aku buat betul-betul? Mati aku kena tanam hidup-hidup dengan Layla!" Siddiq membidas.

"Pandang depan..." ujar Lycan.

Siddiq memandang ke hadapan seperti yang diarahkan oleh Lycan,wanita misteri itu sudah berada rapat di hadapannya. Tangannya menghayunkan senjata,Siddiq segera memegang erat sabitnya lalu ditahan serangan tersebut.

KRAANG..!!!

Wanita tersebut dengan dua bilah senjata ditekan pada bilah sabit Siddiq,tekanan dari tolakannya amat kuat sehingga Siddiq terasa badannya semakin ke belakang.

"Lycan..!" ujar Siddiq dan Lycan tersengih.

Rambut Siddiq berubah warna kelabu keputihan,wanita misteri itu terkejut dan sekelip mata. Wanita itu tercampak ke belakang,dia mendarat dengan kemas tetapi terasa sakit pada perutnya.

Wanita misteri memandang ke arah Siddiq,pemuda di hadapannya berjaya menolak dia ke belakang dengan tumbukan padu. Siddiq menghela nafas pendek,kemudian mengibaskan pergelangan tangannya.

"Hey perempuan.." ujar Siddiq dan wanita itu memandangnya.

"Siapa kau? Kenapa serang aku?" soal Siddiq.

"Maaflah,saya tidak boleh bongkarkan identiti pelanggan saya..." ujar wanita itu.

"Macam tu ye..." Siddiq tersengih dan membuka langkah kuda-kuda.

Wanita itu hanya mendiamkan diri,Siddiq pula hanya menghela nafas pendek. Suasana menjadi sedikit tegang,tiada bunyi yang mengganggu biarpun buny8 ranting patah sekalipun tidak kedengaran. Siddiq diselubungi kuasa bayang,matanya pula bersinar dan wanita itu terkejut sebelum Siddiq sudah berada di hadapannya tanpa dapat dia sedar.

KRAANG!!!

ZUOOSSHH!!!

Sekarang giliran wanita itu didesak,Siddiq menghembus nafas kemudian menolak wanita terseret jauh ke belakang. Wanita itu mendecih dan memandang Siddiq,dia tidak terfikir yang Siddiq mampu mendesaknya.

Wanita mister itu hanya menarik nafas panjang,kemudian dihelakan dan dia menumpukan kuasanya. Siddiq hanya membuka langkah bersiap-sedia,wanita misteri itu menghela nafas lega.

Sekelip mata wanita misteri sudah berada di belakang Siddiq,lantas dia melibas pedangnya dan Siddiq menggunakan kuasa bayang menahan serangan wanita tersebut. Tindakannya berjaya mengelakkan diri dari dicederakan,tetapi Siddiq tercampak akibat impak serangan itu.

"Arggh!!" Siddiq berguling sebelum kembali berdiri,memandang ke arah wanita tersebut.

"Masa ni la kau hilang Aqirah..." ujar Siddiq tersengih risau.

















===============================

Senjata yang digunakan oleh Siddiq

================================

Hellooo guys

Apa khabar harap sihat sejahtera

Maaf jika lambat

Mood untuk aku mengarang hilang

Tulis sembarangan perlukan masa juga

Harap terhibur

Itu sahajalah

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top