Author Words


Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua reader tercinta

Well

Hellooo guys

Siri ketiga

CHRONICLES KAISER THREE
THE NEW LIGHT

Telah menurunkan tirai,aku ucapkan setinggi terima kasih kerana setia dari awal chapter sehingga hujung chapter

Aku mengalami beberapa kali writer block,bukan kerana tiada idea tapi seperti yang aku beritahu pada korang semua

Siri ini antara siri yang sukar untuk aku tamatkan

Mula dari watak utama baru,Alif Haikal Al'Azahar kemudian pass semula pada Ikhwan Syah Al'Solleh sebagai teraju utama yang azali

Watak-watak yang ada di dalam novel aku jujur beritahu,ada yang aku ambil dari real life aku.

Tiada perubahan yang banyak,aku cuma jadikan sebagai watak fantasy

Aku sedang mengarang cerita baru

Ada beberapa siri fantasy dari siri yang sama,siri kaiser bakal akan ada siri baru tapi bukan mengenai cerita anak Ikhwan.

Kisah mengenai anak Ikhwan aku tunda,kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan

Antara masalahnya

1. TALE OF BROTHERHOOD dalam status on-going,jika aku published terlalu banyak spoiler akan keluar. Masalah ini pernah berlaku di dalam cerita lain,jika kamu semua ingat : TALE OF THE WIND DRAGON

2. Aku perlukan masa untuk siapkan cerita yang sedia ada,kadang-kadang nak lari dari siri kaiser agak sukar.

3. GODDES & THE IMMORTAL juga termasuk dalam sebab musabab.

Erti kata lain bukan mudah untuk meluaskan idea,menambahkan jalan cerita dan bagaimana nak buat cerita itu semakin berkembang.

Aku kadang rasa menyesal mengarang kisah fantasy,yang bersiri dan rasanya pembaca kadang bengang kan.

Yelah kejap published kemudian unpublished pula,dah syok² baca tiba-tiba hilang dari library.

Aku minta maaf jika ada terkasar bahasa dalam sepanjang penceritaan,bukan mudah nak mengarang cerita sebab itu kadang-kadang aku meluat komen-komen yang konon tunjuk pandai. Tapi tak apa aku abaikan,kadang aku delete (hahaha)

Just kidding!

Teehee...

Aku berikan sedikit sneak peak untuk sedikit cerita baru bakal aku published dalam jangka masa setahun

Hafez Al'Azham merupakan kesatria negara Mentari yang elit atau gerak solo,dia merantau ke seluruh dunia untuk satu tujuan.

Peristiwa beberapa tahun yang lalu mengorbankan seluruh skuadnya,hanya dia dan seorang lagi ahli sahaja yang terselamat. Semuanya terjadi kerana pengkhianatan seseorang yang dia percaya,dia yakin dengan mencari pengkhianat itu mampu menuntut dendam kesumat.

Namun sepanjang perjalanan dia bertemu tiga orang gadis,Erica von Hildebirane seorang puteri yang inginkan pengembaraan mengujakan. Sakuya Kirino gadis yang terpaksa menjadi pelacur dan hampir membunuh dirinya,kerana diselamatkan dan bertemu dengan Hafez dia ingin teruskan hidup. Jeanne de'Arcane seorang wanita berperanan sebagai seorang kakak.

Pengembaraannya ditemani tiga orang gadis ini,sedikit demi sedikit niatnya berubah sebaik bergaul dengan tiga orang gadis tersebut.

Namun tidak semua berjalan lancar,apabila Hafez bertembung dengan sebuah organisasi gelap yang diketuai oleh pengkhianat. Individu yang menyebabkan kematian semua rakan skuadnya,apakah tindakan Hafez?

Mampukah dia meneruskan tuntutan dendam kesumatnya?

Hafez Al'Azham
"Aku sedar kuasa aku bukan untuk membunuh,tapi untuk melindungi orang yang penting dalam hidup aku.."

Erica von Hildebirane
"Hafez Al'Azham! Sila bertanggungjawab dengan perbuatan awak,si miang!!"

Sakuya Kirino
"Apa makna untuk saya teruskan hidup? Tubuh saya kotor...awak beritahu saya Hafez..?"

Jeanne de'Arcane
"Hidup ni cuma sekali dalam seumur hidup,jadi bergembiralah kerana kakak kamu di sini akan memujuk kamu...hehe.."

Ikhwan Syah Al'Solleh
"Selagi kau boleh bangun,kau bangun.. Tak mampu nak hadapi sendirian,tak apa.. Kau ada sokongan dari belakang.."

Zancrow Lewis
"Kau fikir kau mampu melindungi ramai nyawa? Fikiran kau naif Hafez Al'Azham,kau gagal lindungi rakan-rakan kau!"

Aizman Hazieq Al'Hufaz adalah pemuda yang hidup normal,dia bekerja sebagai pengkaji hidupan bionic semulajadi yang dikenali sebagai Bio-Wild di bawah tinjauan negara Mentari.

Dia tanpa menyedari mempunyai kebolehan Bio-Tamer,iaitu puak yang bekerjasama dengan Bio-Wild. Masalah semakin teruk apabila muncul sebuah organisasi gelap,ingin menangkap Bio-Wild untuk kepentingan mereka sendiri.

Lebih teruk mereka mensasarkan untuk menangkap Bio-Wild yang mampu bergabung dengan Bio-Tamer,jika perkara itu berlaku dunia Mirthgar akan berhadapan dengan krisis.

Dia terpaksa menggalaskan tanggungjawab menyelamatkan Bio-Wild ancient,Ikhwan Syah Al'Solleh turut memberikan bantuan. Manpower di perlukan dan Aizman mencari rakan-rakannya bagi menjayakan misinya.

Sepanjang pencarian Bio-Wild,dia bertemu seorang gadis mempunyai kuasa sama sepertinya sebagai Bio-Tamer iaitu Mai.

Mai menawarkan dirinya untuk membantu Aizman dan rakan-rakannya,mencari dan menewaskan sindiket gelap yang ingin menangkap Bio-Wild.

Aizman Hazieq Al'Hufaz
"Jika ini matlamat aku sejak lahir,aku akan lakukannya... Aku tak nak jadi kucar-kacir..!"

Mai
"Awak mempunyai hati yang suci Aizman,sebab itu Bio-Wild sanggup menerima awak.."

Farzana Illyana Al'Zamree
"Aku tak kisah bantu kau,lagipun aku kebosanan.. Apa salahnya hilangkan kebosanan dengan menyelamatkan dunia?"

Zainol Ariffin Rudy
"Nampak menarik asalkan bayaran menarik.."

Megat Putra Raden
"Jikalau ada gadis yang cantik,aku sentiasa membantu..."

Ikhwan Syah Al'Solleh
"Bukan semua mampu dapat dengan mudah,fokus dan percaya pada diri sendiri serta rakan-rakan kamu!"

Aleefa Hazieqa Al'Hufaz
"Setiap orang ada matlamat,tidak kira besar atau kecil... Akak bangga kamu sudah ada matlamat sendiri..."

So?

Inilah dua cerita bakal aku published,jangan terlalu memberi harapan yang tinggi

Aku berikan yang terbaik mungkin,siap sedia untuk cerita ini

Masih lagi dalam siri kaiser lagi

Sebab itu ada beberapa nama yang korang kenal bukan

Heh

Itu je lah

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top