CHAPTER 124 : WE'LL PROTECT EACH OTHER
Luiz berdiri di hadapan tubuh Rollant,dia mengepalkan penumbuknya dan diselubungi aura hitam. Lantas dihalakan tapak tangan ke arah tubuh tidak bernyawa,Rollant diselubungi aura asap yang gelap dan berubah menjadi satu benda kecil.
Sebuah patung terhasil dengan wajah Rollant,dia mengambil dan memerhatikan keadaan patung tersebut. Merlin tidak lama kemudian muncul,lantas Luiz mencampakkan patung tersebut pada Merlin.
"Woo! Apahal kau main-main campak ni?" soal Merlin merungut.
"Itu benda yang kau nak..." ujar Luiz dan Merlin memandang apa yang dipegang olehnya.
"Ouh... Nice,thanks!" ujar Merlin tersengih dan beredar.
Luiz tidak berkata apa-apa,dia memerhatikan gambar pada dinding. Simbol corak kegelapan terukir pada kertas yang melekat pada dinding,Luiz hanya menyentuh dan mengusap kertas tersebut.
"The Forsaken Beast sudah kena kurung.. Ikhwan Syah Al'Solleh... Dia bukan lawan yang sembarangan,aku kena berhati-hati supaya tidak berhadapan dengan dia..." ujar Luiz.
Averardus berdiri di sebuah bangunan pencakar langit,skarf miliknya beralun ditiup angin semulajadi. Tangan kirinya berbalut diperhatikan,nafas dihelakan dan hilang bersama bayang.
Satu tempat yang agak jauh,letupan berlaku dengan begitu. Alif terseret ke belakang,dia mengesat darah yang mengalir pada bibir. Seekor beruang yang besar dua kali ganda beruang normal,Alif mengelak dengan melompat ke belakang.
"Sial betul!!" ujar Alif terus menujah tongkatnya,dipanjangkan mengenai perut beruang gergasi sehingga merempuh pokok.
Beruang gergasi itu mengaum dengan kuat dan kembali bangkit,Alif mula geram dan rambutnya berubah menjadi keemasan. Lantas tongkat dia disimpan,penumbuk dilagakan dan terus meluru ke arah beruang tersebut.
"GIANT FIST!!"
Penumbuk besar hasil dari cahaya emas milik Alif,menumbuk beruang itu sehingga terbenam pada tanah. Tapi serangan itu berjaya membunuh beruang itu,Alif sedar dan bersorak girang.
"Yeah!! Makan besar!! Hahahahah!!" ujar Alif tersenyum girang.
"Belum selagi kau tak bawa ke guild..." ujar Azryan muncul tidak lama.
"Diamlah kau! Duduk tengok je kerja kau.." kata Alif tidak puas hati.
"Aku masih dalam proses pemulihan ni bro..." ujar Azryan tersengih.
"Baik tak payah ikut,semak je.." Alif berkata sambil mengangkat beruang besar itu.
"Jangan la macam tu,kalau aku tiada kau rindu aku kan haha..." kata Azryan tersengih.
BOKK!!
"Ayark!!"
Alif menghempap Azryan dengan badan beruang besar itu,Alif pula menepuk kibas tapak tangan.
"Apa ni oi? Alihkan beruang ni!"
"Ubat untuk kau,main-mainkan perasaan aku..."
Aurora dan Raisyah yang baru tiba di situ,hanya kehairanan dengan keadaan tersebut. Alif hanya berdiri tegak sambil memerhatikan Azryan dihempap bangkai beruang besar,Aurora hanya menghela nafas pendek dan menghalakan tapak tangan ke arah bangkai beruang besar itu. Sekelip mata bangkai beruang itu,lenyap umpama disedut ke dalam tangan Aurora.
"Hak alah bro,aku diselamatkan tuan Hafez.. Kalau dia tak buat apa-apa.. Memang aku sekarang sudah berada di dalam kubur..." jelas Azryan.
Alif tidak berkata apa-apa,kemudian terus melangkah pergi menuju ke arah kapal pesawat mereka. Azryan dan Raisyah serta Aurora hanya memerhatikan Alif,mereka tidak mahu berkata apa-apa.
Alif berhenti melangkah kerana telefon dia berbunyi,lantas dia keluarkan dari poket dan memeriksa. Lambang dari negara Mentari tertera pada skrin,Alif kehairanan dan mendongak ke langit.
Satu kawasan yang begitu sejuk,kawasan antartika lautan pasifik. Suhu yang sejuk di bawah negatif 0° celcius,tidak lama lepas itu Luiz muncul keluar dari bayang hitam. Dia ditemani Ludovicos seorang pahlawan menggunakan magis elemen air,atau lebih tepat elemen air gelap.
"Jadi tuan.. Apa yang tuan cari di sini?" soal Ludovicos menoleh ke arah Luiz.
Luiz tidak menjawab dan terus melangkah namun terhenti,tangannya mula diselaputi ais membeku dan memandang sekeliling kawasan. Ludovicos hanya memeriksa keadaan persekitaran,kemudian dia menyedari sesuatu.
"Tempat ni dikelilingi daya kuasa magis yang luar biasa.. Jika kita salah langkah kita akan mati di sini..." jelas Ludovicos.
"Kau ada cadangan yang elok?" soal Luiz.
"Suhu sejuk di amat berlainan tuan,jika manusia biasa mereka sudah terus mati membeku..." jelas Ludovicos.
"Jadi kalau aku tingkatkan haba dalam badan dan kuasa magis.. Aku akan selamat?" soal Luiz dan Ludovicos.
"Mungkin?...terpulang pada tahap kuasa tuan.. " ujar Ludovicos sinis.
"Kau menguji aku?" soal Luiz merenungnya.
"Tidak menguji.. Saya cuma beritahu sahaja..." jelas Ludovicos.
Luiz hanya merenung Ludovicos tanpa berkerdip,Ludovicos hanya tersenyum sahaja dan Luiz terus memalingkan badan kemudian merasai daya kuasa di kawasan tersebut. Nafas ditarik dan helakan dengan teratur,Ludovicos tersentak sebaik merasai daya kuasa milik Luiz.
"Ikut aku..." ujar Luiz.
Ludovicos hanya tergamam dan tersengih,dia tidak sangka begitu kuat dan menakutkan kuasa milik Luiz. Seluruh kawasan di situ hanyalah ais membeku,tiada hidupan hijau yang wujud.
Empat Penjuru Hujung Dunia,kawasan sejuk itu adalah satu darinya. Ia bukan sahaja sejuk tetapi tiada kapal terbang berani melalui ruang udara di situ,jika melalui kawasan tersebut serta-merta ia akan terhempas.
Tempat ini dikenali The Unknown World kerana tiada siapa yang berani menjejakkan kaki ke tempat tersebut,jika ada tidak semua mampu kembali dengan selamat.
Jadi apa yang Luiz cari di tempat seperti itu?
Ikhwan mengurut dagu sambil memeriksa fail lama,dia membuka fail bernama Four World Ends. Sebaik dia membuka dan fail dibaca,Ikhwan menghela nafas pendek.
Loceng tetamu bergema dan Ikhwan menekan satu suis,pintu terbuka dan Alisa terpacul di hadapan pintu. Ikhwan menutup fail tersebut,Alisa melangkah masuk sambil membawa bekal.
"Terima kasih Alisa..." ujar Ikhwan mengambil bekal yang dihulurkan oleh Alisa.
"Sama-sama..." jawab Alisa sambil duduk di kerusi.
Ikhwan segera menjamah makanan yang diletakkan di dalam bekal,Alisa hanya memerhatikan suaminya menjamu selera. Ikhwan sedar tindakan Alisa,dia hanya tersenyum dan ketawa kecil.
"Kenapa,masakan saya tak sedap?" soal Alisa.
"Nah..sedap seperti selalu.." ujar Ikhwan tersengih.
"Betul ni?" soal Alisa lagi.
"Ya mestilah.." kata Ikhwan lagi menyakinkan isterinya.
Sunyi seketika dan Ikhwan terus menjamah makanan sehingga habis,Alisa pula hanya diam dan memerhatikan Ikhwan mengemaskan bekalan tersebut.
"Abang..." kata Alisa lembut.
"Ya?" soal Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Saya dapat rasakan perang akan datang lagi.." jelas Alisa.
Ikhwan hanya menghela nafas pendek,dia bangun dan berjalan ke arah Alisa yang sedang risau. Tubuh isterinya dipeluk dari belakang,Alisa terkejut dan membalas dengan memegang lengan Ikhwan..
"Jangan risau.. Abang akan lindungi Alisa begitu juga semua keluarga kita.." jelas Ikhwan dan Alisa tersenyum kelat.
"Ya.. Kita akan lindungi antara satu sama lain..." balas Alisa merapatkan pipianya pada pipi Ikhwan.
==========================
Hello guys
Kalau hambar maaf
Aku cuba berikan yang terbaik
Sila komen dan cadangan yang bernas
Terima kasih
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top