CHAPTER 114 : THIS IS MY LITTLE SISTER
Merlin berdiri di atas puncak gunung berapi,dia membaca kata-kata mantera magis dan Luiz hanya berdiri memerhatikan sahaja. Suasana bergegar dan Luiz hanya memerhatikan sahaja,dia menyedari dan menarik Merlin pergi.
ZRASSH!!
Libasan pedang berjaya dielak,dan Luiz terapung di udara. Ikhwan mendarat di atas puncak gunung berapi,Luiz mendecih kerana hampir sahaja rancangannya berjaya tetapi diganggu.
"Aku ganggu kau ke? Maaflah.. Aku sengaja." ujar Ikhwan memegang pedangnya.
"Iskandar's Successor.." ujar Merlin mendecih.
"Bagaimana kau tahu?" soal Luiz.
"Aku jenis yang berjaga-jaga.. The Forsaken Beast ditidurkan dalam sini ya?" soal Ikhwan dan Merlin terkejut,Luiz hanya merenung dingin ke arah Ikhwan.
"Tak payah nak tenung sangat..kalau kau nak lawan,mari.." Ikhwan mengumpan dan Luiz hanya dengan muka dinginnya.
"Bukan hari ini Iskandar's Successor.." kata Luiz hilang bersama Merlin,Ikhwan pula sekadar meletakkan bilah pedang atas bahunya.
Ikhwan tidak berkata apa-apa,kemudian dia memandang ke arah dalam kawah gunung berapi. Dia jelas merasai kuasa yang amat kuat,datang dari kawah gunung berapi tersebut.
"Bukan hari ni huh?"
Ikhwan melompat ke belakang dan terapung di udara,dia menarik nafas panjang kemudian muncul sepuluh bilah pedang. Sepuluh pedang itu dipacakkan pada sekeliling kawasan kawah,kemudian tidak lama terhasil magis kurungan.
"This should hold that thing for a while.." ujar Ikhwan dan terus lenyap dari pandangan.
Luiz Morgan muncul di satu tempat,sebuah istana lama dan dua orang pemuda sedang berbicara menyedari kehadiran mereka. Lijart dan Gerbertus memerhatikan Luiz melangkah masuk,Merlin hanya berhenti membiarkan Luiz masuk sendirian.
"Sesuatu berlaku?" soal Lijart.
"Boleh dikatakan macam tu.." kata Merlin memeluk tubuhnya.
"Apa yang berlaku?" soal Gerbertus.
"Masa kami cuba revive The Forsaken Beast.. Kami diganggu.." kata Merlin.
"Diganggu?" soal Lijart kehairanan dan Merlin mengangguk.
"Tiada siapa berani mengganggu tuan Luiz..mustahil.." Gerbertus tidak percaya.
"Aku akui yang Merlin antara terkuat dalam dunia... Tetapi 500 tahun yang lalu.. Sekarang ada yang amat kuat.. Dia mampu menghancurkan pulau jika dia mahu." jelas Merlin.
"Siapa dia Merlin?" soal Lijart tersengih dan Merlin menoleh ke arahnya,Merlin tidak menjawab dan hanya memaparkan satu skrin yang menunjukkan muka Ikhwan.
"Nama dia adalah Ikhwan Syah Al'Solleh,dia adalah pewaris kuasa Iskandar.." kata Merlin memberikan penerangan.
"Successor The Power of the King..." jelas Lijart sahaja.
"Heh.. Muka tak nampak macam kuat.." satu suara menegur,mereka bertiga menoleh dan kelihatan seseorang sedang berdiri tersengih.
Merlin,Gerbertus dan Lijart memandang ke arah Rollant. Seorang pahlawan yang menjual diri kepada kegelapan,Rollant The Nightfall berdiri tersengih.
"Aku sendiri akan habiskan dia.." jelas Rollant bercakap besar.
"Jangan hilang akal Rollant,dia bukan sembarangan lawan.." jelas Merlin.
"Kau takut bukan,sebab itu tidak berani berdepan.. Serahkan sahaja pada aku.." jelas Rollant dan beredar.
Mereka memerhatikan rakan mereka pergi kemudian menoleh ke arah Merlin,Lijart hanya menghela nafas pendek dan Gerbertus pula hanya menggelengkan kepalanya. Luiz mendengar perbualan mereka,tetapi dia hanya membiarkan sahaja Rollant bertindak sendiri.
Luqman dan Aminudden terapung di udara berhadapan di antara satu sama lain,mereka bersiap-sedia untuk bertarung di atas udara. Mereka segera mengaktifkan mode masing-masing,rambut Aminudden merah bersinar dan Luqman dengan keunguan cerah.
"Ready my brother?" soal Luqman.
"Anytime for you brother.." kata Aminudden tersenyum.
Suasana menjadi sunyi seketika dan Ikhwan memerhatikan dari jauh,secara terapung berpeluk tubuh dan dua beradik itu dalam sekelip mata bertembung. Aminudden menumbuk dengan api menyelubungi,Luqman pula melibas sepakan kaki yang kilat menyambar.
Satu dentuman berganti nada kekuatan dan dua beradik itu,menembak dari kuasa elemen masing-masing. Sebaik dua serangan bertembung,dentuman kuat terhasil dan mereka berdua bertembung pula.
Luqman menghayunkan sepakan kaki,lalu Aminudden pula dengan tujahan api pada penumbuknya. Sekali lagi Aminudden tercampak berpusing ke belakang,lalu dalam keadaan berpusing dia mengatur langkah.
"Fire Shooting Blast!!" Aminudden menembak api umpama tembakan anak panah.
"Shit..!!"
BOOMM!!
KABOOMM!!
BROOMM!!!
Aminudden kembali menstabilkan posisi dia dan memandang ke arah hadapan,dia menunggu kepulan asap kembali menipis. Aminudden tersengih kerana Luqman sempat mengaktifkan mode tempur jarak jauh,dia menghasilkan perisai pelindung sfera.
"Avalon form,Range mode.."
"Jangan sengih camtu bang,ngeri aku tengok.." ujar Aminudden dan mengelak tembakan laser mengejut.
"Alamak missed.." ujar Luqman.
"Kalau macam tu,giliran aku pula.." jelas Aminudden mengaktifkan bentuk tempur jarak jauh.
"Falcon Form,Silverbow.." kata Aminudden dan seluruh baju berubah,kedua tangannya bersarung zirah kemudian muncul busur berwarna perak di tangan kiri Aminudden.
Luqman bersiul kagum dan Aminudden memetik jari,sebatang anak panah muncul sekelip mata dikepitan jarinya pula. Lalu disasarkan dan memanah,anak panah terus meluru laju dengan sekelip mata. Luqman segera menahan dengan salah satu senjatanya yang terapung,Aminudden tersengih sahaja.
"Kau nak main kasar ya?!" Luqman berkata geram.
"Marilah!!" Aminudden pula mencabar.
Maka berlaku balas-membalas anah panah bertembung dengan tembakan laser,letupan berlaku di hadapan Ikhwan dan si raja naga hanya memerhatikan tanpa berkata apa-apa.
Tetapi sesuatu terbang laju dan melepasi Ikhwan,dia kehairanan dan muncul seorang wanita. Dia terus menghayunkan libasan gelombang potongan,Aminudden dan Luqman segera mengundur laju mengelak serangannya.
"HEY SIAPA KAU HA?!" soal mereka serentak biarpun berjauhan jaraknya,tetapi mereka berkata serentak tanpa masalah.
Individu berkerudung itu berdiri tanpa berkata apa-apa,pedangnya amat besar dan dia pula hanya menghunuskan senjata. Luqman dan Aminudden pula hanya berbalas pandangan dari jauh,mengangguk setuju tanda bekerjasama.
Luqman dan Aminudden meluru ke arah perempuan itu,wajahnya yang di sebalik kerudung menyukarkan untuk mereka melihat jelas. Mereka bertembung berlaga senjata,Aminudden berubah bentuk sekali lagi.
Luqman agak terkejut kerana bentuk itu tidak pernah dia lihat,Aminudden menolak perempuan misteri itu ke belakang. Pedang diputarkan dilibas daya hayunan yang amat kuat. Perempuan berkerudung itu menangkis serangan dan tercampak jauh,dia kembali stabilkan posisinya.
"Bila masa kau dapat bentuk ni?" soal Luqman.
"Sebulan yang lalu?" jawab Aminudden selamba dan Luqman tersengih.
"Aku tidak akan ketinggalan.." ujar Luqman dan aura ungu menyelubungi tubuhnya.
"Wooo...." Aminudden berkata kagum.
"Sedia Am?" soal Luqman.
"Sudah tentu abangku.." kata Aminudden tersenyum sinis.
Perempuan berkerudung itu hanya terapung,memegang pedangnya dengan erat. Dia bersiap-sedia untuk menunggu serangan dua beradik itu,Ikhwan ketika itu sudah berada di belakang perempuan berkerudung. Perempuan itu terkejut dan Ikhwan tersengih,penumbuk dikepal kuat.
"BILA MASA KAU BALIK?!" soal Ikhwan mengetuk kepala perempuan tersebut.
Luqman dan Aminudden tercengang,Ikhwan pula hanya menggenggam penumbuk sahaja. Perempuan berkerudung memegang kepalanya,lantas mendongak dan memandang ke arah Ikhwan.
"That's hurt brother! Can you at least hold back?" rungut perempuan itu dan Ikhwan tersengih,Luqman dan Aminudden terdiam.
"Bro-Brother?" soal mereka serentak dan Ikhwan menoleh ke arah mereka,kerudung ditolak dan wajah seorang gadis blonde kelihatan.
"Guys.. Ini adik uncle.." ujar Ikhwan memberi penjelasan,dua beradik itu terdiam sejenak menghadam apa yang disampaikan oleh Ikhwan.
"ADIK?!!"
========================
Hey readers fella
Apa khabar?
Kita brtemu semula selepas seminggu siri ini direhatkan
Jadi siri ini akan disambung semula
Applause for me
Hehe
Terima kasih kerana setia menunggu
Tirai The New Light dibuka semula..
Bagi yang nak tahu bagaimana muka perempuan blonde tu,atas sekali dengan tajuk ada gambarnya
Itu sahaja
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top