CHAPTER 117 : NAO AL'SOLLEH


Rollant menjerit kesakitan kerana tangannya putus,dia tidak sedar bila masa perempuan itu melakukannya?

Nafas Rollant naik turun,dia mula berpeluh dengan kuat. Nao memusingkan pedang miliknya dan tersenyum,Ikhwan hanya memerhatikan sahaja dari dalam kapal.

Aminudden dan Luqman masih dirawat,dia memerhatikan keadaan anak saudaranya. Ikhwan menghela nafas pendek,dia hanya perlu serahkan hal ini pada Nao.

Rollant mengambil nafas dan mengatur kuasa dalamannya,lukanya mula berhenti pendarahannya. Nao terkejut dan kagum manakala Rollant,merenung Nao tajam dan terus melepaskan aura kuasanya.

"Kau berani mencabar aku?!!" Rollant menjerit dan terus meluru ke arah Nao.

Tetakan pedang bertembung dengan kuat dan angin kencang bertiup,akibat lagaan dua senjata mereka dan Rollant merenung Nao dengan pandangan mata tajam. Nao pula tiada reaksi,tetapi Nao tidak menunjukkan sebarang tanda dia tergugat.

"Kau ingat dengan putuskan tangan,dapat tewaskan aku dengan mudah?!!" Rollant menolak Nao ke belakang.

"Abang!" Iris muncul dan mendarat di sebelah Ikhwan.

"Iris.." ujar Ikhwan menoleh ke arah adiknya.

Iris memeriksa keadaan Luqman dan Aminudden,kecederaan mereka semakin pulih sedikit demi sedikit. Para healer memberikan yang terbaik,tetapi mereka terasa pelik dan Ikhwan sedar akan reaksi mereka.

"Putera,puteri bongsu..." ujar salah satu ahli medic,mungkin ketua mereka.

"Ada masalah?" soal Ikhwan.

"Mereka perlu dibawa jumpa healer yang lebih pakar... Kecederaan mereka amat dalam.. Kami hanya mampu hentikan pendarahan.. Selebihnya,perlukan pakar.." jelas ketua medic itu,Ikhwan menyedari kehadiran seseorang.

"Tidak perlu rasanya... Pakar yang dimaksudkan oleh kamu dah tiba.." jelas Ikhwan dan Alia muncul mendarat di hadapan mereka.

"Uncle.." ujar Alia.

Ikhwan sekadar memandang Alia,gadis berambut merah itu hanya memerhatikan keadaan suami dan abang iparnya. Dia hanya menghela nafas,kemudian Alia terus melangkah ke arah mereka berdua.

"Siapa ketua?" soal Alia.

"Saya.." ujar ketua medic mengangkat tangan.

"Bawa mereka berdua ke bilik kecemasan! Kita akan lakukan pembedahan!" ujar Alia dengan tegas.

"B-BAIK!!"

Alia mengetuai kumpulan ahli medic,masuk ke dalam kapal lalu ke bilik kecemasan. Alia menyarung tangan dengan sarung tangan getah,yang biasa digunakan untuk pembedahan.

"Baiklah... Kita akan mulakan sekarang..." ujar Alia.

KRAANG!!!

Rollant cuba mengasak Nao dengan serangan dia yang liar,namun Nao berjaya menangkis dengan kemas. Libasan pedang menegak dan dilepaskan hayunan kuasa kegelapan,Nao hanya memusingkan pedangnya dan terus menghancurkan serangan Rollant dengan mudah. Rollant terkejut dengan tindakan Nao,manakala wanita blonde itu menarik pedang ke belakang.

"Now it's my turn!" Nao menumpukan kuasa dan dilepaskan pada pedangnya.

Nao terus menghayunkan pedangnya,dia melepaskan hayunan gelombang yang amat besar sekali. Rollant merenung serangan tersebut,sebelum menahan dengan pedangnya.

"Apa?! Dia tahan dengan pedang macam tu je?" soal Iris terkejut dan Ikhwan hanya mendiamkan diri.

Rollant menahan dengan sedaya-upaya,dia tidak mahu mengaku kalah dengan seorang perempuan. Ini maruah dia dan kuasa kegelapan Rollant semakin membuak-buak,lalu Rollant menjerit seiring kuasanya meletus.

Aura bayang kegelapan membesar,lalu memakan serangan milik Nao. Iris tergamam dan Ikhwan kekal membisu,dia memandang ke arah Nao. Ikhwan perasan adik angkatnya,tidak menunjukkan tanda ketakutan.

"Despair swallow by the darkness...." ujar Rollant dan menelan Nao di dalam kegelapan.

"Nao!!" Iris mula risau.

"It's okay Iris!" ujar Ikhwan.

Nao terapung di dalam kegelapan,tiada apa yang kelihatan hanyalah kegelapan sahaja. Nao dengan muka tiada perasaan dan memandang sekeliling,kedengaran bunyi tawa Rollant.

"Kau akan mati di dalam kegelapan.. Tiada siapa yang akan dapat selamatkan kau..."

Nao hanya menghela nafas pendek,dia menumpukan kuasanya. Matanya mula bersinar dan pedangnya digenggam erat,serta nafas dihelakan dengan teratur. Pedangnya pula bersinar warna putih terang benderang,menerangkan kawasan kegelapan dia berada.

"Lupakan sahaja.. Kau tidak akan mampu melakukan apa-apa..."

Nao langsung tidak memperdulikan kata-kata tersebut,pedangnya mula keluar corak garisan dan dijulang ke atas dengan kedua-dua tangannya. Auranya ditumpukan dan pedang diangkat,cahaya membentuk sayap putih keluar dari belakang tubuh Nao.

"SHINING SWORD BREAKER.."

ZRASSH..!!!

Dimensi kegelapan hancur macam itu sahaja,berderai seperti kaca tingkap dihempas berterbangan di udara. Rollant tergamam sebelum Nao meluru laju,pedang Nao menembusi tubuh Rollant. Iris terkejut dan Ikhwan hanya mengangguk,Rollant tidak percaya dengan apa yang berlaku. Darah merah menitis keluar dari perutnya,Rollant tergamam dan melihat keadaan tubuhnya ditembusi senjata musuh.

"Kau...." Rollant tidak mampu berkata lebih dan Nao menarik senjatanya,darah mengalir pada bilah pedangnya.

Rollant melutut dan badannya terketar-ketar,dia melihat warna darahnya dan tersenyum kelat.

"My blood..is red..?" soal Rollant pada dirinya sendiri,sebelum rebah tidak bernyawa.

Nao hanya mendiamkan diri,memandang tubuh yang tidak bernyawa. Pedangnya kekal mengalir darah merah milik Rollant,dia hanya menundukkan wajah tanda menghormati si mati.

"Rollant dah mati ya?" soal satu suara dan Nao menghunuskan pedangnya.

Satu bayang membentuk menjadi seseorang,muncul di tepi mayat Rollant. Averardus menunjukkan dirinya,Nao membuat langkah berjaga-jaga. Ikhwan muncul di sebelahnya bersama Iris,Averardus terkejut sebelum menghela nafas pendek. Mayat Rollant diangkat dan Iris kehairanan,Ikhwan dan Nao memandang dengan tanpa emosi.

"Bertenang.. Aku tidak berminat mencabar kau raja naga..." ujar Averardus.

"Jadi apa tujuan kau?" soal Ikhwan.

"Aku hanya ingin mengambil apa yang milik kami... Maafkan aku kerana mengganggu..." ujar Averardus dan terus menghilangkan dirinya bersama bayang.

"Saya melebih ke?" soal Nao dan Ikhwan hanya tersenyum mengusap kepalanya.

"Nah.. Kamu buat dengan baik.." ujar Ikhwan tersenyum begitu juga dengan Iris tersengih.

Ikhwan,Iris dan Nao mendarat di atas kapal. Alia kelihatan muncul dari dalam,lalu segera Ikhwan menghampiri dia. Alia menyedari kehadiran Ikhwan,tapi dia tertanya-tanya siapa gadis blonde itu?

"Bagaimana keadaan mereka?" soal Ikhwan.

"Keadaan kedua-dua mereka,sudah semakin stabil.. Tiada titik penting berlaku,mereka selamat..." jelas Alia.

Sebaik mendengar penjelasan Alia,Ikhwan hanya mengusap kepala Alia dengan lembut. Alia kehairanan dan Iris hanya tersenyum,Nao pula sekadar mendiamkan diri.

"Uncle?" soal Alia.

"Good work today..." ujar Ikhwan tersengih dan Alia tergamam kemudian tersenyum.

"Pleasure is mine.."






















===========================

Hello guys

Update untuk kamu wahai reader yang setia

Apa pendapat kamu untuk chapter kali ini?

Adakah kamu berpuas hati?

Sila komen dan vote okay

Ciao!

HIKARI AL'REEZAL (Aminudden's Second wife)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top