CHAPTER 136 : AMINUDDEN VERSUS LUDOVICOS
Ludovicos Neifelhem seorang anak yatim-piatu,dia membesar di rumah anak yatim-piatu. Dia juga seorang kanak-kanak yang membesar sihat,dari umur setahun sehingga lima belas tahun.
Dia diberi pendidikan yang baik,Ludovicos dipercayai oleh guru dan rakan. Dia tidak mahu menimbulkan masalah,jadi dia berusaha dengan kuat untuk diterima.
Ludovicos beruntung kerana usahanya membuahkan hasil,dia diambil menjadi anak angkat oleh seorang wanita. Ludovicos memanggilnya ibu,Nia namanya dan dia seorang yang baik. Ludovicos diberi tempat tinggal yang selesa,tetapi ada yang tidak suka dengan kebaikan ibu angkatnya.
Dia ada memberitahu perkara ini pada Nia,ibu angkatnya namun Nia hanya memesan supaya tidak ambil pusing dengan apa yang orang kampung katakan mengenainya.
"Tapi ibu.. Mereka kata ibu itu ini.. Kenapa ibu masih nak biarkan...?" soal Ludovicos.
"Tidak apa Ludov.. Ibu dah biasa.." ujar Nia mengusap pipi Ludovicos.
Ludovicos tidak faham kenapa ibunya sanggup tahan dengan sikap sesetengah orang kampung,mereka menganggap Nia seperti orang yang jahat.
Satu hari Ludovicos ke satu tempat,Sacred Place dan dia melangkah masuk. Dia memandang ke satu arah,satu dinding yang bertulis corak aneh. Ludovicos menyentuhnya dan tulisan tersebut bercahaya,Ludovicos terkejut dan cahaya itu menyerap masuk ke dalam tubuhnya.
Matanya berat dan pengsan di situ juga,tidak lama selepas itu Ludovicos kembali sedar. Dia bangun dan terkejut kerana tempat itu,terbeku dan dia hairan kenapa boleh jadi begini.
Apabila dia keluar dari situ,hari telah gelap dan dia sedar dia terlena sehingga malam. Sebaik tiba di rumah Nia masih belum tidur,kerana menunggu Ludovicos pulang.
"Ibu?" soal Ludovicos kehairanan.
"Ludov? Ludov ke mana? Ibu risau tahu?" soal Nia.
"Maaf ibu.. Ludov tertidur di hutan.." dusta Ludovicos tidak mahu Nia risau.
"Jangan buat lagi tahu?" ujar Nia dan Ludovicos mengangguk sambil tersenyum.
Malam itu Ludovicos tidak dapat tidur,dia tertanya-tanya apa yang berlaku?
Dia berkata esok dia harus ke sana lagi untuk mencari jawapan.
"Apa?" Ludovicos terkejut.
Tulisan misteri itu hilang dari dinding,dia terkebil-kebil kerana tidak tahu apa yang berlaku. Tulisan itu hilang bagaikan tidak wujud,kemudian dia teringat ada cahaya masuk ke dalam tubuhnya semalam.
"Tak mungkin la..." ujar Ludovicos tersengih risau.
"Baik aku pulang sebelum tengah malam.. Nanti ibu marah aku lagi..." Ludovicos mengomel.
Sepanjang perjalanan dia puas berfikir apa yang berlaku,dia tidak mampu mencari jalan penyelesaian. Tetapi sebaik dia pulang,Ludovicos terkejut kerana di tengah-tengah kawasan kampung. Ibunya diikat di atas timbunan kayu,Ludovicos berlari ke arah ibunya untuk selamatkan Nia namun dihalang.
"Lepaskan aku!! Apa yang kamu semua nak buat?!!" kata Ludovicos risau.
"Ibu kau adalah ahli sihir!" ujar salah seorang penduduk kampung.
"Apa?" soal Ludovicos terkejut.
"Ya.. Benar,dia nak ambil nyawa orang kampung.. Seorang demi seorang untuk dia menjadi kekal muda...!!" kata seorang lagi penduduk.
"Ya! Dia berbuat baik supaya kita terpedaya!!"
"Itu semua tidak benar!!" kata Ludovicos.
"Kau juga mangsa,dia bawa kau ke sini untuk menipu kita semua..."
Ludovicos menolak orang yang memegangnya,dia berlari ke arah ibunya namun dia ditahan dan dibaringkan ke tanah. Nia hanya mampu tergamam melihat keadaan Ludovicos,mereka saling berbalas pandangan.
"Tahan dia! Jangan bagi dia lepas..!!"
"Ludov! Anakku..." ujar Nia.
"Ibu.. Betul ke kata-kata mereka?" soal Ludovicos dengan air matanya mengalir.
"Ludov.. Maafkan ibu..." kata Nia dan Ludovicos tersentak.
Api dicampak ke arah timbunan kayu,api marak terhasil dan Ludovicos melihat Nia iaitu ibunya dimamah api. Nia hanya mampu memejamkan matanya,tetapi Nia sememangnya ahli sihir tetapi telah bersara berpuluh tahun yang lalu. Ingatan itu bermain di minda Ludovicos,Nia hangus dibakar begitu sahaja dan dia menangis.
"AKU TAKKAN MAAFKAN KAMU SEMUA!!!!"
Ludovicos mencetuskan kuasanya dan sekelip mata,seluruh kawasan kampung terbeku begitu sahaja. Penduduk kampung ada yang terbeku,ada yang masih selamat dan Ludovicos bangkit perlahan-lahan.
"Aku akan seksa kamu semua... Seorang demi seorang...." Ludovicos berkata dengan air mata mengalir di pipi.
Ludovicos membunuh seorang demi seorang penduduk kampung,tanpa fikir kanak-kanak dan gadis kecil yang masih kecil. Dia bunuh tanpa belas kasihan,Nia telah mati macam itu sahaja. Ludovicos hilang tempat dia berkasih sayang,hanya kerana masa silam ibunya.
"Aku bersumpah.. Aku akan jadikan dunia ni tanah sejuk yang tanpa ada hidupan!!"
KRAANG!!!
Ludovicos terseret ke belakang,Aminudden menghelakan nafas pendek. Secara tidak sengaja dia terbaca masa silam Ludovicos dan Aminudden menyalakan api biru,dia tahu jika Ludovicos tidak dihentikan dendamnya tidak akan berhenti.
"Kau baca masa silam aku ha? Nampaknya kau bukan sembarangan budak..." ujar Ludovicos.
"Aku simpati dengan kau..." kata Aminudden menahan serangan Ludovicos.
"Kau tak tahu apa-apa.." bidas Ludovicos pula menghentak kaki.
"Mungkin...tapi dengan kematian seseorang yang kau sayang,tidak memberikan kau hak ingin membunuh..!" ujar Aminudden menahan kaki Ludovicos,kemudian dicengkam dan perut Ludovicos dihenyak sebiji tumbukan.
"Kau tahu apa?!" soal Ludovicos meluru ke arah Aminudden.
DUSH!
DUSH!!
"DIA ADALAH SEGALA-GALANYA BAGI AKU,TAPI MEREKA.. MEREKA AMBIL DARI AKU!!" Ludovicos menyerang deras ke arah Aminudden.
DUUUSSH!!
Muka Ludovicos mengenai tapak kaki Aminudden,kemudian Aminudden berpusing arah lawan jam. Hentakan penumbuk Aminudden,menyebabkan Ludovicos mencium tanah dan merekah. Ludovicos berang dan terus mengaktifkan kuasanya,seluruh kawasan membeku dan Aminudden back flip beberapa kali berundur ke belakang.
Sepuluh api biru berbentuk sfera,lalu membentuk bulatan dan terus Aminudden menembak ke arah Ludovicos. Perisai dinding ais dihasilkan,menahan serangan Aminudden namun api biru itu menembusi ais tersebut.
Ludovicos terkejut dan segera mengelak lalu menembak bongkah ais bentuk yang tajam,ke arah Aminudden tetapi serangan dia dapat ditangkis oleh Aminudden dengan pedangnya. Suasana sunyi seketika dan Nazryn hanya memerhatikan sahaja dari jauh,Ludovicos terus meluru laju ke arah Aminudden.
Mereka bertembung dan berlaga tinju serta lagaan dua elemen,ais milik Ludovicos berlainan dan Aminudden turut merasakan seperti itu. Aminudden mengepalkan penumbuknya,api biru membara dan Ludovicos segera ke belakang saat Aminudden menghentam penumbuk ke tanah.
BRAAMM..!!!
KLONG!
"Mata kau buta ke? Mana kau tumbuk..?" soal Ludovicos sinis.
Aminudden tidak menjawab dan hanya merenungnya,Ludovicos kehairanan dan Aminudden melagakan kedua-dua penumbuknya. Dia menghela nafas panjang,api marak menghembus membentuk sayap kembar berwarna biru laut kecerahan.
"Aku tak nak main-main lagi..." ujar Aminudden merenung Ludovicos.
"Apa kata kau?" soal Ludovicos mula geram.
Aminudden tidak menjawab dan pedangnya dilenyapkan,dia membuka posisi kuda-kuda dan nafasnya dihelakan secara teratur. Rambutnya yang berwarna hitam terus berubah biru,Nazryn terkejut dan segera melompat jauh.
"Aminudden nak serius,baik aku jauh lagi.. Nanti kena bakar naya..." kata Nazryn dengan selamba.
"Kau tidak serius berlawan dengan aku tadi?!" soal Ludovicos mengetap gigi dan dia meningkatkan kuasanya.
"Aku akan bunuh kau dengan kejam sebab memandang rendah aku!!!" ujar Ludovicos lagi dan aura yang kuat terasa bertiup kencang akibat kuasa daripada Ludovicos.
Aminudden menggerakkan kaki menyeret sedikit ke hadapan,sekelip mata dia bergerak rapat ke hadapan Ludovicos. Tindakan Aminudden mengejutkan Ludovicos,sebelum sempat berbuat apa-apa sekali lagi Ludovicos ditumbuk pada perutnya.
Ludovicos terasa senak dan bergerak beberapa langkah ke belakang,dia memegang perutnya dan menahan sakit. Ludovicos memandang ke arah Aminudden yang merenungnya,dia terasa dihina dan menjerit sekuat hati.
"MAMPUSLAH KAU!!! ICE BREAKERS!!!"
KRAKKK!!!
KRAKKK!!!
Ais merebak dan menjadikan kawasan penuh dengan glacier,Ludovicos termengah-mengah dan menyedari Aminudden berada di sebelah tidak jauh daripadanya.
"Maaf serangan kau tersasar jauh..." ujar Aminudden dengan tenang.
Ludovicos tidak menjawab dan memandang Aminudden,dengan pandangan yang amat bengis. Dia terus meluru ke arah Aminudden,mereka berbalas tinju dan setiap kali mereka bertembung. Seluruh kawasan bergegar dengan kuat,tempat itu merekah dan hancur sedikit demi sedikit.
Ludovicos menumbuk dan mengenai muka Aminudden,sedar serangannya mengenai musuhnya. Ludovicos segera terus melancarkan serangan,tanpa memberikan Aminudden peluang.
DUSH!!!
DUSH!!!
DUUUSSH...!!!!
KRAANG!!!
KLONG...!
Aminudden terbenam ke tanah dan Nazryn mula risau,tidak cukup dengan itu segera Ludovicos menjunam ke bawah. Dia terus menujah tendangan,membenamkan Aminudden lebih ke dalam tanah.
"MAMPUSLAH!!!" jerit Ludovicos dengan perasaan marah.
"Kau memang bising.." satu suara berkata dan Ludovicos terkejut.
DUUUSSH..!!!!
Muka Ludovicos mengenai tapak kasut kaki Aminudden,lalu melambung tinggi ke udara dan Aminudden muncul. Dia berpusing dan menghentak menggunakan tumit kaki,menyebabkan Ludovicos menjunam dan terbenam ke tanah. Aminudden mendarat dan keadaannya hanya calar,serta baju jacket miliknya koyak rabak.
"Damn it,this is my favourite jacket..." ujar Aminudden dan terus mengoyakkan jaketnya.
"Dia boleh fikir jaket daripada dirinya? Serius la..." ujar Nazryn tersenyum kelat.
"Kau..." Aminudden memandang ke arah Ludovicos yang terkial-kial bangkit semula.
"Kau mampu bangun... Aku kagum..." kata Aminudden.
"Diam! Bagaimana kau mampu tahan serangan aku?!! Aku pukul kau dengan teruk!!" ujar Ludovicos geram dan Aminudden menggosok belakang kepala.
"Kalau kau nak tahu,dalam dunia ni hanya dua orang je mampu pukul aku dengan teruk..." jelas Aminudden dan Ludovicos mengetap gigi.
"Pertama uncle aku,kedua ayah aku..." jawapan Aminudden membuatkan Ludovicos tergamam,suasana senyap seketika dan Ludovicos tersengih lalu ketawa.
Seluruh tempat itu dipenuhi bunyi gelak tawa daripada Ludovicos,Aminudden dan Nazryn hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa.
"What a nonsense... I'm not gonna play nice..." ujar Ludovicos menghela nafas pendek,pedang katana terhasil dari kuasa aisnya.
"Good.. I'm thinking the same thing..." ujar Aminudden menarik pedang katana berbilah biru laut.
"Nampaknya mereka nak tentukan dengan satu serangan ini..." kata Nazryn.
Suasana tegang seketika dan sunyi sepi,hanya bunyi rekahan dari bongkah ais yang membeku tempat tersebut. Aminudden bersiap-sedia dengan pedangnya,Ludovicos pula menarik nafas panjang dan dihelakan lalu terkeluar wap dingin. Mereka menunggu siapa yang membuka langkah,saat ais merekah sedikit dan mereka terus membuka langkah.
SWINGGG!!!
ZRANGGG!!
Aminudden dan Ludovicos melepasi masing-masing,membelakangkan antara satu sama lain. Sunyi dan Nazryn tertanya-tanya siapa yang menang,Ludovicos tersengih kerana Aminudden melutut dan Nazryn mula risau.
"You're really something... Urgh!!" Ludovicos terus jatuh rebah selepas berkata-kata.
Aminudden hanya termengah-mengah dan bangun,dia memandang ke belakang melihat ke arah tubuh Ludovicos. Dia menghela nafas wap keluar dari mulutnya,orb berwarna hitam dipandang olehnya. Aminudden melangkah ke arah tersebut,namun satu panahan petir hampir mengenainya dan membuatkan Aminudden tercampak.
"AMINUDDEN!!" Nazryn segera menyambut sahabatnya,lalu dibawa jauh dari situ.
Merlin muncul berhampiran orb itu,Nazryn dan Aminudden terkejut. Aminudden cuba bangun namun gagal,kerana kudratnya telah habis kerana melawan Ludovicos sebentar tadi.
"Tak payah susah-susah nak bangun..kau tak mampu nak kalahkan aku..." ujar Merlin tersengih licik.
Aminudden mengetap gigi dan Nazryn menahan,orb diambil dan Merlin berjalan selamba menghampiri tubuh Ludovicos yang sudah tidak bernyawa. Tubuh Ludovicos ditikam oleh Merlin,Aminudden dan Nazryn terkejut dengan tindakan Merlin.
Tubuh Ludovicos bersinar dan terus berubah seperti patung,satu patung berwajah Ludovicos. Merlin mengangguk puas hati,dia memandang ke arah dua orang pemuda itu.
"Anggap diri kamu bertuah,kerana aku biarkan kamu berdua hidup.." kata Merlin tersenyum lalu terapung.
"Siapa kau ha?!" soal Aminudden.
"Kau boleh panggil aku Merlin... Dark Wizard..." jelas Merlin dan Aminudden mengetap gigi.
"Jumpa lagi budak..." sebaik berkata-kata,Merlin terus hilang.
=============================
Another update guys
Bagaimana?
Puas hati untuk update yang kedua ini?
Aku masih lagi ada mood
Jadi mungkin bulan ini,akan habis siri ketiga ini
That's it
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top