CHAPTER 116 : NAO INTO THE RESCUE
Luqman dan Aminudden bergaya posisi sedia bertarung,Rollant merenung mereka dengan tajam. Pedang dihunus dan aura gelap semakin kuat,aura mereka sahaja sudah bertembung dengan dahsyat apatah lagi apabila mereka bertarung.
"Dia bukan lawan sembarangan.." ujar Luqman.
"Aku tahu la,bukan aku tak boleh rasa..." balas Aminudden.
"Apa kau kata?" soal Luqman.
"Musuh di depan..." balas Aminudden tersengih.
"Musuh ada di depan,kamu berdua nak bergaduh antara satu sama lain?" soal Rollant sinis.
Luqman dan Aminudden memandang Rollant semula,mereka berbalas pandangan kemudian menghela nafas pendek.
"Jangan rosakkannya.." ujar Luqman bersiap-sedia.
"Aku tak perlu diingatkan..." balas Aminudden memasang posisi kekuda
"Macam ni baru menarik..." Rollant menarik pedangnya.
Luqman sekelip mata terus berada di hadapan Rollant dengan pantas,tumbukan melangit dihayunkan namun berjaya dielak dengan Rollant. Si pahlawan kegelapan terus menghayunkan pedangnya,namun Aminudden menangkis dengan salah satu pedangnya juga.
"Thousands Sword huh?" soal Rollant tersengih dan Luqman menghalakan tapak tangan ke arah Rollant.
"IMPACT THRUST!!" Rollant tercampak sekali lagi.
Namun Rollant mencacakkan pedangnya pada dinding gunung,untuk mengelakkan dia melambung jauh. Rollant melompat ke udara dan Aminudden berlari,Luqman juga sama mereka meluru ke arah Rollant. Api marak pada kedua-dua tangan Aminudden dan Luqman pula,busur kilat terhasil di tangan kirinya.
"Thousands Sword,Dual-wield Play.." Aminudden menyeru dua bilah pedang dan menambahkan kelajuan.
"Kirin Bow.." ujar Luqman dan berhenti dari mara,dia menembak panah kilat ke arah Rollant.
TANG!!
Aminudden dan Rollant berlaga pedang masing-masing,gegaran kuat terhasil dan Aminudden mengalihkan kepala ke kanan sedikit. Rollant terkejut apabila ada anak panah kilat,hampir mengenainya tetapi berjaya dia elak.
Aminudden terus mengasak Rollant,dia melibas hayunan pedang tetapi Rollant mampu menangkis. Aminudden berpusing dua kali sebelum hayunan dia,dihayunkan dan Rollant terseret jauh. Luqman pula sudah siap mengumpulkan kuasa,panahan kilat dilakukan dan Rollant tersentak.
"THOUSANDS ARROW LIGHTNING ARROW!!" Luqman terus memanah dan ribuan anak panah kilat laju meluru ke arah Rollant.
"THOUSANDS SWORD,FULL COURSE.. IGNITE!!!" Aminudden tidak ketinggalan memberikan bantuan pada abangnya.
Rollant terkejut dan letupan berlaku sebaik serangan gabungan mereka,mengenai kawasan di mana Rollant berada. Luqman dan Aminudden hanya menunggu,untuk mengetahui adakah mereka berjaya.
Letusan yang kuat berlaku dan dua beradik itu terkejut,Rollant bangkit dengan bentuk berzirah. Luqman dan Aminudden tersengih berpandangan,mereka menelan air liur.
"We're in troubles right?" soal Aminudden.
"Looks like it.." ujar Luqman.
Rollant menghayunkan libasan pedangnya,Luqman dan Aminudden mengaktifkan kuasa lalu mengelak. Letusan kuat sebaik kuasa hayunan dari Rollant,mengenai permukaan atas laut.
"Glad we fight in this island.." ujar Luqman tersenyum kelat.
"Hey! Quit daydream already,here he comes!!" Aminudden memberi amaran.
Luqman terkejut sebelum Rollant pantas berada di hadapan mereka,hayunan penumbuk mengenai mereka berdua lalu dua beradik terpelanting jauh. Aminudden mengimbangkan tubuhnya,lalu rambutnya berubah menjadi biru.
Aminudden terus meluru laju ke arah Rollant,hayunan penumbuk dia tujah dan Rollant membalas. Sebaik penumbuk mereka bertembung,impak gegaran terhasil dengan kuat. Aminudden mengerang kerana penumbuknya terasa begitu sakit sekali,Luqman terus meluru ke arah mereka.
"Arggh!!! Sakit la sial!!" Aminudden mengeluh sebelum tercampak dek tumbukan Rollant.
Luqman pula muncul dan menghadiahkan tujahan kaki,tepat mengenai perut Rollant lalu terseret beberapa meter. Aminudden hanya memegang tangannya,dia memandang ke arah tempat abangnya dan Rollant bertarung.
Si naga kilat mengasak dengan deras,dia marah kerana adiknya disakiti. Luqman memusingkan badan lalu menujah tendangan,tepat mengenai muka Rollant yang berzirah itu. Luqman berpusing sekali lagi,menghentak Rollant terbenam ke tanah.
KRAANG!!!
KLONG!!
"Ada lagi!!" Luqman membuka tapak tangannya,kilat berwarna ungu bertukar hitam tanpa disedari Luqman namun Aminudden tersentak.
"THUNDER BOLT!!"
GRUUMMM...!!!
KRZZZT...!!!
KABOOMM!!
Letusan umpama disambar petir,tanah meletus dengan hebat. Tidak cukup dengan serangan itu,Luqman terbang ke udara mengangkat tangan dihalakan ke atas langit. Bulatan sfera berwarna ungu gelap terhasil,Aminudden tergamam melihat apa yang berlaku.
"PLANETARIUM THUNDER BOLT!!"
Serangan itu adalah Sun Destroyer versi kilat berwarna ungu gelap,letusan hebat berlaku dan mengakibatkan tiupan angin kencang. Tidak lama angin kencang berhenti,kembali reda dan Luqman mendarat di sebelahnya Aminudden.
"Kau okay bro?" soal Luqman menghulurkan tangan pada Aminudden.
"Rasanya..." balas Aminudden menyambut tangan Luqman.
Namun tidak semua perancangan berjalan dengan lancar,Rollant bangkit semula dan kuasanya lebih kuat berbanding tadi. Luqman dan Aminudden terseret akibat tiupan angin kencang,terhasil dari impak kuasa yang dirasai.
"Weak! Weak! Weak! Weak!! Weakk! Hahahaha...!" Rollant menjerit dan kuasanya bertambah kuat.
Luqman dan Aminudden tergamam,mereka segera bersiap-sedia menghadapi Rollant. Tetapi Rollant bergerak dengan pantas,muka mereka dicengkam dan Rollant melanggar mereka pada dinding gunung dalam pulau tersebut.
Mereka berdua dihentam teruk,Luqman dan Aminudden menahan sakit. Mereka dicampakkan kemudian Rollant menumbuk mereka seperti beg tinju pasir,tumbukan demi tumbukan begitu padu setiap kali singgah ke tubuh dua beradik itu. Tumbukan terakhir membuatkan mereka melekat pada dinding gunung berhampiran,Luqman dan Aminudden muntah darah.
"Weak!! Weak!! Weak!!" Rollant menghalakan tangan ke satu arah,pedang dia yang terpacak terus terbang ke arahnya.
Aura gelap terhasil dengan kuat,Rollant menumpukan kuasanya pada pedang miliknya. Dia terus diangkat pedangnya ke atas udara,Luqman dan Aminudden tidak mampu bergerak akibat kesakitan yang dialami oleh mereka.
"Mampuslah!!" Rollant terus menghayunkan pedang dan serangan aura gelap meluru laju ke arah dua beradik.
Namun seseorang muncul dan menahan dengan mudah,Luqman dan Aminudden termasuk Rollant terkejut. Nao hanya menahan dengan muka tidak berperasaan dan Ikhwan muncul di hadapan Luqman serta Aminudden,dia membawa dua beradik itu ke tempat lain. Sedar mereka berdua berjaya diselamatkan,Nao terus mengalihkan serangan itu ke arah lain.
"Kau siapa pula?" soal Rollant geram.
"Apa kata awak tutup mulut awak?" kata Nao merenung Rollant.
"Seorang lagi nak tempah maut ya?" soal Rollant sinis,pada masa yang sama Nao sudah bergerak pantas dan berada di hadapan Rollant.
"Apa?" Rollant menahan tetakan Nao,namun hayunan Nao lebih kemas dan kuat lalu Rollant tercampak sehingga jatuh ke dasar laut.
Rollant terasa bengang dan terus berenang ke permukaan laut,dia mendongak ke atas langit dan Nao terapung sambil tersengih ke arahnya. Rollant tercabar dengan senyuman sinis Nao,dia terus meluru ke arah Nao dengan laju.
"Mampuslah kau perempuan!!" Rollant berkata seiring menghayunkan senjatanya.
TANG!!
KTANG!!
Nao hanya menahan sahaja serangan Rollant tanpa membalas,Ikhwan yang kini berada di atas kapal laut tentera laut Mentari baru sahaja menyerahkan dua beradik pada ahli medic dan hanya memerhatikan sahaja pertarungan tersebut.
"Apahal kau tak melawan? Takut?!" soal Rollant melakukan provok.
"Nak saya melawan ke?" soal Nao tersenyum.
TANG!!
Mereka berlaga senjata dengan hebat,impak lagaan membuatkan awan hancur. Nao menangkis setiap tetakan Rollant,perempuan blonde itu hanya mendesah dan menggenggam erat pegangan pada hulu pedang.
ZRASSH!!
Sekelip mata tangan kiri Rollant terputus dan Ikhwan hanya kagum,Nao pula tersenyum sinis dan Rollant tergamam kerana libasan pedang yang memotong tangannya tidak dapat dikesan olehnya. Rollant mengetap gigi dan jeritan kesakitan kedengaran,Nao hanya memandang dia dengan kosong serta bilah pedangnya yang mengalir darah Rollant.
"Itu saya melawan..."
============================
Yahoo!
KRAANG
TUSSH!!
😂 😂 😂
Okay cukup berangan
Here third update for this week
Aku dah janji kan nak update
So..
Triple update kan dalam masa dua hari
Hahaha
Bagaimana?
Puas hati?
Nak update lagi kena tunggu
Ciao!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top