CHAPTER 130 : WARNING AND DETERMINATION
Aminudden diletakkan pada bawah pokok tempat berteduh,V memeriksa keadaan Aminudden sambil diperhatikan oleh Zareena yang sedang risau. V memejamkan matanya kemudian,dia menghela nafas pendek.
"Tiada apa yang serius.. Dia cuma kehabisan tenaga je.." jelas V.
"Syukur la..." Zareena menghela nafas pendek lega Aminudden selamat.
"AKU TAKKAN KALAH!!!" Aminudden yang sedar dari pengsannya lalu menjerit.
Zareena terkejut dan V pula tergamam serta suasana menjadi senyap seketika,Aminudden pula tersengih dan tangannya pada dada V. Tangan Aminudden seketika meramas dada V,Zareena pula tertunduk wajahnya disembunyikan.
Boin!
"Ah...!" V mengeluh dan segera Aminudden mengalihkan tangannya.
"MAAF!!" ujar Aminudden dan V hanya mendiamkan diri.
"Aminudden Al'Reezal...." ujar Zareena dan Aminudden menelan air liur,lalu perlahan-lahan kepalanya menoleh ke arah kakaknya.
"Sedar sahaja dari pengsan kamu sudah memegang dada kawan kakak.." ujar Zareena dingin dan V hanya membelakangkan mereka.
"Tak kak! Ini salah faham! Saya bukan sengaja..." Aminudden mempertahankan dirinya.
"Tak kira sengaja atau tidak,situ adalah bahagian sensitif wanita!!" ujar Zareena dengan renungan membunuh.
Aminudden menelan air liur,malah apa yang menakutkan lagi adalah Zareena meregangkan jari-jemarinya. Aura bunuh jelas terasa dan Aminudden sudah berpeluh-peluh,dia tersengih kelat.
"Ada kata-kata terakhir?" soal Zareena dan Aminudden hanya mampu tersengih sahaja.
"I'M REALLY SORRY!!!" jeritan Aminudden bergema.
Langkah Luqman terhenti dan Intan pula kehairanan,kenapa abangnya berhenti dari terus berjalan?
"Kenapa ni bang?" soal Intan.
"Abang macam dengar bunyi abang Aminudden kamu tu menjerit..." jelas Luqman.
"Ha? Perasan abang je kot.. Cepat,nanti kalau lambat apa-apa boleh jadi.." kata Intan menarik tangan abangnya.
Satu tempat yang dipenuhi debu,peti kotak berwarna hitam gelap dan seperti peti untuk posmen letak surat. Intan menoleh ke arah abangnya,Luqman mengangguk memberikan kebenaran untuk Intan meleraikan kurungan yang dipasang pada peti tersebut.
Sebaik magis kurungan dileraikan,peti hitam itu segera dibuka. Sebiji bola seperti guli sebesar bola golf,ada kemas diletakkan di dalamnya. Intan mengambil orb tersebut,mereka menyedari kehadiran Zareena dan Aminudden.
V pula telah beredar awal,muka Aminudden yang lebam menjadi tanda tanya pada Luqman. Intan sekadar memeluk lengan Zareena,menunjukkan orb yang mereka berjaya perolehi.
"Look sis! We got this thing!" ujar Intan dan Zareena tersenyum.
"That's good...." kata Zareena pula.
Luiz berdiri sambil memejamkan matanya,bulatan magis sepuluh warna pada dinding di hadapan dia hilang satu warna. Dia menghulurkan tapak tangan pada warna yang baru pudar,kuasa magis hitam diaktifkan dan terhasil patung berwajah Averardus.
"Dua tumbang.." ujar Luiz pendek.
"Tak guna budak perempuan tu!!" jeritan suara kedengaran,membuatkan Luiz memandang ke luar.
Lijart dalam keadaan sedang dirawat,dia meluahkan ketidak puas hatinya. Apa yang lebih malu kalah pada seorang perempuan,dia bersumpah akan cari perempuan dan bunuhnya.
"Bertenang Lijart.. Kamu kena bersabar,jika tidak kamu akan tewas..." Gerbertus mencelah dan Lijart mendecih kegeraman.
Lijart tidak berkata apa-apa sebaik siap rawatannya,dia terus beredar tanpa pedulikan panggilan Gerbertus. Lelaki tersebut memerhatikan Lijart pergi,
"What a troublesome fellow..." ujar Merlin yang muncul dengan memegang cawan.
"Kalah pada seorang wanita.. Itu tanda dia lemah..." ujar satu suara dan mereka menoleh ke arah suara tersebut,
Ludovicos duduk di hujung kawasan tersebut,dia turut berada di situ ketika Lijart bersuara meluahkan perasaan tidak puas hati.
"Jangan pandang rendah pada musuh kita... Buruk padahnya..." ujar Luiz dengan tiba-tiba.
Ludovicos tidak bersuara Luiz menegur,dia hanya mendiamkan diri. Membiarkan Luiz berkata-kata,Gerbertus sekadar mengusap belakang kepala.
"Siapa mereka tuan Luiz?" soal Gerbertus.
"Kau tahu bukan Iskandar?" soal Luiz.
"Iskandar? Maksud tuan,Iskandar Syah The Savior?" soal Gerbertus.
"Ya.. Mereka yang Lijart bertembung adalah pewaris dia... Keturunan Iskandar.." jelas Luiz lagi.
"Tidak hairan mereka hebat-hebat.." satu suara mencelah,mereka bertiga menoleh dan Merlin melangkah ke arah mereka.
"Tuan Merlin..." ujar Gerbertus.
"Aku ingin melihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri..." kata Merlin lagi tersenyum.
"Merlin..." Luiz hanya memandang Merlin tanpa emosi.
"Apa tindakan kau Luiz,mereka nampaknya menghalang tindakan kau membangkitkan empat-empat raksasa tu..." ujar Merlin.
"Aku cuma ingin selamatkan dunia yang korup ni..." jelas Luiz.
"Dengan memusnahkannya?" soal Ikhwan yang sudah muncul tanpa orang sedar.
Mereka semua terkejut kecuali Luiz,dia hanya memandang ke arah Ikhwan dengan pandangan kosong. Luiz melihat wajah Ikhwan,wajah seiras Iskandar diamati.
"Nampaknya kau benar-benar hilang akal.." jelas Ikhwan tersenyum sahaja.
"Musuh! Berani kau masuk sini?" soal Ludovicos bangkit dan ingin membuka langkah.
"Hentikannya,kau bukan lawannya..." Luiz memberi amaran dan Ludovicos terkejut.
"Ya betul tu... Jadi duduk situ diam-diam kalau tak nak sakit..." ujar Ikhwan lagi dengan sempoi senyuman seribu makna.
"Kau..." Ludovicos mula geram.
"Apa yang kau mahukan? Ikhwan Syah Al'Solleh... Iskandar reincarnation..?" soal Luiz dan semua yang berada di situ,terkejut dengan kata-kata Luiz.
"Masuk akal kerana muka mereka seiras.." ujar Merlin tersenyum sambil mengusap dagunya.
"Aku cuma mahukan kamu hentikan rancangan kamu yang nak hancurkan dunia..tu.." jelas Ikhwan.
"Kau patut tahu jawapan kami..." jelas Merlin.
"Aku tak cakap dengan kau Dark Wizard.." ujar Ikhwan dingin dan Merlin tersengih menelan air liur.
"Seperti Merlin katakan,Dragon King.. Aku tidak akan berhenti selagi dunia korup.." jelas Luiz dan Ikhwan hanya mendiamkan diri agak lama,Ikhwan kemudiannya menghela nafas pendek.
"Good grief,I thought could persuade you.. I guess its futile..." ujar Ikhwan dengan muka selamba.
"Fine... If you wanna be that way,suit yourself.. And we gonna come and crush you guys one by one..." jelas Ikhwan dan terus dari pandangan mata kasar.
Luiz hanya memerhatikan tempat Ikhwan berada sebentar tadi,dia tertanya-tanya bagaimana Ikhwan mampu teleport tanpa kehadirannya disedari.
"Sir... That man..." Gerbertus menduga.
"Yes.. Truly successor Iskandar Syah,ancestor the great nation.. Mentari.. His power beyond from what you can imagine.." jelas Luiz dengan panjang,Ludovicos hanya mendiamkan diri.
"Don't ever think to approach him.. If you guys value your life.." kata Luiz lagi dan terus beredar,Merlin hanya memerhatikan sahaja kemudian ketawa kecil.
Ludicrous hanya merenung Luiz dari belakang,dia sekadar menghela nafas pendek kemudian beredar. Gerbertus hanya memerhatikan Ludovicos pergi,dia mengeluh sahaja dan tahu Ludovicos tidak mengendahkan amaran Luiz.
"Ludovicos..."
=================================
Hellooo guys
Ini update untuk korang
Mood dah ada
Harap berterusan untuk tamatkan cerita
Aku akan berikan yang terbaik untuk reader aku yang disayangi setia menunggu hari demi hari
Terima kasih zillion
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top