CHAPTER 105 : TEMPLE OF BLIZZARD
BOOMM!!
Raisyah menghentak android tempur sehingga hancur,kemudian dia menghela nafas pendek dan menoleh ke satu arah. Azryan tiba-tiba pergi macam tu sahaja,dia teringat kata-kata Azryan.
Sebab saya cintakan awak..
Muka Raisyah mula merah padma,di belakangnya beberapa android tempur ingin menerpa ke arahnya. Raisyah terus memancung android itu semua sekaligus tanpa teragak-agak,dia menumbuk sehingga tembusi perut salah satu android itu.
DUSH!!!
KRAANG!!
Wajah Azryan yang tersenyum sambil meluahkan perasaannya,membuatkan muka Raisyah memerah dan dia menekup kedua pipinya.
"Kenapa..." dua android ditumpaskan.
"Kenapa...!" ujar Raisyah menghentak kepala android tempur ke dinding.
"KENAPA MUKA DIA JE DALAM INGATAN SAYA!!"
KRAANG!!
DUUUSSH!!!
KLONG..!!!
Puluhan android hancur dan kepala android bergolek,Raisyah pijak sehingga hancur dan para askar yang ada hanya mampu tergamam melihat keadaan itu. Raisyah memegang kedua pipinya sekali lagi,dia menggigit bawah bibir.
"Mou...." ujar Raisyah mengeluh.
"Sekarang awak buatkan saya risau..."
Azryan terpelanting ke belakang,Alif pula menahan penumbuk Ozmandiyas. Tetapi dia tetap tercampak ke tempat sama di mana Azryan berada,mereka bangkit semula dan Ozmandiyas sudah bergerak rapat ke arah mereka berdua.
"Pantas...!" ujar Alif.
"Menyusahkan..." Azryan mendecih.
KRAANG!!
Alif dan Azryan menahan serentak,aura Ozmandiyas semakin kuat dan mereka terpelanting melanggar dinding sekali lagi. Alif segera menyeru tongkatnya,Azryan pula melakukan isyarat jari tangan.
"Ninjutsu Art! Fire Elements!! Fireworks!!"
Api meluru ke arah Ozmandiyas secara berselerak,bagaikan bungi api dan Alif menghempas tongkat ke tanah lalu menghasilkan ombak darat dihalakan ke arah Ozmandiyas.
"Fikir dapat tumpaskan aku dengan skill seperti itu?! MIMPILAH!!!" Ozmandiyas hanya mengibas tangan sahaja,lalu serangan dua orang kawan itu terus terbatal seperti itu sahaja.
"Apa?!" Azryan bagai tidak percaya.
"Sudah semestinya..." kata Alif tersenyum kelat.
Ozmandiyas yang mulanya berdiri tegak selepas menangkis serangan mereka berdua,melakukan tindakan dengan mencacakkan kedua-dua tangannya pada tanah. Alif dan Azryan kehairanan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Ozmandiyas,lelaki bertanduk itu menarik tangannya seiring mengeluarkan sebongkah tanah besar lalu dilemparkan ke arah Alif dan Azryan.
"Huh?!" Alif tergamam.
"Serius la!!" Azryan ternganga.
Alif dan Azryan segera berpisah,mengelak dihempap oleh bongkah tanah gergasi itu. Sebaik sahaja bongkah tanah terhempas lalu bergegar keadaan sekitar kawasan.
Alif segera memandang ke arah Ozmandiyas,tongkat dia pusingkan seperti putaran kipas helikopter. Sebelum dia hayunkan tongkatnya ke arah Ozmandiyas seiring besarkan tongkat tersebut.
KRAKKK!!!
Ozmandiyas menahan hentakan tongkat tersebut,impak angin kencang terhasil dengan keretakan tanah yang besar. Alif terkejut dengan daya kuasa milik Ozmandiyas,sebelum Ozmandiyas menolak semula tongkatnya.
"Serangan kau tidak ada kesan pada aku..." ujar Ozmandiyas angkuh.
"Berlagaknya..." ujar Alif bengang sambil tersengih paksa.
"Aku sudah beri amaran.. Hanya Raja Naga sahaja mampu saingi aku..." Ozmandiyas berkata dengan riaknya.
"Tak kalau aku gerak sekarang,dia dah lama mati..." ujar Ikhwan selamba dan Aurora menjeling dia dengan bengang.
"Selagi kami tidak putus asa..." ujar Azryan muncul di sebelah Alif.
"Huh?" Ozmandiyas hanya kehairanan.
"Kau hanya manusia menggunakan kuasa demon,kau bukan kebal...." ujar Azryan lagi.
"Kau..." ujar Ozmandiyas berang dan kuasanya dilepaskan sekali lagi,impak angin kencang terhasil.
"Raja Naga setanding kau?" soal Alif dan Azryan serta Ozmandiyas memandang ke arahnya semula.
"Dia melebihi seribu tahun daripada kau.. Ozmandiyas,kuasa dia terlalu jauh untuk kau cuba harungi..." jelas Alif menggenggam erat tongkatnya.
Alif melepaskan kuasanya dan tiupan angin kencang berhasil,Azryan terkejut dengan kuasa sahabatnya. Ingatan memori lama bermain,di mana pertama kali dia dan Alif berkenalan. Dia juga memasang sumpah akan menjadi sahabat Alif seumur hidup kerana kagum dengan semangat Alif.
"Aku bersumpah setia pada kau Alif..." ujar Azryan berbisik sendirian.
"Kau kata sesuatu ke?" soal Alif.
"Tiada apa..."
"Mari..."
Azryan tersenyum sahaja dan mereka berdua melepaskan kuasa masing-masing,mereka tersengih bersiap-sedia untuk bertarung Ozmandiyas. Manakala Ozmandiyas pula menghela nafas pendek,dia mendecih dan sekelip mata seluruh kawasan terus porak peranda.
Aurora terkejut dan Ikhwan hanya memerhatikan dengan tanpa emosi,Alif dan Azryan terus meluru ke arah Ozmandiyas dengan laju. Alif menghayunkan tongkat melintang dan Ozmandiyas menahan kemas,namun mukanya ditapak oleh kaki Azryan.
"ORRAAAHHH!!!!"
Ozmandiyas terpelanting dan membuatkan dia menyeret,kemudian dia menghalakan tapak tangannya ke arah mereka berdua. Alif dan Azryan tersentak lalu mula cemas,bebola hitam gergasi di hadapan mereka.
"ARE YOU KIDDING ME?!!" Soal Alif tergamam.
Ozmandiyas tersenyum sinis dan Ikhwan ingin melakukan tindakan,dia melangkah ke hadapan namun Azryan menahan dari Ikhwan terus mara. Menyedari perkara itu lantas Ikhwan kembali berhenti,Aurora hanya terdiam dan Azryan mengeluarkan pedangnya.
"Single Swordmaster...." Azryan menumpukan perhatian.
"Apa?" Alif kehairanan.
"SLAYING THE DARKNESS..!"
ZRASHH!!!
Sekelip mata bebola hitam itu terus lenyap,membuatkan Ozmandiyas tersentak dan marah. Ozmandiyas memandang ke arah Azryan,Alif hanya ma mampu tergamam melihat gerakan Azryan yang memotong bebola kegelapan.
Ikhwan menyedari pedang yang digunakan oleh Azryan,bukan sembarangan jenis pedang dan menghela nafas pendek. Aurora juga tidak terlepas daripada terkejut dengan tindakan Azryan,Alif hanya mendiamkan diri sahaja.
"Nice move,you really save my ass..." ujar Alif menepuk bahu sahabatnya.
"Well I don't wanna die young..." kata Azryan selamba.
"Isn't you and me still young?"
"Cut that argument... We still got to work..."
Perbualan dicampuri perbalahan yang berlaku di hadapan Ozmandiyas,ternyata membuatkan Ozmandiyas hilang sabar. Dia menjerit serentak dengan auranya,impak angin bertiup kuat.
"JANGAN MAIN-MAINKAN AKU!!" Ozmandiyas menghentak dinding berhampiran.
"Alamak dia marah..." ujar Alif.
"Pertarungan kita.. Masih belum tamat lagi.." Azryan berkata sambil menghunuskan pedangnya.
Alif tidak berkata apa-apa lagi,kemudian dia bersiap-sedia dengan tongkat emasnya. Ozmandiyas mendepakan kedua tangannya kiri dan kanan,bayangan gelap mula terhasil menjadi asap sebelum askar tengkorak timbul dari tanah.
"Apa?" Azryan terkejut dan Alif menyedari Ozmandiyas berpaling dari mereka.
"Aku tiada masa nak berlawan dengan kamu semua..." ujar Ozmandiyas.
"Jangan lari!!" Alif cuba meluru ke arahnya namun salah satu askar tengkorak menghalang kemaraannya.
Ozmandiyas menunjukkan relic ciptaan Marvus,Ikhwan sempat menoleh ke arah tempat yang mula-mula Ozmandiyas muncul. Relic tadi telah berjaya diambil oleh Ozmandiyas,Ikhwan tersenyum kelat kerana tidak menyedari hal itu.
"Mungkin letupan tadi berjaya dia alihkan perhatian kita..." kata Ikhwan menggosok kepala.
"Tuan relic itu ke?" soal Aurora dan Ikhwan mengangguk sahaja.
Alif menangkis libasan askar tengkorak itu dan Azryan memancung askar tengkorak itu,mereka cuba mara namun semua askar tengkorak itu menghalang.
"DRAGON CANNON.."
Alif mendengar sesuatu sebelum satu cahaya seperti pancaran laser,menyapu bersih sebahagian dari askar tengkorak itu semua tanpa ada kesan. Ikhwan menoleh dan tersengih,Qatariz berdiri dengan meriam naga menyarung di tangan kirinya.
"Tuan Qatariz!" Alif tersengih.
"Yo guys,sorry for the late..." ujar Qatariz tersengih dan salah satu askar ingin menyerang Azryan,namun sebilah pedang terpacak di kepalanya.
"Tuan Ikhwan...!" Azryan menoleh ke arah Ikhwan.
"Korang bertiga pergi kejar Ozmandiyas.. Biar kami berdua uruskan di sini..." ujar Ikhwan sambil menjatuhkan lima askar tengkorak itu.
Alif dan Azryan berpandangan kemudian mengangguk,mereka terus berlari pergi dari situ. Aurora mengejar mereka dari belakang,Qatariz terus melompat dan mendarat di sebelah Ikhwan.
"Yo!" sapa Qatariz.
"Let's have some fun..." ujar Ikhwan pula.
Sebaik sahaja Ikhwan berkata begitu,askar tengkorak itu semua diletupkan dengan api merahnya. Qatariz pula menyalakan api merah darah,meleburkan satu persatu askar tengkorak.
Ozmandiyas yang kembali ke bentuk normal berjalan meninggalkan kota tersebut,dia menuju ke satu pergunungan salji tebal. Dia memandang ke gua tetapi bukan gua,ia adalah pintu sebuah kuil kuno yang dibiarkan oleh pihak negara Winter.
"OZMANDIYAS!!" Alif menjerit dan melompat sambil menghayunkan tongkatnya ke arah lelaki itu.
KRAKKK!!!
Ozmandiyas menahan dengan tangan kirinya,Alif menekan dan menyeretnya sambil menjerit dengan kuat.
"OOoooohhh!!!!" Alif menekan kuat.
"Menyemak!" Ozmandiyas mula geram dan memegang tongkat tersebut,lantas dia cuba campakkan Alif.
Alif melepaskan pegangan tongkatnya dan mendarat betul-betul rapat di hadapan Ozmandiyas,menyedari tindakan Alif segera Ozmandiyas ingin menyerangnya.
"Lambat..." ujar Alif.
Ozmandiyas menghalakan penumbuk namun Alif menepis,kemudian perutnya disentuh oleh Alif. Ozmandiyas terkejut dan Alif melancarkan serangan,impak kuat mengenai perut Ozmandiyas sebelum dia tercampak merempuh gunung yang diselaputi salji.
Salji runtuh dari gunung tersebut,dan sebuah kuil kuno kelihatan. Azryan dan Aurora tiba di situ,mereka juga terkejut dengan kuil kuno itu.
"Temple of Blizzard..." Azryan bagaikan tidak percaya.
"Azryan? Awak tahu ke kuil tu?" soal Aurora.
"Ia adalah kuil untuk ritual menyeru dewa atau syaitan..." jelas Azryan dan Alif tersentak.
"Hahaha...!" Ozmandiyas kembali bangkit dan mengesat darah pada bibirnya,relic yang dia rampas ditunjukkan.
"Terima kasih tunjukkan jalan.." Ozmandiyas berkata dan terus meluru ke arah kuil tersebut.
"Kita kena halang dia!!" Azryan terus berlari mengejarnya.
Namun Ozmandiyas tiba di pintu hadapan dan menekan satu simbol,barrier terhasil dan menghalang Alif serta Azryan dan Aurora untuk mara.
"Duduk situ diam-diam..." kata Ozmandiyas dan terus masuk ke dalam kuil tersebut.
"Celaka!! Aku tak boleh mara!!" Alif menjerit bengang.
Ozmandiyas berjalan dengan tenang,dia tiba di sebuah pintu yang besar tertutup rapat. Relic dia simpan dan tangannya diselubungi aura kegelapan,lantas dia tumbuk pintu gergasi itu dengan kuat sekali.
Pintu gergasi itu terus terjatuh,Ozmandiyas hanya tersenyum sahaja. Dia memandang ke arah satu device,Ozmandiyas berjalan menghampiri alat tersebut. Namun sesuatu menghalang jalannya,beberapa prajurit seruan muncul mengepung alat itu.
"Heh... Kau ingat dapat halang jalan aku?" soal Ozmandiyas tersengih.
Pada masa yang sama Alif terseret ke belakang,dia cuba membatalkan barrier tersebut tetapi tidak berhasil. Aurora dan Azryan juga sama,kuasa mereka tiada kesan.
"Tiada kesan..." ujar Azryan.
"Kuatnya pelindung dia..." kata Aurora pula.
"Hey..! Kita serang serentak.." jelas Alif dan Aurora serta Azryan berpandangan.
"Idea yang bagus..." ujar Azryan.
"Mari kita lakukan..!" Alif segera menumpukan kuasanya,tongkatnya dicacakkan dan memasang kekuda.
"Bila masa kau ada skill ni?" soal Azryan.
"Huh? Putera Ikhwan ajar aku skill dia.." jelas Alif dan Azryan tersengih terkejut.
"Patutlah awak dapat lakukan skill lain.." kata Aurora baru faham.
"Ayuh lakukan!" ujar Alif.
"Roger that..." Azryan berkata mengangguk sambil melagakan penumbuknya..
"Kita hancurkan pelindung ini..." kata Aurora.
Aurora mengibaskan kedua sayapnya,tetapi hanya berwarna putih dan Azryan melakukan isyarat jari. Tanda untuk melakukan serangan terkuat,Alif pula melagakan penumbuknya dan auranya meletus dengan kuat.
"Saya akan berikan sokongan penuh dari belakang...kamu berdua lakukan apa yang perlu kamu lakukan!!" Aurora memberi kuasa sokongan,Alif dan Azryan merasai daya kuasa mereka bertambah.
"Okay!!" Alif dan Azryan menyahut serentak.
"FIRE ELEMENTS!!" Azryan bersiap-sedia.
"FLAME ARTS!!" api emas Alif mula membara.
"GIANT FLAME BALL!!!"
"SUN DESTRUCTION!!"
KRAANG!!!
BRAAM...!!!!
Yo guys
Kita berjumpa lagi
Bersambungan lagi nampaknya
Hehe
Relax
Masih jauh lagi ni
Please stay tuned
Your lazy author
Wanzeneth
Ciao!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top