CHAPTER 100 : ALISA INTERFERE
Luqman mendarat di hadapan kawah hasil serangannya tadi,Rowan dalam keadaan seperti hangus. Masih lagi bernafas namun keadaannya kritikal,Luqman hanya perlu melakukan satu lagi serangan normal sudah cukup untuk tamatkan nyawanya.
"A-aku tak boleh terima semua ni..ha ha.." Rowan berkata dengan menahan sakit.
Luqman tidak berkata apa-apa,dia kemudian melompat dan mendarat di sebelah Rowan. Mereka berbalas renungan namun Luqman hanya menghela nafas pendek,Rowan pula merenungnya dengan tidak puas hati.
"Kau sudah kalah..." ujar Luqman.
"Kau datang nak lakukan pukulan terakhir..? Lakukannya!" kata Rowan dan Luqman memandangnya dengan air muka simpati.
Luqman tidak berkata apa-apa lagi,lalu dia terus berpaling kemudian melangkah pergi dari situ. Rowan terkejut dengan tindakan Luqman,dia mengetap gigi dengan kemarahan yang meluat-luap.
"Kenapa kau tak hapuskan aku!!?" soal Rowan membentak dan Luqman berhenti dari melangkah,dia menoleh ke arahnya.
"Kau tidak berbaloi untuk dibunuh..." kata Luqman dengan dingin,lalu terus hilang dari pandangan.
Rowan hilang kata-kata dan dia mengetap gigi,lantas dia menjerit sekuat hati serta ditemani bunyi tembakan. Mariana terseret ke belakang lalu mencacakkan pedangnya ke tanah,mengelakkan dari terus menyeret jauh. Erica pula meluru ke arahnya tanpa memberi amaran,Mariana menahan tetakan kapaknya.
KRAANG!!
KTANG!!
ZTANG!
Mereka bertarung dengan deras,tanpa fikirkan keadaan sekeliling. Farhan,Fara dan Hafez hanya menjadi penonton. Hafez yang memerhatikan Erica,menghela nafas pendek kemudian meneguk air botol. Tidak lama lama selepas itu,Luqman dan Aminudden muncul sekelip mata di belakang Farhan.
"Korang... Mana pergi?" soal Farhan.
"Belasah orang jahat.." jawab Luqman.
"Bakar musuh?" balas Aminudden pula.
Farhan menekup dahinya dan kepala digelengkan,Fara menyentuh bahu suami dia untuk menenangkannya. Hafez yang berdiri selamba baru disedari oleh Luqman dan Aminudden,Hafez hanya mengangkat kepala tanda sapaan.
Erica dan Mariana kekal bertarung tanpa henti,malah tiada tanda-tanda perlawanan itu bakal tamat. Impak lagaan senjata begitu deras,seseorang berjalan ke arah perlawanan mereka.
"Ada orang la.." ujar Luqman dan Farhan memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Luqman.
"Alisa?" soal Farhan dan Fara terkejut. Aila dan Alia serta Hikari muncul,mendarat di bangunan tersebut.
"Aila...?" soal Luqman terkejut.
"Alia! Hikari!" Aminudden tersenyum girang apabila kedua-dua isterinya muncul.
Erica dan Mariana masih bertempur tanpa fikirkan keadaan sekeliling,orang yang berjalan ke arah mereka menghasilkan aura dingin pada tangannya sebelum terus dihembuskan ke arah di mana berlakunya pertempuran.
ZRASHH!!!
Ais membeku menyerang mereka,namun sempat Erica dan Mariana berundur. Farhan hanya menghela nafas pendek,Fara pula tersenyum kelat dan dentuman kuat terhasil. Ikhwan yang berada di tempat lain tersengih,dia menyedari kehadiran permaisurinya.
Ais yang membeku di antara Erica dan Mariana terhasil bagaikan dinding lutsinar transparen,Erica menghembus nafas berwap sambil mengetuk dinding ais itu berulang-kali sebelum menoleh ke arah si pelaku kemudian dia menghela nafas tersenyum kelat.
"Siapa kau? Berani mengganggu pertarungan kami?" soal Mariana dengan renungan menakutkan.
"Ah.. Maaflah kerana mengganggu,sebab pertarungan ini agak membebankan Erica von Hildebirane... Jadi saya hentikannya.." ujar si pelaku berjalan dengan elegan dan berhenti di sebelah Erica.
"Apa kau kata?" soal Mariana dan si pelaku tersenyum menoleh ke arahnya,petikan jari dilakukan dan ais yang di hadapan mereka terus pecah berderai.
"Miss Alisa..." ujar Erica kehairanan.
"Awak tak apa-apa Erica?" soal Alisa Darweez tersenyum manis kepadanya.
"Nampaknya bukan Ikhwan sahaja yang berada di sini..." ujar Hafez dengan muka selamba.
"Aku tak sangka pula... Ini mesti permintaan dia?" soal Farhan menoleh ke arah Fara.
"Boleh kata macam tu..." kata Fara pula.
"Miss Fara... Auntie Alisa marah.." ujar Aila.
"Yup,sebab miss pergi macam tu je.." sambung Alia selamba,Fara tersentak dan tersenyum kelat menoleh ke arah mereka berdua.
"Kau memang nak cari nahas ya? Aku tak ada masalah nak tunaikan..." ujar Mariana mengacukan pedang ke arah Alisa.
"Hehe..." Alisa hanya ketawa kecil.
"Apa yang kelakar sangat?" soal Mariana.
"Awak fikir kamu tu Tuhan? Mampu cabut nyawa manusia dengan mudah...?" soalan Alisa membuatkan Mariana terkejut kemudian mengetapkan giginya kerana amarahnya semakin memuncak.
"Jangan cabar aku perempuan..."ujar Mariana dengan renungan menakutkan dan Erica tersentak,renungan Mariana dan aura kuasanya benar-benar berlainan.
Erica merasakan Mariana hanya bermain-main dengan dia semasa berlawan tadi,Alisa pula hanya tersenyum sahaja apabila Mariana melepaskan kuasanya yang sebenar.
"Ini kuasa awak yang sebenar?" soal Alisa masih tersenyum.
"Ya.. Inilah kuasa aku yang sebenar.. Aku tidak akan benarkan kau bernafas.." jelas Mariana.
"Kalau begitu,saya kecewa..." jelas Alisa pula dan Erica terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Alisa.
"Apa kau kata?" soal Mariana mengetap gigi menahan dirinya.
"Saya kata.. Jika ini sahaja kekuatan awak jadi saya terasa kecewa..." Alisa berkata dengan tersenyum tanpa rasa bersalah.
Mariana mengetap gigi sekuatnya,lantas kuasanya meletus dan terus menyerang ke arah Alisa. Erica segera bergerak ke tepi tidak mahu mengganggu,Alisa pula menghalakan tapak tangannya ke hadapan. Lalu membentuk bongkah ais pada atas tanah,Mariana terkejut lalu mengelak dengan terbang ke atas udara.
Alisa pula hanya memetik jari,lalu ais yang membeku membentuk paku gergasi dan terus terbang meluru ke arah Mariana. Tetapi ditangkis hanya dengan impak gelombang ngauman,Mariana menghalakan tapak tangannya ke arah Alisa. Cahaya gelap terhasil dan Alisa sedikit terkejut,sebelum tembakan laser berwarna gelap ke arah Alisa dengan laju.
KRAANG...!!!
Alisa segera menghasilkan perisai dari kuasa aisnya,sebelum perisai ais pecah dan Alisa memegang Erica. Letusan berlaku dengan hebat,impak angin kencang terhasil. Mariana hanya mengetap gigi dan menoleh ke arah lain,di mana Alisa berada bersama Erica.
"Dia lawan yang kuat,mustahil puan dapat kalahkan dia.." ujar Erica dan Alisa hanya menjeling sahaja.
"Tiada masalah,saya hanya baru gunakan 30% dari kuasa saya..." ujar Alisa tersenyum dan Erica terkedu.
"Hanya 30? Puan nak bunuh diri ke?" soal Erica.
"Saya rasa kalau gunakan 100% mungkin tempat ni akan hancur... Ah,silap mungkin satu negara..." jelas Alisa tersenyum.
"Ini bukan masa untuk mengarut..." ujar Erica menyedari Mariana meluru ke arah mereka.
"Mengarut?" soal Alisa dan nada suaranya berubah.
"Huh?" Erica terdiam apabila air muka Alisa berubah,Mariana dengan pantas berada di hadapan mereka.
"Mati!" Mariana berkata seiring menghayunkan pedangnya.
Namun Alisa hanya menahan dengan sebelah tangan,sekaligus impak angin kencang terhasil sekali lagi. Erica tergamam dan Alisa menahan dengan gaya memandang Erica,Mariana terkejut dan bilah pedangnya membeku. Lantas Mariana ke belakang semula,dia tidak sangka yang Alisa mampu menahan serangannya.
"Duduk sini diam-diam Erica von Hildebirane..." ujar Alisa kemudian berjalan ke arah Mariana dan Erica menelan air liur.
Alisa menghadapi Mariana dengan air muka yang dingin,Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian mengangkat bahu masing-masing. Aila dan Alia sedar maksud suami mereka,Hikari dapat merasakan aura menakutkan daripada Alisa.
"Tengok baik-baik,macam mana saya serius..." ujar Alisa dan Erica hanya mampu mendiamkan diri,aura dingin yang terasa buatkan Erica tidak mampu bergerak.
"Aku rasa tak sedap hati..." Hafez berkata sambil menggaru belakang kepala.
"Sudah terlambat untuk itu..." ujar Farhan dan Fara serentak.
Alisa pula hanya menghalakan tangan ke hadapan,bulatan magis jenis air dan ais terhasil di tapak tanah. Sebilah pedang besar atau Blizzard Buster,keluar dari bulatan magis dan Alisa segera capai serta menghunuskannya.
"Kau masih ingat dapat tewaskan aku?" soal Mariana.
"Apa kata kita mulakan?" soal Alisa.
Mariana mengetap gigi dan Alisa hanya dengan muka tanpa emosi,sekelip mata mereka hilang dari pandangan mata kasar. Hafez,Hikari dan Erica terkejut. Sekelip mata pula mereka kembali muncul,dalam keadaan berlaga senjata masing-masing.
KRAANG!!
ZTANG!!!
KTANG!!
"KAU?! BAGAIMANA!?" Mariana menyoal seiring menghayunkan pedang.
Alisa menepis dan terus menyerang balas lalu Mariana terkejut,sebelum terpelanting jauh ke belakang. Mariana tidak mengalah lalu menyeret,kemudian mereka berdua kembali bertembung di udara pula. Pada masa yang sama,Aswandy dan Reezal tiba di tempat itu.
"Itu adik ipar korang?" soal Khidir terkejut.
"Daya kuasa apa ni?" soal Akhil tercengang.
Alisa dan Mariana terpisah lalu tercampak berlainan arah,bilah pedang Alisa bersinar dan Mariana sedar tindakannya. Dia juga bersiap-sedia dan mengangkat pedang ke atas udara,anak mata Alisa berubah warna putih salji. Mariana menjerit seiring menyerang terlebih dahulu,Alisa pula hanya menarik nafas panjang.
"DARK SLAYER!!"
"BLIZZARD BURST,FINAL SLASH!!"
Sebaik dua serangan itu bertembung dengan sekelip mata,permandangan menjadi putih dan membuatkan mereka sebagai penonton silau mata masing-masing.
===========================
Hello guys
It's me your lazy author
Sorry for the delay update
Sila komen dan vote
Itu penting
Itu jelah
Ciao!
By the way
Kalau korang nak tahu penampilan Erica von Hildebirane
Ini aku tunjukkan
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top