CHAPTER 110 : LUCIAN,GOD OF CALAMITY


DUUUSSH..!!

KRAKKK!!

Ozmandiyas mengeluarkan darah dari mulutnya,tulang rusuknya patah sebelum dia tercampak merempuh gunung bersalji. Alif menggenggam sekuat hati penumbuk sehingga menggigil,dia berdiri dalam keadaan menumbuk sebelum menurunkan tangannya.

Ozmandiyas melekat pada gunung sebelum jatuh meniarap,dia ditimbusi salji yang gugur dari dinding gunung. Ozmandiyas mengerang kesakitan dalam diam,kesakitan yang dirasai tidak terperi rasanya.

Dia menggigil kemudian menggigit bibir dan menjerit sebaik keluar dari timbusan salji,Alif dan Luqman serta Aminudden memerhatikan sahaja dari jauh. Alif hanya mendiamkan diri dan membalas renungan tajam daripada Ozmandiyas,suasana menjadi sunyi dan sepi seketika.

Ozmandiyas tidak berkata apa-apa kemudian memulihkan semula kecederaan yang dia alami,kemudian dia meluru semula ke arah Alif dengan amarah yang mendalam. Tumbukan dihayunkan sekuat hatinya,Alif turut membalas dengan tumbukan juga.

DUUUSSH!!

Gegaran kuat sebaik tumbukan mereka berlaga,kemudian situasi masa bagaikan dalam keadaan masa diperlahankan. Alif dan Ozmandiyas berbalas renungan,mereka meneruskan pertarungan.

Meteora kelihatan muncul tidak jauh dari situ,dia dalam keadaan cedera akibat dikalahkan oleh Farhan. Wild Gunz tidak bersamanya,dia tidak mampu meneruskan pertarungan lagi.

BRAKK!!

Alif dan Ozmandiyas kemudian berbalas sepakan,renungan mata mereka sekali berlaku dan masa turut bagaikan bertukar perlahan.

"Kenapa...." ujar Ozmandiyas.

DUSH!!

"Kenapa..." Ozmandiyas mengetap gigi tidak dapat membendungkan kemarahannya.

DUUUSSH!!

Ozmandiyas terpelanting berpusing dan terjatuh secara terseret,dek sepakan kaki Alif yang lebih pantas dan kuat. Ozmandiyas kembali bangkit,dia mengetap gigi dan kemudian menggigit bawah bibir.

"KENAPA MESTI KAU HALANG JALAN AKU?! AKU BENCIKAN DUNIA NI,IA MEMBERIKAN SENGSARA PADA AKU!!" Ozmandiyas menjerit sekuat hati.

"Oz..." Meteora berkata dalam keadaan cedera.

"Aku tidak tahu kesengsaraan kau..." ujar Alif dan Ozmandiyas kehairanan,sekelip mata dia terus berada di hadapan Ozmandiyas.

"Huh? K-kau..." ujar Ozmandiyas terkejut.

"Tapi..itu bukan alasan kau ingin libatkan nyawa YANG TIDAK BERDOSA!!!"

DUUUSSH!!!!

Alif menumbuk dengan cara menegak dan membuatkan Ozmandiyas,terpelanting ke udara berpusing-pusing tanpa henti. Alif muncul di mana Ozmandiyas berhenti atas udara,lantas memusingkan badannya menghentak Ozmandiyas menggunakan tumit kakinya.

KRAKKK!!!

KLONG...!!!

Alif tidak berhenti dan terus menghenyak tubuh Ozmandiyas yang terbenam pada tanah diliputi salji,akibat tindakan Alif Ozmandiyas semakin terbenam lebih ke dalam lagi.

Alif melompat secara berpusing dan mendarat jauh sedikit dari Ozmandiyas terbenam,dia hanya menunggu jika Ozmandiyas ingin bangkit semula. Ozmandiyas yang dalam keadaan terbenam,sambil menahan sakit dia termengah-mengah.

"Aku tidak boleh terima semua ni..." ujar Ozmandiyas tersekat-sekat suaranya,dia kembali ke bentuk normal.

Ozmandiyas mencakar tanah dengan kuat dan kemarahannya,mula memuncuk dan kebencian turut menebal. Pada saat dia mendengar suara halus,membisik kepadanya.

Kau inginkan kuasa?

"Apa?" Ozmandiyas terkejut dengan bisikan tersebut.

Kau terseksa.. Kerana kau tidak mempunyai kuasa yang mampu melindungi dia..

"Noir...." Ozmandiyas mengetap gigi mula menggigil.

Jika kau mahu.. Aku boleh berikan kau kuasa.....

Tetapi ada bayarannya...

"Jika aku dapat hancurkan dunia ni.! Aku rela..! Aku serahkan roh aku pada kau!!" jerit Ozmandiyas.

Bagus...

Seketika Ozmandiyas terkebil-kebil,tidak lama dia menjerit kesakitan. Tubuhnya mengalir aura bayangan kegelapan,dia ditelan bayang hitam tersebut. Cahaya kegelapan menyiram dan menjadi tiang cahaya kehitaman,menegak sehingga menembusi awan tebal di langit.

Alif dan Luqman serta Aminudden,terkejut dan jelas merasai aura yang kuat. Malah menakutkan sekali dan Ikhwan hanya mengerutkan dahinya,menoleh dan memandang ke satu arah. Arah di mana Alif sedang bertarung,dia menghela nafas pendek dan lenyap dari pandangan mata Hafez,Qatariz serta Aurora.

"Mana pula dia nak pergi..." Hafez berkata kehairanan dan Aurora pula terus melompat pergi ke arah Alif berada.

"Hey!" Qatariz terkejut kerana gadis itu pergi begitu sahaja,Hafez pula hanya mampu menekup muka sahaja.

Qatariz sekadar menggosok kepala,Hafez hanya mengangkat mayat Azryan. Tetapi dia terkejut kerana merasai sesuatu,dia segera menurunkan semula mayat Azryan dan dilentangkan.

"Kau kenapa?" soal Qatariz dan Hafez memintanya dia supaya senyap.

Hafez menyentuh tangan kirinya pada bahagian dada Azryan,dia merasakan ada sesuatu yang menyala dari dalam tubuh Azryan. Malah tangan kiri Hafez,turut memberi reaksi.

"Aku rasa budak ni belum mati..." ujar Hafez.

"Kau hilang akal ke? Tak nampak tubuh dia berlubang?!" soal Qatariz tidak percayakan Hafez.

"Aku tak pasti mengenai hal itu.." kata Hafez tersenyum yakin.

Hafez menarik nafas dalam-dalam,lalu tangan kiri bersinar pada coraknya. Hafez menumpukan kuasa dalaman,dia memejamkan mata dan merasai api nyawa Azryan masih membara biarpun dalam keadaan malap.

Hafez tenggelam ke dalam lautan semangat,dia berenang hingga ke dasar yang tidak dikesan. Akhirnya dia melihat nyalaan api malap,dia mendekati dengan berhati-hati. Sebaik sahaja dia hampir kepada api nyawa,kelihatan imej Azryan yang kecil memeluk lutut memejam mata.

"Nampaknya tekaan kau betul..." ujar Windalfir dan Hafez menarik nafas kemudian dihalakan tangan kiri ke arah api yang malap itu.

Tangan kiri Hafez sekali lagi menyala,lalu sebaik dihalakan ke arah api nyawa tersebut. Api itu terus marak dan membesar,Hafez mengawal nyalaan api itu supaya tidak membakar pemiliknya.

Qatariz yang memerhatikan Hafez,terkejut kerana lubang pada tubuh Azryan semakin lama semakin mengecil. Qatariz tergamam dan tercengang,dia mengetap gigi dan membuka mulut.

"This is a miracle..."

Azryan tersedak dan terbatuk-batuk,Hafez pula kembali ke tubuhnya. Dia kepenatan dan termengah-mengah,Azryan hanya mampu tergamam kerana dia masih hidup.

"Aku masih hidup?" soal Azryan.

Ozmandiyas menjerit sekuat hati,sebelum tiang cahaya gelap itu lenyap. Alif tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku dan Ozmandiyas terapung keluar dari kawah buatan,Alif tergamam kerana dia tahu di hadapannya bukan Ozmandiyas.

"Tidak sangka aku dapat tubuh dengan mudah... Dasar lemah..." ujar Ozmandiyas.

"Siapa kau?" soal Alif dan Ozmandiyas menoleh ke arahnya.

"Heh,boleh tahan kau belasah budak ni tadi..." ujar Ozmandiyas sinis dan Alif tidak faham.

"Kau bukan Ozmandiyas... Siapa kau?" soal Alif merenungnya.

"Nama aku Lucian,God of Underground.." kata Ozmandiyas atau nama si perasuk,Lucian.

"Kau rampas tubuh Ozmandiyas? Dia di mana? Kau bunuh dia?" soal Alif.

"Bertenang la budak,satu soalan satu masa... Berkenaan soalan-soalan kau,aku cuma pinjam tubuh ni.. Dia ada di satu tempat,tetapi dia hanyalah menunggu mati.." jelas Lucian.

"Kenapa kau buat macam tu.. Bukankah kau seorang dewa?!" soal Alif marah.

"Kenapa kau nak marah? Kau benci dia bukan? Aku dah bantu kau halang dia.." jelas Lucian.

"Aku tidak percaya kau membantu dia.." ujar Alif dan Lucian mengeluh.

Sekelip mata Lucian menumbuk perut Alif sehingga terpelanting,merempuh dinding gunung dan Alif melutut sebelah kaki. Dia menahan dirinya dari rebah,Alif merasakan Lucian mempunyai niat tidak baik.

"Kalau kau nak bantu aku... Kenapa kau berada di tubuh dia..." ujar Alif menarik nafas panjang.

"Kau memang seorang yang cerdik akal.. Aku tidak suka budak cerdik..." kata Lucian mula rasa Alif menjengkelkan.

"Lucian...." ujar Alif dan Lucian kehairanan.

"Kau bukan God of Underground.. Tapi God of Calamity!" Alif berkata terkejut dan Lucian hanya tersengih sahaja.

"Hahahaha!! Alamak pecah tembelang!" ujar Lucian ketawa.

"Kau sepatutnya dikurung! Bagaimana kau boleh bebas?!" soal Alif lagi.

"Kau memang banyak cakap.." ujar Lucian dan akar tumbuh dari salji,lalu membelit Alif.

"Kau hanya perlu mati.." kata Lucian berubah nadanya.

"Kita perlu bantu dia bang!" Aminudden risau dan Luqman hanya mampu mendiamkan diri.

"Apa kau tunggu lagi?! Alif akan mati nanti!" Aminudden berkata lagi dan Luqman tersentak,lantas mereka meluru ke arah Lucian.

"Ada pembantu? Masalah kecil.." ujar Lucian menghasilkan dinding tanah tinggi.

"Dia penguasa elemen tanah?!" soal Luqman terkejut.

Alif menjerit kesakitan dan cuba bergelut untuk melepaskan diri,namun gagal kerana belitan akar itu amat kuat. Kuasanya tidak mampu meleraikannya,Alif tidak dapat bertahan. Namun Ikhwan muncul betul-betul di hadapan Lucian,manakala Lucian turut terkejut.

"Kau terbang jauh-jauh sana..." ujar Ikhwan menyepak Lucian sehingga merempuh dinding yang dihasilkan lalu melanggar gunung,lalu tertimbus salji dan Alif terlepas dari belitan akar kayu tebal.

"Tuan Guru..." ujar Alif dan Ikhwan membantunya bangun.

"Uncle!" ujar Luqman dan Aminudden sebaik menghampiri mereka berdua.

Letusan dari timbusan salji di bawah gunung berlaku,mereka berempat melihat terkejut kecuali Ikhwan yang membuat muka menyampah. Lucian yang menggunakan tubuh Ozmandiyas,tersengih licik dan meregangkan tubuhnya.

"Luke,Am.." ujar Ikhwan dan dua orang anak buahnya,menoleh ke arahnya serentak.

"Ya uncle?" soal Luqman.

"Boleh korang berikan uncle masa?" soal Ikhwan dan Aminudden terkejut sebelum tersengih kemudian melagakan penumbuknya.

"Berapa lama?" soal Luqman.

"Lima minit cukup..." jelas Ikhwan.

"Okay..." kata Luqman dan Aminudden serentak.

Luqman dan Aminudden terus meluru ke arah Lucian,lantas Luqman menujahkan kaki dan Aminudden menyerang menggunakan siku. Namun Lucian menahan dengan tersengih,begitu juga Luqman dan Aminudden.

"Tuan?" soal Alif kehairanan.

"Maaf Alif,buatkan kau cedera..." ujar Ikhwan memegang bahu pemuda itu.

"Apa yang tuan inginkan?" soal Alif.

"Itu aku yang patut aku tanya..." ujar Ikhwan.

"Huh?"

"Kau inginkan kekuatan sebenar?"

"Maksud tuan?"

"Bentuk terakhir Golden Aura..." jelas Ikhwan.




































LUCIAN,GOD OF CALAMITY

Hello guys

Update untuk hari ini

Musuh lain pula muncul,menggunakan tubuh Ozmandiyas

Malah Dewa Malapetaka

Apa yang Ikhwan maksudkan dengan bentuk terakhir Golden Aura?

Tunggu sambungan chapter seterusnya

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top