CHAPTER 123 : YOU PICK THE WRONG ENEMY
Satu tempat rahsia dan beberapa orang mengawal satu mesin,seorang lelaki berpakaian tentera berdiri memerhatikan monitor gergasi. Imej pada skrin jelas menunjukkan istana Mentari,lelaki berpakaian tentera serta barret di kepala merenung sambil tersengih sinis.
"Sir.. Satellite already in position..." ujar salah seorang yang berada di hadapan monitor,mengawal satelit yang berada di ruang angkasa.
"How much energy left?" soal lelaki itu.
"About 40 percent sir.." jawab pengikutnya itu.
"Good.." ujar lelaki tersebut.
Khadez lenyap dari pandangan mata Ikhwan,menerima nasihat Ikhwan untuk memujuk anaknya iaitu Khaisa. Ikhwan menoleh ke arah satu keluarga,Reezal memandang ke arahnya. Zareena dipeluk erat Razeedah,Luqman dan Aminudden serta Intan turut memeluk mereka berdua.
"Apa yang kamu semua buat? Kenapa berdiri di tengah-tengah halaman istana?" soal Rumina kehairanan.
Solleh dan Rumina tergamam melihat Zareena berdiri di hadapan mereka,seperti tidak percaya dengan apa yang mereka nampak. Cucu mereka yang dikatakan telah meninggal,berada di dalam pandangan mata mereka.
"Datuk.. Nenda.." ujar Zareena terus berlari ke arah mereka berdua.
"Ya Tuhan atuk tak mimpi ke?" soal Solleh dan Rumina tersenyum.
Zareena dipeluk erat oleh Solleh dan Rumina,mereka berdua menangis kerana gembira. Cucu mereka masih hidup,Luqman dan Aminudden hanya memerhatikan sahaja. Tidak lama kemudian Yusri dan Raffie muncul,Reena dan Iris juga menyusul. Mereka tidak terelak dari terkejut,lantas memeluk Zareena.
Reezal dan Razeedah berpelukan,mereka bersyukur kerana gembira Zareena masih lagi hidup. Intan juga menangis kerana kakaknya,masih hidup dan sihat tiada apa-apa masalah terjadi.
"10 tahun... 10 tahun kita bersedih fikirkan kakak kita sudah tiada..." ujar Luqman.
"Kau nak nangis ke bang?" soal Aminudden.
"Tengah tahan ni..."
"Sama la.."
Luqman dan Aminudden beredar dengan secara senyap-senyap,Reezal sedar tindakan kedua-dua anak lelaki dia. Namun hanya sekadar memerhatikan sahaja,sudah tentu Reezal faham perasaan anak dia sendiri.
"Hish little girl,tahu tak betapa rindunya uncle dan auntie pada Zareena? I thought we gonna lose you forever..." soal Reena memeluk Zareena seeratnya.
"Maaf kerana buatkan kamu semua fikirkan saya dah mati.... " Zareena turut memeluk Reena.
"Apa yang berlaku?" soal Yusri ingin tahu.
"Yelah... Bukankah depan mata Ikhwan,yang kamu diletupkan tanpa ada sebarang kesan?" soal Raffie berfikir,Reena meleraikan pelukan pada Zareena.
"Saya tak dapat jawab soalan tu... Saya sedar sahaja,uncle Ikhwan sudah berada di hadapan mata saya..." jelas Zareena.
Raffie dan Yusri berpandangan,Reena mengusap kepalanya. Reezal segera menghampiri mereka,Zareena segera ke arah ayahnya.
"Sudah la jangan fikirkan.. Yusri,kau boleh buat siaran secara langsung bukan?" soal Reezal.
"Ouh.. Pasal Zareena masih hidup?" soal Yusri kemudian mengangguk faham lalu beredar.
Zareena menoleh ke kiri dan ke kanan,dia mencari-cari dan Reezal memberi isyarat ke satu arah. Zareena terkejut kemudian tersenyum,Reezal hanya mengangguk sambil tersengih.
"By the way.. Ikhwan mana? Hilang macam tu je?" soal Reezal.
"Entah... Ada hal lain la tu..." ujar Yusri dan Raffie pula menoleh ke arah Iris.
"Jangan tanya saya,saya pun tak boleh nak agak apa yang dia fikirkan..." jelas Iris sebelum sempat Raffie ingin bertanya.
"Sudahlah... Kira bagus dia nak masuk campur urusan kerajaan..." Reena yang mendiamkan diri akhirnya bersuara.
Reezal tidak berkata apa-apa lagi,dia sekadar mengangguk dan beredar. Sambil mengeluarkan telefon pintar,nombor Aswandy ditekan dan menghubungi Raja negara Rembulan.
"Yo my brother... What's up?" satu suara menegur,sudah semestinya Aswandy.
Ikhwan terapung di tengah-tengah udara,dia memerhatikan keadaan bandar kota Hijau (Green City). Tiada siapa yang mampu mengagak apa yang difikirkan oleh dia,Ikhwan menyeru senjata dan sepucuk pistol dalam genggaman tangannya.
"Mini Railgun..." kata Ikhwan pendek.
Ikhwan menghalakan muncung pistol dipanggil Mini Railgun,ke atas langit dan matanya tajam merenung ke arah yang dia acukan. Satu bulatan magis terhasil di muncung pistol,tidak lama muncul lagi satu bulatan di hadapan. Sehingga menghasilkan lima lapis bulatan magis dan anak mata Ikhwan,berubah menjadi warna biru.
"Kau yang cari pasal..." ujar Ikhwan sendirian.
Pada masa yang sama di tempat pihak yang mengawal satelit tersebut,salah seorang pengikut sedar satu kuasa ingin menyerang satelit mereka.
"Sir! We detect powerful power magic readings not far from under our satellites!!" ujar salah seorang pengikutnya.
"What?" Lelaki berpakaian tentera terkejut.
"This is bad sir,the power reading keep increasing..." jelas pengikut-pengikutnya.
"Then find out where the power comes from!!" arah lelaki tersebut geram.
"Yes sir!!" jawab mereka serentak.
"Damn it,who the hell dare to interfere our plan?!" soal lelaki berpakaian tentera.
"Sir! We managed to track that person.." kata salah satu pengikutnya.
Kamera dipaparkan dan mereka terkejut,kerana imej Ikhwan mengacukan pistol yang digabungkan bulatan magis. Lelaki itu terkejut kerana satelit mereka dalam mode stealth,teknologi tinggi dan tidak mudah dikesan oleh satelit lain.
"Who the hell is he? How can he manage to create that such of amount magic..." ujar lelaki tersebut.
"Sir.. That man is Ikhwan Syah Al'Solleh.. And he is the Sixth Prince in Mentari Government..." jelas salah seorang pengikut dia yang mencari maklumat mengenai Ikhwan.
"What did you say?!" soal lelaki tersebut dan Ikhwan sudah bersiap-sedia.
"Times up.." ujar Ikhwan menarik picu dan tembakan seumpama plasma laser.
Tembakan yang deras melanggar satelit tersebut,sekelip mata hancur tanpa meninggalkan kesan. Solleh yang berjalan di kawasan kaki lima,melihat keadaan tersebut sambil tersengih.
"Hohoho... Bunga api yang cantik.." ujar Solleh dengan tongkatnya,tangannya mengusap janggut.
Pistol tersebut mengalir kilat,lalu hancur dengan begitu sahaja. Ikhwan hanya menghela nafas pendek,dia mencampakkan pistol dan terus meletupkan senjata tersebut.
"Aku kena buat baru lagi.."
Luqman dan Aminudden turut menyedari keadaan tersebut,mereka berbalas pandangan antara satu sama lain.
"Uncle buat senjata sendiri ke?" soal Luqman.
"Ya.. Katanya rekaan Akif tidak menepati citarasa dia.. Atau lebih tepat tidak mampu menampung kuasa uncle.." jelas Aminudden.
"Macam tu..." ujar Luqman dan Aminudden mengangguk.
"Kamu berdua kenapa pergi macam tu je..?" suara Zareena buatkan mereka terdiam.
Luqman dan Aminudden mendiamkan diri,mereka memusingkan badan perlahan-lahan. Ikhwan yang masih terapung di atas udara,menyedari keadaan tersebut dan sekadar tersenyum.
"Kakak..." ujar Luqman dan Aminudden serentak,Zareena tersenyum ceria.
"Kamu berdua apa khabar? Tinggi betul kamu berdua ya? Kalah kakak.. Nak buat macam mana kan,kakak tidur 10 tahun dalam ruang masa yang tidak bergerak.." kata Zareena dan Luqman serta Aminudden mendiamkan diri.
"Kamu berdua tahu? Kakak rindukan kamu berdua.." ujar Zareena senyum paksa namun mula rasa sebak.
Luqman dan Aminudden yang mendiamkan diri,memerhatikan kakak mereka agak lama sebelum terkejut. Mereka terkejut kerana Zareena mula mengalirkan air mata,Luqman dan Aminudden hilang kata-kata.
"Maafkan kakak..." ujar Zareena mula menangis,Luqman dan Aminudden terus berlari memeluk Zareena.
Tiga beradik itu mula menangis bersama-sama,Intan yang baru muncul terus menerpa ke arah kakak dan abang-abangnya itu. Ikhwan hanya memerhatikan keadaan tersebut,air matanya dikesat dan tersenyum lega sebelum memandang ke satu arah.
"Great storm of darkness is coming..." ujar Ikhwan sendirian.
============================
Hello guys lama x jumpa
Apa khabar reader
Harap sihat ya
Kalau demam ke pe
Makan ubat,takde ubat jumpa doktor ya
Baiklah bagaimana update kali ini?
Aku tak ada mood nak mengarang sebenarnya
Tapi aku tetap cuba berikan yang terbaik
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top