CHAPTER 104 : OZMANDIYAS's RAGE
Satu penempatan bandar yang tenang dan beberapa orang anak muda berkumpul,mereka berada di sebuah kafe dan bergelak ketawa. Salah seorang berambut perak,tersenyum sambil ketawa kecil menyertai mereka.
Ozmandiyas berusia 20-an tersenyum girang,mereka hanyalah kumpulan peronda muda mengawasi kawasan bandar. Para penduduk menyenangi kehadiran mereka,malah memberi kerjasama.
Ozmandiyas merupakan ketua kumpulan peronda tersebut,dia menoleh ke arah gadis bersebelahannya. Noir Campbell membalas senyumannya,rakan sekerja mereka yang lain mengusik mereka berdua.
Penjenayah yang membuat kacau,mereka berjaya mengusir seorang demi seorang keluar dari bandar itu.
Ozmandiyas merupakan pencinta keamanan,dia tidak mahu orang menderita kerana sikap mementingkan diri orang lain. Kerana sikapnya itu menjadikan Noir menghormatinya,malah mencintainya.
Tetapi...
Bandar tersebut begitu aman,tetapi satu hari mereka diganggu oleh kehadiran seorang keluarga kerabat atasan. Mengenakan cukai yang tinggi,sesuka hati menaikkan harga barang jualan.
Ozmandiyas hanyalah anak muda biasa dan mereka dibelasah kerana memihak pada rakyat,apa yang paling teruk kanak-kanak turut menjadi mangsa.
Anak gadis dijadikan bahan pemuas nafsu dan berkhidmat sebagai hamba nafsu mereka seumur hidup,Ozmandiyas kesal kerana tidak mampu memberikan pertolongan.
Dia mengambil keputusan untuk bertindak sendiri,menyelamatkan perempuan yang dijadikan hamba abdi. Perbuatan dia menaikkan kemarahan kerajaan,malah pihak kerabat atasan juga menjadi batu api.
Rakan-rakannya menjadi mangsa,mereka dihukum bunuh serta-merta. Tetapi Noir pula diperkosa beramai-ramai,dikhalayak ramai dan orang awam tidak mampu memberi pertolongan.
Ozmandiyas yang dirantai ketat,hanya mampu melihat Noir hilang nyawa dalam keadaan memalukan. Tibalah gilirannya untuk menjalani hukuman,hatinya penuh kebencian dan amarah.
Dia membantu yang lemah tetapi dapat balasan seperti ini..
Rakan-rakannya tidak seharusnya mati seperti itu,terutamanya Noir mati dalam keadaan memalukan.
Sekelip mata kuasa kegelapan dari dalam tubuhnya bangkit,sekelip mata juga mereka yang berada di situ mati tanpa mereka sendiri sedar. Ozmandiyas menghampiri tubuh Noir dan mengangkatnya,dia menggunakan kuasa kegelapannya dan seluruh bandar itu hancur tanpa meninggalkan kesan.
Dia bersumpah akan menghancurkan dunia ini,Ozmandiyas bersumpah mencipta dunia baru.
Tetapi perancangannya terlalu jauh untuk sempurna kerana ada yang menghalang jalannya...
"DON'T GET TOO COCKY!!" Ozmandiyas menjerit kemarahan apabila masa silam menerjah ke dalam mindanya.
Alif terpelanting melanggar dinding,lalu terbaring di atas tanah dengan kesakitan yang tidak terperi rasanya. Alif segera bangkit dalam keadaan sakit,kemudian menoleh ke hadapan dan Ozmandiyas sepantas kilat sudah berada di hadapannya.
DUUUSSH!!!
Alif dihentam dan terpelanting,saat dia hampir menumbangkan Ozmandiyas. Lelaki berambut panjang itu membangkitkan kuasanya,saat itu Alif ditumbuk pada perut dan dihentam pada tanah lalu merekah dengan kuat.
"Tak sangka dia berjaya menepis tumbukan ribuan kau..." ujar Wukong.
"Apa yang kau hairan dari last boss?" seloroh Alif sambil mengesat darah pada bibirnya.
Alif kembali bangun dan menghela nafas pendek,Ozmandiyas pula meregangkan jari-jemarinya dan merenung ke arah Alif dengan pandangan mata tajam.
"Jaga-jaga Alif..." Wukong memberi amaran.
Alif tidak menjawab hanya menelan air liur,aura pada Ozmandiyas jelas dirasai olehnya amat menakutkan. Aurora hanya berdiri di tepi menyaksikan pertarungan yang berlaku,Ikhwan pula mendiamkan diri sahaja.
Alif dan Ozmandiyas berbalas renungan sebelum Ozmandiyas,lenyap sekelip mata dan muncul dengan pantas begitu rapat di hadapan Alif. Aurora terkejut tidak percaya dan Ikhwan pula tidak menunjukkan sebarang reaksi,Alif tergamam sebelum penumbuk Ozmandiyas mengenai perutnya.
DUUUSSH!!
"HERGGHH...." Alif terasa senak seperti ingin terkeluar biji matanya.
Alif berundur selangkah dua tapak ke belakang,akibat dek kesakitan kerana tumbukan daripada Ozmandiyas. Alif termengah-mengah dibuatnya,dia memandang ke hadapan dan Ozmandiyas sudah bergerak rapat ke arahnya.
"Apa?!"
Alif terpelanting melanggar dinding apabila mukanya ditumbuk oleh Ozmandiyas,dia melutut sebelah kaki menahan kesakitan kemudian batuk dan darah keluar dari dalam mulut.
"Itu baru sedikit.. Aku akan pastikan kau tidak akan mati dengan mudah..." ujar Ozmandiyas,Alif hanya mengesat bibir yang mengalir darahnya.
"Kau akan menjadi manusia pertama yang mati dahulu...." Ozmandiyas mengepalkan penumbuk.
"Haih.. Sebelum aku mati ni,boleh aku tanya satu soalan?" soal Alif.
"Kau dah hampir mati pun masih banyak bunyi,anggaplah ehsan aku.. Tanya apa yang kau mahukan..." kata Ozmandiyas tersenyum sinis.
"Membalas dendam kerana kehilangan yang tersayang,berbaloi ke nyawa manusia seluruh dunia dikorbankan...?" soalan Alif membuatkan Ozmandiyas tersentak.
Ikhwan tersengih sahaja dan Aurora kehairanan dengan reaksinya,Ozmandiyas terkejut dengan soalan yang dikemukakan oleh Alif.
"Bagaimana kau?" soal Ozmandiyas.
"Semasa pukulan kita bertembung,aku ternampak memori kau.. Aku simpati.." ujar Alif dan Ozmandiyas terdiam.
"Kami manusia ada serba kekurangan dan juga kelemahan,tetapi kami juga ada hak untuk hidup.. Kau bukan tuhan nak tentukan hidup mati manusia!!!" Alif menjerit dan aura keemasan berkilau.
"KAU TAK TAHU APA-APA DENGAN PENDERITAAN AKU!! JANGAN BERLAGAK KAU KENAL AKU!" Ozmandiyas menjerit hatinya sakit,aura gelap menyelubungi seluruh tubuhnya.
Alif hanya memerhatikan dan menunggu transformasi yang mengejutkan,tubuhnya menjadi sasa dan muka kacaknya telah hilang. Tanduk sepasang tumbuh dari dahinya,rambutnya yang beralun itu gugur dan menjadi pendek. Zirah disarung di tangan,kemudian tanah ditumbuk ke tanah dan gegaran yang kuat terhasil.
Ozmandiyas melagakan kedua penumbuknya,tiupan angin kencang terhasil impak lagaan tersebut. Alif hanya mampu menunjukkan reaksi pasrah,tadi pun sukar apatah lagi sekarang?
"Ada kata-kata terakhir..." soal Ozmandiyas.
"Pergi mampus..." balas Alif.
"As you wish....." Ozmandiyas berkata sambil tersengih.
Sekelip mata Ozmandiyas hilang dari pandangan mata,tidak sampai sesaat Alif ditumbuk di perutnya. Senak terasa dan Alif terpelanting merempuh dinding sehingga terseret,Alif segera melompat untuk stabilkan badan.
Ozmandiyas sudah berada di belakangnya dan Alif membulatkan mata,terkejut dan sebelum sempat dia toleh sudah terbenam di tanah dengan hentaman Ozmandiyas.
"Alif!!" Aurora mula risau.
Alif menjerit kesakitan dan darah sembur keluar dari mulutnya,Ozmandiyas hanya dengan muka bengis tidak memberi belas kasihan. Dia tidak memberi langsung untuk Alif bernafas lega,Ozmandiyas akan lakukan sehingga Alif tidak lagi bernyawa.
"HENTIKAN!!" Aurora menjerit cuba untuk membantu.
"Ja-jangan ke s-sini.." ujar Alif menyedari kemaraan Aurora,tetapi gadis itu tidak peduli dan ingin membantunya.
Ikhwan tidak menghalang dan seseorang muncul laju melepasinya serta Aurora,lalu muka Ozmandiyas ditapak oleh orang itu. Tindakan orang tersebut membuatkan Ozmandiyas tersenget ke tepi,Azryan muncul menyelamatkan Alif.
"Alif! Kau boleh bangun?!!" soal Azryan.
"Sudah tentu..!" ujar Alif sambil bangun biarpun keadaan dia sedang cedera.
"Ninjutsu art!" Azryan mengambil kesempatan saat Ozmandiyas hilang keseimbangan badan.
"Ancient Fist......" Alif pula menghela nafas pendek.
"Fire Element! ROARING FLAME!!"
"GAIA WAVE!!!"
ZWOOSHH!!
HWOOSHH!!!
GRAANGG!!
Ozmandiyas terkena dua serangan yang kuat,dia tercampak jauh dan merempuh dinding lalu dihempap papan serta tertimbus. Azryan menghela nafas pendek dan Alif melutut sebelah kaki,dia menahan kesakitan.
"Alif!" ujar Aurora berlari ke arahnya lalu mendapatkan dia.
"Terima kasih sebab datang.." ujar Ikhwan sebaik tiba di sebelah Azryan,Aurora menyembuhkan Alif dengan segera.
"Tuan boleh uruskan orang tu,kenapa panggil saya?" soal Azryan.
"Sebab ia lebih menarik..." ujar Ikhwan tersenyum sinis,Azryan menghela nafas pendek.
"Tuan...main-main ke?" soal Azryan.
"Dia kembali..." ujar Ikhwan menoleh ke arah lain.
Ozmandiyas menjerit seiring keluar dari timbusan kayu papan dan tanah,dia merenung mereka berempat dengan muka yang bengis. Ikhwan tersengih sambil bersiul kagum,Azryan dan Alif mendecih.
"BERANI KAU PUKUL AKU?!" Ozmandiyas menjerit dengan aura yang menakutkan.
"Kuasa yang menakutkan.." ujar Azryan.
"Tapi tengok..." Ikhwan bersuara.
"Korang berjaya melukakan dia..." jelas Ikhwan tersengih.
"Kalau kita bekerjasama,kita boleh tewaskan dia..." ujar Alif bangkit sambil dibantu oleh Aurora.
"Mungkin... Sebab kuasa dia aku tak rasa digunakan sepenuhnya..." jelas Azryan.
"Kecederaan kau bagaimana?" soal Azryan.
"Terima kasih pada Aurora,aku dah okay sikit...." jelas Alif.
"Saya juga nak bantu..." kata Aurora dan dua sahabat itu memandangnya.
"Tak boleh.." ujar Azryan.
"Duduk sini diam-diam..." kata Alif pula dan mereka berdua terus melompat ke hadapan.
"H-hey!! Biar betul kamu berdua!?"
"Mereka berhadapan dengan demon bukan manusia lagi..." jelas Ikhwan.
"Lord Sixth..." ujar Aurora menoleh ke arahnya.
Ikhwan hanya menghela nafas pendek dan merapatkan bibirnya,mata birunya menyala seketika dan bayangan Azryan perutnya ditembusi pedang besar bermain.
"No way..."
Alif dan Azryan berdiri secara bersebelahan menghadapi Ozmandiyas,mereka bertiga berbalas renungan dan bersiap-sedia untuk mulakan pertarungan.
"Kamu berdua ingin mati bersama-sama ya? Aku akan tunaikan..."
"Cepat habiskan..." ujar Azryan.
"Aku nak tidur lena malam nanti..." Alif pula berkata selamba.
COMING SOON
Hello guys
Mesti korang tertunggu-tunggu bukan
Jadi aku baru ada mood
Baru dapat update
Bukan tak ada idea
Tapi tak ada mood nak mengarang
So harap terhibur la ya tadi
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top