CHAPTER 103 : FIRST ROUND
SEMUA terkejut dan tercengang dengan kata-kata Ikhwan,Alif tertanya-tanya kenapa Ikhwan berkata sedemikian kerana jika Ikhwan nak sudah pasti Ozmandiyas mampu ditewaskan olehnya.
Tetapi Ikhwan memilih untuk tidak berlawan,Aurora langsung tidak dapat menangkap dengan maksud oleh lelaki tersebut. Ozmandiyas ketawa sambil menekup mukanya sebaik mendengar kata-kata Ikhwan,Alif hanya mampu merenungnya sahaja.
"Kau nampaknya turut takut dengan kuasa relic ini,sebab itu tidak mahu bertarung dengan aku.." ujar Ozmandiyas menuding jari ke arah Ikhwan.
"Itu pun bukan..." Ikhwan membidas dengan pantas,Alif dan Aurora menoleh ke arahnya.
"Apa maksud kau?" soal Ozmandiyas merasakan Ikhwan menyembunyikan muslihat.
"Jika aku melawan kau,sudah pasti akan kau akan tewas tidak sampai seminit...lagipun penulis mahukan cerita menjadi menarik.." jelas Ikhwan tersenyum sinis.
"Apa kau kata?" soal Ozmandiyas mengepalkan penumbuknya.
"Lagipun,budak ni mampu tewaskan kau.." kata Ikhwan menepuk bahu Alif.
"Eh?" Alif tersenyum kelat.
"Apa..?" Ozmandiyas mula meradang.
Suasana menjadi sunyi sepi seketika dan nafas menjadi berat,Alif dan Aurora memandang sekeliling kawasan sebelum menoleh semula ke arah Ozmandiyas. Ikhwan hanya memeluk tubuh tersenyum,dia merasakan Ozmandiyas akan melakukan sesuatu. Tidak lama beberapa minit kemudian,sebuah kapal muncul melalui bulatan teleportasi dan berada betul-betul di bawah mereka.
"Berani kau menghina aku raja naga..." ujar Ozmandiyas dan aura gelap mula keluar sedikit dari tubuhnya.
"Aku tak hina kau,tapi aku kesian dengan kau..." kata Ikhwan dengan senyuman sinis.
"Apa maksud kau?" soal Ozmandiyas.
"Kau berlagak seolah-olah kau manusia paling malang dalam dunia.." sambung Ikhwan dan Alif mula rasa tidak sedap hati.
"Diam...."
"Tapi hakikatnya,kau cuma mencari alasan untuk menghapuskan manusia dengan nasib kau!" tambah Ikhwan lagi.
"AKU KATA DIAM!!!"
Ozmandiyas melepaskan kuasanya dengan sekali nafas,letusan berlaku dengan dahsyat dan menyebabkan Alif serta Aurora hampir tercampak. Ikhwan hanya sekadar menahan impak dengan daya kuasanya,dia juga sempat menahan Alif dan Aurora.
"Hati-hati budak,jangan sampai tercampak.." ujar Ikhwan tersenyum.
"SALAH SIAPA SEKARANG NI?!" Alif menyoal dengan marah.
"Relax-relax..kau boleh lawan dia.." ujar Ikhwan tenang dan Aurora pula hanya menekup mukanya.
"Hey Raja Naga..." ujar Ozmandiyas dan Ikhwan memandang ke arahnya.
"Kau kata akan lawan dengan aku,kalau aku berjaya tewaskan budak monyet tu?" soal Ozmandiyas buatkan Alif mengetap gigi,Ikhwan tersenyum sinis.
"Sudah tentu! Kalau kau dapat bunuh dia,aku lawan kau la..kalau la.." ujar Ikhwan dengan tersenyum girang bagai tiada apa-apa,Alif membulatkan matanya.
"Hey,don't decide by your own!!" kata Alif bengang menoleh ke arah Ikhwan.
"So you accept being call weak?" soalan Ikhwan dengan muka serius membuatkan Alif tersentak sambil menelan air liur.
"Kau ada kuasa yang mampu tewaskan dia..." ujar Ikhwan menekan jarinya pada tengah dada Alif.
"Kuasa saya tak sehebat seperti tuan sangkakan..." kata Alif lagi.
"Lepasi limit kau..." ujar Ikhwan.
Alif tidak berkata apa-apa kemudian dia berjalan ke arah Ozmandiyas,Aurora ingin mengekorinya namun dihalang oleh Alif. Ikhwan hanya tersenyum sahaja,Alif akan berhadapan dengan Ozmandiyas. Menyedari Alif di hadapannya segera Ozmandiyas tersenyum sinis,Alif sekadar memandangnya tanpa emosi.
"Kau lawan aku?" soal Ozmandiyas.
"Ya,kenapa?" Alif mula bengang.
"KAU LEMAH,FIKIR MAMPU TEWASKAN AKU?!" soal Ozmandiyas angkuh.
"Kita tidak akan tahu selagi tidak mencuba.." kata-kata Alif membuatkan Ozmandiyas hilang senyuman.
"Jadi aku akan bagi kau tahu!!"
Ozmandiyas sekelip mata berada di hadapan Alif,Aurora terkejut dan Ikhwan hanya tenang. Alif menerima sebuku penumbuk tepat di perutnya,senak dan sakit terasa dengan serentak kemudian terpelanting jauh. Ozmandiyas mengejarnya dan berhenti di mana tempat Alif hampir jatuh,Ozmandiyas menghentaknya ke tanah.
Namun serangan Ozmandiyas tidak berhenti di situ,lantas dia menghentak Alif sehingga terbenam masuk tertanam ke muka bumi. Hilai tawa Ozmandiyas kedengaran ketika menghentam Alif,penumbuk Ozmandiyas bersinar dan melakukan pukulan terakhir.
"ALIF!" Aurora cuba ingin mara namun dihalang oleh Ikhwan.
"Tuan! Alif tidak mungkin akan selamat dengan serangan seperti itu..!!" ujar Aurora dengan matanya yang berkaca.
"Giliran kau Raja Naga..." ujar Ozmandiyas dan Ikhwan hanya mendiamkan diri memandang ke arahnya.
"Kiraan kau salah Raja Naga,budak ini sudah kalah.." Ozmandiyas berkata angkuh.
"Tiada manusia lain mampu berlawan dengan aku selain kau Raja Naga,kau patut lawan aku awal-awal tadi....kalau kau terima cabaran aku,sudah tentu budak ini masih hidup melarikan diri..." jelas Ozmandiyas dan Aurora melutut menangis,Ikhwan tersenyum sahaja.
"Kau senyum Raja Naga,kau hilang semangat ke?" soal Ozmandiyas angkuh sekali.
"Kau terlalu awal membuat kiraan..." ujar Ikhwan dan Ozmandiyas.
Ozmandiyas tidak faham dengan maksud Ikhwan,sebelum dia menyedari sesuatu di belakangnya. Alif berdiri dengan kuasa cahaya keemasannya,menyelubungi tubuhnya dengan renungan dingin dan Ozmandiyas menoleh ke belakang. Aurora yang mulanya menangis terhenti tangisannya,dia memandang ke hadapan dan tersenyum girang.
"ALIF!!"
"Awal sangat kau nak cabar Raja Naga si celaka..." ujar Alif mengesat darahnya di bibir.
"Apa kau kata?..." soal Ozmandiyas dan sepantas kilat Alif sudah berada di hadapannya,sambil menundukkan badan untuk melancarkan hayunan penumbuknya.
DUSSHH!!!
Ozmandiyas melambung naik ke udara dek tumbukan Alif,lantas segera Alif melompat tinggi ke udara dan menghayunkan penumbuk tepat ke muka Ozmandiyas. Sekali lagi lelaki berambut panjang itu terpelanting merempuh tiga bangunan,Alif mendarat kemudian melompat sekali lagi menuju ke arah Ozmandiyas tercampak.
"Apa yang berlaku tuan?" soal Aurora.
"Alif sempat mengaktifkan Golden Aura,mengelakkan dari menerima kecederaan serius.." ujar Ikhwan menjelaskan apa yang berlaku.
Alif mendarat di hadapan Ozmandiyas yang bangkit dari jatuhnya,mereka berbalas renungan tajam sebelum bertembung di antara satu sama lain. Impak pertembungan menghasilkan tiupan angin kencang,serta aura keemasan dan aura kegelapan. Penumbuk berlaga dengan penumbuk,sepakan kaki bertangkis dengan sepakan kaki.
DUSH!!
DUSSH!!
DUSSHH!!
DUUSSHH!!!!
Tumbukan terakhir mereka mengenai muka masing-masing serentak,sebelum menyeret terpisah dari terus bertarung. Suasana sunyi sepi seketika dan hanya tiupan angin dingin sahaja kedengaran,Aurora dan Ikhwan tiba di situ. Aurora terkejut sebaik merasai aura kuasa kedua-dua pihak,Ozmandiyas tersenyum sinis.
"Kau memang hebat budak,kau memang bukan sembarangan..." ujar Ozmandiyas.
"Apa kurangnya kau,suruh budak-budak kau kotorkan tangan untuk ketua mereka yang pentingkan diri..." ujar Alif tanpa selindung.
"Kau memang berani sebab berkata begitu budak....kau nak mampus cepat ya?"
"Kalau kau mampulah...mari.."
Ozmandiyas melepaskan kuasanya dan terus meluru ke arah Alif,begitu juga dengan Alif yang melepaskan aura kuasa keemasan secara tenang. Dia segera meluru ke arah Ozmandiyas dengan laju,mereka sekali bertembung dan dentuman kuat terhasil.
"Dunia ni dah rosak,jadi aku nak selamatkannya!" ujar Ozmandiyas berbalas tinju dengan Alif.
"Jadi dengan hapuskan umat manusia itu cara kau selamatkan dunia? Pergi jalanlah!" balas Alif sambil menangkis dan menepis tusukan penumbuk Ozmandiyas.
"Manusia sekarang pentingkan diri,berbunuhan antara satu sama lain..kau fikir berbaloi selamatkan mereka?!" soal Ozmandiyas.
Alif tidak berkata apa-apa dan menepis sepakan Ozmandiyas,sebelum penumbuk Ozmandiyas mengenai perutnya sekali lagi lalu tercampak melekat pada dinding. Alif segera merapatkan kedua tapak tangannya,dan auranya dipertingkatkan. Ozmandiyas meluru pantas ke arah Alif,manakala Alif pula memulihkan kecederaannya.
"Apa?" Ozmandiyas tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Alif.
Alif mengepalkan kedua penumbuknya dan bersinar keemasan,lantas Alif menghentam di kawasan tanah dan rekahan tanah meletus timbul ke atas. Menghalang Ozmandiyas untuk mara ke hadapan,Ozmandiyas terpaksa mengelak setiap ketulan tanah yang terapung. Namun apabila dia menoleh semula ke hadapan,wajah Alif terpacul di hadapannya dan dia menghayunkan penumbuknya.
Alif menahan dan mencengkam pergelangan tangan Ozmandiyas,kemudian Alif menarik tangan kirinya ke belakang bersinar keemasan dengan terang benderang. Ozmandiyas mengetap gigi cuba menyerang balas,namun serangan Alif lebih pantas melancarkan serangannya.
"TEN THOUSAND OF FIST!!!"
==============================
Hello guys ini triple update
agak-agak Alif menang tak ya?
sila undi untuk kemenangan
hehe
CIAO!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top