CHAPTER 129 : GO BEYOND THE LIMIT


Satu kawasan lembah pergunungan berhampiran hutan,suasana sunyi sepi dan kelihatan haiwan meneguk air sungai. Tetapi kedengaran bunyi dentuman,haiwan yang sedang minum terhenti perbuatannya.

KRAANG!!

BRAAM!!!

Haiwan - haiwan yang ada terus lari bertempiaran,sebaik Aminudden terpelanting merempuh pokok di situ. Pokok yang dirempuh terus tumbang,dia mendongak dan Averardus sudah berada di atas udara sambil ingin menghentaknya.

Aminudden terus mengelak dan hentakan tangan Averardus,mengakibatkan rekahan yang amat besar dan teruk di tanah. Averardus mendongak melihat ke arah Aminudden,kemudian pemuda itu mendarat tidak jauh dari Averardus.

"Kenapa kau berundur? Kata nak bunuh aku?" soal Averardus mencabar.

"Jangan nak berlagak orang tua.. Aku hanya menyesuaikan keadaan..." ujar Aminudden mengibas kawasan bahunya.

"Menyesuaikan keadaan? Kau mengarut apa?" soal Averardus.

"Aku tak mengarut.. Aku membaca gerakan musuh.. Seberapa kuat tindakannya mampu aku tahan atau cara untuk menyerang balas..." jelas Aminudden.

"Cukup tu..aku akan tanam kau hidup-hidup.." ujar Averardus terus menumpukan kuasa pada tangan kirinya.

Averardus membongkok seperti merukuk dan tangan kanan,diletakkan buku lima di tanah dan Aminudden menyalakan api birunya. Suasana kembali sunyi dan haiwan-haiwan liar,memerhatikan dari balik semak.

Aminudden dan Averardus terus meluru ke arah satu sama lain,penumbuk Aminudden membara dan penumbuk tangan kiri Averardus bersinar-sinar.

DUUUSSH!!!

Penumbuk mereka berlaga dan menghasilkan impak angin kencang,tanah merekah dan bergegar. Aminudden menyepak dan Averardus menahan kemudian dia mencengkam kaki Aminudden,Averardus terus menghempas Aminudden pada tanah.

Aminudden mengerang kesakitan,dia mengetap gigi dan menujah tapak kaki ke muka Averardus. Pahlawan kegelapan itu terlepas tangannya,kaki Aminudden kembali bebas. Aminudden segera backflip dan tangannya berapi,semakin marak dan Aminudden merenung Averardus tajam.

"FEATHER FLAME!!!!"

ZROOSSHH!!!!

"ERGH!!!" Averardus terseret ke belakang akibat semburan api marak.

Aminudden memandang Averardus yang sedikit hangus bahagian tubuhnya,mereka berbalas renungan tajam kemudian berbalas tembakan libasan kuasa masing-masing.

TUSSH!!

ZRASSH!!!

BRAAMM!!!!!

Aminudden kembali meluru ke arah musuh dengan kelajuan penuh,Averardus pula melagakan kedua penumbuk. Matanya bersinar dan bajunya terus koyak akibat kuasa dalamannya,Aminudden terkejut sebelum tumbukan padu mengenai perutnya.

Averardus bergerak dengan kelajuan sama seperti abangnya,mungkin lebih pantas fikir Aminudden yang melutut kesakitan pada perutnya. Tidak cukup dengan itu Aminudden disepak oleh Averardus,dia tercampak merempuh pokok dan terduduk.

Averardus sekali lagi bergerak pantas dan memberi tumbukan padu,tepat ke muka Aminudden kemudian tumbukan bertubi-tubi berlaku dengan pantas. Averardus memberikan Aminudden kesakitan,Averardus tersengih licik.

"Kau sengih apa?" soal suara dingin dan ia datang daripada Aminudden.

"Apa? Urghhhh!!!!" kata Averardus sebelum sebuku penumbuk,mengenai muka Averardus dan dia pula tercampak.

Averardus terkejut kerana serangan tadi patut tidak dapat membuatkan Aminudden bergerak,tapi kenapa dia mampu bergerak dengan mudah malah memberikan serang balas. Aminudden mengangakan mulut sebelum dikembungkan,tenaga kuat jelas dapat dirasakan oleh Aminudden.

"FIRE BLAZE BREATH!!!" Semburan api marak berwarna biru,menyembur keluar dari mulut Aminudden.

"Apa?!"

KA-BOOOMMM!!!!

Letusan yang amat kuat berlaku di atas udara,Averardus mengenai serangan itu secara berdepan. Aminudden menghelakan hembusan api,dia memerhatikan kepulan asap tersebut. Averardus muncul dengan laju,Aminudden terkejut dan kepalanya dihentak ke dinding gunung.

Tidak cukup dengan itu kepala Aminudden diseret pada dinding gunung,Aminudden meraung kesakitan dan Averardus terus menghempaskannya ke tanah. Aminudden tidak mampu bangun,pada masa yang sama juga ketika itu Luqman,Zareena dan Intan seperti merasai apa yang berlaku pada Aminudden.

"Masa untuk kau mampus..." ujar Averardus dan penumbuk tangan kiri dikepal,cahaya bayang warna hitam terhasil.

Averardus terus meluru ke arah Aminudden dengan laju,adakah ia penamat bagi si helang api?

Aminudden yang ketika itu dalam keadaan separa sedar,dia tersentak kerana berada di tempat berbeza. Dia bangun masih dalam keadaan duduk,menyedari seseorang berdiri membelakangkannya.

Pada masa yang sama,Ikhwan sedang duduk di sebuah pondok. Dia ditemani abangnya iaitu Reezal,Ikhwan hanya menuangkan air teh bunga. Reezal sekadar menghela nafas pendek,dia menghirup air minuman tersebut.

"Ikhwan.. Kau fikir mereka akan selamat..?" soal Reezal dan Ikhwan menyedari sesuatu,lalu memandang ke satu arah.

"Kau dengar tak?" soal Reezal dan Ikhwan memandang ke arahnya.

Aminudden terapung di satu tempat yang gelap,dia tertanya-tanya di mana dia sekarang berada?

Adakah dia sudah mati?

Atau dia akan kekal di tempat yang gelap ini selamanya?

Aminudden mengetap gigi dan tidak menerima dia kalah macam tu sahaja.

"Aku tidak akan mengalah...!" ujar Aminudden dan menyedari satu cahaya berwarna putih keperakan,dia tidak mengenali cahaya itu tetapi dia tahu cahaya itu juga membawanya pulang.

"AKU TIDAK AKAN PUTUS ASA!!" Jerit Aminudden menghalakan tangan ke arah cahaya tersebut.

"Jangan risau bang... Sekarang ni Aminudden..." ujar Ikhwan tersenyum.

Averardus terkejut dan tercampak semula ke belakang dan angin kencang terhasil. Tiang api merah bercampur api biru menegak ke langit,Zareena ketika itu ditemani V terkejut. Luqman dan Intan turut sama merasai kuasa tersebut,ada sesuatu yang berlaku pada Aminudden ketika itu.

Tiang api merah dan api biru,terus lenyap dan seseorang bangun. Aminudden berdiri dengan tenang,kuasanya begitu kuat dirasai. Rambutnya berubah menjadi perak keputihan,Averardus kehairanan tetapi dia mendecih lalu terus menghayunkan sepakan.

Pada masa itu juga Ikhwan dan Reezal masih berbalas pandangan,Ikhwan tersenyum sahaja kemudian mulut dibuka.

"Aminudden buat masa ini,telah bangkitkan kuasanya..."

Aminudden memandang Averardus yang menyerangnya,dia mengelak serangan tersebut menyebabkan Averardus terlajak. Tetapi Averardus terus melancarkan serangan,pantas dan padu setiap hayunannya kaki serta tangan Averardus.

Aminudden mengelak sekali lagi,mudah dan pantas setiap elakkan dilakukan. Averardus berang dan terus menembak serangan secara libasan meluru laju ke arah Aminudden. Namun Aminudden hanya dengan tenang dan Averardus ingin menyerang Aminudden,menahan serangan Averardus dan sekelip mata berada di belakang

Serta-merta Averardus seakan-akan menerima berpuluh pukulan,sehingga dia tercampak merempuh dinding. Averardus mengerang kesakitan,saat dia berdiri Aminudden sudah berada di hadapannya,Averardus mendecih dan menghela nafas pendek.

Aminudden berdiri dengan tenang,muka dia bagaikan tiada perasaan. Hanya emosi yang serius merenung Averardus,si pahlawan kegelapan mula berang. Dia menjerit lalu meluru ke arah Aminudden dan terus menghayunkan serangan,tetapi Aminudden mampu mengelak dengan mudah.

Averardus membongkok lalu menyerang dari bawah,Aminudden bergerak ke belakang sedikit untuk mengelak serangan Averardus. Zareena dan V baru tiba di situ,dia berjaya mencari adiknya dengan mengesan aura milik Aminudden.

"SIAL!!" Averardus menujah penumbuk namun Aminudden mengelak sekali lagi.

Aminudden yang lincah pergerakannya membuatkan Averardus betul-betul geram dan terus terbang ke udara,dia angkat kedua tangannya dan bebola sfera gergasi hitam keunguan terhasil.

"Am! Bahaya!!" Zareena cuba ingin mendapatkan adiknya,namun dihalang oleh V.

"Vanessa..! He's my brother!" ujar Zareena ingin mara.

"Jangan! Bahaya..." jelas V pula.

"MAMPUSLAH!!" Averardus terus membaling bebola gergasi itu ke arah Aminudden yang kekal berdiri sahaja.

Zareena ingin mara tapi V menahan dia,namun Aminudden hanya tenang sahaja. Dia sekadar memetik jari sahaja,kemudian bebola gergasi itu terus lenyap bagaikan debu ditiup angin.

Semua yang menyaksikan keadaan itu tergamam,Aminudden memerhatikan keadaan badannya kemudian memandang ke arah Averardus.

"Now it's my turn.." ujar Aminudden dingin.

Averardus terasa sesuatu yang menakutkan dan terus terbang pergi menyelamatkan dirinya,Aminudden hanya dengan reaksi tenang. Dia terus bergerak sepantas cahaya,lesap begitu sahaja dan muncul terus menjatuhkan Averardus dari terus melarikan diri.

Averardus kembali bangkit dalam keadaan kesakitan,Aminudden pula memandang ke bawah dan sepuluh bilah pedang dihasilkan lalu tercacak mengepung di mana Averardus berada.

Tidak lama bulatan magis terhasil dan Averardus terkejut,dia menyedari bulatan itu dan cuba ingin melepaskan diri. Namun gagal kerana ada pelindung menghalang dia untuk melarikan diri,Aminudden mendarat tidak jauh daripada Averardus berada.

"Time to finish this..." Aminudden mengangkat tangan,lalu dihalakan ke arah Averardus dan bulatan magis menyala dengan semakin bersinar.

Averardus membesarkan matanya dan tiang cahaya terhasil,sekelip mata Averardus terus menjadi debu begitu sahaja. Zareena dan V dapat merasakan daya aura Averardus terus hilang,tanpa meninggalkan kesan.

Zareena dan V tiba di mana Aminudden berada,Zareena tersenyum melihat Aminudden berdiri dalam keadaan membelakangkan mereka. Namun sedikit demi sedikit,Aminudden bergerak ke belakang dan terus rebah. Zareena membesarkan matanya dan terus berlari ke arah adiknya.

"AM!!"
























=============================

Hellooo guys!

Sorry lambat untuk update kali ini

Tak ada mood untuk mengarang,jadi terus ke laut.

Terima kasih sudi baca dan vote

Teruskan sokongan kamu

Insha Allah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top