CHAPTER 134 : SITUATION GETTING MORE WORST
Please put on your headphones for immersive experience
Satu tempat yang agak sunyi,diganggu dengan bunyi letupan yang kuat dan nyaring. Luqman dan Zareena berundur melompat,kemudian mendarat dan Armin dan Lijart muncul.
"Nampaknya seorang lagi agak berbahaya..." ujar Luqman.
"Dragonslayer huh?" soal Zareena pula.
Armin tidak berkata apa-apa,cuma mengacukan kedua-dua pistol lalu picu ditarik. Mereka dua beradik segera mengelak,berguling ke tepi dan Luqman menghasilkan kilat.
Luqman membuatkan kilat itu ke bentuk kunai,lantas berbalas dengan tembakan Armin. Zareena pula diburu oleh Lijart,dia menyimpan dendam dan ingin membunuh Zareena.
Lijart sekelip mata berada di belakang Zareena,Luqman mendecih dan menghasilkan kunai dari kilatnya. Dia terus membaling ke arah Lijart,menyedari perkara terus Lijart mengelak. Zareena agak terkejut kerana dia tidak mengesan Lijart berada di belakangnya,Zareena menelan air liur.
"Terima kasih..Luqman!" ujar Zareena.
"Fokus akak... Kita akan mati jika main-main..." jelas Luqman.
"Lawan kau adalah aku!" Armin menembak dengan semakin laju.
Luqman hanya mendecih kemudian menangkap semua peluru,Armin hanya memerhatikan sahaja kerana dia tahu semua rancangan tidak berjalan lancar. Luqman memetik jari dan peluru yang dia tangkap,dijentik dengan laju sebutir demi sebutir.
Armin menghasilkan perisai dengan kuasanya,dia mengeluh kemudian mengisi semula pelurunya.
"Ambil balik peluru kau...aku tak nak.." ujar Luqman dengan muka selamba.
"Berlagak kau ya?" Armin mula geram.
Armin segera merapatkan kedua-dua senjatanya,kemudian berubah menjadi selaras senapang patang. Luqman terkejut dan mula faham apa jenis kelas Armin,dia segera merapatkan kedua tapak tangannya lantas Violet Jed Katana dalam genggamannya.
Armin terus menarik picu,Luqman membelah tembakan dan letupan kuat terhasil di belakangnya. Luqman agak terkejut tetapi dia tersengih,lawannya bukan sembarangan dan Luqman terus meluru ke arah Armin dengan laju sekali.
Mereka berlaga senjata dan Luqman sedar senjata milik Armin,bukanlah senjata biasa yang mampu melepaskan ledakan tembakan sahaja. Senjata Armin dapat dijadikan alat lawan jarak dekat,Luqman dan Armin terus berlaga senjata.
TANG!!
KRAANG!!!
BAAM! BAAMM!!
Gerakan Armin amat berlainan,Luqman berfikir dia tidak akan dapat tewaskan Armin dalam masa yang singkat. Armin mengubahkan bentuk senjata,Luqman pula menunggu dan terkejut apabila senjata jenis gatling berada dalam pegangan tangan Armin.
"Ouh shit...!"
TRRRRR!!!!
TRRRRR!!!!!
Luqman memusingkan pedang dan menangkis tembakan Armin,namun menumpukan kuasa elemen kilat. Kakinya mengalir aura kilat berwarna ungu,sekelip mata dia sudah berada rapat dengan Armin. Pedang digenggam erat dengan kedua-dua tangan,Armin terkejut sebelum hayunan pedang dilakukan.
ZWING!!!
Armin berjaya mengelak dan berundur,dia terkejut apabila topengnya terbelah. Luqman hanya berdiri tegak,pedangnya kembali dipegang dengan sebelah tangan kanan.
"Not bad kid..." ujar Armin menutup semula mukanya,dengan topeng yang baru tetapi rekabentuk sama.
"You should be fine without that mask.." ujar Luqman tersenyum.
"Thank you.. But this is my identity.." jelas Armin.
Luqman hanya mengangkat bahu,dia kembali memasang posisi kekuda. Pedang berbilah warna ungu,dihunus dengan kemas. Pistol kembali normal dan Armin juga bersiap-sedia,menarik picu dan tembak bertalu-talu.
Luqman menarik dan menyisirkan tangan pada bilah pedang,kemudian menepis tembakan peluru daripada Armin. Luqman menangkis dengan tenang,manakala Zareena melompat berundur mengelak serangan bayangan bentuk jarum daripada Lijart.
"Hey! What's wrong? Scared??!" soal Lijart melakukan provok.
"Too noisy..." ujar Zareena selamba mengelak serangan Lijart.
Zareena menahan serangan kemudian bergerak pantas,sekelip mata muncul di hadapan Lijart secara berpusing. Tidak sempat Lijart berbuat apa-apa,tendangan Zareena tepat mengenai muka Lijart dan lelaki itu terus terpelanting jauh.
"Arggh...!!!" jerit Lijart.
"Ah.. Maaf,sakit ke?" soal Zareena.
"Kau memang nak mampus! Perempuan!!" Lijart menjerit berang.
Lijart meningkatkan kuasanya dan bayangannya,membesar serta bentuk seekor raksasa terhasil. Zareena terkejut dan aura yang menakutkan,dirasai dari bayangan tersebut. Lijart menyentuh bayangan raksasa itu,lalu membentuk sabit yang besar.
"Aku akan potong badan kau!!!" ujar Lijart penuh dengan renungan dendam.
"Sabit tu masalah..." Zareena berkata sambil tersenyum kelat.
Lijart terus meluru ke arah Zareena dengan pantas,Zareena terkejut sebelum mengelak libasan kilat daripada Lijart. Zareena segera mengelak serangan libasan demi libasan oleh Lijart,hujung sabit terbenam ke dalam tanah.
Lijart memegang tongkat sabit dengan kedua-dua tangan,digenggam sekuat hati lantas menyungkit ke udara. Hayunan melangit secara deras,Zareena dapat elak tetapi bajunya sedikit koyak.
"Refleks yang cantik.." ujar Lijart.
Zareena hanya mengeluh kemudian menarik nafas panjang,kedua-dua tapak tangannya dirapatkan. Nafas diatur dengan kemas,Luqman yang bertarung berhampiran kawasan itu menyedari apa yang ingin dilakukan oleh kakaknya itu.
"First Stage,release..!" sebaik Zareena berkata sedemikian,tekanan kuasa terlepas dan Lijart terkejut.
"Apa yang dia buat? Kenapa kuasa dia semakin kuat?!" soal Lijart tidak percaya.
Zareena melepaskan helaan nafas pendek,dia mengepalkan kedua-dua penumbuk. Matanya dipejamkan dan Lijart hanya memerhatikan sahaja,sebaik mata Zareena buka sekelip mata gadis itu sudah berada rapat di hadapan Lijart.
"Apa?!"
DUSSHH!!!
Lijart tercampak ke belakang dan Zareena dalam keadaan tangan gaya baru lepas menumbuk,tegak dihulurkan ke hadapan nafas dihelakan dengan teratur. Armin terkejut dengan apa yang berlaku,Lijart terpelanting hanya dengan tumbukan biasa?
"Kau mesti fikir itu tumbukan biasa bukan?" soal Luqman dan Armin terkejut.
"Bagaimana kau?" soal Armin dan dipotong oleh Luqman.
"Tahu apa yang kau fikir? Senang kata reaksi kau aku sudah biasa nampak.." ujar Luqman tersengih.
"Akak aku mempunyai seni pertarungan asli naga.." jelas Luqman dan Armin terdiam membesarkan matanya.
"Maksud kau..." Armin menduga.
"Yeah... Dia ada tiga tahap pertarungan.. First Stage,Dragon Fist.. Second Stage Dragon Aura and Final Stage Dragon OverDrive.." jelas Luqman.
Letusan berlaku dan Lijart bangkit,lalu mendarat di hadapan Zareena. Aura gelap semakin kuat di dalam tubuh Lijart,Zareena pula hanya mendiamkan diri dan menghela nafas pendek. Sekali lagi dia bergerak di hadapan Lijart,tindakan Zareena mengejutkan Lijart sehingga tidak dapat bereaksi.
DUUUSSH!!!
KRAANG!!!
Lijart menghemburkan darah dan tercampak secara berpusing,lalu terbaring ke tanah dan dia mengetap lalu menjerit dengan kuat. Simbol tatu yang aneh di tubuhnya,mula menyala dan Zareena mula mengesan sesuatu yang tidak kena.
Aku akan mati di sini?
Aku tak boleh!
Aku...
Aku tak boleh...
Grrr....
"AKU TAK BOLEH TERIMA SEMUA NI!!" Lijart mengaktifkan satu kuasa misteri.
"AKU AKAN HANCURKAN SEGALA-GALANYA JIKA AKU TERPAKSA GADAIKAN ROH AKU!!!"
Letusan kuasa yang amat kuat itu,menarik perhatian mereka yang berhampiran. Ikhwan dan Farhan hanya memandang ke satu arah,Aminudden dan Nazryn hanya berpandangan.
Letusan kuasa bayang memenuhi seluruh kawasan,Armin tergamam dan teringat satu simbol tatu aneh pada tubuh Lijart. Wajah Merlin bermain di mindanya,dia mengetap gigi geram melihat Lijart berubah menjadi makhluk yang aneh dan besar.
"That damn wizard!" ujar Armin.
Luqman menghampiri Zareena dan dua beradik itu,berpandangan dan memandang makhluk gergasi tersebut.
"Satu lagi masalah.." ujar Luqman.
"Setuju..." balas Zareena.
=============================
Seperti yang dikatakan oleh Luqman
Masalah bertambah
Apa yang akan berlaku
Apa tindakan Luqman?
Well
Kena tunggu update seterusnya
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top