CHAPTER 115 : ROLLANT,THE NIGHTFALL
"NAO!!" Iris menerpa wanita blonde yang dipanggil Nao,memeluknya erat.
Ikhwan hanya berdiri selamba,dia sekadar tersenyum sahaja sambil ditemani oleh Reena. Tidak lama lepas itu Reezal,Yusri dan Raffie muncul. Mereka tersenyum serentak sebaik melihat Nao,wanita blonde itu hanya membalas senyuman.
"Bila sampai,kenapa tidak beritahu bonda?" soal Rumina memeluk Nao.
"Tidak apa bonda,saja nak beri kejutan pada ayahanda dan bonda.. Hehe.." jelas Nao tersenyum manis.
Nao memeluk Rumina dengan erat,dia rindukan ibunya terlalu lama. Dia tinggal begitu lama di luar negara,kerana rawatan akibat kecederaan.
Ikhwan sekadar memerhatikan sahaja,dia terasa bahunya dicuit dan apabila ditoleh kelihatan Alisa bersamanya. Dahi Alisa dicium lembut,Alisa hanya tersenyum dan pipinya sedikit merah.
"Awak tak nak ikut serta?" soal Alisa dan Ikhwan hanya tersenyum kelat.
"Biarlah dulu.." ujar Ikhwan beredar dan Alisa mengekorinya sambil memandang ke arah Nao yang berbual dengan keluarga lain.
"Aminudden dengan abangnya mana?" soal Alisa menoleh ke sana sini.
"Mereka tengah training..." jelas Ikhwan.
"Tak apa ke? Mereka bukan kenal lagi dengan Nao?" soal Alisa.
"Tak apa kak.." Nao menegur dengan tiba-tiba dan Alisa menoleh ke arahnya,Iris turut bersamanya.
"Apa maksud Nao?" soal Iris.
"Saya nak tengok mereka berlatih.." jawab Nao.
BOKK!!!
Aminudden tercampak ke belakang,dia menyeimbangkan tubuhnya. Pedang yang besar di dalam genggamannya,dipegang dengan kuat dan memandang ke arah Luqman. Sinaran merah di belakang tubuhnya,Luqman terkejut sebelum Aminudden menghasilkan cahaya yang besar.
"INFERNO SLASH!!!"
Luqman terkejut sebelum mengetap gigi kemudian menghasilkan dinding besar menghalang serangan,gegaran kuat terhasil dan Luqman tidak sangka Aminudden punya serangan sekuat ini.
Luqman mengepalkan penumbuknya,lalu dinding kiub terbuka seperti mulut raksasa menelan daya serangan milik Aminudden. Tindakan Luqman mengejutkan Aminudden,tetapi dia tidak hairan kerana Luqman juga pasti sudah bertambah kuat.
Aminudden tidak menunggu lama,lantas meluru ke arah Luqman. Luqman terus mengambil salah satu kiub mini,lalu dijadikan pedang jenis katana. Tetakan pedang dihayunkan dan Luqman menahan,impak kuat terhasil dengan tiupan angin kencang. Luqman dan Aminudden berbalas senyuman sinis,lantas terus berlaga senjata.
TANG!
KRAANG!!
TUSSH!!!
"Kau dah semakin kuat ya?" soal Luqman.
"Apa kurangnya kau!?" Aminudden membalas sambil menghayunkan libasan ke udara.
KRAANG!!!
Pedang mereka berlaga melekat,impak kuat sekali lagi terhasil. Bunyi pedang mereka bersentuhan,Luqman dan Aminudden berbalas daya tolakan. Pada masa yang sama sebuah kapal terbang sedang melalui kawasan udara berhampiran,Luqman dan Aminudden masih berlaga pedang.
Seseorang berdiri di atas badan kapal terbang,menyedari pertarungan mereka dan tersenyum sinis. Pedangnya yang disangkut pada belakang,dicabut dan aura hitam menyelubungi bilah
Luqman mengalirkan kilat dan Aminudden menyalakan bara api di tangan kiri,lalu mereka terus meluru antara satu sama lain dan saat mereka hampir bertembung. Satu kuasa serangan gelap,menyerang mereka dengan tiba-tiba.
Aminudden menyepak abangnya,akibat tindakan dia serangan gelap itu memakan Aminudden dan terjatuh ke satu tempat. Luqman sedikit terkejut dan menoleh ke arah dari mana datangnya serangan hendap tersebut.
"Siapa kau?" soal Luqman.
"Greetings! Nama aku Rollant,salah satu Dark Knight... Sekarang beritahu aku mana Ikhwan Syah Al'Solleh?" soal Rollant sinis dan Luqman mengetap gigi.
"Apa kau kata?" soal Luqman.
"Aku baru cakap kan? Pekak ke kau?" soal Rollant sengih dan Aminudden muncul semula.
Rollant terkejut dan Luqman hanya menoleh ke arah Aminudden,dia sekadar memerhatikan adiknya meregangkan ototnya. Aminudden memadam bentuknya yang bertopeng separuh,lalu Luqman juga turut berbuat begitu.
"Kau dengar apa dia kata Am?" soal Luqman.
"Ya.. Dia kata nak cari uncle kan?" jawab Aminudden sambil menyoal.
"Kau rasa nak beritahu ke?" Luqman menyoal lagi.
"Apa kata chat uncle,suruh dia ke sini?" cadang Aminudden.
"Bagus juga cadangan kau tu.. Sekejap aku chat dia.." Luqman berkata mengangguk faham,Rollant terkejut.
"Jangan panjang sangat dah la.. Cukup kata demon busuk datang cari dia.." Aminudden memberi cadangan,Luqman mengangguk sambil menaip mesej dan Rollant mula bengang.
"SIAL KAU!! KAU INGAT AKU NI APA HA?!!!" Rollant menjerit bengang.
"Sampah..." jawab Luqman.
"Benda yang tak penting.." sambung Aminudden.
"Kamu berdua memandang rendah pada aku?! Rollant The Nightfall?!" soal Rollant geram.
DUUUSSH!!
DUUUSSH!!
Muka Rollant dihadiahkan tujahan siku oleh Aminudden,seiring serangan lutut oleh Luqman pula membuatkan Rollant melayang jauh sehingga terhempas pada pulau terbiar. Luqman dan Aminudden mendarat di pulau itu,Rollant mengetap gigi dan bangkit semula dengan amarah yang meluap-luap.
"Damn you brat..." ujar Rollant mengeluarkan kuasanya.
"Brat? Are you listening my brother?" soal Aminudden tersengih.
"Yeah....loud and clear..." ujar Luqman pula mengepalkan penumbuknya.
Luqman menarik nafas kemudian aura meletus,rambutnya sedikit demi sedikit berwarna ungu cerah dicampuri putih salji. Aminudden pula menjerit sekuat hati,sama seperti abangnya dan rambutnya berubah kebiruan ais. Rollant tergamam dengan apa yang terjadi,Luqman dan Aminudden meningkatkan kuasanya sekelip mata.
"What are you?!" soal Dark Knight itu.
"Wanna know..?" Luqman memulakan kata-kata.
"Come to us.." ujar Aminudden menggamit tangannya,Rollant mula bengang dan pedangnya digenggam dengan erat.
"DON'T FUCK WITH ME!!" Rollant meluru ke arah mereka berdua.
"Aku atau kau bro?" soal Luqman.
"Kau perlu tanya ke?" Aminudden berkata kemudian terus menumbuk tanah,lalu merekah dengan dahsyat sekali.
"Betul tu..." ujar Luqman dan Rollant terpaksa mengelak.
"Thunder.. Arts..!!" kilat ungu mengalir pada sekeliling penumbuk Luqman.
Luqman terus meluru ke arah Rollant,lalu mereka bertembung dan berlaku pertempuran yang dahsyat. Luqman berbalas libasan pedang Rollant hanya dengan tinjunya,Luqman tersengih kerana dia berjaya bersaing dengan orang yang bersenjata.
Luqman sebenarnya boleh sahaja untuk bertempur dengan senjata,tetapi entah kenapa dia terfikir ingin bertarung dengan tangan kosong. Luiz pada masa sama,hanya berdiri memerhatikan keadaan luar istana lama. Tidak lama Averardus muncul,Luiz hanya menjeling sedikit ke belakang.
"Averardus,ada yang tidak kena?" soal Luiz.
"Saya tertanya-tanya tuanku..." ujar Averardus.
"Ya?" soal Luiz.
"Kenapa tuanku biarkan Rollant bertindak sendirian...?" soal Averardus ingin tahu.
"Kerana dia yang nak mati.." jelas Luiz dan Averardus hanya mendiamkan diri.
"Lagipun,aku nak dia mati..." jelas Luiz tersengih licik.
========================
Bagaimana untuk update kali ini?
Aku nak tahu pendapat kamu semua
Harap berikan kerjasama ya?
Itu sahaja la
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top