CHAPTER 135 : THE BLIZZARD DEMON
BOOMM!!!
KRAANG.....!!!
DEGUUMMM!!!
Luqman sambil mendukung Zareena melompat serta mengelak serangan makhluk hitam itu,Armin pula telah berjaya melarikan diri.
"Man! That creature really something!!" ujar Luqman mengeluh.
"Luqman!! Put me down! I know to take care myself!!" kata Zareena mula segan.
"Nope! That thing is really fast.. Almost as fast like me..!!" jelas Luqman.
Makhluk itu memecut ke arah mereka dengan laju,berlari seperti binatang yang paling laju. Luqman mendecih kemudian seluruh tubuhnya,diselubungi kilat dan Zareena kehairanan sebelum terasa dia bergerak dalam kelajuan yang luar biasa.
Sekelip mata Luqman muncul di hadapan Ikhwan dan Farhan berada,mereka berdua sedang dalam perjalanan ke arah mereka.
"Luqman?" soal Farhan dan Ikhwan pula hanya berlagak tenang.
"Uncle!" Zareena berkata.
"Akak tunggu dengan uncle di sini..." ujar Luqman tersenyum dan Zareena terkejut.
"Kamu gila ke? Biarkan uncle Ikhwan yang uruskan!" Zareena mula risau.
"Ada yang tidak kena?" soal Ikhwan dan Zareena memandangnya.
"Sebenarnya..." Zareena membuka cerita dan Luqman hanya diam.
Zareena menjelaskan apa yang berlaku,dia mulakan dari permulaan cerita. Semasa mereka bertemu dengan Lijart dan Armin sehingga Lijart menjadi makhluk yang tidak dikenali.
"Macam tu..." ujar Ikhwan mengangguk.
"Kau nak uruskan ke?" soal Farhan.
"Nah.. Aku rasa Luqman tiada masalah nak uruskan benda macam tu..." jelas Ikhwan tersengih.
"Uncle?!" Zareena terkejut dengan kata-kata Ikhwan.
"Luqman,boleh kau uruskan?" soal Ikhwan memandang ke arah Luqman.
Luqman yang mulanya dengan muka serius,kemudian tersengih licik dan Farhan menekup muka. Zareena pula memandang ke arah bapa saudaranya,kemudian memandang ke arah adiknya pula. Luqman terus hilang sekelip mata,Zareena tidak sempat menahan Luqman.
"Uncle! Ia bahaya!" Zareena berkata ke arah Ikhwan dengan geram.
"Kau ingat adik kamu tu lemah ke?" soal Ikhwan.
"Saya tahu Luqman di bawah ajaran uncle,tapi ada hadnya!" kata Zareena merenung ke arah Ikhwan.
"Apa yang buatkan kau pasti Luqman boleh tewaskan benda tu?" soal Farhan.
"Gerak hati..." jelas Ikhwan tersenyum.
"Apa?" Zareena tercengang dan Farhan menekup muka.
Luqman muncul dan menyepak perut makhluk aneh itu,akibatnya dia terseret ke belakang dan menghentikan benda itu dari terus mara. Luqman meregangkan otot lehernya,kemudian kedua-dua penumbuk pula.
"Sebabkan dia besar.. Apa kata kita menjadi besar juga..? Apa kata kau Avalon?" soal Luqman.
"Apa sahaja yang kau mahukan budak.." ujar Avalon,rakan seperjuangan Luqman.
Sebaik mendengar persetujuan Avalon,Luqman tersenyum dan kuasanya ditumpukan dengan segera.
"SYNCHRONISED!!!" serentak Luqman dan Avalon berkata-kata.
Luqman bersinar dan Aminudden terkejut menoleh ke satu arah,Zareena terkejut dengan apa yang dia rasai. Farhan hanya mendiamkan diri,Ikhwan hanya tersengih sahaja sebaik merasai kuasa itu.
"Alright!!" Luqman dan Avalon melakukan asimilasi,untuk membangkitkan bentuk naga.
"The real fight start from here..." ujar Luqman.
"Don't get full yourself...!!" makhluk itu bersuara dengan tiba-tiba.
"Woo... Kau boleh bercakap?!" kata Luqman tersenyum sinis
"Walaupun aku jadi macam ni.. Aku tetap mempunyai kesedaran sendiri... Inilah kuasa namanya?" soal makhluk itu ataupun Lijart.
"Korbankan segala-galanya untuk kuasa.." ujar Luqman dan Lijart memandangnya.
"Itu satu benda yang paling bodoh aku dengar..." tambah Luqman lagi dan Lijart mula berang.
"APA YANG KAU TAHU HA?!!" Lijart menjerit dan Luqman sudah berada di hadapannya dengan gerakan pantas.
DUUUSSH!!!
Satu tumbukan yang amat kuat,tepat mengenai muka Lijart dalam bentuk makhluk aneh. Lijart mula marah dan mengaum,namun mulutnya dicengkam kuat oleh Luqman dalam bentuk naga itu.
"Jangan jerit.. Sakit telinga aku..." ujar Luqman dengan dingin.
BOKK!!!!
Sekali lagi Lijart tercampak jauh,lalu terjatuh dan gegaran dirasai dari tempat Ikhwan berada. Zareena terkejut merasai kuasa Luqman,Farhan hanya memandang ke satu arah.
"Ikhwan.. Luqman tu dah boleh kawal bentuk naga dia?" soal Farhan dan Ikhwan memandangnya.
"Rasanya boleh agaknya.. Kenapa kau tanya...?" soal Ikhwan.
"Tiada apa-apa.. Aku cuma tanya.." jelas Farhan dan Ikhwan hanya memandang dia sahaja.
KRAANG..!!!!
BRAAM!!!
Lijart kembali bangkit dengan muka bengis,dia menembak seperti meriam dari mulutnya. Luqman turut membalas dengan teknik yang sama,dua serangan tersebut bertembung dan menghasilkan letusan begitu kuat sekali.
Impak angin yang kuat bertiup,Luqman menghela nafas dan asap keluar dari mulutnya. Gelombang libasan cakar melayang ke arah Luqman,dia terkejut dan terkena serangan tersebut.
Jeritan kuat daripada Luqman,sebelum terjatuh ke darat dan raksasa si Lijart mengaum. Luqman kembali bangkit dan darah mengalir,Avalon menumpukan kuasanya dan lukanya tidak serius.
"Luka kau tidak serius... Tapi kau tak boleh berlawan dengan jangka masa yang lama.." ujar Avalon dan Lijart mengangakan sekali lagi mulutnya,dia ingin menghapuskan Luqman.
"Kalau macam tu.. Kita kena tamatkannya dengan segera..." kata Luqman menumpukan kuasanya.
Luqman mengangakan mulut naganya,dan cahaya ungu kehitaman mula terhasil. Aminudden tersentak memandang ke arah di mana Luqman berada,Nazryn turut berbuat demikian dan merasakan aura yang amat kuat.
Satu bulatan magis yang besar terhasil di hadapan mulut raksasa Lijart,dia ingin meningkatkan kuasanya dan Luqman turut menghasilkan bulatan magis corak simbol naga.
"ALL SHALL PERISH!!!" Lijart menembak dari mulutnya dengan tenaganya yang amat kuat.
"THUNDER DRAGON BURST CANNON!!!" jerit Luqman bersama Avalon serentak membalas dan serangannya mengakibatkan gegaran yang amat kuat,serangan Lijart dikalahkan begitu sahaja dan Lijart tidak percaya.
"Apa?!! ARGH..!!!!!"
KRAANG...!!!
BOOMM...!!!!
Serangan yang deras menghasilkan impak gegaran dahsyat,keadaan kembali menjadi normal semula. Ikhwan serta Zareena dan Farhan merasai daya kuasa Lijart,hilang begitu sahaja dan Zareena terus pergi ke arah di mana Luqman berada. Luqman pula kembali ke bentuk manusia,dia terus terbaring melihat ke atas langit kerana kepenatan.
"Nice fight partner.." ujar Avalon.
"Thanks to you..." balas Luqman.
Zareena muncul tidak lama,Luqman tersengih apabila Zareena muncul. Kakaknya meluru ke arahnya,Ikhwan dan Farhan pula muncul tidak lama lepas itu. Luqman menyedari kehadiran Ikhwan,dia memandang ke arah Ikhwan dan sedar Ikhwan menaikkan ibu jarinya. Luqman tersengih sahaja dan menarik nafas lega.
Pada masa yang sama,Aminudden dan Nazryn berada di hadapan satu tempat yang diarahkan oleh Ikhwan. Dia dan Nazryn berpandangan,mereka mengangguk sahaja dan melangkah masuk ke tempat tersebut.
Mereka tiba di satu tempat,benda yang mereka inginkan berada di hadapan mata. Sebiji bola berwarna hitam berkilau,Nazryn dan Aminudden berpandangan sekali lagi. Mereka mengangguk tanda ingin mengambilnya,Aminudden melangkah ke hadapan dan ingin mencapainya.
"Aku tak akan ambil jika aku jadi kau.." satu suara misteri menegur,Aminudden dan Nazryn terkejut.
Lelaki berkerudung muncul dan ingin menyerang Aminudden dari belakang,namun Aminudden lebih pantas dan menangkis serangannya dengan pedang bilah berwarna biru laut. Aminudden mendecih dan menolak lelaki misteri itu ke belakang sedikit,kemudian terus ingin menetaknya.
Tetakan Aminudden tersasar hanya terkena kain kerudung,lelaki itu berjaya mengelak dan mendarat tidak jauh daripada Aminudden berada. Ludovicos tersengih dan Aminudden menyedari pedangnya sudah terbeku,dia memandang ke arah Ludovicos semula.
"Siapa kau?" soal Aminudden.
"Siapa aku itu tidak penting.." ujar Ludovicos menyentuh dinding berhampiran,sebaik disentuh dinding itu terus membeku kesemua tempat itu dengan sekelip mata.
"Sebab korang akan mati membeku di sini..." kata Ludovicos sinis.
"Apa kau kata??!" Nazryn mula geram dan Aminudden menahannya.
"Ouh... Begitu..." ujar Aminudden tersenyum Iicik,api birunya membara di bilah pedangnya.
Aminudden mencacakkan pedangnya ke tanah,kemudian dibakar seluruh kawasan dan tempat itu kembali normal. Ludovicos agak terkejut kemudian memandang ke arah Aminudden,dia sedar individu di hadapannya bukan sembarangan.
"Ludovicos The Blizzard Demon,gelaran itu diberikan sebaik sahaja membekukan sebuah negara.. Membunuh jutaan orang tidak berdosa,ditangkap dan ditidurkan dalam lautan pasifik yang begitu dalam..." ujar Aminudden membaca maklumat dalam smartphone dia,Ludovicos mendiamkan diri sahaja.
"Dia hanya mampu dikalahkan dengan bara api biru..." ujar Aminudden melirik ke arah Ludovicos,smartphone disimpan semula ke dalam saku seluarnya.
"Maklumat mengenai aku hah? Menarik.. Tapi api kau.. Membuatkan lebih menarik.." Ludovicos berkata dengan tersenyum sinis.
"Aku akan bakar kau hidup-hidup..." kata Aminudden dengan renungan yang menakutkan.
"Aku berminat ingin tahu bagaimana..." ujar Ludovicos tersengih licik.
Aura yang menakutkan berlaga diperhatikan oleh Nazryn,dia menelan air liur dan tersenyum kelat.
"Dua ekor raksasa akan bertarung sekejap lagi..."
==========================
Yoo!
Hellooo and good day to my reader
How are you?
Good or bad?
Aku harap korang berjaya atasi dengan senyuman
Sila beri komen dan vote
Itu je
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top