CHAPTER 106 : WE OVERDID AREN'T WE?


Ikhwan dan Qatariz berdiri secara membelakangkan antara satu sama lain,Qatariz menghela nafas pendek dan Ikhwan pula mendecih. Askar tengkorak itu semua telah berjaya dihapuskan,mereka berbalas pandangan kemudian mengangguk.

Mereka berdua terus lenyap sekelip mata,tidak lama kemudian muncul di kawasan salji. Mereka muncul di hadapan Alif dan Aurora serta Azryan berada,Ikhwan dan Qatariz merasakan aura yang kuat.

"Tuan putera!" Alif terkejut dengan kehadiran mereka.

"Apa yang berlaku,di mana mamat rambut panjang tu?" soal Ikhwan.

"Dia masuk ke temple tu.." jelas Azryan.

"Kenapa kamu bertiga tidak pergi menghalang?" soal Qatariz pula.

"Ada pelindung yang amat kuat..." jelas Aurora pula.

"Kami bertiga dah cuba,tapi gagal..." kata Alif kecewa.

Ikhwan dan Qatariz hanya mendiamkan diri,mereka menyedari barrier itu amat kuat. Saat itu cahaya gelap keluar dari dalam temple,lalu menembusi bumbung temple menembak cahaya gelap ke awan tebal.

Cahaya gelap itu menembusi ruang dimensi,Ikhwan mendecih kerana tahu siapa yang melakukannya. Ozmandiyas memerhatikan cahaya gelap itu,di belakangnya pula prajurit seruan telah tewas dan hilang bagaikan debu yang ditiup angin lalu.

"Apa yang berlaku?!" soal Aurora.

"Cahaya gelap tu memecahkan dimensi!!" Alif mula risau.

"Kita kena halang Ozmandiyas secepat yang mungkin..." jelas Azryan mengetap giginya.

Luqman dan Aminudden yang sedang menumpaskan tentera android tempur,sedar akan perkara itu begitu juga Aila,Alia dan Hikari. Mereka juga risau dan Hafez yang memecahkan kepala android tempur,menoleh dan mendongak memandang ke langit.

Alisa yang sedang membantu para kesatria negara Winter,risau keadaan itu dan Erica juga begitu tidak terlepas dari merisaukan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Farhan dan Fara berpandangan,mereka hanya berbalas pandangan dan terus menuju ke arah cahaya gelap yang tinggi ke langit.

"Alif..." Rafaela dan Rachel yang baru lepas merawat yang tercedera,turut sama nampak cahaya gelap itu.

"Cahaya apa tu?!" Akhil terkedu melihat cahaya gelap,seiring merasai aura dari cahaya tersebut.

"Aku rasa tak sedap hati..." ujar Khidir pula.

Aswandy dan Reezal hanya mendiamkan diri,mereka berdua berbalas pandangan dan mengangguk. Aswandy dan Reezal serentak melangkah ke hadapan,Akhil dan Khidir sedar tindakan mereka.

"Hey,korang nak ke mana?" soal Akhil dan Reezal serta Aswandy serentak berpaling ke arah mereka berdua.

"Kami berdua nak siasat cahaya tu.." jelas Aswandy.

"Kau gila? Kita tak tahu apa yang berlaku!" Akhil berkata risau.

"Lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.." jelas Aswandy lagi dan terus melangkah pergi.

"Hey..!" Akhil menekup mukanya.

"Kalau kau takut,duk situ diam-diam.." ujar Reezal sinis dan Akhil terdiam,campur bengang dan Khidir menghela nafas pendek.

"Siapa kata aku takut!?" soal Akhil geram.

Aswandy yang berjalan mendahului hanya menghela nafas pendek,dia menggelengkan kepala sahaja. Khidir juga begitu dengan tingkah-laku mereka,tiba-tiba mereka merasai gegaran.

Tanah bergegar di seluruh kawasan,Reezal memandang ke arah tanah yang dia pijak. Tangan yang hanya ada tulang keluar dan Aswandy ditarik oleh Reezal,Akhil dan Khidir turut perasan.

"For god sake,what the heck was that?!" soal Aswandy.

"Wish I can answer that..." ujar Reezal.

Puluhan askar tengkorak berzirah keluar dari tanah,Ozmandiyas tersenyum sinis sahaja kerana dialah yang menyeru askar itu semua.

Ikhwan dan Qatariz serta Alif juga dan yang lain,di tempat mereka juga turut didatangi askar tengkorak berzirah. Ikhwan mendecih kerana menyedari sesuatu dan Qatariz pula kehairanan,Alif,Azryan serta Aurora juga menoleh ke arahnya.

"Nampaknya seperti kau mengenali apa yang berlaku,boleh jelaskan?" soal Qatariz.

"Mereka semua adalah askar perang lama 500 tahun yang lalu,mereka mengabdikan diri kepada kegelapan dan ingin hancurkan dunia.. Tetapi gagal sebab pengasas kita telah tewaskan mereka dalam perang dunia ketika itu..." jelas Ikhwan.

"Apa?" Alif tergamam.

Ikhwan berpaling kemudian meriam naga muncul menyarung tangannya,mulut naga ternganga dengan sinaran yang terang. Dia halakan ke arah barrier yang melindungi temple tersebut,Alif dan Azryan serta Aurora berundur sedikit ke belakang. Qatariz juga turut berbuat demikian,Ikhwan terus menembak umpama tembakan meriam.

Pelindung tersebut terus hancur begitu sahaja,Ozmandiyas menyedari dan tidak peduli kerana rancangannya berjaya 30% buat masa sekarang ini. Ikhwan menurunkan tangannya,seiring meriam naga lenyap dan memandang ke arah Alif,Aurora dan Azryan.

"Kamu bertiga pergi halang Ozmandiyas.. Kami berdua akan bertahan di sini..." arah Ikhwan dan mereka bertiga terkejut,Qatariz pulak tersengih sahaja.

"Tapi tuan,benda tu ramai.." ujar Azryan dan Ikhwan menyeru Sacred Royal Blade lantas dia ke hadapan,terus dihayunkan pedang dan sebahagian penuh dari askar tengkorak itu hancur.

Alif tersengih dan Aurora menelan air liur manakala Azryan tergamam,Qatariz tersengih melihat reaksi mereka bertiga. Ikhwan melenyapkan semula pedangnya dan meregangkan jari-jemarinya,dia menoleh ke arah mereka.

"Kamu ada kata sesuatu?" soal Ikhwan selamba.

"Tak.. Tak ada..." ujar Azryan tersenyum kelat.

"Rasanya kami akan masuk ke dalam.." ujar Alif tersengih sahaja.

Tiga orang muda itu segera berlari masuk ke dalam temple tersebut,Ikhwan dan Qatariz memandang ke arah askar kegelapan yang banyak memenuhi seluruh kawasan.

"Jadi sekarang..." ujar Ikhwan menyalakan api birunya.

"Kita akan bertahan di sini..." Qatariz turut bersiap-sedia.

Askar tengkorak berzirah yang beribu jumlahnya,meluru ke arahnya mereka berdua. Ikhwan dengan api biru yang marak,Qatariz pula melagakan penumbuknya dan api merah darah membara.

"GET LOST!!!"

ZRASHH!!!

BRAAM..!!

Askar tengkorak berzirah iru sebahagian terus hancur menjadi debu,Qatariz tersengih dan Ikhwan hanya mendecih sahaja.

Ikhwan tidak berkata apa-apa,kemudian dirapatkan kedua tapak tangannya. Sebaik dia jarakkan perlahan-lahan,bebola api biru terhasil di tengah-tengah kedua tapak tangannya.

Qatariz terus berlari kemudian melompat ke udara,Ikhwan baling api berbentuk sfera sama seperti bola ke udara juga. Qatariz terus menyepak dan dihalakan ke arah askar tengkorak itu,lalu letupan berlaku dengan kuat sekali menghancurkan puluhan askar zombie.

"Wow cool! Do it again!!" Qatariz berkata sambil menoleh ke arah Ikhwan,tetapi dia terdiam.

Ikhwan tersenyum sinis dengan bola api saiz bola biasa,terapung dengan jumlah yang banyak di udara. Qatariz tersengih dan terus mendarat,dia segera menghampiri Ikhwan.

Puluhan bola api biru terus dihalakan ke arah ratusan askar tengkorak berzirah,lalu letupan kuat sekali terhasil dengan dahsyat. Qatariz terus berlari ke arah askar tengkorak itu semua,dihancurkan kepala askar-askar tengkorak itu.

Qatariz menghayunkan kakinya,sekaligus menghapuskan lima askar tengkorak berzirah. Dia tersedar sesuatu lalu menundukkan kepala,api biru marak meleburkan askar tersebut.

"Oi! Hampir kena aku la!!" Qatariz menjerit bengang.

"Hehe... Sorry bro..." kata Ikhwan tersengih.

Askar tengkorak berzirah masih mara ke arah mereka,Ikhwan dan Qatariz terus menghancurkan ribuan askar itu. Ikhwan meletakkan tangan ke tanah yang diselaputi salji,kemudian aura dingin terhasil dan sekelip mata puluhan askar tengkorak terbeku.

Ikhwan dan Qatariz menyedari sesuatu kemudian menoleh ke satu arah,kelihatan susuk tubuh askar tengkorak dua kali ganda besarnya dari askar tengkorak yang biasa. Ada dalam sepuluh jika dikira,Ikhwan tersenyum sinis lalu serentak bersama-sama Qatariz mengangkat tangan ke udara.

Dua bebola api berlainan warna,terhasil dan membahang di udara. Puluhan askar tengkorak berlari ke arah mereka,serentak bersama askar tengkorak gergasi itu.

"TWIN SUN DESTROYER!!

HAAA~~~

ZUUU...

BRAAMM..!!!!

ZWOOSHH..!!!

Dua bebola api gergasi melanggar ratusan askar tengkorak,menghancurkan benda itu semua secara serentak. Gegaran terhasil akibat perlanggaran itu,tiupan angin kencang juga terhasil bertiup kuat sekali.

"Wow...." Qatariz berkata kagum dan Ikhwan hanya dengan tanpa emosi.

"Rasanya kita melebih sangat..."

Qatariz berkata begitu kerana tempat yang asalnya diselaputi ais,menjadi tempat yang normal kerana bahangnya kuasa api mereka berdua.

.


























========================

Hello guys

Maaf jika page kali ini agak pendek,sebab aku tengah malas nak mengarang

Jadi ini je la

Idea ada

Tapi tu la

Malas tiba-tiba.

Ahahaha

Gurau guys

See you again in another chapter

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top