CHAPTER 133 : CAVERNSEEKER


Lijart dan Armin berdiri di satu tempat,mereka diarahkan mencari orb yang masih ada di sekitar bumi Mithgar. Pada masa yang sama juga,Zareena dan Luqman juga diarahkan oleh Ikhwan.

Luiz sudah memulakan langkah,masa semakin suntuk jika lambat dunia akan kucar-kacir. Khaizo pula turut menyertai digandingkan bersama Fasha,tiada masalah sebenarnya kerana mereka pernah berganding bahu sebelum ini.

Ikhwan pula bersama Farhan seperti biasa,Aminudden pula bergerak bersama Nazryn. Aminudden hanya menjeling ke arah kerana yang digendong,Nazryn kehairanan dengan jelingan Aminudden.

Luqman dan Zareena bergerak melompat dari dahan ke pokok,pindah ke dahan pokok yang lain.

"It's been a while right?" soal Zareena.

"What?" soal Luqman pula.

"We in tag team dummy.." jelas Zareena.

"Yeah.. It's been so long..."

"Right?"

Ikhwan dan Farhan berhenti di satu tempat,sebuah kawasan lautan yang penuh dengan ribut taufan. Seolah-olah tiada henti bagi ribut tersebut,dia dan Farhan berpandangan.

"Kau ada cara nak harungi lautan ni?" soal Farhan.

"Tengah fikir... Nak redah macam tu je memang tak boleh la..." ujar Ikhwan.

"Jangan cari nahas..."

"Memang tak..."

"Jadi bentuk naga?" cadang Farhan.

"Rasanya kau yang nak cari nahas.." ujar Ikhwan pula dan Farhan hanya tersengih.

"Jadi kau ada cadangan yang baik?" soal Farhan dan ketika Ikhwan cuba menjawab,bunyi jeritan yang amat kuat kedengaran.

Ikhwan dan Farhan terdiam serta aura yang mereka rasai,tidak salah lagi dan sesuatu yang mengerikan sedang bangun dari dasar laut.

"Something lurking from the deep ocean.." ujar Farhan.

"I guess we don't have a choice..." ujar Ikhwan dan rambutnya berubah menjadi kemerahan,Farhan pula rambutnya berubah menjadi putih.

Ikhwan dan Farhan berpandangan,mereka mengangguk,kemudian mereka terus terbang melalui kawasan bahaya tersebut.

The Deeply Ghost Sea,lautan yang penuh dengan roh-roh dari anak kapal yang karam. Lautan itu dikatakan larangan bagi pelayar kapal kecil,peratusan besar akan berlaku kematian jika mereka degil berlayar juga.

Namun kemaraan mereka dihalang oleh satu putaran puting beliung,Ikhwan dan Farhan mengelak kemudian menoleh ke satu arah. Merlin terapung dalam keadaan tangan dihalakan ke depan,di belakangnya pula ada Luiz.

"Aku tak boleh bagi kau halang jalan aku,Iskandar Successor..." Luiz berkata memberi amaran.

Ikhwan dan Farhan berpandangan dengan Luiz dan Merlin,dengan latar belakang penuh taufan serta ombak tidak stabil silih berganti. Seekor raksasa gergasi kelihatan dari belakang Luiz,Ikhwan dan Farhan mendecih kerana mereka sudah terlambat.

"Hentikan semuanya Luiz.. Kau dulu adalah salah seorang dari kami.. Kenapa kau tergamak nak hancurkan dunia ni?" soal Farhan.

"Aku tak perlu beritahu kamu..." ujar Luiz dengan muka tanpa emosi.

"Hentikannya Farhan..." ujar Ikhwan apabila Farhan cuba berkata untuk memujuk Luiz.

"Ikhwan?" soal Farhan kehairanan..

"Tiada kata-kata kau mampu sampai ke hati dia... Sekarang dia bukan lagi Luiz Morgan yang kita tahu sebelum ni.." jelas Ikhwan dan Farhan mendecih memejamkan mata,mereka berdua terus menghunuskan pedang masing-masing.

"Yortsed meth (hapuskan mereka)..." ujar Luiz dan raksasa di belakangnya,mengaum sekuat hati..

"Berseronoklah.. Mari pergi Merlin..." ujar Luiz dan hilang begitu sahaja.

"Jadi jumpa lagi.. Lagi-lagi kau Dragon Wind..." Merlin berkata sambil tersengih dan terus hilang dari pandangan,Farhan hanya mendiamkan diri.

Raksasa tersebut menembak ribuan meteor,Farhan mengelak dan Ikhwan menangkis serta membalas serangan. Ikhwan mengambil langkah beberapa detik,sekelip mata dia hilang dan muncul serentak menujah sepakan kaki tepat ke pipi Cavernseeker.

DUUUSSH!!!

Farhan juga menggunakan kelebihan pada elemen angin,bergerak lebih pantas dari tiupan dan menumbuk dagu raksasa itu sehingga terdongak.

Namun serangan mereka tidak cukup kuat untuk menumpaskan raksasa gergasi itu,Ikhwan mengangkat sebelah tangan kanan ke udara. Api biru marak terhasil dan menjadi bola gergasi,Farhan juga sama merapatkan sedikit kedua tapak tangannya.

"SUN DESTROYER!" Ikhwan melancarkan serangan.

"HEAVY GAL!" Farhan menyusul dan kedua serangan mereka bergabung.

Serangan tersebut mengenai raksasa itu sehingga menjerit,cukup menggegarkan seluruh dunia dan Luqman merasai daya kuasa yang amat kuat itu. Tidak kurang pada Aminudden,dia melutut tanpa sengaja dan nafasnya sesak.

Serangan hebat daripada Ikhwan dan Farhan tidak berkesan,Ikhwan mendecih kemudian merenung tajam ke arah Farhan.

"Apa?" soal Farhan.

"Han..kita kena lakukan Fusion.." ujar Ikhwan.

"Apa?" Farhan terkejut.

Mereka berdua berpandangan kemudian mengangguk,lalu kuasa ditumpukan sepenuhnya. Tubuh mereka bercahaya lalu cahaya itu,menjadi satu lalu Fang muncul.

"Emoc! Yhtlif erutearc!! (Marilah raksasa kotor!)" jerit Fang tersenyum sinis.

Raksasa bernama Cavernseeker menjerit dengan lantang,seluruh kawasan lautan berkocak menghasilkan ombak yang amat besar. Raksasa itu menghayunkan tangan ke arah Fang,namun ditahan oleh sesuatu bagaikan dinding halimunan.

"Apa kata kita ubah lokasi.." ujar Fang sudah berada di hadapan perut Cavernseeker.

Fang sentuh dan mereka hilang daripada pandangan,sekelip mata mereka Cavernseeker dibawa ke dimensi yang asing. Dimensi yang sudah hancur tanpa ada sesiapa hidup,Lost World.

"Jadi kita boleh bertarung tanpa fikrkan orang lain..." ujar Fang dan badannya bercahaya lalu membesar.

Pada masa yang sama Luqman merasai kuasa tersebut,Zareena pula tidak dan Luqman terasa gerun dengan daya kuasa yang dia rasai. Tetapi dia kekal mara namun dengan tiba-tiba,menyerang mereka dengan mengejut.

"Siapa? Tunjukkan diri kamu!" Luqman memberikan amaran.

"Alamak dapat elak pula..." ujar satu suara dari belakang,Zareena dan Luqman memandang ke arah suara itu menegur.

Seorang lelaki bertopeng dan seorang lagi berhud merah,Armin dan Lijart muncul untuk menghalang mereka berdua.

"Remember me woman?!" soal Lijart geram.

Seekor naga muncul di hadapan Cavernseeker,ngauman dan impak gegaran membuatkan Cavernseeker berundur setapak dua belakang.

"KAU TAK BOLEH DIBIARKAN WUJUD..." ujar naga itu atau transformasi Fang dalam bentuk naga.

Raksasa itu terus meluru laju ke arah naga putih,sayap dikibaskan dan menahan kemaraan Cavernseeker. Rantai emas keluar melilit Cavernseeker,kemudian naga putih mengangakan mulutnya.

"Masa untuk tamatkannya..!" ujar naga putih itu atau Fang,mulutnya keluar cahaya yang terang.

"DRAGON JUDGEMENTS CANNON!!!"

Serangan tersebut menerangi seluruh kawasan,dimensi tersebut itu diterangi cahaya keputihan. Sehingga tiada warna kehitaman,Cavernseeker hancur sekelip mata dan Luiz memandang ke arah tapak tangannya.

Sebiji bebola orb hitam terhasil,Luiz tersenyum simpul sebelum beredar.







=========================

Hellooo guys

I'm back with this series

Sorry kalau lambat,sebab mood ke laut

Idea ada

Tapi mood mengarang takde memang tak boleh buat apa

Harap terhibur

Berikan komen dan vote

That's it

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top