CHAPTER 112 : DARK KNIGHT EVIL PLAN
Alif tergamam kerana melihat Azryan berada di hadapannya,tersenyum dan ketawa kecil kerana reaksi Alif. Nafas helaan dilepaskan kemudian Alif kembali menyandar pada bantal,dia dimasukkan ke dalam wad hospital ini kerana dia terlalu penat dan lemah.
Azryan juga sama kerana selepas diselamatkan oleh Hafez,dia masih dalam keadaan lemah. Aurora juga bersama Alif menemaninya,kerana Rafaela iaitu ibunya ada urusan sedikit dengan Rachel adik dan ibu saudara Alif.
"Dude.. Kau hidup lagi? Ataupun bayangan aku je ni?" soal Alif menggosokkan matanya.
"Aku hidup dan selamat ni,terima kasih pada tuan Hafez..." kata Azryan tersengih.
"Pulangkan balik air mata aku,buang masa je aku menangis untuk kau..." kata Alif bengang.
"Kau menangis untuk aku? Auw.. Sungguh terharu..."
Alif menghela nafas pendek,dia tidak dibenarkan keluar dari wad hospital. Aurora mengupas kulit buah pear,sambil mengalunkan lagu tanpa lirik. Alif menoleh ke arahnya,dia terkejut kemudian tersenyum.
"Sedap suara awak mengalunkan lagu..." kata Alif dan kupasan buah terhenti,Aurora hanya tersenyum sambil menghulurkan potongan buah kepada Alif.
Saat Alif cuba mencapai dihalang oleh Aurora,Alif terkejut begitu juga Azryan dan Aurora pula hanya menunjalkan potongan buah itu. Tanda dia ingin menyuap Alif,sedar tindakan Aurora segera Alif menjamah buah potong itu.
Alif membuat muka ceria tanda buah itu sedap,dia dan Aurora berbalas senyuman. Azryan mengambil kerusi dan duduk,dia teringatkan Raisyah kerana selepas perang lima hari yang lalu. Raisyah tidak kelihatan langsung,dia menoleh ke arah Alif dan Aurora.
"Hey Lif.." Azryan menegur.
"Ya?" soal Alif dengan mulut yang penuh.
"Raisyah,dia pulang semula ke negara dia ke?" soal Azryan.
Alif dan Aurora berpandangan,kemudian memandang semula ke arah Azryan. Mereka berdua juga tidak tahu,ke mana Raisyah pergi. Pintu terkuak dan Alia muncul,dengan kot putih menyarung tubuhnya.
"Doktor Alia.." ujar Aurora.
"Dok...?" Alif terkejut.
"...Tor..?" Azryan juga sama.
"Bagaimana keadaan kamu encik Alif?" soal Alia dengan muka dinginnya.
"Err..okay rasanya?" balas Alif.
"Saya akan lakukan pemeriksaan... Oh ya encik Azryan?" kata Alia dan menoleh ke arah Azryan.
"Ya?" jawab Azryan.
"Boleh pulang semula ke wad awak? Doktor akan membuat pemeriksaan pada awak sebentar lagi.." jelas Alia.
Azryan menelan air liur melihat renungan mata Alia,dia segera menundukkan kepala dan terus beredar keluar dari wad Alif. Alia melakukan pemeriksaan pada Alif,Aurora hanya menjadi pemerhati diam tidak mengganggu.
"Baiklah.. Keadaan awak dah stabil... Rasa petang nanti boleh discharge..." jelas Alia.
"Baiklah.. Terima kasih doktor.." ujar Alif.
"Sudah menjadi tugas saya.. Jadi saya minta diri dulu..." kata Alia membalas senyuman Alif.
Alia membetulkan kot putihnya,kemudian dia berjalan keluar dari wad itu. Alif hanya menghela nafas pendek,Aurora menoleh ke arahnya sambil tersenyum.
"Bukankah ia bagus.. Awak dapat keluar akhirnya dari wad.." ujar Aurora.
"Yeah.. Memang bagus.." kata Alif.
Istana Mentari
Seseorang berjalan dengan laju di kaki lima,kemudian beberapa orang mengekorinya dari belakang. Ikhwan berjalan dengan laju,langkahnya deras dan Farhan serta Khaizo hanya memerhatikan sambil mengekorinya.
"Kau jalan laju sangat la Wan.. Ada apa-apa yang berlaku ke?" soal Farhan.
"Kita nak berbincang bukan di sini..." jelas Ikhwan.
Farhan hanya mengangguk dan akhirnya mereka tiba di hadapan pintu,pintu bilik untuk tempat mereka berbincang mengenai sesuatu. Sebaik pintu dibuka dan muka Z,kelihatan sedang duduk di kerusi di hadapan meja panjang.
"Z?!" Farhan dan Khaizo berkata serentak.
"Yo!" ujar Z menyapa.
"Nak tanya tu,nanti.. Korang pergi ambil tempat duduk..." kata Ikhwan menoleh ke arah mereka berdua.
Qatariz dan Mariana juga berada di situ,Jamel dan Guardian yang lain turut berada bersama. Sudah semestinya skuad satu lagi,Ghost Squad juga ada bersama. Alisa,Fara dan Aila disusuli oleh Luqman serta Aminudden dan isteri keduanya,Hikari.
"Lambat la kau..." ujar Z sebaik Ikhwan duduk di kerusinya.
"Maaflah.. Aku kena uruskan kerosakan di kota negara Winter..." ujar Ikhwan.
"Kenapa kau baik hati sangat? Rasanya bukan salah negara kau..." kata Qatariz.
"Benar kata kau... Aku tak buat pun benda tu semua secara percuma.." jelas Ikhwan.
"Apa maksud kau?" soal Farhan yang duduk bersebelahan Fara.
"Aku buatkan mereka berhutang dengan kita,kau ingat aku baik hati sangat?" ujar Ikhwan dengan biasa.
"Waa... Kejam.." kata Z tersengih.
"Kejam atau tidak,mereka tiada pilihan lain kerana negara lain lepas tangan.." jelas Ikhwan lagi.
"Berapa trillion kau bagi mereka..?" soal Khaizo.
"Aku tak kisah pasal duit.." jelas Ikhwan lagi.
"Habis tu?" Jamel pula bersuara.
"Aku cuma jadikan negara Winter,di bawah persekutuan kita... Sudah cukup elok bukan?" soal Ikhwan.
Semua mengangguk faham dan kemudian mendiamkan diri,mereka ingin tahu tujuan perbincangan untuk hari ini. Ikhwan kemudian menghalakan tapak tangan ke hadapan,umpama skrin visual terpapar di tengah-tengah meja perbincangan.
Luqman dan Aminudden hanya memerhatikan muka yang dipaparkan,salah satu Luiz Morgn dan Z berdehem dengan tiba-tiba. Semua mata memandang ke arahnya,dia memetik jari dan muncul pula paparan gambar empat jenis raksasa.
THE DREARY HUNTER
CAVERNSEEKER
THE GRIM HUNTER
THE FORSAKEN BEAST
"For lord sake... What the hell?" soal Aminudden.
"Ini adalah ciptaan demon lord,pada 700 tahun yang lalu semasa zaman pengasas kamu.. Demon Lord hampir berjaya menghidupkannya,tetapi aku dan Iskandar berjaya menghalang dan membunuh Demon Lord terlebih dahulu.." jelas Z dengan riak muka serius,Ikhwan hanya mendiamkan diri sahaja.
"Orang ini,Luiz Morgan.. Dia adalah rakan seperjuangan kami masa lalu.." jelas Z.
"Kenapa dia jadi jahat pula?" soal Luqman.
"Itu..." ujar Z dengan muka serius,semua menunggu jawapan kecuali Ikhwan.
"Aku tidak tahu.." tambah Z lagi dan semua terjatuh dari tempat duduk,kecuali Ikhwan dan Alisa.
"Seriously... Kau main-main ke?" soal Jamel bengang.
"Muka cam yakin je tadi.." kata Aminudden dan Luqman hanya ketawa kecil.
"Luiz Morgan percaya yang dunia ini telah tercemar,dengan manusia yang korup dan perlu dihapuskan.." ujar Ikhwan mencelah dengan tiba-tiba,semua mata menoleh ke arahnya.
"Empat ekor raksasa ni,adalah sasaran dia.. Luiz akan hidupkan keempat-empat ekor raksasa ini,dalam jangka masa terdekat..." jelas Ikhwan.
"Jadi lokasi keempat-empat raksasa ini di mana?" soal Jamel.
"Itulah masalah utama,kita tidak tahu di mana keempat-empat lokasi itu.." jelas Ikhwan risau.
"Empat lokasi?" soal Nabill yang mendiamkan diri dari tadi.
"Ya.. Keempat-empat raksasa disembunyikan di empat lokasi.." jelas Ikhwan lagi.
Semua yang berada di situ,mendiamkan diri dan pada masa yang sama. Luiz dan 9 Dark Knight yang telah dia kumpulkan,berada di satu tempat dan luiz hanya memerhatikan sebuah kawasan tasik.
"Kita dah mula nak bertindak?" soal Merlin.
"Aku tak sabar nak sembelih musuh.." ujar salah satu Dark Knight,Rollant dengan muka dinginnya.
"Bertenang,kau akan ada peluang.." Lijart The Shadow menegur.
Gerbertus The Scar,hanya mendiamkan diri begitu juga Gawayne. Dia tidak berkata apa-apa,Ernoul hanya membetulkan kerudung yang menutupi wajahnya. Averardus pula hanya memerhatikan keadaan tangannya,kemudian dia mendesah.
"Aku akan bekukan seluruh dunia..." kata Ludovicus,Dark Knight yang menggunakan kuasa aura dingin kegelapan. Armin si pembunuh naga sekadar mendiamkan diri juga,dua pucuk pistol tersisip pada pinggangnya.
"Masa untuk mulakan projek penghapusan.." ujar Luiz pendek.
==========================
Hello guys,apa khabar?
Harap sihat la semuanya
Tak sihat gi klinik okay
Musuh utama akan mulakan gerakan,tetapi chapter seterusnya adalah special chapter
Ia adalah kerjasama aku dan seorang author yang berbakat,karangan dia berjaya menarik minat aku untuk bekerjasama dengan dia dalam special chapter
Korang boleh check profile dia
Dunia novel dia yang mana satu aku akan pinjam?
Korang tunggu je la
Vote dan Comment
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top