CHAPTER 131 : SHE'S WHAT? HUH?
Ikhwan memegang sebiji orb warna gelap keunguan,Nao turut bersama ditemani Luqman,Aminudden,Zareena dan Intan. Mereka semua berada di satu tempat,di kawasan luar kota.
"Apa yang kita nak buat dengan orb ni?" soal Luqman.
"Hancurkan.." jawab Ikhwan pendek.
"Eh?? Macam tu je?" soal Aminudden.
"Kalau tak nak buat apa? Main guli?" kata Ikhwan selamba dan mereka berdua terus terdiam.
"Kenapa tak hancurkan terus je?" soal Nao.
"Kamu gila ke? Nak hancurkan negara ni?" kata Ikhwan.
"Kenapa uncle kata macam tu pula?" Intan bertanya ingin tahu.
"Orb ni mewakili soul salah satu dari empat raksasa tu.. Setiap orb mempunyai tekanan kuasa yang amat besar..." jelas Ikhwan dan Zareena menyedari sesuatu.
"Erti kata lain,ia seperti sebutir bom nuklear?" Zareena menduga.
"Bingo! Betul kata Zareena tu,jadi kita ken ke angkasa lepas..." jelas Ikhwan tersengih dan mereka semua kecuali Nao,terdiam kemudian memandang ke arah Ikhwan.
"HA???!"
Reezal membaca laporan dan maklumat dari monitor dekstop,dia hanya fokus selesaikan kerjanya. Tidak lama lepas itu dari tingkap sebelahnya,Reezal nampak sebuah kapal berlepas ke udara.
Kapal yang dimaksudkan
"
Ha?" Reezal hanya mampu tersengih berpeluh.
Kapal armada berwarna kelabu merah terbang ke arah langit,Ikhwan hanya tersengih di kawasan kokpit. Juruterbang hanya mampu pasrah,Luqman dan yang lain kawasan penumpang sekadar mendiamkan diri.
"Kalau tak buat gila tak sah orang tua ni.." ujar Luqman pasrah.
Akhirnya kapal itu kini berada di kawasan langit yang amat tinggi,juruterbang itu hanya menoleh ke arah Ikhwan. Luqman dan Aminudden hanya memerhatikan keadaan luar,Nao dan Intan teruja melihat permandangan di luar.
"Okay guys.. Masa untuk keluar.." ujar Ikhwan muncul menjengah dari pintu bilik tersebut.
Luqman dan yang lain hanya mengikut sahaja,kini Ikhwan bersama Luqman dan Aminudden. Intan dan Zareena serta Nao,mereka berada di luar kapal. Sebiji bola orb itu diperhatikan,Ikhwan memandang ke arah yang lain
"Luqman kamu sedia tembak okay kalau orb ini uncle baling ke luar atmosfera.." ujar Ikhwan dan Luqman hanya sekadar mengangguk sahaja.
"Sedia.. Baling!!!" Ikhwan terus baling dengan deras orb tersebut,terbang laju sehinggakan ke luar kawasan atmosfera.
Luqman pula hanya menghasilkan kilat kemudian dibentuk menjadi lembing,dia menarik nafas panjang dan dihelakan kemudian terus merejam lembingnya. Semua yang berada di situ memerhatikan lembing itu terbang laju,gelagat mereka diperhatikan oleh juruterbang kapal tersebut dengan pasrah.
Lembing yang dihasilkan dari kuasa kilat Luqman,merempuh orb tersebut dan merekah sedikit lalu semakin lama semakin banyak cahaya keluar dari rekahan itu. Tidak lama kemudian letupan yang amat kuat,setanding nuklear berlaku dan mereka semua terdiam kecuali Ikhwan dan Nao.
"Wow.. Macam bunga api.." ujar Ikhwan selamba.
"Oi..!"
Reezal yang mendengar letupan itu dari balkoni,sambil mendongak ke atas langit dengan perasaan risau.
"Apa yang berlaku?"
Letupan tersebut menarik perhatian ramai daripada orang awam,mereka yang berjalan di kaki lima menyedari bunyi letupan yang amat kuat.
"Uncle jika benda ni ada banyak,bukankah berbahaya?" soal Luqman risau.
"Ya.. Mungkin.." ujar Ikhwan.
"Jangan 'mungkin' dengan kami!" kata Luqman meninggikan suara.
"Cuba bawa bertenang,selagi belum ada sesiapa yang menjumpai benda tu.. Masih dalam keadaan yang selamat.." jelas Ikhwan.
"Tapi uncle.." Luqman masih lagi risau namun perbualan mereka diganggu oleh panggilan telefon,Ikhwan mengambil smartphone dari poket seluar.
Ikhwan menjawab panggilan tersebut dan menjadi tanda tanya,Luqman tertanya bagaimana ada talian sebab mereka berada hampir di kawasan lapisan ozon.
"Baiklah... Aku faham.." ujar Ikhwan menamatkan panggilan,Nao menghampiri dia.
"Ada sesuatu yang tidak kena?" soal Nao.
"Dia dah balik..." ujar Ikhwan menjawab pertanyaan Nao.
"Siapa?" soal Zareena.
Ikhwan tidak menjawab soalan Zareena dan beredar,mereka tertanya-tanya siapa yang Ikhwan bualkan dengan Nao. Luqman hanya kehairanan dan menghela nafas pendek,kemudian Aminudden menggeliat panjang.
"Auntie Nao..." kata Intan lembut memanggil Nao,wanita itu menoleh ke arahnya.
"Ada apa Intan?" soal Nao sambil tersenyum lembut.
"Siapa yang uncle maksudkan tu?" soal Intan ingin tahu dan yang lain mengangguk,mereka juga ingin tahu.
Nao agak terkejut dengan pertanyaan Intan,kemudian dia tersenyum sahaja dan mengusap kepala Intan.
"Nanti balik ke Mentari,kamu akan tahu..." jelas Nao.
"Itu tak membantu..." ujar Luqman kesal dan Nao hanya tersenyum kelat,dia terus melangkah pergi.
Empat beradik itu hanya memerhatikan wanita tersebut beredar,Luqman pula hanya menghela nafas pendek.
Sebaik turun semula ke bumi,Ikhwan sudah hilang dan Luqman pula bersama Aminudden melepak di kafe Arjuma. Mereka berbalas pandangan,kemudian serentak menghela nafas pendek.
"Aih korang.. Macam kereta pasang turbo bunyi..? Apahal?" soal Arjuma meletakkan minuman yang mereka pesan.
Mereka tersentak kemudian memandang ke arah Arjuma,maka mata masing-masing bersinar-sinar melihat Arjuma. Tetapi Arjuma mengetuk kepala mereka,dengan dulang plastik
"SAKIT LA UNCLE!" ujar mereka serentak.
"Siapa suruh senyum macam tu?" soal Arjuma dengan muka tiada perasaan dan dua beradik mengeluh.
"Sebenarnya...."
Maka Luqman dan Aminudden menceritakan apa yang berlaku tadi,Arjuma hanya mengangguk sahaja mendengar cerita mereka.
"Jadi macam tu la ceritanya.." ujar Aminudden.
"Ouh...mungkin tu Fasha Khaireena Al'Iqram.." jelas Arjuma menjawab soalan mereka.
"Fasha.. Apa?" soal mereka dua beradik serentak.
"Fasha Khaireena Al'Iqram.. Wanita yang pernah ada hati dengan uncle kamu.." jelas Arjuma lagi.
Sebaik mereka dengar jawapan tersebut,Luqman dan Aminudden melopong agak lama lalu tersedar.
"EH!!???"
Sebuah lapangan kapal terbang utama di Green City,Ikhwan berdiri di pintu keluar bagi penumpang yang baru tiba di lapangan kapal terbang tersebut. Suasana di situ agak sibuk dengan penumpang lalu lalang,agak sukar untuk mencari seseorang dan Ikhwan hanya menunggu sahaja sambil memerhatikan waktu di jam tangannya.
"Ikhwan?" soal satu suara dan Ikhwan menoleh.
"Fasha..." ujar Ikhwan melihat seorang wanita berambut putih,sambil tersenyum dengan penampilan yang elegan.
"Ikhwan... I'm miss you!!!" ujar wanita ingin menerkam ke arah Ikhwan.
Namun Ikhwan terus mengelak,lalu wanita itu melanggar dinding di belakang Ikhwan berdiri sebentar tadi. Ikhwan memandang dengan muka selamba,wanita tersebut menekup mukanya.
"Sakit.." keluh wanita itu.
"Maaflah..sakit ke?" soal Ikhwan tersengih.
"Nah..nampak muka kacak awak terus hilang... Hehe..." ujar wanita tersebut atau namanya,Fasha Khaireena Al'Iqram atau Fasha dan Ikhwan agak terkejut kemudian menekup mukanya.
"Walaupun dah lama tak jumpa.. Kau langsung tak berubah..." ujar Ikhwan tersengih sambil menggelengkan kepala dan Fasha hanya tersenyum sahaja.
FASHA KHAIREENA AL'IQRAM
============================
Watak baru lagi?
Hahaha
Jangan marah,ia pengenalan sahaja
Fasha ni rakan lama Ikhwan semasa di akademi,ataupun cinta lama?
Siapa tahu
Nak tahu kena sabar la
Tunggu lagi okay untuk sambungn seterusnya
Itu sahaja
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top