CHAPTER 122 : IKHWAN VERSUS KHADEZ


Khaisa merenung tajam ke arah Khadez,dua beranak tidak berganjak dan Rumina ingin melangkah ke arah mereka. Namun dihalang oleh Khadez,tanda memohon kakaknya jangan masuk campur.

"Khaisa,apa yang Khaisa cakap ni?" soal Khadez.

"Kenapa baru sekarang nak balik? Kenapa sudah hampir 14 tahun lebih baru nak balik?!" Khaisa berkata dengan mengetapkan giginya.

"Ayah..." Khadez terdiam.

Khaisa terus berlari keluar dari perkarangan tanah perkuburan,Khadez mendiamkan diri dan Rumina hanya memerhatikan Khaisa masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan kawasan tersebut. Rumina menoleh semula ke arah Khadez yang tercegat di situ,Khadez memejamkan matanya kemudian menoleh ke arah kubur isterinya.

"Maafkan abang...Loranne,abang tidak terima Loranne sudah tiada masa tu.." ujar Khadez melutut sebelah kaki,dia mengusap batu nisan yang tertera nama isterinya.

Nafas desahan kedengaran dan Zareena termengah-mengah,dia mengesat darah yang mengalir di bibirnya. Zareena menoleh ke arah Ikhwan,dia tersenyum kelat sambil menghela nafas pendek. Mulutnya dikembungkan dan terkejut lalu tersengih,Zareena menumpukan aturan nafasnya.

"SKY DRAGON ROAR!!" Zareena menembak tiupan angin kencang melalui mulutnya.

"That's it,keep on coming!!" ujar Ikhwan tersengih.

Khadez duduk sambil menongkat dagu,Qatariz yang memandu SUV tersebut hanya menjeling melalui cermin pandang belakang. Dia tidak mahu berkata apa-apa,malah Qatariz berharap Ikhwan segera pulang.

Ingat Ikhwan tu penyelesai masalah?

Khadez melangkah keluar dari kenderaan,dia hanya mengambil beg dan bagasi. Tetapi Qatariz menghalang dan membuatkan Khadez kehairanan,Qatariz pula memandang ke arahnya.

"Biar aku bawakan,uncle tak boleh tumpukan perhatian..." Qatariz memegang tangan Khadez.

Khadez pula tidak berkata apa-apa,dia memerhatikan Qatariz mengangkat beg dan bagasi milik Khadez. Rumina baru sahaja keluar dari kenderaan,Qatariz yang sedang mengangkat menghampirinya.

"Bonda.. Mana bilik uncle Khadez..?" soal Qatariz.

"Mari bonda tunjukkan,Khadez.. Boleh kamu ikut kakak...?" soal

Seminggu kemudian...

"YEAH KELUAR AKHIRNYA!!" Jerit Aminudden di hadapan pintu pagar hospital.

Namun belakang dia ditendang oleh Luqman,tujahan abangnya membuatkan Aminudden berpusing melekat ke dinding bagaikan cicak. Luqman pula mengeluh sambil kaki,masih dengan gaya baru lepas menendang.

"What the hell bro..." ujar Aminudden.

"Sini masih kawasan hospital.." jelas Luqman.

"Aku baru keluar okay?!"

"Aku tak la?"

Dua beradik itu mula bertekak,tidak lama terdiam apabila terasa aura bunuh. Sebaik mereka menoleh lantas terkejut,Razeedah berdiri sambil ditemani Intan dengan renungan menakutkan.

"Honda! Eh bonda!!" ujar mereka berdua sehinggakan tersasul.

"Habis dah bertekak?" soal Razeedah.

"Sudah bonda.. Maafkan kami.." ujar mereka berdua serentak.

"Wow.. Great sync..." Intan yang berada di sebelah Razeedah berkata.

Luqman dan Aminudden berjalan beriringan,masuk ke dalam kenderaan jenis SUV. Kesatria yang bertugas mengawal di pintu pagar utama hospital,hanya mampu tergamam melihat keadaan tersebut.

Khadez di bilik yang disediakan dalam istana ketika itu,duduk di sofa sambil membelek gambar dia bersama seorang wanita yang memeluk gadis berusia belasan tahun. Mungkin itu Loranne dan Khaisa,Khadez menekup mukanya dan menghela nafas pendek.

Sebuah SUV yang membawa pulang Luqman dan Aminudden,telah tiba di perkarangan utama istana. Reezal turut berada di situ,menunggu mereka kembali pulang. Sebaik Razeedah disusuli oleh tiga orang anaknya,keluar dari kenderaan dengan tiba-tiba bulatan portal terhasil.

Reezal merasakan sesuatu dan segera menghampiri anak serta isterinya,tidak lama seseorang keluar dari portal tersebut. Reezal dan Razeedah membuat reaksi yang sama,Luqman dan Aminudden serta Intan terkebil-kebil seketika.

Zareena melangkah keluar kemudian disusuli oleh Ikhwan dari belakang,Zareena turut terkejut kerana tidak terfikir yang bapa saudaranya akan bukan pintu dimensi di situ. Razeedah menggigil dan air matanya mengalir,Zareena memerhatikan dan Razeedah melangkah ke hadapan.

"Za.. Zareena?" soal Razeedah bagaikan tidak percaya.

"Tak mungkin..." ujar Luqman.

"Melawak ke?" soal Aminudden mengalirkan air matanya.

"Pergi Zareena..." ujar Ikhwan dan Zareena menoleh ke arahnya,Ikhwan tersenyum padanya.

Zareena berlari ke arah dan memeluk Razeedah,ibunya serta Luqman dan Aminudden disusuli Intan memeluknya. Reezal menghampiri Ikhwan dengan senyuman lega,dia tidak pernah jangka yang puteri sulungnya masih lagi hidup.

"Kau apahal muka macam tu?" soal Ikhwan tergelak melihat reaksi muka abangnya.

"Diamlah,pasir masuk mata..." ujar Reezal berdalih.

"Yeah pasir..." kata Ikhwan tersenyum.

Ikhwan merasai aura lain dan hilang umpama teleport,Reezal hanya membiarkan sahaja kemudian Zareena tanpa disedari memeluknya.

Sekelip mata Ikhwan berada di hadapan Khadez,membuatkan Khadez hampir terjatuh tetapi berjaya mengawal emosi. Renungan Ikhwan yang selamba,dibalas renungan dingin Khadez.

"Kau nak apa orang muda?" soal Khadez dingin.

"Kau balik ya orang tua?" soal Ikhwan selamba membalas.

"Cantik bahasa kau ya?"

"Kau mulakan dulu.. So aku balas la.."

"Kakak aku memang tak pandai ajar anak sampai kurang ajar dengan orang tua ke?" soal Khadez.

"Jangan babitkan bonda mengenai hal ini,cermin diri kau..." jelas Ikhwan.

"Aku maksud kau?" soal Khadez.

"Kau patut fikirkan cara memujuk anak kau..." jawab Ikhwan dan Khadez tersentak.

"Kau sudah pandai berkata-kata ya? Dari budak hingusan..." ujar Khadez lagi.

"Bercakap dengan orang seperti kau? Perlu rasanya..." ujar Ikhwan selamba.

Khadez mula makan kata-kata Ikhwan,dia bingkas bangkit dan menghela nafas pendek. Tidak lama dari luar,kedengaran bunyi muzik dan dinding kawasan istana meletup. Luqman dan Aminudden terkejut,Zareena juga sama.

"Apa kena berlaku bang?" soal Razeedah dan Intan mendongak ke atas.

"Siapa lagi kalau bukan Ikhwan.." ujar Reezal menghela nafas pendek.

Khadez berdiri tegak dan Ikhwan hanya mengibas bajunya,dia memandang ke arah Khadez dengan tersenyum.

"Jadi kau nak berlawan ya orang tua?" soal Ikhwan tersengih.

"Kau perlu diajar..." ujar Khadez.

"Kita lihat siapa yang kena ajar nanti..." ujar Ikhwan pula menyalakan api birunya dan Khadez terkejut.

"Masa sudah berlalu uncle Khadez.. This is not 13 Spriggan era..." tambah Ikhwan dan Khadez mengetap gigi.

"DO RE MI!!" serangan bertemakan musical,simbol muzik menyerang ke arah Ikhwan.

"Muzik huh?" kata Ikhwan memetik jari dan mereka berdua di luar istana.

"Apa? Bagaimana kau lakukan?!" soal Khadez.

"Isn't that grandpa Khadez?" soal Zareena masih mengenali Khadez.

"Aku cuma swap dimensi kita berada.. Perkara hanya benda mudah sahaja.." jelas Ikhwan dan matanya berubah menjadi biru.

"Apa kata kau minta maaf dan pujuk Khaisa?" soal Ikhwan tersenyum licik.

"Kau...." Khadez menghalakan tapak tangannya ke arah Ikhwan.

Corak bulatan magis yang sebesar manusia,terhasil di belakang Khadez dan simbol muzik para corak bulatan tersebut. Khadez mengetap gigi menahan marah,Ikhwan pula hanya menunggu tindakan bapa saudaranya seterusnya.

"Time to orchestra performance..."

"I see.. So shall we dance..?"

Solleh yang sedang minum petang,sedar akan perkara tersebut kemudian Rumina baru tiba di sebelahnya. Rumina menyentuh bahu suaminya,Solleh hanya tersenyum.

"Abang rasa kita perlu hentikan..?" soal Rumina.

"Tak perlu.. Khadez perlu sesuatu menolaknya..." ujar Solleh tersenyum.

"Abang memang rancangkan ke?"

"Ey....tak adalah,tak elok buruk sangka pada suami kamu tahu..?"

Khadez memulakan serangan bertemakn muzik,setiap serangan ada jenis tersendiri dan tahap kekuatan. Ikhwan mengelak satu dan satu lagi serangan menyusul lalu meletup,Khadez tersengih.

"Awal lagi kau nak senyum orang tua..." kedengaran suara Ikhwan menegur.

Ikhwan mengibaskan efek letupan dan sekelip mata,dia sudah berada di hadapan Khadez lalu menghadiahkan penumbuk. Khadez terseret jauh dan mengetap gigi memandang Ikhwan,meludah darah pekat dan menarik pedangnya.

"Pujuk anak kau,orang tua.." penumbuk Ikhwan bertembung dengan pedang Khadez.

"Ini bukan masalah kau budak!" Khadez memberi amaran.

"Khaisa adik sepupu aku,lagi-lagi ada ayah macam kau... Sudah tentu masalah aku.." jelas Ikhwan tersengih dan Khadez hilang sabar.

"SYMPHONY ORCHESTRA!!!"

Serangan deras umpama sekumpulan pemain music orchestra,menyerang Ikhwan tanpa memberinya peluang. Namun Ikhwan tersengih lantas menyepak semua serangan,Luqman dan Aminudden tergamam.

"Macam main permainan muzik di apps.." ujar Aminudden.

"Ya betul tu.." ujar Luqman pula.

Ikhwan mengelak dan kadang menangkis serangan daripada Khadez,Zareena hanya mendiamkan diri menyakitkan pertarungan tersebut. Ikhwan melangkah dan bergerak pantas,mengelak serangan seperti melakukan teleportasi.

"Kau patut tahu... Selain kau,ramai lagi yang sedih atas kematian auntie Loranne.." ujar Ikhwan dan Khadez tersentak lalu meluru ke arah Ikhwan.

KTANG!!!!

"Kau tak pernah rasa apa aku rasa...tutup mulut kau!!" Khadez membidas dan Ikhwan teringat air muka Zero tersenyum meninggal di pangkuannya.

"Sial kau...." ujar Ikhwan dan Khadez terkejut kehairanan.

DUUUSSH!!!

"Bukan kau seorang pernah rasai kematian seseorang yang disayangi!!!" ujar Ikhwan sebaik menumbuk Khadez sehingga terpelanting.

"Masa untuk tamatkannya..." ujar Ikhwan dan bulatan magis terhasil di bawah kaki Khadez.

"Apa?!" Khadez terkejut apabila rantai biru keluar dari bulatan corak magis itu,lalu mengikatnya menyekat diri dia untuk terus bergerak.

Semuanya berlaku dengan pantas,Luqman dan Aminudden terkejut. Puluhan pedang mengepung dan diacukan pada leher khadez,Reezal menghela nafas pendek dan Razeedah mendesah sahaja. Intan dan Zareena berpandangan,kemudian berbalas senyuman.

"Bagaimana orang tua.. Kau nak teruskan?" soal Ikhwan dan Khadez mendiamkan diri sambil mengeluh.

Rantai yang mengunci Khadez dileraikan dan Khadez memegang pipi,terasa kebas akibat tumbukan Ikhwan. Dia tidak sangka Ikhwan sanggup memukulnya,Ikhwan pula hanya dengan muka selamba.

"Aku baru balik kau dah bagi syarahan sambil bertumbuk.. Kau tak ada belas kasihan ke?" soal Khadez.

"Itu perlu untuk kau sedar..." ujar Ikhwan.













==========================

Hello guys please give your comment and vote.

Pada yang silent reader aku harap korang insaf

Itu sahaja..

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top