CHAPTER 108 : DEAD & AWAKENING
Alif dan Ozmandiyas berlaga tumbukan lalu menghasilkan impak yang gegaran amat kuat sekali,tetapi tidak lama kerana Alif ditolak kasar ke belakang. Azryan melompat dari belakang Alif,Ozmandiyas terkejut dan Azryan mengacukan revolver miliknya.
BLAM!!
BLAM!!
Ozmandiyas tergerak beberapa langkah ke belakang dek tembakan deras itu,Aurora pula menyusul dan berpusing tubuhnya sebelum melakukan sepakan ke arah Ozmandiyas.
KRAKKK!!!
Ozmandiyas berjaya menahan dan kaki Aurora dipegang,si demon terus mencampakkan Aurora semula ke arah Alif dan Azryan berada. Alif segera berlari dan menangkap gadis tersebut,Azryan terus bergerak pantas dan Ozmandiyas terkejut sebelum mukanya dilutut oleh pemuda itu.
"GET LOST!!"
DUUUSSH!!!
Ozmandiyas tercampak ke belakang,tetapi dia tidak jatuh dan hanya terseret jauh sahaja. Ozmandiyas yang terdongak ke atas arah langit,menurunkan semula kepalanya dan hidungnya berdarah dek serangan lutut Azryan.
"Warna merah,aku fikir warna hitam darah kau.." ujar Azryan tersengih.
"Kau memang nak mati cepat ya?" Ozmandiyas menyoal geram.
"Bertenang la... Aku cuma bertanya sahaja.. Jangan ambil hati.." kata Azryan tersenyum sinis.
"Kau masih mampu tersenyum biarpun tahu kau tiada peluang untuk mengalahkan aku..." ujar Ozmandiyas.
"Jangan angkuh sangat syaitan... Aku baru sahaja nak serius..." kata Azryan.
Azryan dan Ozmandiyas terus bertembung lalu pertempuran hebat,berlaku dan Alif serta Aurora menyusul membantu Azryan. Mereka bertiga mengasak Ozmandiyas dengan deras,namun Ozmandiyas hanya tersenyum sahaja menangkis serangan mereka.
"Is that all you got..?" soal Ozmandiyas dan mereka terkejut,kerana mereka tidak dapat bergerak dengan tiba-tiba.
"I can't move my body..." ujar Alif dan Aurora juga sama.
"My turn..." ujar Ozmandiyas pula.
Ozmandiyas terus melakukan gerakan,dia memukul dengan gerakan tangan yang amat pantas. Alif dan Aurora dipukul pada bahagian perut,Azryan sempat membatalkan teknik Ozmandiyas dan menahan serangan lelaki berwajah demon itu. Alif dan Aurora terpelanting lalu terjatuh,Aurora batuk dan tubuhnya kesakitan.
"Damn it! Aurora!!" Alif menjerit sambil bangun berlari ke arah kekasihnya.
Alif membantu Aurora bangun,pasangan itu memandang ke arah Ozmandiyas. Azryan menyeret ke belakang,Ozmandiyas menyedari sesuatu daripada Azryan.
"Kau mampu membatalkan kuasa aku tadi..." Ozmandiyas merenung Azryan dengan tajam.
"Sorry to break you,but you magis doesn't work to me..." jelas Azryan.
"You got something else... Something scary,I can feel it..." ujar Ozmandiyas.
Azryan meregangkan ototnya dan seluruh tubuh dia,isyarat jari dilakukan dan Alif merasakan sesuatu. Azryan diselubungi aura berwarna hitam,mukanya mula terlukis corak seperti kabuki.
"Kabuki no Oni huh? Kau rupanya ninja dari negara Sakura? Ini benda yang jarang aku jumpa..." ujar Ozmandiyas tersenyum.
"Aku baru nak bermula,syaitan..." kata Azryan dengan suara garaunya,matanya bersinar kemerahan dan rambut yang berwarna putih berubah merah.
"Kau sememangnya seorang ninja yang ikhlas..." puji Ozmandiyas tersengih.
"Maaf aku tak makan kata-kata kau..." bidas Azryan.
"AZRYAN!! APA YANG KAU NAK LAKUKAN?!" Alif menjerit dari belakang,Azryan hanya mendiamkan diri tidak menoleh ke belakang.
"Ini pilihan aku..." kata Azryan.
"Hentikannya,tolong!" Alif merayu dan Azryan tersenyum.
Azryan menoleh semula ke arah Ozmandiyas,mereka berbalas renungan dan suasana menjadi tegang. Sekelip mata mereka lenyap dari pandangan mata kasar,tetapi Alif mampu menangkap apa yang berlaku.
"Pantas! Saya tak dapat tangkap!!" Aurora berkata kagum,pada Azryan sahaja.
Pertarungan yang sepantas kilat sedang bertembung,Ozmandiyas dan Azryan berlaga tinju di kelajuan yang melangkaui batas manusia. Azryan dan Ozmandiyas berbalas tinju,kemudian disusuli tembakan peluru pistol jenis revolver.
Ozmandiyas menangkis pedang Azryan dengan zirah perisai tangan,maka dia dan Azryan berganti libasan serta pukulan. Alif hanya mendiamkan diri,Aurora dapat menangkap yang Alif sedang risaukan keadaan Azryan.
"Azryan mampu bersaing dengan Ozmandiyas,ini bukan perkara biasa.." ujar Aurora.
"Ya..." jawab Alif pendek.
"Awak nampak risau... Kenapa?" soal Aurora.
"Kabuki no Oni adalah kuasa perjanjian dengan demon juga... Jika Azryan gunakan rohnya akan dihakis sedikit demi sedikit oleh Oni itu,jika dia tewas kemungkinan Azryan tidak akan menjadi pahlawan lagi.." jelas Alif dan Aurora terkedu.
"Saya mesti hentikan dia..." ujar Alif.
"Tapi bagaimana? Awak nampak kan,tiada ruang untuk kita mencelah..." kata Aurora.
Alif mengetap gigi dan mendongak melihat pertarungan tersebut,Azryan berlaga tumbukan dengan Ozmandiyas dan impak angin kencang terhasil. Pedang ditarik dan ditetak,Ozmandiyas sekali lagi menangkis terapi Azryan menarik pistol miliknya.
Azryan mengacukan tepat di dahi Ozmandiyas,picu ditarik dan Ozmandiyas terdongak melihat atas lalu tercampak ke belakang sehingga terjatuh. Alif dan Aurora tergamam,Azryan mendarat dan tidak lama batuk darah.
"Kesan sampingan!" Alif berkata risau.
"Kabuki no Oni..." kedengaran suara Ozmandiyas menegur,mereka bertiga terkejut lebih-lebih lagi Azryan.
"Kuasa Oni memang menakutkan..." ujar Ozmandiyas dan dahinya pula sebutir peluru yang kemek.
"Tetapi berikan kesan pada si pengguna.. Sebab itu digelar Forbidden Jutsu.." kata Ozmandiyas lagi dan Azryan hanya mengesat darahnya,dia melakukan isyarat tangan.
"Fire Element! Fire Breath!!" Azryan menyemburkan nafas api ke arah Ozmandiyas.
ZWOOSHH!!!
Ozmandiyas disimbah api marak begitu sahaja,dia tidak berbuat apa-apa dan adakah serangan Azryan berjaya?
Jawapannya..
Tidak.
"Serangan bertambah kuat,begitu juga abiliti..." Ozmandiyas berkata selamba.
"Kuat mana raksasa tu?!" Alif berkata bengang.
Azryan yang hanya mendiamkan diri,sekali lagi darah tersembur keluar. Alif melangkah ke hadapan,Azryan menyedari tindakan sahabatnya.
"Alif.. J-jangan ke sini...ha.. Ha.." kata Azryan.
"Hentikannya... Kau akan mati jika berterusan!" Alif memberi amaran.
"Maaf... Kita kena hentikan dia.." kata Azryan sebelum bergerak pantas,dia muncul di hadapan Ozmandiyas.
"Kau masih ingin bergelut..urgh!!" Ozmandiyas berkata dengan berlagak sebelum perutnya ditumbuk kuat oleh Azryan.
"Kau memang kuat..." ujar Azryan dan Ozmandiyas menahan sakit..
"Celaka.... Kau..!" Ozmandiyas cuba ingin menyerangnya.
"AZRYAN!!!" Alif dan Aurora menjerit memberi amaran.
"TETAPI JARAK SEBEGINI!! KAU TIDAK DAPAT ELAK!!" Azryan terus melancarkan serangan penamat.
"Kau!!" Ozmandiyas terus melancarkan serangannya.
"IRON FIST!! TWELVE COMBO!!"
"ARGH..! DIE YOU HUMAN!!"
Azryan dan Ozmandiyas berlaga serangan penamat,dentuman yang amat kuat terhasil sehinggakan Alif dan Aurora terseret jauh ke belakang. Alif dan Aurora tidak mampu mara ke hadapan,mereka berdua hanya mampu bertahan.
Serangan yang menghasilkan impak yang kuat,akhirnya berhenti dan Alif membuka mata. Dia tersenyum sedikit melihat Ozmandiyas melekat pada dinding tidak jauh dari situ,kemudian dia menoleh ke arah sahabatnya.
"Azryan! Kita berjaya.. Huh?" Alif yang mulanya gembira,terkejut dan matanya dibesarkan.
Azryan dalam berdiri dalam keadaan tubuhnya berlubang,di tengah-tengah dadanya darah memancut keluar. Azryan dalam keadaan melutut,Alif dan Aurora tergamam. Alif terketar-ketar pada mulanya,berjaya mendapatkan kekuatannya lalu berlari menyambut Azryan yang hampir terjatuh rebah.
"Azryan!! Hey!!" Alif menampar lembut pipi Azryan,Aurora hanya mampu menekup mulut.
"Aku berjaya kan Alif?" soal Azryan dan Alif hanya mampu memaparkan muka cemas.
"Kau tanya benda tu buat apa? Kau cedera parah ni!" Alif berkata dan Azryan tersenyum,wajahnya yang asalnya seperti solekan kabuki menjadi normal.
"Kau masih mampu tersenyum?" soal Alif mengetap bibir.
"Kau tahu,aku cuma nak membantu sahabat seperti kau..." ujar Azryan tersenyum.
"Kau masih ingat masa pertama kali kita bertemu?" soal Azryan.
"Sudah tentu,kau kerek gila masa tu..." kata Alif pula melayani soalan rakannya,Aurora hanya mampu menundukkan kepala sahaja.
"Aku fikir kau si lemah masa tu.." kata Azryan bergurau tersenyum.
"Aku tewas dengan kau,sebab aku pandang rendah pada kau... Tapi aku gembira kita dapat berkawan..." kata Azryan lagi dan masanya hampir tiba,Azryan menyedari roh Emma muncul di belakang Alif.
"Tolong Azryan,jangan tinggalkan aku! Kau sahabat aku,kau kata kau tidak akan pergi tinggalkan aku!" Alif membentak kesedihan mula menguasai diri.
"Alif..." Azryan menyentuh kepala Alif sambil diusap,Aurora mula mengalirkan air mata.
"Aurora!! Tolong gunakan magis penyembuh awak!! Selamatkan dia!" ujar Alif memandang ke arah Aurora.
"Maafkan saya,kecederaan dia amat serius.. Malah ia kena pada bahagian utama.." kata Aurora memerhatikan keadaan kecederaan Azryan.
"Cukuplah Alif...sudah tiba untuk aku pergi.." ujar Azryan tersenyum.
"Azryan...." ujar Alif menyembunyikan mukanya.
"Maaf tidak dapat datang ke majlis perkahwinan kau dan Aurora... Hehe.." Azryan sempat bergurau dan Alif hanya mampu tersenyum kelat.
"Tak guna kau,dah nak pergi sempat bergurau..." ujar Alif dalam keadaan suaranya yang serak,hampir menangis.
Mata Azryan perlahan-lahan mula tutup dan tangannya yang digenggam oleh Alif terlepas,jatuh ke tanah dan roh Azryan tiada lagi di tubuhnya. Alif dan Aurora tergamam,Alif mengetap gigi sebelum menangis dan menjerit kuat. Ikhwan dan Qatariz menoleh ke arah temple,Ikhwan tidak dapat merasai aura kuasa milik Azryan.
"Tidak mungkin..." Ikhwan berkata tidak percaya.
Alif menangis dan menggigil,dia kehilangan sekali orang yang rapat dengannya. Peristiwa Emma bermain di ingatan,kali Azryan pula pergi dan tubuh rakannya dipeluk oleh Alif.
"Dia dah mati?"
Alif dan Aurora terdiam apabila suara itu menegur,Ozmandiyas kembali bangkit dan berdiri. Dia turut mengalami kecederaan yang agak teruk,ternyata serangan Azryan berkesan biarpun tidak berjaya membunuhnya.
"Aku tidak sangka dia mampu cederakan aku seteruk ini... Tapi dia mati pula.." kata Ozmandiyas tersenyum sinis,Aurora merenung tajam dan Alif meletakkan tubuh Azryan di atas lantai.
"Tapi dia mati sia-sia,hahaha..!" Ozmandiyas ketawa mengejek,Aurora cuba ingin bersuara namun Alif terlebih dahulu bergerak.
"JANGAN HINA DIA!!"
DUUUSSH!!!
Ozmandiyas menerima penumbuk daripada Alif,sehingga herot mulut Ozmandiyas dan terpelanting sekali lagi. Aurora tergamam dengan tindakan Alif sebentar tadi,Ozmandiyas kembali bangkit dari jatuh dan merenung Alif sebelum tersentak.
Ozmandiyas menyedari aura yang besar di seluruh tubuh Alif,aura berwarna emas dan mata Alif yang merenungnya membuatkan Ozmandiyas terkedu. Dia mengetap gigi kerana pertama kali Ozmandiyas merasai sebegini,dia takut dengan renungan seorang budak biasa?
"Aku akan remukkan badan kau!!" Ozmandiyas sekelip mata berada di hadapan Alif.
Ozmandiyas menghayunkan penumbuk dengan tersenyum sinis,namun Alif menahan dengan mudah. Aurora terkejut dengan keadaan tersebut,Alif mencengkam penumbuk Ozmandiyas dan ditarik ke arahnya.
DUSH!!!
Ozmandiyas berpusing sebaik sahaja dikenakan pukulan,shoulder block dan Ozmandiyas segera bangkit. Dia terus menjarakkan dirinya,Alif menoleh ke arahnya dengan renungan mata keemasan.
Alif menjerit dengan kuat seiring aura dilepaskan,Rafaela menoleh ke satu arah sebaik merasai kuasa daripada anaknya. Dia tersenyum bangga dengan kuasa miik anaknya,Rachel yang bersamanya hanya mendiamkan diri.
Alif dengan penampilan rambut warna keemasan,auranya menyelubungi tubuhnya tanpa henti. Dia merenung Ozmandiyas dengan pandangan mata berwarna emas,Ozmandiyas tergamam dan dia mula terasa menggigil.
"Aku Ozmandiyas,takut? Mengarut!!"
Alif hanya membisu dan menggerakkan kaki kanannya,ke hadapan dan sekelip mata berada rapat di hadapan Ozmandiyas dengan tapak tangan di perut Ozmandiyas.
DUUUSSH!!!
Ozmandiyas tersentak sebelum tercampak sehingga merempuh dan melekat pada dinding,akibat dek tolakan tapak tangan Alif dan dia muntah darah dan melutut. Ozmandiyas mendongak merenung ke arah Alif,dia bersumpah akan membunuh pemuda itu.
"AKU AKAN BUNUH KAU!!!"
"Bagus,marilah..."
==============================
Hey guys
Aku update double
Haha
Satu malam aku update double
Sila berikan komen dan vote
Sokongan korang diperlukan
Itu je la
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top