CHAPTER 120 : ARE YOU READY,MY NIECE?
Mata yang dipejam rapat,mula dibuka dan V terkejut dengan keadaan sekitar. Putih bagaikan kesucian yang tidak terusik,V memandang ke kanan. Ikhwan berdiri tenang dan melihat sfera hitam keunguan yang di dalamnya,seorag gadis berambut hitam yang tidak sedarkan diri.
"Apa yang berlaku?" soal V memandang kiri dan kanan.
Ikhwan melangkah ke hadapan,menghalakan tangannya ke arah sfera hitam itu. Namun bagaikan ada halangan perisai tidak dapat dilihat,Ikhwan hanya menghela nafas pendek lalu terus ditekan tangannya masuk ke dalam sfera tersebut.
"Persistent... Think this thing can stop me?"
Anak mata Ikhwan bersinar warna kebiruan,V tersentak dan sebaik digenggam penumbuk. Sfera tersebut terus hancur bagaikan kaca yang berderai,gadis yang berada dalam didakap oleh Ikhwan. Gadis tersebut membuka kelopak matanya,dia memandang orang yang mendakapnya.
"Un-uncle? Uncle Ikhwan?" soal gadis itu atau Zareena Al'Reezal.
"Hello sweetheart... Good morning..." ujar Ikhwan tersenyum.
Zareena tergamam dan matanya berkaca lalu memeluk Ikhwan dengan erat,V hanya memerhatikan sahaja keadaan tersebut dan mendiamkan diri.
"It's been 10 years..." ujar V sendirian.
Z yang sedang duduk sambil menikmati minuman teh,tidak lama kristal di hadapan mereka merekah. Sarah lantas bangun dan Z hanya memerhati kristal itu sahaja,tidak lama lepas itu dengan mengejut kristal tersebut terus meletup.
Z segera bangkit dan Sarah turut membuat langkah berjaga-jaga,Ikhwan muncul sambil mendukung Zareena bersama V yang dalam keadaan lemah.
"Ikhwan!" ujar Z terkejut.
"Z,katil kalau kau tak kisah..." ujar Ikhwan.
"Sure... Why not..." ujar Z menyeluk tangan ke dalam dimensi,lalu menarik keluar katil bujang.
"Thanks..." ujar Ikhwan membaringkan Zareena pada katil tersebut.
"Kau nak pergi mana?" soal Z apabila Ikhwan beredar.
"Supermarket.." jawab Ikhwan selamba.
"Eh?" Serentak mereka kehairanan.
"Kau loli... Ikut aku.." ujar Ikhwan menuding ke arah V.
"Hey don't call me loli...!" V mengikut Ikhwan dengan merungut.
Z dan Sarah memerhatikan Ikhwan beredar diekori V,sambil gadis kecil itu sedang merungut pada Ikhwan mengenai panggilannya.
"Saya tak pernah bersua dengan Raja Naga,tapi tak sangka personaliti dia begitu menarik..." ujar Sarah tersengih.
"Awak kata macam tu menarik? Sesuatu terhentak pada kepala awak?" soal Z terkejut.
Sebuah pasaraya dalam satu negara,Ikhwan dan V melangkah masuk ke kawasan barang mentah. Dia membelek bahan-bahan masakan,V hanya sekadar mengekori tanpa berkata apa-apa.
"Kau tak mahu beli apa-apa? Barang sini boleh tahan murah..." ujar Ikhwan masih membelek barang jualan.
"Ia bukan masalah awak..." kata V merungut.
"Hey loli.. Aku nak tanya satu benda.." ujar Ikhwan.
"Saya bukan loli!" V melakukan protes.
"Apa-apa sahaja... Aku nak tanya,kenapa kau sanggup selamatkan anak saudara aku?" soal Ikhwan dan V terdiam.
"Kenapa awak tanya?" soal V pula.
"Tiada apa yang menarik,aku tidak percaya seseorang yang menjaga Realm of Time-Lost.. Menyelamatkan seorang gadis manusia..." jelas Ikhwan dan menoleh ke arah V.
V mendiamkan diri agak lama,kemudian dia menghela nafas pendek. Ikhwan masukkan barang di dalam trolley,dia menolak dan berpindah ke bahagian lain.
"Sebab saya terhutang budi dengan dia..." jelas V dan Ikhwan memandangnya.
"Terhutang budi?" soal Ikhwan.
"Saya tidak sentiasa berada di Realm of Time-Lost.. Saya kadang akan keluar.. Tapi semasa saya masuk ke dunia awak..saya berjumpa dengan Zareena... Dia duduk sendirian di sebuah taman..." jelas V dan Ikhwan hanya mendiamkan diri.
"Dia kata ingin berkawan dengan saya.. Jadi setiap kali datang ke dunia ini,saya akan tunggu dia di taman.. Gadis kecil tu tidak fikirkan identiti sebenar saya.." jelas V lagi.
"I see... Kau tak ada kawan..." ujar Ikhwan memerhatikan bungkusan sebiji kobis sambil mengurut dagu.
"Ambil serius dengan apa yang saya katakan!!" kata V geram.
"But still... You save my niece..." ujar Ikhwan tersenyum dan V terkejut,Ikhwan menoleh ke arah V.
"Apa?" soal V kehairanan.
"Terima kasih..." ujar Ikhwan dengan tersenyum,V hanya mampu tercengang sahaja.
Zareena membuka perlahan-lahan kelopak matanya,Z dan Sarah menyedari perkara itu. Zareena bangun dari lena,matanya digosok lembut dan memandang ke kiri serta ke kanan.
"Dia dah bangun!" ujar Sarah tersenyum.
"Mana pula mamat tu.." keluh Z pula.
Zareena memandang kiri dan kanan,dia bingung kerana tidak mengenali tempat tersebut. Z dan Sarah menghampiri gadis itu,menyedari dua orang yang tidak kenali segera Zareena memasang langkah berjaga-jaga.
"Siapa kamu berdua ni?" soal Zareena mengaktifkan tekanan angin pada penumbuk.
"Wowowo...kami bukan musuh.." ujar Z mengangkat tangan separa tinggi,Sarah mengangkat tangan pada Z tanda biar dia yang uruskan.
"Kami kawan kepada Ikhwan... Dia suruh kami jaga kamu..." pujuk Sarah.
"Kamu berdua kenal uncle?" soal Zareena.
"Yeah...kami adalah kenalan dia.." jelas Sarah tersenyum dan Zareena mematikan kuasanya.
Tidak lama kemudian Ikhwan kembali semula ke Realm of Time-Lost,V menyusul dari belakang dan Ikhwan menyedari Zareena sudah sedar. Zareena yang duduk bersama Sarah sedar kehadiran Ikhwan,lantas dia terus berlari ke arah Ikhwan dan memeluk bapa saudaranya dengan erat.
"UNCLE!" Zareena menangis sebaik memeluk Ikhwan.
"Hey my sweetheart.." Ikhwan membalas pelukan Zareena.
Z dan Sarah hanya memerhatikan dari tempat mereka berada,V dari belakang Ikhwan hanya mendiamkan diri dan Zareena menyedari kehadiran V. Pelukan pada Ikhwan dileraikan dan Zareena memandang V,manakala V pula matanya berkaca dan tidak mampu menahan sebak lalu memeluk Zareena.
"Thank god you've return..." ujar V mengalirkan air mata.
"Thanks for saving me back there..." balas Zareena tersenyum.
"Alright..kita akan masak dan makan.." Ikhwan mencelah tersengih.
=======================
Ikhwan menyarungkan baju jaket berlambang matahari di belakang,Zareena yang baru berkemas tergamam. Dia tersenyum melihat lambang tersebut,Ikhwan pernah gunakan baju itu semasa 10 tahun yang lepas.
"Zareena..." ujar Ikhwan masih membelakangkannya.
"Ya uncle?" soal Zareena.
"Kamu dah sedia?" soal Ikhwan.
"Sudah tentu..uncle jangan manjakan saya.." ujar Zareena.
"Tidak terlintas dalam hati..." balas Ikhwan tersenyum.
Ikhwan dan Zareena berbalas pandangan dengan senyuman pada mulut masing-masing,Z dan Sarah yang memerhatikan mereka kemudian Z dan Sarah berbalas pandangan. Faham akan maksud segera mereka membuka pintu dimensi.
"Wan.." ujar Z dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Aku dah sediakan tempat kau untuk melatih Zareena..seminggu di dunia kau bersamaan dua tahun dalam dimensi kau..." jelas Z dan Ikhwan tersengih.
"Terima kasih Z.." ujar Ikhwan bersama Zareena sebelum melangkah masuk ke dalam pintu dimensi.
Z tersengih memerhatikan Ikhwan dan Zareen masuk ke dalam pintu dimensi,V dan Sarah mendiamkan diri manakala Zareena sempat menoleh ke arah V. Zareena tersenyum dan melambai ke arahnya,V membalas lambaiannya dan Sarah memerhatikan dengan tersenyum.
"See you soon Vanessa!" ujar Zareena terus hilang daripada pandangan mereka.
Pada masa yang sama di lapangan terbang utama negara Mentari,Rumina ditemani Intan dan Azren serta Qatariz dan Mirana. Luqman menggaru kepala tidak tahu tujuan mereka di situ,Azren pula sedap menjamah makanan bersama Qatariz menguap. Mirana memeluk lengan nendanya,Rumina mengusap kepala Hunimal itu sehingga tergerak-gerak telinganya.
"Nenda..." panggil Intan.
"Ya Luqman?" soal Rumina.
"Ada apa kita ada di sini? Satu jam menunggu..." kata Intan kehairanan.
"Nenda tunggu adik nenda..." jelas Rumina.
"Adik?" soal Intan.
Sebuah kapal terbang mendarat di landasan dengan kemas,di dalamnya bahagian penumpang seseorang sedang membaca buku mota muzik. Khaisa pula ketika itu di studio merinding,seperti mengesan sesuatu yang bahaya. Lelaki berambut putih kelabu hanya tersenyum sinis,sarung tangan kemas bersarung.
"I'm back,Mentari.. miss me?"
ZAREENA AL'REEZAL (26 Tahun,tapi sebabkan berada di Realm of Time-Lost dia kekal ketika umurnya di 10 tahun yang lalu)
KHADEZ AL'SYUFA (50 Tahun)
Adik kepada Rumina dan seorang guru muzik,juga seorang wizard yang menggunakan magis bertemakan music.
=======================
Alright guys sorry la ye aku tambah lagi watak
Sepatutnya aku simpan smpai satu lagi siri TALE OF BROTHERHOOD
Tapi malas nak buat kt situ,aku terus buat kat sini
That's all
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top